July 28, 2019

Kita Serupa ...18


"Allahu Akbar! Ya Allah.. Astaghfirullah al-azhim..."

Panjang latah Raihan. Pisau dalam genggaman tangan kirinya sudah terjatuh ke dalam sinki. Rangkulan di bahunya terasa lebih kemas.

"Ya Allah, abang."

Pantas Raihan berpaling dan mengurut dadanya perlahan. Terlepas pelukan kejap di bahunya.

"Tak baik tau. Dah banyak kali Raihan pesan jangan buat macam tu, kan.."

'Ali Hasif menayang sengih.

"Mujur pisau terjatuh dalam sink. Kalau Raihan terpusing lepas tu pisau terkena abang, macam mana?"

"Famous la Raihan nanti, jadi headline berita.." selamba 'Ali Hasif membalas, berlelucon.

"Merepek,"

Malas melayan, Raihan berpaling menghadap sinki, kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"Raihan buat apa ni?"

"Belah dada abang, nak ambik jantung buat lauk," laju Raihan menjawab soalan 'Ali Hasif.

"Auch!"

'Ali Hasif menyandar di tepi sinki. Spontan tangan kanannya memegang dada, menayangkan riak wajah menahan sakit.

"Padan muka,"

"Padan dengan sayang, kan.."

Lelaki itu sudah menempek pula di sisi isterinya dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Hmm sedapnya.. Sweet bau dia,"

'Ali Hasif tunduk sedikit mencium bau nenas yang sudah dipotong kecil di dalam mangkuk. Raihan segera menyigung suaminya.

"Makruh ni puasa-puasa,"

"Meh abang sambung pulak,"

Tanpa menunggu jawapan Raihan, 'Ali Hasif mengambil pisau dari tangan kiri isterinya dan menyambung kerja mengupas buah nenas.

"Raihan nak buat apa nenas banyak-banyak ni?"

"Jam,"

"Tart?"

"Juice,"

"Makan?"

"Nanti Raihan blend asam sikit,"

'Ali Hasif pantas berpaling dan mengerdipkan matanya.

"Bagus la zaujah abang ni.. boleh baca apa yang abang fikir,"

Raihan diam tak membalas. Matanya hanya memerhatikan gelagat sang suami mengerjakan nenas yang dibelinya siang tadi.

"Abang pandai tak ni nak operate nenas?"

"Operate?"

Raihan hanya tersengih.

"Sayang,"

"Hm,"

"Abang ada satu teka-teki,"

"Hm.."

"Kalau Raihan dapat jawab, abang belanja Raihan... Hm Raihan nak abang belanja apa?"

"Apa-apa pun boleh,"

"Apa-apa tak ada la sayang eyy. Lagi susah abang nak kena fikir,"

Raihan mencebik sedikit.

"Raihan tak kisah pun abang nak belanja apa.. Jawab pun belum, takkan nak demand macam-macam.."

"Hm okey.. Raihan boleh jawab tiga kali je tau."

Raihan membalas dengan anggukan.

"Raihan cuba teka, dalam nenas ada apa?"

'Ali Hasif mengerling sedikit pada Raihan dan menjungkitkan keningnya beberapa kali. Raihan sudah berkerut dahi.

"Tak ada soalan susah lagi ke?"

"Dua kali lagi,"

Bulat mata Raihan memandang sang suami. Lelaki itu menayangkan riak selamba sambil meneruskan kerja memotong buah nenas.

"Mana aci, Raihan belum jawab lagi.."

"Sekali lagi,"

"Abang,"

Spontan Raihan terjerit sedikit. Memuncung dia memandang 'Ali Hasif yang sudah ketawa nakal. Dicubit geram pinggang lelaki itu.

"Adui, sakit la sayang. Mana boleh dera husband,"

'Ali Hasif mengaduh manja. Kesempatan yang ada diambil untuk bermesra dengan isteri kesayangan. Dia segera menyudahkan potongan nenas yang terakhir sebelum pisau dan papan pemotong dibasuhnya. Raihan diam tak membalas. Mata setia menurut tiap pergerakan suaminya.

"Cepat sayang, I'm waiting for your answer.."

Raihan masih lagi dalam mode berdiam diri. Ekor mata mengikut langkah 'Ali Hasif. Dalam kepala ligat memikir. Jawapan apa yang patut dia bagi. Biji? Mana ada biji dalam nenas.. Mata! Ha mata la kan orang panggil kat dalam nenas ni? Raihan menggeleng sendiri bertingkah dalam hati sebelum dia dikejutkan dengan soalan daripada sang suami.

"Raihan, nenas ni nak simpan mana?"

"Letak je kat atas kaunter tu bang. Kejap lagi Raihan nak blend."

"Okay,"

'Ali Hasif menyudahkan kerjanya dan berpaling menghadap sang isteri.

"Dah kenapa dari tadi dok tengok abang je ni. Rindu la tu.." Usik lelaki itu. Tubuhnya sudah dirapatkan ke sisi isterinya.

Raihan mencebik sedikit sebelum membalas, "Perasan la sorang-sorang,"

'Ali Hasif ketawa lepas. "Dah kalau bukan abang yang perasankan diri sendiri, siapa lagi nak perasankan abang.. Raihan dah la jual mahal dengan abang.."

Raihan hanya tersengih. Tidak dibalasnya kata-kata itu.

"Raihan sayang ke tak kat abang sebenarnya?"

'Ali Hasif sudah berpaling, berdiri tegak menghadap Raihan. Isterinya itu pula sudah tegak kepala memandang dirinya. Mata bertentang mata seketika. Dapat dilihatnya kerutan di dahi sang isteri sebelum bibir merah jambu itu menutur kata.

"Kenapa abang tanya?"

"Sebab abang nak tahu,"

"Selama ni abang tak tahu ke?"

"Dah,"

"Habis tu?"

"Saja abang nak dengar dari mulut Raihan sendiri.."

Raihan jungkit kening sekali. Dibalas dengan senyum lebar di wajah 'Ali Hasif.

"Kalau dah tahu tak payah la Raihan nak sebut-sebut lagi.."

"Tak sama tahu sendiri dengan dengar dari mulut Raihan.."

"Iya ke?"

"Hm iya la sa--"

Dentingan loceng pintu rumah memintas bait kata 'Ali Hasif. Berpandangan seketika mereka suami isteri.

"Waiting for someone?"

Pantas lelaki itu bertanya. Raihan menggeleng laju.

"Okay then, Raihan stay sini dulu. Abang pergi tengok,"

Raihan mengangguk beberapa kali. Beberapa minit kemudian, 'Ali Hasif kembali. Terkocoh-kocoh. Plastik hitam di bakul plastik ditarik sebelum lelaki itu menghilangkan diri sebalik pintu luncur dapur, pembahagi antara ruang tamu dan dapur. Sepantas kilat tanpa sepatah kata.

Raihan garu kepala yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia mengikut jejak suami ke ruang tamu. Jendela yang menghadap halaman rumah dihampirinya sebelum tangan menyingkap sedikit kain langsir yang tergantung. Matanya dikecilkan melihat gelagat suaminya. Dada berdegup kencang tiba-tiba.

Pecahan serakan pekat merah berdarah di pintu pagar automatik dipandang Raihan cemas. Jelas di matanya 'Ali Hasif sedang memasukkan sesuatu kelihatan seperti bangkai ayam ke dalam plastik hitam yang diambilnya tadi. Terpacul kalimah istighfar di bibir. Terkumat-kamit mulutnya berdoa yang baik-baik.

"Raihan, pintu dapur dah kunci ke?"

Raihan mengucap panjang. Tidak sedar 'Ali Hasif sudah kembali ke dalam rumah. Tangannya melekap di dada.

"Apa tadi tu bang?"

Bergetar suara Raihan, membalas soalan suaminya dengan pertanyaan.

"Raihan stay here, please. I'll go around and check."

Tegas lelaki itu bersuara. Tanpa menunggu balasan Raihan, dia melangkah laju ke dapur sebelum berlari anak ke tingkat atas. Raihan pula perlahan-lahan melabuhkan punggung di sofa PVC berangkai dua di sudut ruang tamu itu.

Beberapa minit kemudian, 'Ali Hasif muncul semula di hadapan Raihan. Langkah diatur cermat menghampiri sang isteri. Wajahnya kembali tenang. Tangan Raihan ditarik dan digenggam perlahan sebelum ditepuk lembut, beberapa kali.

"Raihan jangan risau, abang ada. Allah ada,"

"Apa tadi tu bang?"

"Bangkai ayam. Darah ayam."

'Ali Hasif menjawab tenang, tanpa berselindung.

"Abang ada nak tunjuk something dekat Raihan.. Come, sayang.."

Lelaki itu bingkas, menarik perlahan tangan sang isteri untuk menuruti langkahnya menuju ke tingkat atas. Raihan mengekor tanpa suara. Jeritan hatinya melantun sendiri bertingkah tanpa henti. Sepantas itu juga dia beristighfar, berdoa memohon diberikan kekuatan dalam dirinya.



^°•^°•^°•^°•^°• ^to be continued^°•^°•^°•^°•^°•^











March 4, 2019

Kita Serupa ...17


Sepi di ruang itu. Sesekali kedengaran bunyi Raihan menarik nafas dan menghembus perlahan. Cuba bernafas dalam kepayahan, barangkali dek kerana tidak berhenti menangis sejak dia memulakan pemanduan.

"Raihan boleh drive lagi tak?"

Raihan diam tak menjawab. Hanya kepala menggeleng, menghantar isyarat. Belakang tangan sesekali diangkat mengesat mata sekali lalu.

"Sedih sangat Raihan, abang tengok.. Sayang pulak air mata dah bergelen habis."

Esak Raihan kembali kedengaran. Jatuh sayang pada umi yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri membuatkan air mata Raihan tidak henti mengalir.

"Raihan jangan sedih-sedih sangat.. Hujung minggu nanti kita pergi rumah umi, nak?"

Raihan tidak membalas. Tegak mata memandang hadapan dengan esak yang sedikit tertahan.

"Erm... Kalau ada apa-apa jadi dekat abang, agaknya Raihan sedih macam ni tak?"

Terhenti tangisan Raihan secara tiba-tiba. Ekor matanya menjeling suami di sisi. 'Ali Hasif hanya bersandar sambil menayang senyum.

"Ha, boleh pun berhenti.." Lebar senyuman lelaki itu. "Nak dekat setengah jam Raihan drive sambil menangis. Hebat jugak Raihan ya.."

Raihan masih lagi seperti tadi, membisu tanpa sebarang jawapan. Matanya meliar ke kiri, mencari-cari sesuatu.

"Dah biasa ya drive sambil menangis? Kalau Raihan jauh dengan abang, nangis tak macam tadi?"

Masih tidak puas hati, 'Ali Hasif terus bertanya. Raihan membatu. Pandangannya tepat ke hadapan sebelum dia memberikan isyarat ke kiri dan memberhentikan kereta di kotak parkir berhadapan dengan sebuah masjid. Jam di papan pemuka dikerling sekilas, sudah pukul 12 tengah hari.

"Hmm sayang?"

Lelaki itu sudah berpusing sedikit menghadap sang isteri di sisi.

"Raihan menangis tak kalau abang jauh dari Raihan?"

Bentuk soalan sudah diubah tetapi motifnya hanya satu. Arahnya tidak berubah tujuan.

"Hm?"

Raihan terus membisu, tidak segera membalas. Kedua-dua belah tangannya diangkat sedikit, meraup wajahnya perlahan. Dia menarik nafas panjang kemudiannya. Duduknya sudah mengiring sedikit, menghadap 'Ali Hasif saat tali pinggang keledar dilepaskan. Wajah suaminya dipandang tak berkelip. Beberapa saat berlalu dengan mereka hanya berbalas pandang sebelum Raihan membuka mulut.

"Abang agak, Raihan menangis tak masa abang tinggalkan Raihan lepas nikah dulu?"

Soalan dibalas dengan soalan. Lancar. Dalam ketenangan dia cuba memberanikan diri. Sampai bila hidupnya perlu diselubungi tanda tanya yang bukan sedikit. Bagaimana hendak dikecapi kemanisan berumah tangga andai tiada persefahaman antara mereka.

'Ali Hasif tersenyum. Tangannya mencapai tangan Raihan. Digenggam erat kedua-dua belah tangan sang isteri. Raihan hanya membiarkan. Sabar menanti butir bicara sang suami.

"Do you?"

Raihan membalas senyum. Sedikit. Seperti sudah dijangka balasan yang bakal diterima, dia pantas bersuara.

"Where have you been?"

"Raihan nak tahu?"

"Don't you have better way to answer my questions?"

'Ali Hasif memandang Raihan tak lepas.

"It's a long story, sayang.."

"Then maybe you can start now,"

"I don't know how and where to start,"

"Quit playing games with my heart, bang.."

'Ali Hasif tersentak sedikit. Berkerut dahi seketika. Tangannya  diangkat sedikit, menggaru pelipis.

"Macam lirik lagu je tu sayang,"

"Erm Hm.. Quit playing games with my heart, you're tearing us apart,"

'Ali Hasif terdiam seketika. Dia tahu bait-bait lirik lagu Backstreet Boys itu. Memang tepat terpanah ke batang hidungnya.

"I'm sorry, sayang.."

Lelaki itu bersuara kemudiannya, penuh kelembutan. Dia mengucup belakang tangan Raihan yang kembali digenggamnya, erat.

"I'm really sorry.. Actually abang kena fly a week after kita nikah but something came up."

"Seriously?" Bulat mata Raihan memandang 'Ali Hasif. Lelaki itu mengangguk sekali. "Hurm... Kena tinggal right after nikah, better still, a week after.." Raihan menggumam perlahan.

"Abang kena ganti kawan, sayang.. Bukan abang sengaja nak tinggalkan Raihan.. Kebetulan lepas wan call untuk cepatkan tarikh nikah kita, kawan abang pula datang minta tolong gantikan dia.."

"Okay.. Fly pergi mana?"

"Umrah.. Abang dengan 35 orang jemaah,"

Berkerut dahi Raihan. Faham tapi musykil. Pergi mengerjakan umrah ke apa?

"Kalau Raihan nak tahu, abang part time mutawwif,"

'Ali Hasif segera menyambung, cuba meleraikan kekusutan tetapi makin bertambah kerutan di dahi Raihan. Memang suaminya ini workaholic ke apa? 

"Full time apa dah kerja kalau gitu?"

Sudah tunggang terbalik susunan ayatnya. Dia tidak peduli. Janji maknanya sampai.

"Full time husband,"

'Ali Hasif membalas selamba. Raihan ketap bibir. Serasa seperti hendak dicubit kuat-kuat lelaki di hadapannya ini namun terbantut hasratnya mengenangkan lelaki itu suaminya.

"What happened then?"

Malas melayan gurauan suami, Raihan terus bertanya. Lelaki itu kembali serius.

"Afdzal, sayang kenal Afdzal?"

"The policeman? Your friend?"

"A best friend of mine, actually.. ASP Afdzal. Dia yang banyak tolong abang selama ni,"

"Oh, okey. Kenapa dengan dia?"

"Langgar lari."

"Astaghfirullah al-azhim," Raihan menarik tangan, menekup mulut.

"He's okay. Minor injuries. Tapi Nurul... Isteri Afdzal, koma and she died two days later with their unborn baby,"

'Ali Hasif berjeda. Ada sebak dalam suaranya.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.."

Raihan menahan nafas. Matanya yang sudah berkaca tepat memandang anak mata suaminya. Cuba menyalurkan kekuatan biarpun dia sendiri goncang. Terkejut dengan kisah yang mengetuk gegendang telinganya.

"Afdzal accident sehari sebelum kita nikah, sayang. Dalam pukul 5 petang hari tu, abang dapat call daripada anak buah Afdzal. Abang kena jugak pergi jumpa Afdzal dekat Beijing. I had to, sayang... because he's all by himself and I'm responsible for all the things that had happened. Abang tak sangka sampai jadi macam ni,"

Giliran Raihan menggenggam erat tangan suaminya.

"Dah tiga nyawa hilang sebab abang,"

Nyawa siapa lagi selain yang baru sahaja diketahuinya? Raihan terasa seperti nyawanya pula yang terbang melayang. Nafasnya serasa seperti tersekat. Liur yang ditelan terasa berpasir. Dia speechless. Kekejaman apakah yang diceritakan suaminya ini? Kisah apakah di sebalik setiap yang terjadi?

"He made it look like an accident but I knew it's him."

"Who?" Bergetar suara Raihan bertanya.

"Sham, sayang.. Aizat Risham." 'Ali Hasif meraup wajahnya sekali. Dia beristighfar panjang sambil memandang Raihan.

Kerutan kembali jelas di dahi Raihan. Aizat Risham! Mindanya bekerja keras untuk mengingati pemilik sebaris nama itu tetapi gagal. Dia buntu. 

"Abang pergi jumpa Afdzal, try to console him. Tolong Afdzal selesaikan urusan bawa balik jenazah ke Malaysia. Sebelum bertolak ke Jeddah abang ada pergi cari Sham, tapi tak jumpa. Dia macam bayang-bayang. Sentiasa ada dekat kita tapi bila dicari, dia hilang."

"Kenapa abang tak beritahu Raihan? Mesej Raihan pun abang tak balas,"

Kedengaran agak perlahan dan lemah suara itu.

"I did, sayang.. Abang call Raihan banyak kali but no answer,"

"Bila? Tak ada pun seingat Raihan.. Sebab tu Raihan try contact abang pulak tapi tak dapat and mesej-mesej yang Raihan sent pun abang tak baca,"

'Ali Hasif menghela nafasnya perlahan. Berat.

"I've lost my phone, sayang. Elok je sampai airport Beijing, baru abang perasan phone dah tak ada dalam poket. Tak sedar bila masa hilang. Terjatuh atau kena curi, I've no idea. So abang beli phone and nombor baru. I've tried so many times to reach you then but failed.. "

"Astaghfirullah al-azhim..." Mengucap panjang Raihan. Kesal dengan tingkah sendiri. Memang dia ada mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Namun, tidak pernah dia menjawabnya. "Tapi kenapa abang tak text?" Biarpun ralat, Raihan masih tidak puas hati.

"I'm so sorry, sayang. My bad. I should've texted you tapi abang still nak call and talk to you directly. I'm truly sorry,"

Raihan mengangguk sedikit. Matanya masih lagi tepat memandang anak mata hazel milik sang suami. Seakan terpukau dengan sepasang mata yang cantik itu.

"Raihan pun minta maaf jugak kat abang,"

"Raihan mesti sayang sangat dekat abang, kan?"

Raihan tersentak. Lain yang dia sebut, lain yang dibalas suaminya. Berkerut dahinya sebelum dia menjawab, "Perasan. Tak kuasa."

'Ali Hasif tersengih lebar menayangkan barisan giginya yang elok tersusun.

"Action speaks louder than words, sayang.. Raihan pegang tangan abang tak lepas ni, kuat pulak tu,"

Terus terlepas tangan 'Ali Hasif dari genggaman Raihan. Tidak sedar, lupa dia sedang menggenggam tangan yang sekali ganda besar dari tangannya itu. Pecah tawa 'Ali Hasif.

"Tengok ni sampai berbekas,"

Raihan mencebik. Pantas dia membalas, "Tu maknanya sakit hati, marah.. Bukan sayang namanya kalau dah sampai berbekas,"

Makin bersambung tawa 'Ali Hasif. Raihan hanya memandang tanpa perasaan.

"Banyak lagi ---"

"Allahu Akbar Allahu Akbar,"

Suara Raihan mati saat azan berkumandang kuat. Matanya melirik ke papan pemuka. Menggeleng dia melihatkan jam sudah menghampiri 1.30 petang. Tidak sedar begitu pantas masa berlalu. Diam sejenak kedua-duanya, menjawab azan sebelum Raihan tersentak sedikit saat tangan kanannya tiba-tiba dicapai 'Ali Hasif. Lelaki itu mengelus lembut jari-jemari isterinya. Dipusing-pusingkan cincin platinum bermata satu di jari manis Raihan.

"Laa Ilaahaillallah..."

Laungan azan sudah berhenti. 'Ali Hasif melepaskan tangan isterinya. Masing-masing tunduk sedikit, membaca doa selepas azan.

"Raihan nak cakap apa tadi?" Tanya 'Ali Hasif usai bacaan doa tadi. Di bibirnya terbentuk senyum.

"Tak ada apa,"

"Banyak lagi apa, sayang?"

"Abaikan je la, tak ada apa pun.."

"Banyak lagi Raihan nak tanya?"

Raihan diam tak membalas.

"Atau banyak lagi sayang Raihan dekat abang?"

"Jom solat," Raihan kalih bicara.

"Hm jom, sayang.. Tapi, abang tahu Raihan sayang abang, kan?"

Raihan kerut dahi. Tangannya sudah teragak-agak untuk menarik pemegang pintu.

"Nevermind, sayang.. Raihan tak jawab pun abang tahu,"

Perasan sungguh! Raihan menggeleng perlahan bersama kuntuman senyum di bibir. Kunci kereta ditarik dan diserahkan pada sang suami. Beg telekung yang diletakkan di tempat duduk belakang dicapainya. Dia menolak pintu kereta dan segera melangkah ke luar.

"A ma vie de coeur entier," sempat Raihan bersuara, perlahan tetapi jelas.

'Ali Hasif terpana. Duduknya yang selesa bersandar tadi sudah tegak semula mendengarkan butir kata Raihan.

"Raihan!" panggil 'Ali Hasif sedikit kuat saat isterinya sudah mengatur langkah menuju ke pintu masjid.

"Solat, solat.. Nanti terlepas rakaat pertama pulak," balas Raihan laju.

'Ali Hasif bingkas keluar dari kereta, menuruti langkah sang isteri. Sempat dia menekan butang pada remote kereta sebelum menyimpannya ke dalam poket seluar.

"Wait Raihan.. Tadi tu? Is it French? What does it mean?" Bertalu-talu soalan 'Ali Hasif saat langkah mereka beriringan.

Raihan tidak menjawab. Hanya kuntuman senyum yang mekar di bibirnya. Selamba dia melambai pada sang suami sebelum menukar arah menuju ke tempat ruang wudhuk dan tandas yang terletak di bahagian solat muslimah.

'Ali Hasif ketawa perlahan sambil menggeleng sekali. Senang hati biarpun tertanya-tanya. Bukan senang untuk mereka berbual mesra. Dia semakin nampak lorongan cahaya yang bakal menyinari kehidupan mereka. Langkah kakinya diatur laju, bimbang terlepas rakaat pertama bersama imam. 






🌻🌼 to be continued 🌼🌻
•••In Shaa Allah•••



















February 18, 2019

® = Rindu : Mencari Fiqah



Ini bukan novel, ini bukan cerpen, ini bukan fiksyen..

Ini, di sini, dengan medium ini, saya aka jat mencari dia yang dikenali dengan panggilan fiqah. A long-lost adik. Contact number pun dah tak ada. Saya tak tahu cara macam mana lagi untuk mencari dia.

Fiqah yang saya kenal thru internet, pada zaman internet dengan connection line yang sangat bising and annoying. Di rumah saya. Rumah others maybe sudah maju.

Perkenalan dari sebuah laman sembang maya membawa kepada hubungan silaturrahim di alam realiti. Kita berjaya bersua muka akhirnya. Dua kali sahaja. Yang pertama di PWTC. Yang terakhir di rumah saya. On my wedding day, 5 years ago. Pertemuan yang singkat dan terburu-buru. Semuanya sekelip mata dan sepantas kilat. I haven't got the chance to greet both you and mom properly that day.

Akak rasa sangat ralat tau fiqah. Sampai sekarang teringat-ingat.

Nik Norafiqah the name is. If I'm not mistaken. So truly sorry if I got it wrong. My bad... Dik, honestly, I've been thinking of you, every day, ever since I continued writing.

How are you?
Where are you? Abroad or here, for good?
What are you doing now?
Single or taken?
How about your family?
How many nieces and nephews?

Just so you know, I really missed your sweet and soft voice, chit chatting and storytelling like there's no tomorrow... sharing everything. You're my inspiration, you know..

Ugh. Words cannot tell. You know when you miss someone badly, it really hurts inside. There's only one thing for sure I'm not going to miss, praying for you. And me. For us. HE knows the best, right.


If you happen to read this, please drop me a message, sis.
Uhibbuki fillah. Abadan abada.










February 16, 2019

Kita Serupa... 16


"Raihan nak drive?"

"Ha?"

'Ali Hasif tersenyum. Kunci kereta di tangan kanannya diunjukkan pada isteri di sisi.


"Nak test drive?" Lelaki itu menjungkitkan keningnya sekali.


"Drive pergi mana?"

"Drive balik rumah kita la sayang.."


"Boleh ke?"

"Why not? It's yours, anyway.."

Berkerut kening Raihan mendengarkan balasan sang suami.


"Hadiah abang, untuk Raihan..."

'Ali Hasif berjeda. Tangan kirinya menarik tangan kanan Raihan. Diletakkan segugus kunci dalam tangan sang isteri sebelum ditutupnya genggaman tangan itu.

"Tanda terima kasih abang dekat Raihan... sebab Raihan sudi terima abang,"  Sambung lelaki itu perlahan. Tangan kanan Raihan digenggam lembut.

Sepi. Kelu Raihan tidak terkata apa. Sungguh dia sendiri tidak menyangka akan dihadiahkan sebuah kereta. Kaku dia sebentar. Tiada sebarang riak wajah untuk ditebak perasaannya.

"Raihan tak suka ke?"

Kepala Raihan bergerak laju ke kiri dan ke kanan.

"Raihan tak suka?"

'Ali Hasif bertanya sekali lagi.

"Eh tak, bukan." Pantas Raihan membalas. Dia seakan tersentak sedikit.

"Raihan salah dengar tadi,"

'Ali Hasif mengerutkan dahinya. Bibir sudah tersimpul senyum.

"Raihan dengar apa?"

Raihan tidak segera membalas. Dia hanya tersengih.

"Orang kata, rezeki jangan ditolak... Terima kasih ya, ermm..." Raihan berjeda sebelum menyambung, "abang..."

"Erm.. Raihan jangan salah sangka pulak.. Abang hadiahkan kereta je ni. Bulan-bulan Raihan la yang bayar.."

Bulat mata Raihan saat telinganya menangkap balasan selamba 'Ali Hasif. Dalam kepala ligat memikir. Baru hendak dilancarkan misi berbaik dengan suami, serasa seperti terbantut niat suci murninya itu.

"Eh apa ni,"

Tangan Raihan menepis lembut jari sang suami yang mencuit bibirnya perlahan.

"Masam mencuka tiba-tiba dah kenapa.. Kalau Raihan tak suka tak apa, abang ambil balik," Ketawa lepas 'Ali Hasif sesudah dia menoktahkan kata.

"Buruk siku," Laju Raihan menjawab. Tangan kanannya sudah disorok di belakang tubuh, bersama kunci kereta yang digenggam kemas.

"Ada apa riuh umi dengar tu Hasif?"

Makin galak tawa 'Ali Hasif. Dia tersengih kemudiannya saat Raihan mencuit perutnya. Geram. 

"Tak ada apa umi.. Raihan ni nak manja-manja,"

Terjegil Raihan pada 'Ali Hasif. Lelaki itu seperti biasa masih lagi beriak selamba.

"Bila umi sampai?"

"Baru je. Tak ramai budak datang mengaji hari ni.. Kamu berdua nak gerak balik dah ke ni?"

"Ya, mi.. nak gerak dah ni. Hasif ingat nak singgah rumah Tok Ma jumpa umi kat sana tadi."

"Herm budak bertuah ni.. Bukan nak tunggu lepas berbuka ke,"

"Nanti lepas buka kena tunggu lepas terawih pulak.. Dan lepas terawih baik tunggu sahur, kan.."

Umi mencebik sebelum ketawa perlahan. 'Ali Hasif tersengih lebar. Raihan di sisi menyigung perlahan perut sang suami. Ada-ada sahaja lelaki itu.

"Siap dah simpan barang?"

"Dah, umi.. Tinggal nak masuk kereta je ni.."

'Ali Hasif ketawa lepas melihat gelengan umi.

"Memang bertuah sungguh la suami kamu ni, Raihan.. Gini la si Hasif ni. Datang tak dijemput, pergi tak disuruh.."

Pecah tawa Raihan mendengarkan bebelan umi. Umi tersenyum sedikit. Tangannya mencapai lengan kiri Raihan dan dipeluknya mesra.

"Rindu la umi dengan Raihan nanti.. Tak ada dah kawan nak teman umi masak sahur dan berbuka,"

Raihan tersenyum mesra. Tangan kanannya mengelus mesra tangan umi sebelum dia menepuk perlahan tangan wanita tua itu.

"In shaa Allah Raihan datang lagi nanti, umi.."

"Ya, umi... Umi nak pinjam Raihan seminggu dua pun boleh,"

'Ali Hasif menyampuk sebelum menyimpul senyum. Umi menjungkitkan keningnya sekali.

"Pinjam dengan pakej la tu ya. Hm sekali dapat tak lepas dah dia." Balas umi.

'Ali Hasif ketawa lepas. Berkerut dahi Raihan, cuba menangkap isi perbualan umi dan 'Ali Hasif.

"Pakej tu dah semestinya, umi. Wajib. Mana boleh tinggal kan, sayang?"

Raihan diam tak membalas.

"Tak lari gunung dikejar, Hasif.. Kalau dah jodoh, kan.."

"Lari jugak, mi.. Kena track pakai gps baru jumpa.."

Makin berkerut dahi Raihan. Semakin  panjang perbualan Hasif dan umi, semakin dia tidak faham.

"Banyak lagi kisah Hasif ni yang umi tak sempat nak cerita kat Raihan.." Umi yang menangkap riak tertanya-tanya Raihan terus bersuara, berjeda dan menyambung, "Nanti Raihan datang sekali lagi, umi bukak cerita pasal suami Raihan ni. Semuanya dalam poket umi je,"

"Eh malu la Hasif nanti,"

"Kamu tak payah malu la.. Untung-untung makin Raihan bertambah sayang nanti,"

Tersentak Raihan dijadikan bahan cerita terang lagi bersuluh.

"Ha ni Hasif, umi lupa nak tanya seperkara."

"Umi nak tanya apa ya?"

"Semalam yang kamu berbual panjang dengan Afdzal, dah dapat tangkap ke kawan kamu tu?"

Raihan pantas mengalih pandang ke arah suaminya, memasang telinga tidak sabar untuk mendengar balasan lelaki itu. Dia sendiri tertanya-tanya tetapi untuk bertanya, terasa berat di mulut. Namun, saat melihatkan keruh di wajah 'Ali Hasif, dia dapat menebak jawapannya. Kedua-dua mereka berbalas pandang seketika.

"Belum, mi. Hilang tanpa jejak. Afdzal dah letak orang dia kat semua possible places yang Sham mungkin atau biasa pergi tapi belum ada hasil lagi,"

Jelas nada hampa pada suara itu. Umi tarik nafas panjang, beristighfar seketika. Makin erat genggaman tangannya pada Raihan.

"In shaa Allah, Hasif, Raihan.. Kita sama-sama berdoa minta dijauhkan daripada perkara yang tak diingini. Paling penting, kita doakan supaya Sham sedar dan segera berubah,"

"In shaa Allah, umi.."

"Hm kamu berdua gerak la dulu. Lewat pula nanti."

"Ya, mi.. Kami gerak dulu, ya.."

Umi mengangguk. Tangannya meraih salam Raihan. Dipeluk kejap batang tubuh halus itu. Terasa seperti berat hati untuk melepaskan mereka berdua.

"Iya.. Hati-hati drive tu,"

"Hasif jadi co driver je hari ni,"

"Raihan drive balik?"

Raihan mengangguk laju, membalas pertanyaan umi.

"Hati-hati ya Raihan,"

Giliran Raihan memeluk batang tubuh umi kejap. Menitis juga mutiara jernih yang sudah bergenang di tubir matanya. Hatinya jatuh sayang pada umi yang telah dianggap seperti ibunya sendiri. Pantas disapu pipinya dengan belakang tangan.

"Nanti Raihan datang lagi ya, mi.."

"Iya sayang, umi tunggu.."

Umi membalas mesra sebelum mengusap bahu Raihan perlahan. Mata umi memerhatikan bayang 'Ali Hasif dan Raihan yang semakin menghilang di balik pintu kereta. Tangannya melambai sambil mulut membalas salam yang dihulurkan 'Ali Hasif. Terasa sebak melepaskan kedua-dua mereka.






~•~•~•~•~•~•~ to be continued~•~•~•~•~•~•~
in shaa Allah
😆







January 29, 2019

Kita Serupa ...15


"Tambah nasi lagi, Raihan.."

Raihan tersipu-sipu sambil mengangguk. Tangannya menyenduk nasi dari mangkuk nasi tambah. Diletakkan sesenduk nasi tambah ke dalam pinggannya. Suami di sebelah dikerling sambil mata memberi isyarat.

'Ali Hasif hanya tersenyum dan menggeleng,  menghantar tanda tidak mahu menambah nasi. Raihan mengangguk sekali dan menyambung suapannya.

"Ada tahlil kat surau malam ni, Hasif.. Sebelum terawih."

Mata Raihan melirik pada 'Ali Hasif. Lelaki itu terangguk-angguk mendengar suara umi.

"Raihan dengan Hasif makan dulu ya, umi nak ke dapur."

Sambung umi lagi. Raihan mengangguk dengan leretan senyum sebelum matanya kembali tertumpu pada sang suami. 'Ali Hasif di sisinya sepi tanpa suara, ralit menghabiskan nasi yang tinggal beberapa suap lagi. Raihan pandang tak lepas.

Bibir menguntum senyum dalam tak sedar. Sepanjang mereka tinggal bersama, tidak pernah 'Ali Hasif menambah makanan di pinggannya. Dia senang dengan tabiat lelaki itu. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Dia pula yang makan seperti tak kenyang-kenyang. Raihan tersengih sendiri.

"Raihan dah kenyang tengok abang?"

Tersedak Raihan dengan teguran yang tidak dijangkanya. Huluran gelas berisi air suam disambut pantas. Dia segera meneguk air sekali dan berdehem beberapa kali, melegakan tekak. Suapan kembali diteruskan kemudiannya, menghabiskan nasi yang bersisa di pinggan. Kepala tunduk menghadap hidangan. Malu dengan sang suami.

'Ali Hasif yang memerhatikan tingkah Raihan hanya tersenyum lebar. Dia bingkas, menuju ke sinki di belah kiri pintu masuk dapur. Pinggannya dibasuh dan diletakkan di rak sebelah sinki sebelum bayangnya hilang di balik pintu bilik air. Hampir lima minit kemudian, langkahnya diatur kembali ke meja makan, menyelesakan diri di sebelah Raihan.

Beberapa minit berlalu. Sepi di meja makan. 'Ali Hasif diam memerhatikan sang isteri. Diam Raihan, tunduk khusyuk menghadap makanan, sedar dirinya menjadi tatapan. Entah di mana silapnya, Raihan tersedak sekali lagi. Pantas tangannya mencapai gelas yang masih berisi air suam. Diteguk perlahan sekali.

"Hm tu la Raihan  makan pun control sangat abang tengok.. Praktis untuk makan beradab kita ke?"

Bulat mata Raihan. Hampir tersembur air yang sedang diteguknya. Cepat-cepat ditelan dan dia tersedak lagi buat kali ketiga. Terbatuk tidak henti. Berair matanya. 'Ali Hasif segera berpusing menghadap Raihan dan menepuk perlahan belakang tubuh sang isteri beberapa kali.

"Sorry, sorry.. abang tak sengaja,"

Raihan hanya diam tak membalas. Tidak marah. Lebih kepada malu. Segan menjadi perhatian lelaki itu.

"Sorry tau sayang,"

Raihan mengangguk beberapa kali. 'Ali Hasif tersenyum senang.

"Raihan," panggil lelaki itu, perlahan.

"Hm,"

"Raihan,"

Namanya dipanggil sekali lagi. Raihan berpaling sedikit. Mata bertentang mata. Raihan terasa seakan dadanya bergetar hebat. Debar bertamu tiba-tiba. Dia pantas berpaling semula, tunduk menghadap pinggan yang hampir licin. 'Ali Hasif menyembunyikan senyum.

"Raihan habiskanlah makan. Abang nak ke surau dulu. Lepas isyak nanti abang tak balik rumah. Raihan pergi surau dengan umi ya,"

Raihan mengangguk beberapa kali tanpa mengangkat kepala walau sedikit. Kaku dia seketika saat kepalanya diusap beberapa kali.

"Good girl,"

'Ali Hasif mula melangkah, singgah sebentar di dapur sebelum dia bergerak ke luar, menuju surau yang hanya sepelaung dari rumah ibu angkatnya itu. Raihan segera menghabiskan suapan yang terakhir sebelum menghilang ke dapur.

"Raihan dengan Hasif jadi nak balik esok?"

Raihan yang sedang membilas pinggan yang masih bersabun pantas berpaling mendengarkan pertanyaan umi. Tersenyum dia pada umi.

"In shaa Allah, umi. Lama sangat dah kami tinggalkan rumah tu umi,"

"Hm iya la Raihan. Umi pun setuju, rumah tak elok juga dibiarkan kosong lama-lama,"

Raihan mengangguk beberapa kali tanda bersetuju dgn kata-kata umi. Wanita separuh abad itu sudah berdiri di sisi Raihan di tepi sinki dapur.

"Untung Raihan kahwin dengan Hasif.. Baik orangnya tu, An.. Lama dah umi kenal Hasif ni sejak dari dia Tingkatan 1 lagi."

Raihan segera menoleh ke sisi. Dia tersenyum sedikit. Baik macam mana tu? Ingin ditanya tetapi malu.

"Nampak je macam nakal, kuat mengusik tapi itulah, orang kata tak kenal maka tak cinta. Iya tak?"

Raihan ketawa perlahan sambil mengelap tangannya.

"Dia jadi anak angkat umi masa ada program di bawah bimbingan dan kaunseling. Program untuk budak-budak yang bermasalah disiplin kat asrama.Tapi bila duduk dengan umi, umi tahu dia sengaja timbulkan masalah untuk dapatkan perhatian."

Menggeleng umi seketika dengan senyuman. Raihan pun turut sama mengukir senyum di bibir. Dirinya sudah tegak menghadap umi. Banyak perkara tentang suaminya yang tidak dia ketahui.

"Umi,"

Umi menjungkitkan keningnya.

"Raihan nak tanya sikit, boleh?"

"Tanya apa tu? Macam serius je bunyinya."

Raihan ketawa perlahan. Kepalanya menggeleng sedikit. Tangan umi dicapai dan dielus lembut.

"Hurm... Umi..." Raihan berjeda. "Abang selalu datang sini ke?"

Umi mengangguk seraya membalas, "Dah macam rumah kedua dia dah kampung ni,"

Raihan terangguk-angguk kemudiannya. Padan la asal berjumpa, semua orang ditegurnya jika bukan dia yang disapa. Malam pertama mereka di situ lelaki itu sudah dijemput untuk menjadi imam solat terawih.

"Kenapa Raihan tanya?"

"Hm saja Raihan tanya sebab tengok macam semua orang kenal dia,"

Umi ketawa kecil.

"Dari zaman zaman sekolah, Raihan.. Suka pulak dia duduk sini. Sunyi agaknya kat rumah tak ada siapa,"

"Kenapa sunyi?"

"Sunyi la An, mama Hasif balik  Malaysia setahun beberapa kali je sejak babahnya meninggal."

Raihan tersentak. Terasa berpasir liur yang ditelannya. Bila babah meninggal? Mama ada di mana? Dia tidak tahu tentang itu. Sungguh. Banyak perkara tentang suaminya yang masih samar-samar. Hendak bertanya, tidak terkeluar suaranya. Raihan menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan.

"Jom kita ke depan. Sekejap lagi nak azan isyak dah ni, An.."

Raihan mengangguk lemah. Senyum di bibir diukir juga buat tatapan umi yang sedang memerhati. Kepalanya tak henti memikir. Entah bila kan terjawab semua persoalan.

Raihan pantas menyusun langkah, menuruti jejak umi kedepan sebelum bayangnya hilang di balik daun pintu bilik. Segera dia menyucikan diri dan bersiap untuk ke surau. Berharap untuk beroleh ketenangan sambil mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.




~°~°~°~°~°~°~° to be continued ~°~°~°~°~°~°~°
in shaa Allah
my apologies for the delay 😢