January 18, 2010

Kills Two Birds with One Stone 3


“Ummi serius?”


“Syah ingat ummi main-main?”


Gulp! ‘Ukasyah menelan liur. Tekaknya terasa berpasir.


“Ummi―”


“Hah. Kamu jangan nak bagi alasan lagi, Syah.” Hajah Fatimah pantas memintas. Tidak mahu mengubah keputusan yang telah dibuat. “Ummi kamu ni bukan makin muda, tiap tahun umur makin meningkat. Lama mana lagi ummi nak tunggu. Kamu la satu-satunya anak ummi dengan abah..”


“Ummi..”


Suara sayu Hajah Fatimah benar-benar membuatkan hati lelaki ‘Ukasyah tersentuh.


“Ummi dah makan?”


“Tukar topic,”


Hahahah. ‘Ukasyah ketawa lepas.


“Syah rindu ummi..”


“Pandai je la dia nak tukar topic..” Suara ceria Hajah Fatimah mula kedengaran.


“Betul, Syah rindu ummi..” ‘Ukasyah tertawa seketika kemudian. Tak betah mendengar suara umminya yang berubah mendung seperti sebelum ini.


“Mulut kata rindu, hati tak pun.”


‘Ukasyah ketawa lagi. Sentimental umminya semakin berkembang.


“Hati memang la tak kata. Sebab hati tak boleh bersuara.. Cuba kalau hati boleh bersuara, mesti ummi tahu betapa rindunya Syah dekat ummi. Tak tertimbang rindu Syah, mi.”


“Sekali cakap, gaya dah macam mat bunga. Entah-entah dekat sana Syah dah mengayat anak dara orang. Sebab tu liat sangat tak nak dengar cakap ummi..”


“Ummi tak percaya dekat Syah ye mi..”


“Ummi ni ibu kamu Syah. Ummi dah masak sangat dengan perangai kamu tu.”


‘Ukasyah tersenyum kelat. Telefon bimbit di telinga kiri dilekap kemas. Pi mai pi mai tang tu. Pusing-pusing, topik teman hidup juga yang akan diutarakan.


“Mi, Syah balik malam ni. Syah janji. Ummi jangan risau ye mi.” Jam di pergelangan tangan kanan dikerling sekilas. Sudah menghampiri jam tiga petang. Mindanya ligat mencongak waktu untuk pulang ke rumah.


“Syah balik pukul berapa?”


“Syah ada kerja lagi mi. Sekejap nanti Syah try adjust dengan kawan. Mungkin lepas asar Syah keluar,”


“Drive carefully.. Hujung minggu ni banyak kereta,”


“InsyaAllah..”


“Ummi tunggu Syah,”


‘Ukasyah ketawa perlahan. “Daripada ummi tunggu Syah, baik ummi tunggu abah..” Dalam tawa yang masih bersisa, ‘Ukasyah bersuara.


“Abah tak ke mana pun hari minggu ni Syah. Sibuk nak sambut menantu..”


Mati tawa ‘Ukasyah. Kelu dia seketika. Jelas kedua ibu bapanya menaruh harapan yang tinggi. Lelaki itu menghela nafas perlahan. Salam umminya disambut perlahan seketika kemudian.


*********


“Biar anak dara yang buat kerja, kak..” Hajah Aminah menarik lembut lengan Hajah Fatimah. Tersenyum kedua-duanya pada Afifah dan Afiqah di muka pintu dapur. Dua beradik itu turut tersenyum manis.


“Biar kami bawak lauk-lauk ni keluar. Tinggal nak buat air je pun kan makcik,”


Mendengarkan suara Afifah, Hajah Fatimah mengangguk sekali sebelum dia membalas mesra, “Susah-susah je. Tu la makcik tak ada anak dara. Ada sorang anak teruna tapi tak nampak-nampak batang hidung lagi.”


Afifah dan Afiqah tersenyum. Kedua-duanya menghantar langkah Hajah Fatimah dan Hajah Aminah dengan pandangan mata.


“Along buat air,”


“Eh, apa along pulak. Iqa la.”


“Along yang offer diri tadi. Iqa tukang senyum je,”


Pantas satu cubitan hinggap di pipi Afiqah. Gadis itu terjerit perlahan. Laju sahaja tangannya mengusap pipi. Memuncung dia seketika.


“Orang gurau je la.. Cubit sakit-sakit pulak tu..” Manja suara gadis awal 20-an itu merengek pada kakaknya.


“Along bawak keluar lauk ni, Iqa buat air tau..”


Afifah tersengih lebar pada adiknya. Sempat dikenyitkan matanya sekali sebelum berlalu keluar dari dapur. Afiqah mencebik sedikit sebelum dia tersenyum seketika kemudian. Tersenyum sambil menggelengkan kepala.


“Nak buat air apa ye? Panas ke sejuk?” Gadis berbaju kurung moden hitam berbunga kuning keemasan itu menggumam perlahan. Sejuk angin malam yang menyapa dari balik pintu dapur di bahagian belakang yang sedikit terbuka membuatkan dia terus melangkah menghampiri kabinet dapur. Pintu kabinet ditarik sedikit. Pantas tangannya mencapai tin Vico. “Mana pulak gula dengan susu.. Tak ada pun dekat dalam ni..” Meliar matanya ke serata ceruk kabinet pasang siap tiga tingkat itu.


“Gula dengan susu dekat rak bawah sekali..”


Hampir terlepas tin Vico di tangan. Afiqah beristighfar panjang. Pantas dia berpaling ke arah suara tadi.


“Awak!” Terjerit kecil Afiqah. “Apa awak buat dekat sini?”


“Aku pulak. Kau la. Apa kau buat dekat rumah orang ni?”


“Nama pun rumah orang, mestilah saya ni tetamu.” Pantas Afiqah membalas. Tajam matanya memerhatikan susuk tubuh yang sudah berdiri entah berapa lama di belakangnya. Lelaki itu sedang memeluk tubuh di muka pintu dapur yang menghubungkan dapur dengan laman di belakang rumah.


“Tetamu buat apa dekat dapur rumah orang?”


Afiqah mengetap gigi. Geram. Dalam hati sarat dengan zikrullah agar dia mendapat kesabaran. Pandangannya dilarikan dari terus bertatapan dengan lelaki itu. Pantas dia kembali menyibukkan diri dengan menyusun cawan ke dalam dulang. Seketika kemudian jag panjang yang telah tersedia di atas meja bulat dicapai dan diisi dengan air suam.


“Nah gula dengan susu.”


Afiqah mengurut dada perlahan. Dek kerana rasa geram sebentar tadi, dia terlupa niat asalnya untuk mencari gula dan susu tepung. Sudahnya lelaki itu dengan baik hati menghulurkan bekas berisi gula dan susu tepung kepadanya. Afiqah melangkah setapak ke belakang, menjarakkan dirinya dengan lelaki tadi.


“Buat air sedap-sedap. Kalau tak aku reject.”


Bulat mata Afiqah memandang lelaki itu yang menayangkan wajah selamba. Dia menjegilkan mata sekali sebelum berdiri membelakangkan susuk tubuh yang berada beberapa langkah di belakangnya.


“Siapa entah yang nak dekat dia. Sibuk nak reject orang pulak.” Biarpun tangan lincah membancuh air mulutnya sempat menggumam geram.


“Buat kerja biar ikhlas,”


“Eh―”


“Syah,”


“Oh mak kau!”


Tepukan lembut di bahu anak muda itu membuatkan latahannya terlepas. Afiqah tersenyum simpul menahan tawa. Dalam hati dia ketawa kuat. Bukan main gaya macam bengis tapi kuat melatah. Tidak pernah dia melupakan peristiwa lelaki itu melatah di awal pertemuan tanpa sengaja mereka sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke kolej.


“Bila Syah sampai? Keluar lambat ke tadi?”


“Baru je lagi mi. Syah keluar dekat nak maghrib tadi. Lepas habis kerja. Kawan Syah ada hal, tak boleh nak ganti tempat.”


“Kenapa masuk ikut dapur ni?”


“Saja Syah nampak dapur cerah tadi. Ingat ummi ada dekat dapur.”


Hajah Fatimah tersenyum. Matanya tunak memandang Afiqah yang diam di sisi mereka.


“So Syah dah jumpa la dengan anak Haji Pian?”


“Anak Haji Pian?”


Hajah Aminah mengangguk. Senyuman ‘Ukasyah makin lebar..

9 comments:

  1. yeyeah!
    akuh owg 1st!
    oyeah3!
    besh3..
    teruskan berkarya..
    spoil btol la mamat melatah..
    keh3.
    cngrate..

    ReplyDelete
  2. cehh..
    engatkan owg pes...
    lebih 1 min plak..
    haish

    ReplyDelete
  3. nanti ltak nama hajah Rahmah plk tau...keke..(berbanggalah dgn bhs kite)

    ReplyDelete
  4. best! best!
    makin menarik!
    mesti nanti 'Ukasyah banyak kacau Afiqah xD

    ReplyDelete
  5. ha..
    dia datang..
    teng teng teng...

    ReplyDelete
  6. best sangat la. keep it up ya, nak tau apa berlaku hehehe.

    ReplyDelete
  7. hehehhe...syah ape lagi stuju terus hehhe..
    cte ni cte pendek ke panjang hehhe
    syok la...
    :)

    ReplyDelete