June 9, 2009

Forever Yours 13


“Mama.. Where are you? I miss you..” Rengekan Falah kedengaran jelas di telinga Ain. Gadis itu tersenyum lebar. Telefon bimbit di telinga kanannya ditekup kemas. Dia berdehem seketika.

“Assalamualaikum, sayang..”

Falah ketawa manja. Tawa riang itu mengetuk lembut gegendang telinga Ain. Laju sahaja si kecil itu membalas salam mama In nya..

“Cuba Falah tengok kat luar sekejap..” Sambung Ain lembut.

“Mama!!!” Pantas Ain menjauhkan Nokia E65 itu dari telinga kanannya. Jeritan nyaring Falah kedengaran sangat kuat. Si kecil itu sudah berlari laju ke arahnya yang sedang menanti di hadapan pintu pagar. Kedua-dua belah tangan comel Falah memeluk erat besi-besi pagar sambil mulutnya riuh memanggil mama In nya. Bagaikan bertahun tak berjumpa sedangkan baru semalam si kecil itu ditinggalkan.

“Sayang, bukak la pagar dulu.. Tak nak bagi mama masuk?” Ain mencuit mesra pipi gebu Falah. Belum sempat si kecil Falah berlari masuk ke dalam rumah, pintu pagar tinggi itu terbuka perlahan-lahan. Falah pantas berpaling dan memeluk Ain erat. Ain ketawa lepas, membalas pelukan si kecil itu sebelum mengangkat tubuh kecil Falah ke dalam dukungannya.

“Kenapa mama tinggalkan Falah semalam..”

Rengekan manja Falah mengundang senyum di bibir Ain. Kepala si kecil itu diusap perlahan.

“Falah nyanyi untuk mama semalam..” Sayu suara Falah. Kepalanya dilentokkan ke dada Ain. Ain mengusap kepala Falah sekali lagi. Pipi gebu si kecil itu dikucup lembut.

“Mama tak.....”

“Assalamualaikum, Ain..”

Ain mendongakkan kepalanya. Belum sempat dia membalas rengekan Falah, Ammar muncul dengan menghulurkan salam. Perlahan salam Ammar dijawabnya. Segaris senyuman terukir di bibirnya.

“Awal Ain datang..”

Erk?! Pantas Ain mengerling jam di pergelangan tangan kanannya. 10.30! Awal apanya.. Perli aku ke Encik Ammar ni..

“I’m serious.. Abang ingat Ain datang terus rumah mama tengah hari nanti..” Seperti dapat membaca isi hati gadis di sisinya itu, Ammar menyambung kata.

Ain menggeleng laju. Beberapa kali. Ammar yang memandang tersenyum mesra. Comel! Makin meleret senyum Ammar saat Ain tersipu melihatnya yang memandang tanpa kelip. Falah dalam dukungan Ain terkebil-kebil. Kepala si kecil Falah masih lagi terlentok di dada Ain, hendak bermanja dengan mama In nya itu.

“Ma.. I’m hungry..”

“Hurm?” Ain tersentak. Pandangannya beralih pada Falah yang bersuara perlahan memecah keheningan antara mereka bertiga. Monyok si kecil itu sambil menepuk perutnya beberapa kali. Ain ketawa perlahan.

“Ei.. Falah baru lepas breakfast tadi kan..? Tak kenyang lagi..?” Ammar mencuit hidung puteri kesayangannya sekali.

Falah tersengih. Kepala si kecil itu bergerak laju ke kiri dan ke kanan. Rambut ikalnya yang dibiarkan lepas beralun perlahan.

“Aha.. Sayang papa ni makan tak baca doa ye..” Ammar menarik Falah ke dalam dakapannya tanpa sebarang isyarat. Ain sedikit tergamam. Bulat matanya memandang Ammar saat tangan lelaki itu bersentuhan dengan lengannya seketika tadi.

“Falah nak makan omelette yang mama buat.. Tak kenyang Falah makan nasi goreng papa tadi..” Meleret jawapan si kecil itu dengan suara yang manja. Lebar senyuman Falah menampakkan sebaris gigi susunya yang tersusun cantik. Ain ketawa lepas sebaik sahaja Falah menghabiskan ayatnya. Wajah kelat Ammar mengundang tawanya yang jarang sekali kedengaran. Falah pun turut sama ketawa, melihatkan mama In nya yang ceria.

“Jom, mama buatkan omelette untuk Falah.. Papa Falah nak jugak tak?”

Berkerut dahi Ammar mendengarkan bicara selamba yang keluar dari seulas bibir itu. Falah yang melurut turun dari dakapannya dibiarkan berlari laju, memeluk erat lengan Ain yang sudah bergerak menuju ke dalam rumah. Terpinga-pinga Ammar memandang Ain dan Falah yang beriringan. Riuh suara puteri kecilnya bercerita tanpa memberi ruang pada Ain untuk mencelah. Lambat-lambat Ammar menguntum senyum biarpun banyak persoalan yang berlegar di mindanya. Hampir lima minit terkaku, dia mengatur langkah ke dalam rumah mengikut jejak Ain dan Falah. Jauh di sudut hati lelaki itu tersimpan kemas perasaan ingin tahu sejauh mana kelancaran hubungan abangnya dengan Ain.. Keceriaan Ain menggusarkan hatinya dalam diam.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


“Ain okay?”

“Hah?”

Apa punya soalan tu? Masuk-masuk dapur terus tanya soalan yang agak-agak pelik.. Ain menyembunyikan senyumnya mengenangkan raut wajah Ammar sebentar tadi.

“Ain okay?” Sekali lagi Ammar mengulang soalannya. Anggukan Ain membuatkan Ammar mengeluh perlahan. Lelaki itu menarik bangku bulat berkaki tinggi di hujung dapur. Dia menyelesakan duduknya, memandang tepat ke arah Ain yang sedang lincah bekerja. “Falah mana, Ain?”

“Falah kat hall atas.. Tengok favourite cartoon dia..” Ain menjawab perlahan dengan senyuman di bibirnya.

“Ain okay?” Masih belum puas hati dengan jawapan Ain sebentar tadi, Ammar bertanya lagi. Kali ini pandangannya dipusatkan pada Ain yang sudah terhenti pergerakannya. Gadis itu memusingkan tubuhnya, menghadap Ammar. Kepalanya dianggukkan beberapa kali. Secepat itu juga keningnya dijungkitkan sekali.

“Kenapa? Saya okay je..”

“Are you sure?”

Ain mengangguk laju. Ammar membalas anggukan itu perlahan.

“Hmm.. Nescafe please..” Ammar senyum meleret, menyampaikan pesannya. Tidak sampai lima minit, nescafe panas tersedia di atas meja bulat di hadapannya. “Thanks..” Ammar tersengih pada Ain. “Nak?” Mug berisi nescafe diunjukkan pada Ain.

“Hah?!”

Tawa nakal Ammar mengundang kerutan halus di dahi gadis itu. Gelengan pantas Ain membuatkan tawa Ammar meleret.

“Ain nak pergi rumah mama pukul berapa?”

“Hah? Kenapa tanya saya?” Berkerut dahi Ain memandang Ammar, pelik mendengarkan pertanyaan lelaki itu seperti sedang meminta pendapatnya.

“Ain nak pergi pukul berapa?” Ammar menjungkitkan keningnya sekali. “...Atau Ain tunggu ‘Imad datang?” Lambat-lambat Ammar menyambung tanya dalam nada yang perlahan, cuba untuk mengetahui apa yang tersirat. “Why?” Gelengan pantas Ain mengundang pertanyaan spontan daripada Ammar.

“Kenapa apa?”

“Ain tak pergi dengan ‘Imad ke?”

Ain tersenyum sedikit, dapat dikesan nada cemburu di balik pertanyaan itu. Dia semakin jelas dengan perasaannya selepas bertemu empat mata dengan ‘Imaduddin semalam. Namun, sukar untuk dia mengakuinya apetah lagi lelaki di hadapannya itu belum pernah berterus-terang padanya. Ain sendiri khuatir dengan perasan baru yang semakin bercambah itu. Dia perlu berhati-hati agar perasaan indah yang lahir tanpa disedari itu tidak ditunjangi rasa kasihan melihatkan si kecil Falah.. Biarlah perasaan itu suci untuk kedua-dua insan kesayangannya. Ain menghela nafasnya perlahan.

“Kenapa, Ain? Is everything okay? Ain dengan ‘Imad...?”

Belum sempat Ain menjawab pertanyaan terdahulu, Ammar terus-terusan bertanya.

“Ya Allah.. Satu-satulah, bang..” Ain ketawa perlahan. Ammar tersengih. Belakang kepalanya diusap beberapa kali. “Semuanya okay, bang.. Ain pergi rumah Auntie Suhaili dengan abang sekalilah tengah hari nanti.. Boleh?” Sambung Ain lembut. Ammar terdiam seketika seakan memikir.

“Tak boleh.”

“Hmm?”

“Tak boleh, abang kata.. Ain tak dengar ke?”

“Hah?”

Ammar merenung Ain. Lama. Ain yang sedang berdiri jelas tak senang dengan renungan itu. Pantas gadis itu menunduk dan berpaling, kembali meneruskan tugasnya yang tergendala seketika tadi. Dia mengetap bibirnya kuat, geram dengan tingkah Ammar.

“Ain..”

Suara nakal Ammar kedengaran kuat di telinga Ain. Ain pantas menoleh. Sengihan nakal Ammar mengundang cebikan gadis itu. Spontan. Ammar ketawa kuat. Ain segera mengalihkan pandangannya.

“Comel la buat macam tu.. Meh nak panggil Falah tengok mama dia kejap..” Ammar menyambung tawa sebelum mulutnya riuh memangil-manggil nama si kecil itu. Bulat mata Ain melihat Ammar yang tersenyum nakal, tidak menghiraukan pandangannya. “Falah sayang, come and take a look at your mama..” Ammar memeluk Falah yang berlari laju ke dalam dapur. Si kecil yang tidak mengetahui apa-apa itu hanya ketawa mengekek, suka hati melihat keceriaan pagi itu.

“Ma.. I’m hungry..” Rengek Falah dalam dakapan Ammar.

“Hurmm.. Laparlah ma..” Ammar bersuara selamba, menganggukkan kepalanya beberapa kali. Manja papa mengalahkan anak! Ain tersenyum nipis, menggelengkan kepalanya.

“Falah, ajak papa duduk depan ye.. Mama nak siapkan breakfast ni..” Ain mengusap kepala Falah lembut. Ammar menyambung tawanya, tahu gadis itu tidak selesa dengan usikannya. Dia bingkas bangun dan mendukung Falah.

“Lepas Asar kita pergi rumah mama ye. Ain drive..” Tersengih Ammar memandang Ain yang terangkat kening mendengar kata-katanya. “Abang penatlah.. Penat layan mem kecik ni dari semalam..” Ammar mengerdipkan matanya sekali pada Ain yang menjelingnya geram. Sungguh dia senang hati dengan tingkah gadis itu. Pipi gebu Falah dikucup mesra. Si kecil itu masih tidak puas berceloteh.

Ammar hanya menggeleng kepala, terfikir dari mana turunnya sifat yang satu itu pada Dayana Falah. Lambat-lambat kakinya melangkah keluar dari dapur dengan senyum yang meleret, meninggalkan Ain yang merungut geram. Sayangnya kembali berbunga mekar mengenangkan masih ada lagi harapan untuk dia dan Falah menumpang kasih di pondok hati Ain.

Biarlah andai Ain masih ingin berahsia, dia tidak akan memaksa gadis itu untuk bercerita perihal dirinya dan ‘Imad. Dibulatkan tekadnya untuk menjadikan Ain suri di hatinya bila tiba saat yang dinanti kelak..



-----------------------------------------------------------------------------------------------


“Sayang papa jangan naughty tau hari ni..” Ammar mengusap kepala Falah beberapa kali sebelum melepaskan si kecil itu, berlari mendapatkan sekumpulan kanak-kanak di halaman rumah. “Bukan boleh dibiarkan Falah tu kalau dah kumpul ramai-ramai macam ni..” Ammar menggelengkan kepalanya melihat puteri kesayangannya sedang rancak mengusik rakan-rakan yang lebih kurang sebaya dengannya. “Tak padan dengan kecik!” Bapa tunggal itu menggumam perlahan.

Ain di sisi Ammar ketawa perlahan. ‘Mana nak tumpahnya kuah... Dah papa dia tu sifu, kaki mengusik!’ Dalam hati, Ain membalas nakal. Dia melangkah laju meninggalkan Ammar saat terlihat kelibat ibunya bersama Datin Suhaili.

“Tak lari mana pun mama dengan Mak Dah tu Ain..”

Terhenti langkah Ain mendengarkan kata-kata Ammar. Dia berpaling pada lelaki itu dan tersenyum mesra. Namun, tak sampai sesaat senyumannya mati. Serentak dengan itu lengan Ammar dirangkul mesra dari belakang. Lelaki itu tergamam seketika sebelum berpaling ke belakang.

“Reen!”

“Am..” Rengekan Nashreen menerjah ke gegendang telinga Ammar. Ain melarikan pandangannya ke pergola indah di sayap kiri rumah. “Am..” Sekali lagi Nashreen bersuara manja. Tangannya direntap kuat. Ammar melangkah laju, mendekati Ain.

“What are you doing here?” Keras suara Ammar bertanya. Nashreen hanya tersenyum menggoda, menayangkan riak wajah yang selamba.

“Ain masuk dulu..” Ain bersuara perlahan hanya untuk didengari Ammar di sisinya. Belum sempat dia melangkah, Ammar terlebih dahulu menahan.

“Tunggu Ain.. Teman abang ambil kek sekejap lagi..” Ammar memandang Ain penuh harapan agar dia dapat melepaskan dirinya dari Nashreen yang masih belum puas membuat onar.

Bagaikan mengerti dengan pandangan itu, Ain mengangguk laju. Kedua belah tangannya digenggam erat. Pandangannya ditundukkan, tak betah menahan jelingan Nashreen.

“Am, I rin.....”

“Apa you buat dekat sini Reen? I didn’t invite you..” Sinis suara Ammar memintas kata-kata Nashreen. “Kalau iya pun you dijemput, masih awal lagi untuk orang macam you datang.. You kan suka buat havoc..”

“How could you Am..” Nashreen memandang tepat pada Ammar. Ammar hanya menjungkitkan keningnya. Hatinya tambah meluat mengenangkan perlakuan ‘sangat sopan’ Nashreen bersama seorang lelaki berpangkat Tan Sri di hadapan Palace of The Golden Horses beberapa hari lalu. Entah berapa bayaran yang diperolehinya.. Mengucap panjang Ammar mengenangkan kehidupan bekas isterinya itu yang telah menyimpang jauh.

“On what purpose you are here?” Makin sinis suara Ammar melihatkan jelingan manja Nashreen. Beberapa tahun dahulu mungkin dia akan tergoda tapi tidak lagi sekarang. Malah makin menambahkan sakit di hatinya melihatkan perlakuan bekas isterinya itu.

“Abang, tak baik cakap macam tu..” Lembut suara Ain menegur Ammar. Ammar mengalihkan pandangannya pada Ain sebelum kembali memandang Nashreen.

“Am, we need to talk..”

“Talk about what? Apa lagi yang nak dibincangkan, Reen.. I’ve told you, you won’t have Falah.. Never!”

“Am..”

Ammar menjungkitkan keningnya. Dia mengerling Sporty Quartz di lengan kanannya. “You have five minutes more.. I don’t have much time untuk orang macam you..”

“Am! You menghina I, Am.. In front of her!” Nashreen menuding jari telunjuknya tepat pada Ain yang membeku tanpa suara.

“What else do you want to say.. I thought everything is over between us. Kita dah tak ada apa-apa urusan lagi, Reen..” Suara Ammar makin rendah nadanya.

“Nothing is over, Am.. We still have our baby girl.. Right?”

Ammar ketawa hambar. Kepalanya digelengkan perlahan.. “Our baby?” Anggukan Nashreen menambahkan rasa geramnya. “All of a sudden..?”

“Am, listen to me first.”

“Three minutes left..” Ammar membalas selamba sebaik sahaja matanya dikerlingkan pada jam di pergelangan tangannya.

“Okay then, please come to my house at nine tonight.”

“Untuk apa Reen? I tak nak buang masa I..”

“I’ve called my lawyer. We need to talk, Am..”

“You nak ambil Falah dari I?!” Ammar menjegilkan matanya memandang Nashreen.

Wanita penuh gaya sofistikated itu hanya menjungkitkan sebelah keningnya sekali. “If you think so..” Balasnya seperti mahu berahsia. “By the way, rumah I yang dekat sebelah rumah mama you ni tau..” Nashreen menyambung katanya manja. Matanya dikerdipkan sekali pada Ammar yang memandang tepat padanya. Tidak diendahkan renungan tajam Ammar padanya.

“Bila pulak you pindah balik rumah tu? Mama I tak kata apa-apa pun.”

Nashreen ketawa menggoda. “You kan pernah kata I nomad.. Rumah tu still rumah I, hadiah perkahwinan yang you bagi dekat I.. So, apa salahnya I nak duduk rumah tu sekali-sekala.. Memanglah mama you tak kata apa-apa.. She knows nothing.. Hurmm.. One more.. No need to bring anything along.. I’ve prepared everything..” Nahsreen menjungkitkan kedua belah keningnya serentak, memandang Ammar dengan pandangan yang menggoda.

Ammar terdiam, memikir. Kepalanya dipalingkan menghadap Ain. Seperti dapat merasakan aura pandangan itu, Ain mendongakkan kepalanya. Dua pasang mata itu bertaut seketika, membiarkan hati mereka berbicara. Larian anak mata Ain daripada terus bertentangan mata mengundang senyum di bibir Ammar. Lelaki itu menghela nafasnya perlahan, cuba menyusun ayat.

“Am! You buat I macam tunggul dekat sini!” Belum sempat Ammar membalas, Nashreen menjerit nyaring. Bulat mata lelaki itu memandang Nashreen. Berombak kasar dada wanita itu menahan amarah yang semakin memuntahkan laharnya.

“Reen.. You tak pernah nak sabar, kan..” Ammar berhenti sejenak, merenung Nashreen yang tak lepas daripada menjeling Ain di sisinya. “I’ll be there tonight, InsyaAllah..” Sambung Ammar perlahan. “Make sure lawyer you to legal, Reen..”

Nashreen menganggukkan kepalanya sekali. Dia tersenyum puas. “Nine, Am..” Nashreen menjungkitkan keningnya sekali sebelum berpaling. Baru menyusun beberapa langkah, namanya dipanggil sedikit kuat. Nashreen pantas memusingkan tubuhnya.

“Tak masuk dulu, Reen?” Lembut suara Datin Suhaili, cuba berlembut dengan bekas menantunya yang seorang itu.

Nashreen tersenyum. Dia menggeleng perlahan, melangkah setapak demi setapak, mendapatkan Datin Suhaili. “Ada orang tak suka Reen datang, ma..” Lembut Nashreen membalas sambil merangkul lengan Datin Suhaili. Ammar mencebik, rimas melihatkan drama swasta lakonan bekas isterinya itu.

“Ma.. Am nak pergi kedai dengan Ain sekejap..” Ammar mengalihkan pandangannya pada Ain. Gadis itu membalas pandangannya. “Jom, Ain..”

“Hmm..” Ain mengangguk perlahan. Sebelum mengikut langkah Ammar dari belakang. Hampir dia melanggar belakang tubuh lelaki itu saat Ammar berhenti tiba-tiba.

“Ain pergi masuk kereta dulu.. Abang nak ambil Falah sekejap..” Ain pantas mengangguk, faham dengan kerisauan Ammar untuk meninggalkan Falah dengan adanya Nashreen di rumah itu. Langkahnya diatur laju ke arah Hyundai Tiburon biru gelap milik Ammar yang diparkir berhampiran pagar rumah.

“You makin sombonglah, Am..” Nashreen bersuara perlahan, mengawal nada suaranya. Ammar yang sedang berjalan melepasi Nashreen dan Datin Suhaili menghentikan langkahnya.

“I sombong dengan orang macam you..” Selamba Ammar membalas.

“Tengok tu, ma..” Nashreen merengek manja. Makin erat dipeluknya lengan Datin Suhaili. Datin Suhaili hanya menggeleng perlahan.

“Am, Am.. Cuba cakap elok-elok sikit..” Tegur Datin Suhaili lembut. “Ni nak pergi mana pulak ni?”

“Am nak bawak Falah sekali ma.. Tinggal karang, ada yang kena bawak lari pulak..”

“You tuduh I, Am?!” Suara Nashreen makin berubah nadanya. Ammar tersenyum sinis.

“If you think so...” Balas Ammar memulangkan paku buah keras. Nashreen mendengus geram. Datin Suhaili mengucap panjang. Makin bertambah kerisauan di hatinya mengenangkan hubungan anak dan bekas menantunya itu yang tak mungkin akan terbina semula.

“Ma.. Am pergi dulu.. Kedai tutup pulak nanti, half day je hari ni..” Ammar pantas berpaling setelah matanya menangkap anggukan Datin Suhaili.

“Jom masuk dalam dulu, Reen..” Pelawa Datin Suhaili lembut.

‘Beranilah you merendahkan I, Am.. You masih belum kenal siapa Nashreen yang sebenarnya.. You akan tunduk di kaki I.. Wait and see.. You’ll be mine! Once again...’ Hatinya melonjak riang mengenangkan kejayaan rancangannya malam nanti. Nashreen menyembunyikan senyumnya sebelum melangkah pergi mengikut larian kaki bekas ibu mertuanya itu..

1 comment:

  1. owh.. ad udg d'sbalik btu..
    jahat larw pmpuan nyh...
    skit aty bce...

    ReplyDelete