June 30, 2009

Bayang-Bayang 51


“Betul ni Nuha takde contact Hana?”

Adhana mengangguk. Tangannya bersilang dengan tangan Dinie. Televisyen yang terpasang sedikit pun tak mengganggu dua beradik itu. Dinie menghela nafas perlahan.

“Betul Nuha takde cakap apa-apa langsung dekat Hana?”

“Betul ngah. Buat apa Hana nak selindung apa-apa dari angah dengan abang ngah.. Hana pun tengah risau jugak, ngah..”

Adhana mengelus lembut lengan Dinie. Dinie menghela nafas perlahan.

“Angah susah hati, Hana. Risau angah tengok abang ngah. Tak pernah-pernah nampak kusut macam tu..”

“Sabar, kak.. Kita doa banyak-banyak. Akak pergi la teman abang ngah kat luar. Hana try tanya kawan-kawan lain,”

Dinie menatap wajah putih bersih Adhana sebelum mengangguk lemah. Langkahnya diatur ke dapur, mahu menyediakan air buat suaminya.


-------------------

“Aku tak tahu nak cari kat mana lagi, Id..”

“Sabar, Qib. Aku tengah usaha ni. Papa kau pun sama,”

“Papa?”

“Hurm.. I’m sorry. I’ve to tell the truth. He has the right to know,”

Naqib mengangguk sedikit, lupa Idraki hanya berada dalam talian.

“Not to worry, Qib. Nuha tahu jaga diri. InsyaAllah everything will be fine. Kita doa banyak-banyak,”

“Aku risau kalau Nuha buat yang bukan-bukan.. Ni semua salah aku, Id. From the very beginning...”

Naqib mengeluh kuat. Tangannya mengusap kepala beberapa kali. Kasar. Nampak serabut lelaki itu tika ini. Naqib mengalihkan kedudukan telefon bimbit ke telinga kanannya pula. Matanya bersabung dengan mata sang isteri saat dia mengalihkan pandangan.

“Catch up with you later, Id..”

“Anything just call me,”

“Okay..” Naqib mengerdipkan mata pada Dinie seakan memberikan isyarat, memanggil isterinya mendekat. “Ehm.. Okay, okay.. InsyaAllah.”

Entah apa yang dikatakan Idraki pada Naqib. Naqib mengangguk beberapa kali sebelum dia menamatkan panggilan.

“Piya tak tidur lagi? Hana mana?”

“Hana dah naik bilik. Minum, bang..” Dinie menghulurkan mug berisi Nescafe panas pada suaminya.

Naqib tersenyum sedikit, menarik lembut tangan isterinya. Mug bertukar tangan sebelum Naqib meletakkan mug coklat gelap itu di atas meja kayu bulat di hadapannya.

“Thanks, sayang..”

“You are always welcome..”

Tenang Dinie bersuara, tersenyum sedikit. Dia tahu suaminya itu sedang kusut dan dia tidak mahu menayangkan wajah kerisauan kerana sebolehnya dia mahu lelaki itu tenang seketika.

“Come here..”

“Aaa?”

Sepatah balasan yang menyatakan rasa peliknya dengan kata-kata yang menampar telinganya seketika tadi.

“Come here..” Naqib menghulurkan tangannya pada Dinie.

Biarpun pelik, Dinie tetap menuruti kata-kata itu. Bangku kayu di sisi Naqib ditarik sedikit, merapati suaminya itu sebelum dia duduk selesa di situ.

Naqib memandang tepat ke dalam mata Dinie. Isterinya itu terkebil-kebil memandang. Makin pelik Dinie saat bahunya dirangkul erat dan Naqib membenamkan wajah ke bahu isterinya itu. Beberapa saat berlalu tanpa suara antara mereka. Namun, seketika kemudian kedengaran esak Naqib perlahan. Dinie tersentak.

“Bang,” panggil Dinie lembut. Kedua-dua belah tangannya yang sebelum ini bertaup rapat diangkat sedikit. Perlahan-lahan tangan kanannya mengusap lembut belakang suaminya.

“Bang,” panggil Dinie lagi. Naqib diam tak membalas. Sedannya sudah tak kedengaran.

Beberapa minit berlalu dengan keadaan mereka seperti itu. Dinie kelihatan seperti sedang memujuk anak kecil. Perlahan-lahan dia menepuk bahu suaminya, meredakan perasaan gundah lelaki itu.

“Thanks sayang..”

Tegak kepala Dinie sebelum dia berkalih pandang pada Naqib di sisi. Dinie diam menyembunyikan senyum, memikirkan dia yang hampir tertidur seketika tadi saat leka memujuk suaminya.

“Thanks..”

Naqib bersuara sekali lagi. Lambat-lambat Dinie tersenyum sedikit.

“You are always welcome, bang..”

Ada bunga senyum terukir di wajah itu sebelum lelaki itu menghela nafas. Berat.

“Dari awal lagi abang tak patut rahsiakan semua ni..”

Dinie memandang suaminya tak lepas. Sabar menanti butir bicara yang bakal dimuntahkan.

“Kalaulah abang tak jauhkan Nuha dari papa.. Kalaulah abang tak sembunyikan kebenaran dari Nuha.. Kalaulah dari awal lagi abang explain everything.. Ka—”

“Abang,” pantas Dinie memintas. Tangannya meraih tangan Naqib. “Tak baik sebut kalau, kalau tu bang.. Ini semua qada dan qadar Allah. Benda dah nak jadi, bang. Apa yang penting, kita tak lupa doa.. Redha.. Hopefully Nuha selamat, tak ke mana.. InsyaAllah..”

Naqib diam seketika sebelum dia beristighfar panjang. Lelaki itu berkalih pandang pada isterinya di sisi.

“Thanks a lot dear,”

Dinie tersenyum, mengangguk sedikit. “Hidup ni kena sentiasa berpesan-pesan,” balas Dinie lembut. Naqib tersenyum sedikit.

“Semalam abang bagi hint dekat baby pasal papa. Kebetulan malam tu memang abang plan nak jumpa papa. Papa pun dah datang dekat rumah..” Suara Naqib terhenti di situ. Hanya itu yang mampu diceritakan. Selebihnya dia mengharapkan kefahaman isterinya itu sendiri.

“Piya faham, bang. Kebenaran tu memang pahit untuk diluahkan, pahit untuk ditelan. Tapi bang, pengakhirannya... masyaAllah. Indah. Kita je yang tak tahu, bang.”

Naqib mengangguk perlahan. Tangannya mencapai mug berisi Nescafe di atas meja dan menghirup perlahan.

“Dah sejuk dah air ni,”

“Abang nak Piya buat air baru?” Dinie pantas bertanya.

“Aa?” Naqib menoleh pada Dinie. Isterinya itu sudah tegak berdiri, berura-ura hendak melangkah masuk.

“Eh, no la..” Pantas Naqib menarik lembut lengan isterinya. Tersenyum dia melihat wajah kalut Dinie. Sudah sekian lama dia tak melihat riak wajah sebegitu. Senyum bertukar tawa perlahan.

Naqib bingkas bangun. Matanya dipusatkan tepat ke dalam mata isterinya. Makin kalut Dinie saat itu. Tawa Naqib meleret.

“Macam baru kahwin semalam,” usik Naqib, memeluk pinggang isterinya dari belakang. Dinie mengetap bibir. Terasa darah menyerbu naik ke muka. Entah kenapa dia terasa malu yang amat tika ini.

“Pandang abang jap..”

Dinie diam mematung. Lambat-lambat Naqib memusingkan tubuh langsing itu menghadapanya. Tersenyum Naqib melihatkan isterinya yang tertunduk memandang rumput.

“Piya,”

“Emm..” Hampir tak kedengaran suara itu.

“Sayang takkan lari tinggalkan abang, kan?”

Umpama terkena renjatan elektrik, Dinie mendongak pantas. Kepalanya tegak ke arah sang suami yang hanya satu hasta darinya. Bergenang mata jernih itu dalam tak sedar.

“Eh, kenapa ni?”

“Kenapa abang tanya macam tu..” Lirih suara Dinie membalas. Ada rasa kurang enak yang singgah di dadanya tika itu.

Naqib tersenyum. Perlahan-lahan jarinya menyapu mata sang isteri, menghalang mutiara jernih itu menodai pipi halus Dinie.

“Okay, okay, abang tak tanya dah.. Abang usik je, sayang..” Naqib memeluk erat isterinya. Langkah mereka diatur kemas menuju ke dalam rumah sebelum Dinie bersuara tiba-tiba..

“Mug, bang..”

“Oo.. Hmm.. Abang ambik jap,”

Naqib bergegas pergi dan kembali semula tak sampai sesaat. Tersenyum dia memandang wajah muram itu. Naqib menggeleng sedikit. Sebentar tadi, dia dipujuk isterinya dan kini peranan itu bertukar pula. Lelaki itu tersengih. Tangannya menepuk-nepuk bahu Dinie sepanjang mereka berjalan beriringan.

Deringan telefon talian tetap di bahagian tengah rumah membuatkan kedua-duanya melajukan langkah. Naqib dan Dinie berpandangan seketika sebelum tangan Naqib pantas mencapai gagang telefon.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam.. Ummi,”

“Ummi call handphone masuk voicemail je dari tadi, Qib..”

Mukadimah Hajjah Sufiah membuatkan Naqib mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Dia tersenyum sedikit sebelum membalas, “Bateri out, mi.. Tak perasan pulak.”

“Qib, ummi nak tanya ni, Naqib ada marah-marah Nuha ke?”

Naqib terdiam. Wajah ingin tahu Dinie yang setia menanti sedari tadi dipandang.

“Takde, mi.. Tapi ada something—”

“Herm.. Ummi dah agak dah.. Padanla Nuha diam je tak banyak cakap sejak sampai subuh-subuh tadi,” pintas Hajjah Sufiah, tanpa dia sedar baris-baris perkataanya telah merungkaikan persoalan yang menjerut hati.

Bercahaya mata Naqib memandang Dinie. Pantas tangan isterinya diraih dan dielus lembut.

“Nuha ada dengan ummi?”

“Mm hmm.. Naqib tak tahu ke Nuha datang sini?”

Naqib menggeleng, lupa ibu mertuanya tak dapat melihat.

“Mi, esok Qib datang Ipoh, insyaAllah.. Ummi jangan beritahu dekat Nuha ye mi.”

“Mm.. Tapi kenapa ni? Macam ada masalah je ni, Qib?”

“Nuha kecik hati.. Salah Qib, mi.. Ummi jangan bagi Nuha pergi mana-mana tau, mi..”

“Mm.. Iya.. Ummi rantai kaki dia dengan solex kejap lagi,” balas Hajjah Suffiah berlelucon. Tawa Naqib meletus perlahan. Mereka berbalas salam sebelum menamatkan panggilan.

“Nuha ada dengan ummi ke bang?”

Naqib mengangguk laju. “Kita balik Ipoh, sayang..” Dia tersenyum lebar.

“Piya bagitahu Hana dulu,”

“Hmm.. Ajak la Hana sekali,”

“Emm..” Dinie membalas dengan senyuman lebar. Namun kakinya tetap terpacak di hadapan suaminya. Naqib menjungkitkan keningnya sekali. Dinie melarikan matanya pada lengan yang dipegang Naqib.

“Abang lupa.. Excited sangat..”

Lelaki itu ketawa lepas. Lambat-lambat dia melepaskan pegangan kejapnya pada tangan halus itu. Namun secepat itu tangannya berlingkar dipinggang isterinya pula. Berkerut dahi Dinie memandang Naqib.

Tanpa isyarat sebuah ciuman hinggap di pipi Dinie. Dari pipi beralih ke dahi. Dinie memuncung. Naqib tersengih lebar.

“Sempat lagi tau,” bisik Dinie mengharapkan Naqib tak mendengar.

“Dengan sayang memang sempat je,” balas Naqib senang hati.

Lambat-lambat Dinie tersenyum, menggelengkan kepala. Abang, abang.. Makin lebar senyuman Dinie biarpun saat itu langkahnya telah berhenti di hadapan pintu bilik Nuha yang dihuni Hana sejak petang tadi. Tangan mengetuk pintu tapi hati dan mindanya menerawang jauh.

Pintu bilik sudah terbuka luas. Hana yang berdiri di tengah laluan masuk memandang Dinie dengan kerutan di dahi. Angahnya itu seakan berkhayal dalam dunianya sendiri. Lambaian tangan Hana tidak diendahkan Dinie. Terbukanya pintu bilik itu seakan menggambarkan keindahan masa depan yang bakal ditempuhinya tanpa dia sedar percaturan hidup, tak siapa yang tahu..

7 comments:

  1. lorhhh....blik kpg upenyer c nuha....bikin suspen jeeeee.....

    ReplyDelete
  2. jat.. sambung r cpt..besh gler citer ni..dh xsbr nk tgu ni..liiiiiinnnndu la kt dinie n naqib ni..plz jat:))

    -alom-

    ReplyDelete
  3. Kak Jat...mane nyorok nih...sambung la lagi...

    ReplyDelete
  4. BEST BEB... SAMBUNGLAH LAGI....

    ReplyDelete
  5. EMM ok la ...best la..
    hope sambung cpat cikit n3 baru tue...
    tp epy end yer...
    xnak mati2....
    seram...huhuh

    ReplyDelete
  6. huhuu...
    one daya abiskan baca cite ni..
    sambung please..

    ReplyDelete