September 6, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


Kringggggggg!!!!!

“Aaaaaaaaa~”

Iklil bingkas bangun. Terjerit dia mendengarkan bunyi alarm yang sangat dekat di telinganya. Pantas tangannya mengambil Nokia 3310 yang terdampar di hujung katil.

Idin!! Iklil mengetap gigi. Tawa nakal yang menampar telinga membuatkan Iklil membulatkan mata, mencari arah suara itu. Pandangannya terhenti pada susuk tubuh yang berdiri tegak di sisi sliding door. Langsir sudah ditarik dan diikat rapi manakala sliding door sudah terbuka luas. Angin pagi bertiup lembut, masuk ke dalam bilik.

Iklil bingkas bangun. Tegak dia duduk di hujung katil. Comforter ditarik rapat ke dadanya.

“Intruder!” Iklil menjeling Idin. Geram. “Take back your so-called alarm clock ni.” Mendatar suara Iklil. Dah la alarm classic! Buat sakit telinga orang je.

Idin tersengih memeluk tubuh. Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri katil queen size itu.

“Ingat Iklil tak nak bangun dah. Subuh pun terlepas.”

Masam wajah Iklil memandang suaminya. Matanya dijegilkan sekali sebelum dia menjeling geram.

“Errr~ Seraaam~”

“Idin..!”

“Yes, my dear..”

Idin ketawa lepas. Seronok dapat mengusik Iklil awal-awal pagi itu.

“Subuh pun terlepas, ada hati nak marah-marah orang. Iklil buat apa semalam, penat sangat ni? Noreh getah? Tampi padi? Or... bajak sawah?”

Hahahaaahh!! Makin kuat tawa Idin melihat pandangan maut Iklil.

Bukk!!!

Mati tawa itu. Tepat lontaran Iklil kena sasarannya. Bantal busuk berbentuk silinder milik Iklil kena tepat pada wajah Idin.

“Orang mamnuq la. Tak boleh solat.” Direct Iklil memberi kata balas.

Idin senyum nakal. Mamnuq rupanya.. Padanlah selamba badak je tarik comforter sampai tutup atas kepala masa orang bukak lampu bilik subuh tadi..

“Bak sini bantal Iklil,”

“Herm?”

“Bantal..” Iklil memuncungkan bibir ke arah bantal busuknya. “I want my precious back..”

Idin mengangkat bantal berbunga merah jambu yang jatuh ke hujung kakinya itu. “This is your precious?” Bantal busuk itu ditayang pada Iklil.

Iklil mengangguk laju. Beberapa kali. “No! You don’t want to keep it..” Pantas Iklil bersuara saat matanya menangkap aura jahat Idin di sebalik senyuman nakal yang terlukis di wajah itu.

“Eh, Iklil dah bagi kat Idin. Consider it’s mine la..” Idin menjungkitkan keningnya beberapa kali.

“Idin..”

“Yes my dear,”

“Idin.”

“Yeah honey,”

“Idin!”

“Ehmm..”

“Megat Izzuddin, please..”

“Ei, you know what..?”

Iklil memandang Idin tanpa kelip, sabar menanti kata-kata yang seterusnya. Idin diam seketika, tersenyum sedikit. Langkahnya diatur menghampiri Iklil.

“I’ll keep this first..” Idin mencubit geram pipi Iklil dan berlalu keluar sebelum sempat Iklil mencapai tangannya. Iklil mengetap bibir, geram dengan tingkah suaminya di pagi hari itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sepi. Satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan suasana di dalam Volkswagen GTI milik Idin. Sesekali lelaki itu menjeling Iklil di sisi. Isterinya itu tunduk, khusyuk melihat peta yang diambil dari atas dashboard. Sejak dari enjin dihidupkan sehingga mereka sudah setengah jam berada di atas jalan, peta itu yang ditiliknya dengan penuh minat.

Idin menarik nafas seketika. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.

“Sayang, we don’t need map to Impian Walid..”

“Hemm..” Iklil mengangguk sekali. Mata masih lagi tertumpu pada peta Negeri Selangor itu.

“Iklil nak singgah breakfast dekat mana-mana dulu tak?”

“Tak.” Iklil menggeleng beberapa kali.

“Tak lapar ke?”

“No,” Iklil mencebik sedikit.

“Serius ni tak lapar?”

“Yup.” Iklil mengangguk sekali.

“Erm singgah Petronas beli roti ke... tak nak?”

Iklil menggeleng beberapa kali tanpa suara.

Idin mati kutu. Berpatah-patah soalan yang ditanya, sepatah je jawapan yang diterima bagi setiap soalan. Hanya soalan yang terakhir Iklil membalas tanpa suara.

Idin menghela nafasnya perlahan. Sedar isteri kesayangan melancarkan mogok. Dia kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya. Namun begitu, tak dapat tak, sesekali matanya mengerling sekilas pada Iklil yang masih lagi khusyuk menatap peta di tangan.

Jangan-jangan, Iklil plan nak lari dari rumah?! Naaaahhh.. Mustahil. Idin mencebik sedikit sambil menggelengkan kepalanya. Dah tu yang dok tilik peta sampai tak angkat kepala langsung tu, apa kes?? Berkerut dahi Idin. Letih berperang dengan perasaan sendiri.

Sepuluh minit kemudian, Volkswagen GTI hitam metalik Idin meluncur masuk ke halaman rumah banglo dua tingkat yang tersergam megah. Impian Walid. Nama yang dipersetujui semua ahli keluarga untuk teratak indah itu.

“Here we are. Make yourself at home..” Idin menjungkitkan keningnya sekali pada Iklil yang sedang memandang ke arahnya. Mereka berdua melangkah keluar dari kereta dan menghampiri pintu rumah yang terbuka luas. Salam diberi sebelum keduanya melangkah masuk.

Iklil yang baru kali kedua menapak ke dalam rumah mewah itu terpaku dengan kekemasan susun atur perabot di dalamnya. Pilihan warna dinding bagi setiap ruang dan hiasan di beberapa sudut rumah membuatkan dia terasa sangat kagum. Kagum dengan idea mereka yang menghias rumah itu.

“Dah lama Iklil tak datang sini, kan?”

Lama? Iklil menahan tawa mendengarkan pertanyaan itu. Idin di sisinya dikerling sekilas. Baru dua kali dia sampai ke situ. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah itu adalah pada majlis perkahwinan mereka. Tapi waktu itu hatinya beku, matanya buta. Tak ternampak keindahan dan kedamaian seperti yang dirasakannya sekarang.

“Mana pergi tah semua orang ni..” Idin meletakkan kunci kereta di atas meja kopi. Matanya meliar ke serata ceruk rumah.

Semua orang? Kali ini tanpa ditahan, tawa kecil meletus dari bibir Iklil.

“Idin jangan nak buat lawak tau. Bukan mama je ke yang tinggal dekat sini? Perkataan semua orang tu tak relevan kalau nak diguna pakai..” Iklil bersuara dalam tawa yang masih bersisa.

“Ohh.. Takleh pakai eah?” Idin menggaru kepalanya yang tidak gatal, menayangkan wajah confuse. Gelengan Iklil membuatkan Idin tersengih malu. Pantas dia merapati isterinya. Tanpa sempat ditahan, Idin mencuit hujung hidung Iklil. Gadis itu mendengus lembut. Idin tersengih kemenangan. Iklil mengangkat tangan kanannya sedikit, berhasrat untuk menyerang balas.

“Iklil, Idin.. Bila sampai?”

Terbantut niat gadis itu saat ibu mertuanya muncul dari arah dapur. Tersenyum dia memandang wanita separuh abad itu.

“Assalamualaikum, ma..”

Belum sempat Iklil menghampiri Hajjah Khalilah, Idin lebih dulu meluru. Dipeluk cium mamanya seakan sudah bertahun tak ketemu.

“Baru je sampai, ma..” Iklil mencuit Idin sedikit. Lelaki itu tersengih, memberikan laluan pada isterinya. Pantas Iklil bersalaman dengan ibu mertuanya. Berpelukan mereka seketika sebelum sebuah ciuman hinggap di dahi Iklil. Gadis itu terkesima. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyum pada Hajjah Khalilah yang kelihatan sangat gembira melihat kehadiran mereka. Hilang gugup Iklil dengan sambutan mesra itu. Dia tersenyum senang..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Kalau tak ada marah-marah, ma..”

“Tak marah-marah?”

Idin mengangguk sedikit. Tak sabar menanti penerangan mamanya.

“Herm..” Hajjah Khalilah mendongak, memandang Idin di hujung meja. Anak lelaki ketiganya itu sedang memandang tepat ke arahnya. “Herm kalau tak marah-marah, mungkin lain la pulak,”

“Contoh?” Tanpa sabar Idin mencelah.

“Kalau tak bad mood maybe kuat makan ke,”

“Takde. Lain, lain..”

“Eish Idin ni. Tu tak lain mesti ada kaitan dengan Iklil, kan?” Pergerakan tangannya mengupas bawang terhenti.

Idin tersengih malu. Vico di dalam teko dituang ke dalam cawan yang tersedia di atas meja.

“Yang Idin nak tau sangat pe’el orang perempuan time datang bulan ni, kenapa? Idin ada buat salah apa-apa dekat Iklil ke?”

Idin tersengih lagi. Matanya mengerling ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat. Bila-bila masa sahaja Iklil akan muncul dari balik pintu itu.

“Ma, kalau kuat tidur ke, mood swing ke—”

“Sama lah tu.” Hajjah Khalilah memotong pantas. “Idin belajar tinggi-tinggi sampai ke Mesir dah pun. Tapi bab macam ni, nak kena tanya dekat mama jugak..?”

Buat kesekian kalinya Idin tersengih lebar. “Mana ada belajar bab-bab emosi ni, ma.. Lagipun lain orang lain pe’elnya..”

“Hmm.. Tahu pun. Dah tu yang Idin tanya banyak-banyak dekat mama buat apa.. Baik Idin perati je Iklil macam mana. Lepas tu pandai-pandailah Idin nak handle.”

“Settle!” Idin mengerdipkan matanya sekali. Serentak dengan itu Iklil melangkah keluar dari bilik air. Berkerut dahinya memandang Idin yang tersengih-sengih.

Hajjah Khalilah hanya menggelengkan kepala. Faham dengan sikap Idin. Dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan anak lelaki tanpa kakak atau adik perempuan membuatkan anak lelakinya yang seorang itu tidak berminat untuk berkawan dengan mana-mana kawan perempuan.

Sejak dari kecil Idin tak berkawan dengan perempuan apetah lagi dia bersekolah di sekolah lelaki pula. Idin mula bergaul dengan kaum berlainan jantina dengannya saat dia melangkahkan kaki ke universiti. Namun, boleh dikira dan disebut nama setiap seorang yang menjadi kawannya.

Disebabkan itu Hajjah Khalilah agak rapat dengan kawan-kawan perempuan Idin. Terkejut juga Hajjah Khalilah saat Idin menyuarakan hasrat untuk berkahwin... kerana dia tak pernah mengenali Iklil, seperti dia mengenali rakan-rakan Idin yang lain.

“Ma nak masak apa ni?” Lembut suara Iklil bertanya, mencantas lamunan Hajjah Khalilah. Dia tersentak sedikit sebelum berpaling ke kanan. Menantunya itu sedang berdiri di sisi, menunduk sedikit sambil memeluk mesra bahunya.

Hajjah Khalilah tersenyum sedikit. “Mama ingat nak buat ikan sambal belah belakang dengan kobis masak lemak putih. Iklil suka, kan?”

Iklil mengangguk laju. “Iklil tolong mama ye,” Laju sahaja dia menawarkan bantuan.

“Idin nak tolong jugak,”

“Aaa tak payah, tak payah.” Pantas Iklil bersuara. Idin yang sudah tegak berdiri di belakangnya ditolak lembut. “Aa.. Aa..”

“Aa, aa, apa?” Sebelah kening Idin terjungkit sedikit. Wajahnya terukir senyuman nakal.

“Aa.. Aab.. Ermm.. Abang pi dok diam-diam dekat depan,” Bergetar suara Iklil. Janjinya untuk memanggil Idin dengan panggilan yang sepatutnya di hadapan mama perlu dikotakan. Tubuh sasa suaminya itu ditolak kuat, mendorong ke arah ruang tamu.

“Yelah, yelaah, abang tak kacau sayang..” Tenang Idin bersuara. Lengan Iklil ditarik pantas saat isterinya itu hendak melangkah semula ke dapur. “Abang suka,”

Dua patah kata yang membuatkan Iklil terdiam, tahu Idin suka mendengarkan panggilan keramat itu. Buat seketika Iklil membeku di sisi Idin. Wajah suaminya itu direnung dalam-dalam.

Berdosakah aku menghampakan suamiku? Berdosakah aku mengecewakannya? Berdosakah aku menidakkan haknya? Ya Allah, adakah hubungan suci ini landasan bagiku mengumpul beban di bahu kiri? Ya Allah, kenapa hati ini begitu tegar membiarkan lelaki sebaik dia hanya memendam rasa.. Tanpa sedar setitis mutiara jernih mengalir di pipi Iklil.

“Sayang?”

Terduduk Iklil di atas sofa. Wajah tanpa riak, bermandikan air mata. Cukup untuk membuatkan Idin di sisi tak senang duduk.

“Sorry,” Iklil bergegas ke bilik sejurus selepas itu. Sepatah perkataan penuh makna yang diharapkan sampai kepada sang suami.

Idin meraup wajah sekali. Belakang lehernya diusap perlahan. “It’s okay, sayang.. It’s okay..” Bisik Idin di angin lalu. Nafasnya dihela perlahan..

No comments:

Post a Comment