June 16, 2009

Bayang-Bayang 25


"Kau nak jadi hero pulak depan aku ye!!"

Sergah Kamal kuat. Suaranya bergema di ruang makan itu yang hanya dipenuhi dengan kerusi meja sahaja. Dia yang sudah tegak berdiri berjalan ke arah Naqib yang sedang berusaha untuk bangun. Tangan kirinya mencekak kolar baju Naqib sebaik sahaja Naqib berdiri tegak.

"Kau ni memang pengacau!!" Kamal bertempik sambil tangan kanannya menumbuk kuat muka Naqib. Darah merah pekat mengalir dari bibir dan hidung Naqib.

Dinie yang memandang dari kejauhan terjerit kecil. Matanya jelas terpancar ketakutan. Tangannya mencapai tudung biru laut yang terdampar di hujung kakinya. Pantas dia menyarung tudung itu menutupi kepalanya yang terdedah dek kerana cuba untuk meloloskan diri dari Kamal sebentar tadi, sebelum kehadiran Naqib.

Sedaya yang mungkin dia cuba untuk berdiri tegak. Bergenang matanya melihat Naqib yang dibelasah Kamal tanpa henti. Dalam hati dia mengutuk dirinya kerana mendatangkan kesusahan pada Naqib. Perlahan-lahan langkahnya diatur menghampiri telefon bimbitnya yang dicampak Kamal ke sudut ruang makan itu.

"Jangan!! Tak nak!!!" Nyaring suara Dinie menjerit sebaik sahaja lengannya ditarik dari belakang. Pantas dia berpaling ke belakang. Bulat matanya melihat Kamal yang sedang tersengih-sengih.

"Sini.. Dekat dengan aku.."

Kamal menarik lengan Dinie menghampirinya. Pantas Dinie meronta-ronta. Sedaya upaya dia cuba untuk meloloskan diri dari cengkaman Kamal yang berhati binatang itu.

"Marilah dekat dengan aku.. Tak ada sesiapa yang boleh kacau kita lagi..." Kamal berbisik perlahan di telinga Dinie.

Bulat mata Dinie mendengarkan kata-kata Kamal itu. Pantas matanya mencari kelibat Naqib.

"Ya Allah!"

Kalimah kebesaran terpacul keluar dari seulas bibir itu tatkala melihatkan Naqib yang terbaring kesakitan. Kemeja berwarna krim yang dipakainya tadi dibasahi dengan darah merah pekat. Di sisinya terdampar sesuatu yang bersinar.

Dinie mengecilkan matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya. Beristighfar panjang dia di dalam hati tatkala otaknya dapat mentafsirkan dengan jelas mengenai logam yang bersinar di sebelah Naqib itu.

"Kau nak apa ha!!!" Sergah Dinie sekuat hati. Matanya bersinar garang. Sakit hatinya saat melihatkan Naqib yang dalam kesakitan mewujudkan benih-benih keberanian dalam dirinya. Rontaannya semakin kuat.

Sebaik sahaja mendapat peluang, pantas kakinya memijak kaki Kamal sekuat hati. Dinie yang dapat meloloskan diri dari cengkaman Kamal segera berlari menghampiri Naqib. Matanya yang bergenang seketika tadi sudah menumpahkan mutiara jernih melihatkan keadaan Naqib yang agak teruk.

"Mana kau nak lari hah! Jantan ni dah tak berguna lagi.." Kamal yang sudah berada di hadapan Dinie menyepak kaki Naqib sekuat hati. Sekali lagi tangannya mencengkam kuat lengan Dinie yang sedang teresak-esak. "Weh.. Bernyawa lagi kau!!"

Kamal pantas menunduk sebaik sahaja kakinya ditarik tiba-tiba. Dia melepaskan cengkamannya dan menolak Dinie jauh dari mereka. Terduduk Dinie dengan tolakan yang kuat itu. Bulat matanya melihat Kamal menarik tangan Naqib, memaksanya untuk berdiri tegak.

"Lepaskan dia!! Aku yang kau nak, kan??!!" Dinie menjerit kuat. Dia bingkas bangun dan menghampiri Kamal yang sedang menunjukkan kekuatannya. Tidak dipedulikannya isyarat Naqib yang menyuruhnya pergi dari situ.

Seketika matanya bertentangan dengan sepasang mata milik Naqib. Kepala Dinie menggeleng pantas saat matanya dapat membaca gerak bibir Naqib.

"Wah.. Sempat lagi kau orang berdua memadu kasih hah!!"

Berkerut dahi Dinie memandang Kamal. Tidak sempat mengelak, terdorong dia ke belakang saat tangan Kamal menolak kuat bahunya.

"Aduhh!" Perlahan suara Dinie mengaduh saat belakang badannya terhentak pada dinding di ruang itu.

"Jangan jadi dayus Kamal! Dia bukan lawan kau!" Sergah Naqib dengan suara yang agak kuat. Naqib yang sudah berdiri tegak menumbuk kuat perut Kamal. Tertunduk Kamal dengan serangan yang tidak diduganya.

Peluang itu diambil oleh Naqib untuk membalas perbuatan Kamal padanya tadi. Bertubi-tubi serangannya terhadap Kamal. Seluruh tenaganya dikeluarkan untuk memastikan Kamal tidak dapat menyerang balas.

Melihatkan Kamal yang separuh bernyawa, Naqib berlari pantas menghampiri Dinie. Poket seluarnya digagau dan segera dia menghulurkan kunci keretanya pada gadis itu.

"Awak turun dulu. Masuk kereta and call polis. Biar saya uruskan dia.." Lembut suara Naqib berbicara dengan Dinie. Matanya menatap dalam-dalam mata gadis kesayangannya itu.

"Tapi nanti....."

"Please awak... Awak tak sayang saya?" Potong Naqib sebelum sempat Dinie menghabiskan kata-katanya.

"Errr..." Dinie terkelu. Tidak pasti dengan kata-kata yang sesuai diungkapkan saat itu. Namun tangannya tetap menyambut huluran kunci daripada Naqib.

"Just go.." Perlahan suara Naqib. Tangan kanannya menekup luka di perutnya akibat tikaman Kamal sebelum ini. "Ke tepi!!" Naqib menolak Dinie pantas ke sebelah kanannya.

Tidak sempat mengelak, kepalanya dihentak dengan kerusi makan oleh Kamal. Entah bila Kamal bangun dan menghampiri mereka, dia pun tidak pasti. Dinie yang melihat tergamam. Terkelu dia tanpa sepatah kata.

"Kau orang berdua ni memang lembap! Bodoh!!" Kamal menyepak Naqib yang sudah terdorong ke belakang. Belum sempat dia menstabilkan dirinya, Kamal menyepak kepalanya pula. Tertunduk Naqib menahan kesakitan. Melihatkan keadaan Naqib, Kamal pantas menghampiri Dinie.

"Mana kau nak lari lagi hah.."

Selangkah Kamal mendekati Dinie, setapak gadis itu melangkah ke belakang. Riak ketakutan jelas terpancar di wajahnya.

"Kau dah tak boleh lari dari aku lah! Tak ada sesiapa pun yang dapat lari dari aku!!" Kamal ketawa kuat. Dia makin menghampiri Dinie. Kedua-dua belah tangannnya menekan pada dinding, merapati Dinie yang sudah menggigil ketakutan.

"Kau... kau nak aa.. aa.. apa sebenarnya hah!" Terketar-ketar suara itu.

Kamal ketawa lagi. Kali ini wajanya didekatkan pada wajah Dinie. Bibirnya dirapatkan ke telinga gadis itu yang dilitupi tudung warna biru laut.

"Aku nak kau.." Bisik Kamal. Tawanya makin panjang. Meremang bulu roma Dinie.

"Jangan!! Aku benci kau!!" Dinie menjerit kuat saat tangan Kamal meraba badannya.

"Aku suka..." Kamal ketawa lagi. Tangannya pantas menangkap sepasang tangan Dinie yang sedang memukul-mukul badannya.Tidak dihiraukannya Dinie yang semakin teresak-esak.

"Kurang ajar kau Kamal!!!" Naqib yang kembali bertenaga membelasah Kamal bertubi-tubi. Seluruh tenaganya dikerahkan untuk menundukkan Kamal. "Pergi awak.. Turun dulu.."

Tangan Dinie ditarik perlahan, menjauhkannya dari Kamal. Tersayat hatinya melihatkan gadis kesayangnnya itu teresak-esak menahan tangis.

"Awak... baik awak turun dulu sekarang. Saya tak nak apa-apa terjadi pada awak. Saya sayang awak..." Lembut suara Naqib memujuk Dinie.

“Ta… ta… tap…..”

No but pleaseJust go!” Tegas suara Naqib dalam kelembutan. Direnungnya wajah suram Dinie yang sedang menunduk. “Awak,” panggil Naqib perlahan.

Pantas Dinie mendongakkan kepalanya. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Naqib. Bibirnya bergetar seakan hendak berkata sesuatu.

Don’t worry.. I’ll be right by your side..” Lembut suara Naqib. Bibirnya menguntum senyum, menghulurkan kekuatan dalam diri gadis yang jelas ketakutan di hadapannya saat itu.

“Emm…” Dinie bersuara perlahan, dalam keyakinan yang kembali terbina. Matanya menatap sayu wajah Naqib yang masih lagi tersenyum. Sesekali jelas kerutan di dahi pemuda itu, menahan kesakitan di perutnya. Mata Dinie beralih pada tangan Naqib yang menekup luka di perutnya.

Don’t worry about me.. Just go.. Now!” Naqib menolak perlahan tubuh Dinie, mendorong gadis itu ke hadapan.

“Jangan lama sangat, Encik Naqib..” Sayu suara Dinie kedengaran. Kakinya melangkah laju menuruni anak tangga. Kunci di tangannya digenggam erat..

No comments:

Post a Comment