June 16, 2009

Bayang-Bayang 40


You're one in a million... Oh
You're one in a million.....

Segaris senyuman terukir dibibir Dinie Sophea. Matanya menatap skrin komputer riba di hadapannya. Tersenyum dia melihatkan isi emel yang dihantar oleh suaminya semalam. Padanlah Naqib khusyuk benar di meja kerjanya lewat malam semalam. Ada hasil rupanya...

Dinie tersenyum lagi. Dia menekan butang replay yang terlayar di skrin komputer ribanya itu. Klip video lagu One in a Million yang berlatar belakangkan gambarnya bersama Naqib kembali memenuhi skrin komputer riba.

Klip video itu seakan membayangkan seluruh kasih Naqib yang tertumpah buatnya. Hati perempuannya tersentuh. Sangat tersentuh saat dirasakan Naqib menyayanginya lebih daripada dia menyayangi suaminya itu.

Suara memberi salam di muka pintu mengalihkan tumpuan Dinie Sophea. Makin lebar senyumannya melihatkan Naqib yang baru pulang dari kerja. Tersengih Dinie melihatkan suaminya yang menayangkan wajah keletihan di hadapannya.

Dinie bingkas bangun dari silanya di hadapan meja kopi di ruang tamu dan berjalan menghampiri Naqib. Tangan kanan Naqib dicapainya perlahan. Belum sempat dia mencium belakang tapak tangan itu, Naqib terlebih dahulu membawa tangannya ke bibir. Dicium lembut belakang tapak tangan isterinya sebelum dia mengusap kepala isterinya.

“Abang nak air sejuk ke panas?” Tanya Dinie Sophea lembut. Tangannya menarik perlahan lengan Naqib, membawanya ke meja makan di ruang tengah rumah.

Naqib tersenyum. Dia mencuit pipi Dinie lembut sebelum bersuara, “Apa-apa je sayang..”

Dinie membalas senyuman Naqib. Langkahnya diatur ke dapur. Segaris senyuman masih tak lekang dari bibir comel itu, mengingatkan kejadian semalam.

Puas dia merungut saat Naqib menyuarakan bahawa dia perlu bekerja pada esok hari sedangkan baru beberapa hari mereka melangsungkan perkahwinan. Naqib hanya tersenyum membalas rungutannya.

Geram mengingatkan Naqib yang tidak mahu memujuk mahupun berkata sepatah berkenaan hal itu. Malah suaminya itu menyibukkan diri di meja kerjanya, menghadap pelan dan komputer riba.

Bosan dibiarkan bersendirian, dia melangkah masuk ke kamar tidur dan mencapai novel Sidney Sheldon, The Sky is Falling, dari rak buku di bilik itu. Mungkin suaminya menggemari karya Sidney Sheldon kerana di tingkat dua rak hanya dipenuhi dengan novel-novel mendiang penulis itu.

Ketiadaan Nuha kerana terlibat dengan program motivasi di sekolah menambahkan lagi kebosanannya. Entah jam berapa dia tertidur.. Sedar-sedar sahaja Naqib sudah berbaring di sebelahnya dengan kepalanya berbantalkan lengan suaminya itu.

Selesai membancuh air, Dinie mengatur langkahnya ke ruang hadapan. Berhati-hati dia menatang dulang yang telah tersedia sebiji gelas yang berisi air jus oren di dalamnya.

Ketiadaan Naqib di meja makan membuatkan Dinie meliarkan pandangannya ke ruang tamu dihadapan. Tersengih dia melihatkan Naqib yang sedang duduk di sofa sambil menatap skrin komputer ribanya yang masih terpasang.

Dulang di tangan diletakkan perlahan-lahan di atas meja kopi bersebelahan dengan komputer ribanya. Dinie merapati Naqib dan duduk bersimpuh di bawah, di sebelah kaki suaminya yang sedang duduk di atas sofa. Gelas berisi jus oren di atas meja diambilnya dan dihulurkan pada Naqib.

Sepatah ucapan terima kasih daripada Naqib sebelum dia meneguk sekali dan menyuakan gelas itu ke bibir isterinya. Dinie kemudianya turut meneguk sekali sebelum mencapai gelas itu dan meletakkannya kembali ke dalam dulang.

“Piya suka?” Tanya Naqib lembut. Jari jemarinya lincah bergerak di atas touch pad. Beberapa saat kemudian, lagu One in a Million nyanyian Bosson memenuhi ruang tamu itu.

Dinie tersenyum. Kepalanya dianggukkan perlahan.

“Thanks abang..” Dinie memalingkan wajahnya menghadap Naqib. Naqib menunduk sedikit. Wajahnya didekatkan pada wajah isterinya. Rapat.

You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us

Naqib menyanyi perlahan di telinganya, mengikut rentak Bosson. Tangannya melingkari bahu Dinie, menarik isterinya rapat padanya.

I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone
A smile, there you were and I was gone

I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me... Yeaah
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one, the one for me

Dinie terkelu. Bait-bait lirik lagu yang pernah dimainkan dalam filem Miss Congeniality kedengaran jelas di telinganya. Wajahnya dipalingkan menghadap skrin komputer, malu menjadi tatapan suaminya saat itu.

You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us

Naqib mencium lembut pipi Dinie. Dinie membeku. Tidak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana biarpun jantungnya seakan hendak terkeluar saat itu. Matanya terus-terusan menatap skrin komputer yang sudah kembali natural.

"Apa yang ada kat skrin tu sayang.. Abang kan lagi handsome.." Usik Naqib dengan senyuman nakal terukir di wajahnya.

Naqib bergerak ke bawah, duduk di sebelah isterinya. Kakinya dilunjurkan ke bawah meja. Tangannya melingkari bahu isterinya.

"Piya tak nak pergi firm?" Tanya Naqib lembut.

Dinie mencebik. Geram mengingatkan Naqib meminta dia berhenti kerja. Sudahnya dia hanya menurut permintaan Naqib. Mujur juga Idraki baru sahaja mengambil seorang pekerja baru, seorang anak muda dari Beranang yang hidup sebatang kara.

Perkenalan Idraki dengan keluarga Yazid beberapa tahun yang lalu sebelum mereka semua maut dalam kemalangan, membuatkan Idraki memberikan kepercayaannya kepada anak muda yang gigih berusaha itu. Kemalangan maut itu mengakibatkan Yazid tinggal sendirian sementelahan ahli keluarga kembangannya berada jauh di utara tanah air.

"Ah abang.. Baby call pagi tadi. Dia mintak abang jemput lepas solat Jumaat esok.." Dinie bersuara tiba-tiba teringatkan perbualannya dengan Nuha awal pagi tadi selepas Naqib ke tempat kerjanya. Naqib terangguk-angguk mendengar pesanan itu.

"Piya nak ikut?" Tanya Naqib. Pandangannya ditumpukan sepenuhnya pada isteri di sebelah. Dinie menggeleng perlahan.

"Ala.. Dekat je sekolah baby.. Malasla Piya nak ikut.." Jawab Dinie lembut dengan senyuman terukir di bibir. Hati suaminya itu perlu dijaga.

"Hmm.." Balas Naqib perlahan. Dieratkan pelukannya sebelum bersuara, "Piya free kan this weekend? Jom ikut abang.."

Naqib menjungkitkan kedua-dua belah keningnya sekali. Matanya membayangkan kenakalan sama seperti bibirnya yang terukir senyuman nakal. Dinie mengerutkan dahinya.

"Pergi mana, bang?"

"Ada laa... Kalau bagitahu, tak surprise la kan..." Naqib tersenyum lebar. "Kita pun tak pergi honeymoon lagi kan..." Sambung Naqib lagi.

Pecah tawanya melihatkan wajah isterinya yang sudah memerah. "Abang dah settle kerja-kerja abang for next week. I'm all yours then.. Takdelah abang kena dengar Piya bising lagi macam semalam.."

Meleret tawa Naqib saat Dinie menepuk pehanya. "Ohh.. abang kata Piya bising ye..." Memuncung Dinie sebelum dia terjerit kecil. Jari jemari Naqib di pinggangnya ditarik laju. Naqib sering mengusiknya sejak tahu kelemahannya di situ.

"Abang suka.."

Dinie mengerutkan dahinya memandang Naqib yang sedang tersenyum. Pelik dia mendengarkan dua patah kata itu.

"Abang suka dengar suara Piya. Piya nak bising ke, membebel ke, marah ke, mengamuk ke.. abang tak kisah.." Naqib tersengih. "Asalkan Piya tak benci abang.."

"Ishh.. Mengarut je. Takkan Piya nak benci abang pulak.." Dinie membulatkan matanya.

Naqib ketawa lepas. Getaran telefon bimbit di poket seluarnya mematikan tawa Naqib. Pantas tangannya menggagau poket seluarnya dan mencapai telefon bimbit yang sedang berlagu perlahan.

"Ummi.." Naqib bersuara perlahan memandang Dinie Sophea. Pantas jarinya menekan butang hijau.

Salam diberikan sambil matanya tak lepas daripada menatap wajah isterinya. Dinie segera menunduk, tak betah menjadi tatapan suaminya.

"Nuha tak ada mi.. Ada program kat sekolah dia.."

Naqib mengalihkan telefon bimbit ke telinga kirinya. Tangan kanannya mencapai tangan isterinya, menggenggam erat tangan yang sekali ganda kecil dari tangannya itu.

"Minggu ni? Naqib ketawa kecil sebelum menyambung, "Ummi ni bestlah! macam tahu-tahu je plan Qib.." Naqib kembali menyambung tawanya.

Dinie yang terasa pelik pantas memalingkan kepalanya ke kiri, menghadap Naqib yang masih lagi tega menatapnya. Mereka berbalas renungan seketika sebelum Dinie akhirnya mengalah dengan pandangan Naqib yang menusuk terus ke kalbunya.

"Okay mi.. InsyaAllah.. Ummi tak payah susah-susah. Nanti Qib bagitahu dekat Nuha.." Lembut suara Naqib bertutur dengan ibu mertuanya. "Ada kat sebelah ni. Okaylah mi.. Ummi jaga diri baik-baik. Hmm.. InsyaAllah..." Sambung Naqib lagi sebelum membalas salam Hajjah Sufiah. Telefon bimbitnya yang sudah kembali sepi diletakkan di atas meja kopi di hadapannya.

"Ummi kirim salam.." Ucap Naqib dengan senyuman di bibir. Dinie mengangguk sekali.

"Ummi tak nak cakap dengan Piya pun.. Cakap dengan abang je.." Ada rajuk pada suara itu. Naqib tersengih.

"Macam mana nak buat... Ummi sayang abang je, tak sayang Piya.." Giat Naqib.

Dinie mencebik. Pantas jarinya menekan-nekan papan kekunci. Lincah jarinya bergerak di touch pad. Beberapa ketika kemudian komputer ribanya itu ditutup perlahan.

"Air bang.." Dinie menghulurkan gelas yang masih berbaki air oren di hadapan Naqib. Seperti tadi, Naqib meneguk sedikit dan menyuakan gelas itu ke bibirnya. Dinie kemudiannya meneguk air di dalam gelas itu sehingga habis.

"Hiii.. Buat air kat orang tapi dia yang habiskan.." Usik Naqib sambil mencuit pipi Dinie.

Dinie tersengih. Dia menjungkitkan hidungnya sekali dan bersuara, "Biar.. Geram Piya dengan abang sebab ummi lagi sayang abang dari Piya.."

"Lahh.. Tak habis lagi rupanya.. Abang pulak tu yang kena.." Naqib menepuk dahinya perlahan.

Dinie ketawa kecil. Tawanya itu disambut cubitan halus di pipinya. Dinie mengaduh perlahan. Digosok pipinya itu lembut. Matanya dibulatkan memandang Naqib yang tersengih sambil mengenyitkan matanya.

"Dah la.. Abang nak naik mandi.. Layan Piya karang, kita solat maghrib sekali dengan isyak pulak nanti..” Usik Naqib. Dia bingkas bangun, menarik perlahan lengan isterinya.

Dinie turut berdiri di sebelah suaminya itu. Dia mencapai komputer ribanya dan menghulurkan pada Naqib.

"Simpankan dekat atas, bang.." Pinta Dinie lembut.

Naqib mengangguk. Komputer riba itu sudah bertukar tangan.

"Abang mandi dulu, siap-siap nak solat. Kejap lagi Piya naik. Nak perangat lauk jap.." Dinie bersuara dengan senyuman.

Naqib mengangguk lagi. Sempat bibirnya mendarat di pipi isterinya itu seketika sebelum dia memanjangkan langkahnya meniti anak tangga. Rungutan Dinie membuatkan Naqib ketawa lepas.

Dinie di ruang bawah menggelengkan kepalanya dengan senyuman terukir di bibir. Geram yang dirasakan tika itu tidak dapat mengatasi kebahagiaan yang sedang mekar mewangi. Meleret senyumnya seketika sebelum dia menggigit bibirnya sedikit, ada gusar dalam hatinya, mengharapkan kebahagiaan yang dikecapi berpanjangan dan berkekalan. Hingga hujung nyawa..

No comments:

Post a Comment