June 15, 2009

Bayang-Bayang 16


"Dinie!!!"

Pantas Dinie memalingkan kepalanya ke kiri. Diurut-urut dadanya beberapa kali. Dia menjegilkan matanya kepada Humaira yang tersengih di muka pintu.

"Ya Allah kak Mai... Nasib baik Dinie ni takde lemah jantung tau. Kalau tak nanti siaplah akak nak jawab ngan mak bapak Dinie.."

Humaira tersengih. Dia memanjangkan langkahnya mendekati Dinie yang kembali meneruskan kerja-kerjanya di hadapan komputer.

"Sudah-sudahlah tu Dinie. Rajin sangat hari ni kenapa? Dah time lunch tau sekarang.." Humaira meletakkan plastik berisi tiga polistren di atas meja sebelum dia mencuit mesra pipi Dinie.

Dinie tersenyum. Dia seakan mendapat semangat baru selepas berbual-bual mesra dengan Idraki pagi tadi. Baru dia dapat mengenali Idraki yang sebenarnya sebalik lagaknya seakan seorang bos yang agak kejam. Kejam? Tak sesuai dengan Idraki.. Rupanya bosnya itu memang suka mengusik. Dalam diam ada rasa kagum yang terbit di hatinya. Dinie tergelak kecil.

"Eh, berangan pulak dia.. Jom, makan.." Pelawa Humaira. Dia menarik tangan Dinie, bangun dari kerusi dan melangkah ke meja besar yang terletak di tengah bilik.

Riuh mulut Humaira memanggil Aina menyertai mereka. Selepas itu tangannya laju sahaja membuka tingkap seluas yang boleh. "Tak bukak ni karang, datang pulak Encik Idraki nak join sama.." Humaira mengekeh seketika.

"Tak baik tau tuduh bos macam tu.." Bela Dinie. Humaira yang mengalihkan pandangannya pada Dinie menjungkitkan keningnya sedikit.

"Backing bos nampak.." Serentak Humaira dan Aina bersuara sambil menjegilkan mata mereka pada Dinie. Dinie tersengih.

"Mana ada backing.. Dinie cakap yang benda yang betul." Dia tersenyum memandang Humaira dan Aina. "Bos nak keluar kejap lagi," sambung Dinie lagi.

"Eh, mana tau ni?" Humaira bertanya pantas dengan keningnya yang sengaja dijungkit-jungkitkan.

"Taulah... Sebab Dinie jumpa Encik Idraki pagi tadi." Jawabnya sambil tersenyum.

"Oh ya.. Lupa pulak akak.. Lama Dinie dating dengan Encik Idraki dekat dalam bilik bos tu pagi tadi, Mai." Aina pula bersuara sambil tersengih, mengenyitkan sebelah matanya pada Humaira.

"Aina,"

Pantas kepala ketiga-tiga mereka mengarah ke muka pintu. Pucat Aina seketika melihatkan Idraki berdiri tegak di situ.

"Aina, saya nak keluar ni. Kalau ada apa-apa, ambilkan pesanan dan kalau urgent, just give me a call. Hmm?"

Aina tersenyum lega, mengandaikan Idraki tidak mendengar apa yang diperkatakannya sebentar tadi. Dia mengangguk pantas dengan sengihan yang lebar.

"Ah ya, lagi satu.. Encik Naqib tak dapat datang petang ni. Nanti bila Encik Halim dah buat payment, awak simpan dulu dekat tempat biasa, okay.. Resit jangan lupa pulak."

Terangguk-angguk Aina sekali lagi. Matanya masih lagi memandang tepat pada Idraki tanpa berkelip.

"Hmm.. Saya keluar dulu Aina, Mai.." Idraki bersuara tenang sambil tersenyum pada Humaira dan Aina. Pandangannya dialihkan pada Dinie yang sedang berteleku di meja. "Aha Dinie, bila-bila nanti kita dating lama-lama lagi dekat bilik saya, ya?" Sambung Idraki lagi sambil tersenyum. Matanya dikenyitkan pada Dinie. Sengaja dia menyebut perkataan dating itu kuat-kuat untuk melihat reaksi Aina.

Dinie yang mendengar tersentak. Tersengih dia melihat Idraki mengenyitkan mata kepadanya. Rasanya dia sudah boleh menerima gurauan Idraki kini.

Dinie mengalihkan pandangannya pada Aina yang sedang tersipu-sipu. Malu dengan sindiran Idraki tadi mungkin. Dinie tersengih lagi. Matanya dialihkan pada Idraki yang masih berada di muka pintu. Mereka bertentang mata seketika sebelum Dinie pantas menunduk. Idraki tersenyum.

"Saya keluar, ya.." Lambat-lambat Idraki bersuara.

Pantas Aina, Humaira dan Dinie mengangguk. Masing-masing memandang tepat pada Idraki yang sedang tersenyum. Senyuman masih lagi terukir di bibir Idraki saat dia melangkah keluar dari pejabat.

"Makan... Makan..." Humaira bersuara nyaring memecahkan kesepian antara mereka. "Tau pun takut.. Itulah orang tua-tua selalu pesan, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.. Betul tak?" Humaira tergelak kecil. Dia menepuk perlahan tangan Aina yang membisu di sebelahnya. Aina tersentak. "Mengelamun pulak dia.. Kau dengar tak nasihat aku tadi?"

Aina tersengih. laju sahaja dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak dengar sudah. Berita terkini tak boleh ulang-ulang.." Pantas Humaira menyambung katanya. Lincah tangannya mengeluarkan bekas polistren dari dalam plastik dan menghulurkan setiap satu kepada Aina dan Dinie.

"Berapa kak?" Dinie bertanya sambil tangannya menyambut huluran Humaira.

"Hmm.. Berapa weh?" Giliran Aina pula bertanya selepas dia membuka bekas polistren itu.

"Free of charge.. Ada orang belanja.."

"Eh, kau ni.. Asal balik dari court je mesti ada bawak balik buah tangan. Kau ada affair dengan mana-mana hakim eh?" Laju Aina bertanya dengan keningnya yang dijungkit-jungkitkan.

"Oii. tak nak aku. Kau baik-baik Aina. Dengar sape-sape kang, naya aku kena soal jawab. Silap hari bulan kena sumbat lokap pulak.." Humaira menjawab sambil tangannya mencubit lengan Aina.

Pecah tawa Aina dan Dinie mendengarkan jawapan Humaira. Humaira sememangnya sensitif dengan perkara seperti ini. Semuanya dianggap serius.

"Dah, dah.. Makan. Karang aku makan korang dua pulak.."

Mengekeh Aina dengan gelagat Humaira. Lambat-lambat dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. "Eh, habis tu aku nak terima kasih dekat siapa ni?" Soal Aina tiba-tiba dengan nasi yang penuh di dalam mulutnya.

"Oii mak dara. Tak senonohlah kau. Telan pun belum, sibuk nak bercakap. Jangan kau ajar Auni pulak perangai buruk kau ni.."

Selamba Humaira mengutuk Aina. Tersengih dia pada Aina yang menjegilkan matanya sedikit.

"Hmm... Kalau korang dua nak tau, aku lah yang belanja korang hari ni..." Lambat-lambat Humaira besuara sambil tersengih. "Cepatlah, terima kasih dekat aku.." Sambungnya lagi sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Thanks.."

Serentak Aina dan Dinie bersuara. Masing-masing tersengih memandang Humaira. Humaira menganggukkan kepalanya beberapa kali. Tergelak keduanya melihatkan reaksi Humaira. Seakan ada spring di bawah dagunya saat itu.

"Mimpi apa belanja tiba-tiba ni, kak?" Tanya Dinie. Tangannya menggaul-gaul nasi dengan lauk sotong masak lemak cili api sebelum dia menyuapkannya ke dalam mulut.

"Tak ada mimpi-mimpi de.. Saje dapat hidayah.."

Aina dan Dinie berpandangan seketika sebelum tawa mereka berdua bersatu memenuhi segenap ruang bilik.

"Ada-ada ajelah kau ni Mai.."

Aina menggelengkan kepalanya sekali dan kembali tunduk meneruskan suapannya. Humaira tersengih pada Dinie yang masih lagi memandang padanya. Selepas itu mereka bertiga menikmati makan tengah hari mereka tanpa bersuara walau sepatah.

Tidak lama kemudian, kesepian mereka terganggu dengan bunyi loceng yang tiba-tiba.

"Siapa pulak yang datang time lunch ni.. Tak reti bahasa ke.."

Aina membebel perlahan. Dia menjilat hujung jarinya sedikit dan bergerak pantas ke pantry. Selepas itu dia bergegas ke luar pula. Tersenyum dia pada budak pejabat yang tersengih d hadapan gril.

"Kau ni Lan, datang time lunch, nak join sekali ke?" Tanya Aina selamba pada budak pejabat yang dipanggil Lan itu.

"Jam la tadi kak.." Jawab Lan sambil tersenyum simpul, faham dengan makna pertanyaan Aina tadi. Dia menghulurkan bungkusan yang berbalut kemas pada Aina. Sesaat kemudian, Aina yang menghilang ke dalam muncul kembali. Dia menghulurkan sepucuk surat yang telah dicop kepada Lan. "Terima kasih kak.."

Aina tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya sekali.

"Lain kali datanglah lagi time-time ni.." Sempat Aina memerli Lan yang sedang menyarungkan helmet ke kepalanya. Lan tergelak kuat. Dia menyengih kepada Aina sebelum berlari turun ke bawah.

"Siapa, Na?" Tanya Humaira. Langkahnya diatur ke pantry. Dinie di belakangnya menjungkitkan kening tanda ingin tahu.

"Lan... Budak Lee & Hong.." Ringkas jawapan Aina. Dia turut menyertai Humaira dan Dinie di pantry.

"Eh, korang nak tau tak.." Tiba-tiba Aina berkata sambil tersenyum lebar. Matanya bersinar seolah-olah ingin menceritakan sesuatu yang hangat.

Dinie yang baru selesai membasuh tangan memalingkan mukanya menghadap Aina yang sedang berdiri membelakangkan pintu. Humaira yang sedang meneguk air sempat menjungkitkan keningnya pada Aina.

Aina tergelak kecil sebelum bersuara, "Lepas ni Dinie dah boleh hidup aman damai.."

"Hah?" Tanya Dinie pelik.

Aina tergelak lagi. "Guess what?" Dia menjungkitkan keningnya pada Dinie, masih mahu berteka-teki. Dinie mencebik.

"Dinie hidup aman damai? Apa kena pulak dengan Dinie?" Tanya Dinie pelik.

"Sekarang dah ada posmen baruuu.." Panjang sebutan baru Aina. Dia tersenyum puas. "Selamatlah Dinie posmen entah apa-apa tu dah takde," sambungnya lagi.

Humaira tergelak kecil. Terbayang-bayang di matanya wajah kelat Dinie setiap kali terpaksa berhadapan dengan posmen yang disebut-sebutkan itu.

"Mana pergi pulak mamat tu?" Tanya Humaira, memandang pada Dinie yang sudah berkerut-kerut dahinya.

Nasib baik dah blah mamat tu. Rimas tengok cara dia pandang, rasa macam nak korek-korek aje biji mata dia tu. Tak puas agaknya kena tegur dengan Naqib dulu. Nasib, nasib.. Kalau ada lagi dia, tak tahulah.. Agaknya kena panggil Naqib datang sound mamat tu hari-hari kot. Dinie tersenyum lebar. Puas hatinya mendengar khabar gembira daripada Aina sebentar tadi.

"Entah. Aku ada risik-risik dekat budak baru ni.. Dia kata senior tu pindah cawangan lain.." Aina bersuara separuh berbisik. Dia mengerling sekilas pada Dinie yang membisu. Dapat dia melihat wajah Dinie yang tersenyum-senyum dari tadi.

Aina menyiku tangan Humaira yang sudah berdiri di sebelahnya. Matanya menjeling sekilas ke arah Dinie tanda menyuruh Humaira memerhatikan gelagat gadis kecil itu.

"Ehemm.. Ehemm.. Teringat kat abang posmen ke..." Humaira bersuara nakal. Dia menepuk perlahan bahu Dinie.

Dinie tergelak kecil. Dia menjelirkan lidahnya pada Humaira dan Aina yang sedang memerhatikannya.

"Takde kerja Dinie nak ingatkan dia. Baik Dinie ingat orang lain.." Jawabnya selamba. Di kepalanya hanya terbayang-bayang wajah Naqib, saat lelaki itu menjadi penyelamatnya suatu masa dahulu.

Tepukan di bahu Dinie membuatkan dia tersentak. Gelak ketawa Aina dan Humaira menyentuh gegendang telinganya. Dinie tersipu malu.

"Dah.. Dinie nak keluar. Kalau kak Mai dengan kak Aina nak jadi penunggu pantry ni, silakanlah.." Selamba Dinie bersuara sambil tersenyum lebar. Matanya dikenyitkan sekali pada Aina dan Humaira yang menjungkitkan hidung padanya.

Eh, kat mana pulak aku belajar kenyit-kenyit mata ni? Ni kes terpengaruh dengan Idraki lah ni.. Dinie berlalu keluar dari pantry meninggalkan Aina dan Humaira yang tersenyum nakal padanya. Dia melangkah dengan senyuman terukir di bibirnya, mengenangkan wajah-wajah yang bersilih ganti di ingatannya saat itu..

No comments:

Post a Comment