“Okay. Order Kak Ton dah siap. Kak Lin pun dah. Hmm Wan Aina pun settle dah.”
Helaian buku nota kecil dibelek sekali lagi. Pantas Zaza menanda nama-nama yang telah disebutnya sebentar tadi.
“Hm lagi... Kak Cah dengan Acik Teh pun dah settle alhamdulillah. Oh ya, tinggal nak deliver Su dengan Maira punya petang nanti. Hmm alhamdulillah,”
Terangguk-angguk Zaza seketika. Jari masih lagi ligat menarikan pen dalam genggaman ke atas halaman yang bertulis senarai nama.
Alhamdulillah.. Leganya dah siap semua tempahan. Dek kerana sibuk menyediakan barang-barang hantaran dan membuat persiapan majlis yang bakal berlangsung, dia menghentikan tempahan biskut raya untuk tahun itu. Namun, terlanjur berjanji pada masa lalu membuatkan gadis itu berusaha menyiapkan tempahan sebaik yang mungkin dalam masa yang telah dipersetujui.
Mujur tempahan tidak terlalu banyak. Dan dia sendiri tidak menyangka mahu pun terfikir perjalanan hidupnya seperti yang bakal berlaku. Raya tahun lepas tak terfikir pun pasal nikah kahwin ni. Tup-tup awal Syawal dah nak nikah. Gadis itu menjungkit bahu dan keningnya sekali. Dia tersenyum lagi.
“Ya Allah! Allahu Akbar macam mana boleh terlupa ni... Kak Iklil... Aiyyo Zulfah Zayanah ... Macam mana boleh hilang ingatan ni,”
Zaza menepuk kepala perlahan. Dia beristighfar panjang sebelum tersengih sendiri. Lupa janji strawberry tart pada Iklil buat anak-anaknya yang hantu strawberry kata Iklil. Zaza menggaru kepalanya sekali. Dia tersengih lagi. Dalam kepala ligat menyusun rencana. Baru dia memasang angan untuk menjenguk blog kesayangan. Tak tercapai lagi hasratnya yang satu itu. Zaza menghela nafas. Masih ada lagi janjinya yang belum terlunas.
Zaim! Zaim je boleh tolong Kak Dik. Zaza memetik jari. Senyumnya melebar. Pantas tangan mencapai telefon bimbit di hujung meja. Speed dial 3 ditekan sebelum dia menekan butang hijau dan melekapkan telefon bimbit itu ke telinganya.
“Assalamualaikum. Zaim,”
“Yo. Waalaikumussalam warahmatullah. What’s up?”
“Amboi kau barat sangat ni apa kes?”
Zaim melepaskan tawa. Zaza mencebik.
“Ni, Zaim, Zaim,”
Pantas Zaza mencelah antara tawa adik lelakinya yang belum terhenti.
“Yes my dear little big sis. What can I help you with?”
“Hiii Zaim ni. Kata pergi tuisyen bahasa akhirat tapi cakapnya pakai dunia jugak,”
Zaim ketawa lagi mendengar respon Zaza.
“Dah tau Zaim pergi tuisyen, Kak Dik call buat apa?”
Giliran Zaza tertawa. Perlahan. Cuma sesaat.
“Sorry, sorry. Masa call tadi tak teringat Zaim tengah tuisyen. Baru je terfikir,”
“Naa it’s okay. Zaim dah siap pun. Tengah borak-borak dengan ustaz.”
“Haa la ustaz konon, cakap je la Abang Amal kesayangan dia. Macam la Kak Dik tak tahu Zaim tuisyen Bahasa Arab dengan siapa,”
“Macam mana Kak Dik boleh tahu?”
“Mama. Hm dah ni Zaim nak balik dah ke?”
“Yep. Dalam kereta, on the way.”
“Zaim, please... Kak Dik nak mintak tolong ni. Kau boleh tolong kan, Zaim?”
“Just name it,”
“Zaim tolong belikan baking powder, boleh?”
“Baking powder? Banyak mana?”
“Zaim beli yang sedang je,”
“Alright. Kak Dik nak buat apa pulak? Mama kata Kak Dik dah siapkan semua order,”
“Em dah. Tapi ada satu yang Kak Dik baru teringat. Sikit je tak banyak pun.”
“Ala kesiannya dia..”
Zaza ketawa perlahan mendengar nada suara Zaim.
“Kesian-kesian bukan nak tolong pun. Kak Dik nak update blog pun tak sempat tau. Cuba kalau Zaim tolong Kak Dik, boleh goyang kaki dah tau Kak Dik,”
“Hehehe tangan Zaim ni tak sesuai untuk baking la Kak Dik. Tak jadi. Tapi bab update blog, no hal. Zaim pun expert.”
“Hmm boleh la. Kau balik nanti, Kak Dik nak mintak tolong something. Okay. Balik cepat sikit,”
“Itu je pesan? Tak nak ke pesan kat Abang Amal, drive carefully ke, don’t drink and drive ke,”
Terdengar tawa Zaim tiba-tiba. Zaza mencebik. Ada la dia orang berdua tu. Gadis itu terdiam seketika, memikir, sebelum bibir kembali menutur kata.
“Pesan bawak balik baking powder Kak Dik molek-molek. That’s it. Tak payah rushing, okay. Assalamualaikum,”
***********
Sekali lagi Amal mengulang baca. Mata menatap hasilnya tak lepas. Dia tersenyum. Putaran mindanya kembali ke pertemuan dengan Zaim semalam.
Usai menghantar anak muda itu pulang ke rumah, dia singgah di bazar berhampiran untuk membeli murtabak yang dipesan ummi. Elok sahaja hendak memandu pulang, Zaim membuat panggilan ke telefon bimbitnya. Mujur masih di kawasan berhampiran, dia pantas melencongkan arah pemanduan. Ada bekalan yang hendak diberikan Kak Dik kesayangan Zaim tika itu.
Amal tersenyum lagi.
Puas hati dengan hasilnya, tangan pantas menggerakkan tetikus. Butang publish post yang berwarna oren diklik sekali dengan lafaz bismillah.
Lelaki itu tersenyum lagi.
:. to be continued, insyaAllah .:
isk isk isk..
ReplyDeletereal je jat ni..
mau nye raya ni singgah sana nnti..
hihihihi
saya setuju la ngan MaY_LiN..memang macam real story...
ReplyDeletetak lama dah 5 Syawal ni..4 hari je lagi..
barakillahu feek~ :)
haha~
ReplyDeleteMay_Lin & Nadzipah..
syok sendiri namanya tu. berangan nak kawen cepat pun iya jugak. haha. mengarut sungguh kan jat ni. jangan datang sungguh tau. atas angin je. *wink2*
hehehe...
ReplyDeletei love it bila watak Amal keluar. :)