August 21, 2011

:. Keterlaluankah Aku 13 .:



“Whoahaaa ini bilik Kak Dik ke ni?”


“Ey masuk bilik orang tak reti bagi salam ke?”


Zaim tersengih di muka pintu. Wajah Kak Ngah yang terbias di kornea mata membuatkan sengihannya makin lebar.


“Kak Ngah... hehehe..” Zaim ketawa sedikit, tersipu dengan teguran Zulfah Zahidah sebelum menyambung, “Assalamualaikum semua,”


Salam Zaim dijawab penuh oleh Zaza dan juga Kak Ngah yang duduk berlunjur di birai katil. Zaza yang sedang bersila di sisi katil tidak mengangkat kepala, khusyuk dengan kerjanya. Zaim terus melangkah dengan senyuman. Pandangannya dikitarkan ke seluruh bilik.


“Zaim ingatkan tersilap masuk bilik tadi,”


“Banyak la silap masuk. Tak bau Ambi Pure Kak Dik tu?” balas Kak Ngah tanpa nada.


“Bau je,” ringkas Zaim menjawab sebelum dia ketawa lepas. “Tapi ada bau-bau lain sikit, Kak Ngah..”


Zaza mencebik. Masih lagi tidak mengangkat kepala memandang Zaim yang sudah menyusun sila di sisinya.


“Serius la Kak Dik ni.. Tak baik tau serius macam ni tak naik seri pengantin nanti,”


Kelepukk!


“Adoi!” Pantas Zaim menyapu pehanya yang ditepuk Zaza kuat.


Zaza mengangguk-angguk dan tersengih sambil dilirikkan matanya pada Kak Ngah. Kak Ngah menayangkan isyarat bagus di tangan kanan. Keningnya dijungkit sekali.


“Ambik ubat.. Kak Dik kau ni main bagi je terus tak cakap banyak,” perli Kak Ngah selamba.


Zaim sengih menayang gigi. Lama. Zaza mengerdipkan matanya pada Zaim dan berkata, “Zaim kalau datang nak kacau Kak Dik, terima kasih je la ya. Kak Dik tak cukup masa.”


“Alalalaaa kesiannya Kak Dik ni. Busy semedang. Kak Dik tau Zaim bau apa dalam bilik Kak Dik ni?”


“Apa?”


“Bau lelaki,”


Pecah tawa Zaim diikuti Kak Ngah spontan.


“Kak Ngah nak kata dari tadi lagi tau Zaim tapi tak sampai hati,”


Zaza memuncung. Mengada la dia orang ni! Banyak la bau lelaki! Geram! Geraam! Geraaam!! Zaza mencebik, kembali meneruskan kerja yang tergendala.


“Betul Za, bau lelaki,” usik Kak Ngah lagi.


“Mengada tau. Mana ada.” Balas Zaza laju tanpa mengangkat kepala.


Zaim dan Kak Ngah ketawa lagi. Tawa mereka mati saat pintu terkuak sedikit tiba-tiba.


“Astaghfirullah al-Azhim.. Apa kenanya gelak macam nak pecah rumah je ni,” Zahrah menegur perlahan, menjengahkan kepala.


Zaza menjungkit bahu. Zaim dan Kak Ngah kembali tersengih menahan tawa.


“Hm Zaim? Zahidah? Kenapa ni?”


Zaim menggeleng pantas. Cepat sahaja dia mengunjukkan ibu jari kanannya ke arah Kak Ngah. Kak Ngah tenang, menayang senyum.


“Bilik Kak Dik ni bau lelaki, ma..”


Zahrah tersenyum mendengarkan jawapan Zahidah. Makin lebar senyuman saat dia mengitarkan pandangan ke serata bilik sebelum matanya terhenti pada anak gadis yang memuncung. Dia melangkah masuk. Berhenti di hadapan pintu.


“Dah banyak yang siap Zayanah?”


“Almost. Tinggal nak susun barang atas dulang tu ma,” tersenyum Zayanah, mendongakkan kepala. Makin lebar senyuman gadis itu sambil meletakkan kerja-kerja menjahit yang baru selesai.


“Tumpang ada ni, Zahidah tolonglah Zayanah,” Bahu Zahidah yang sudah berdiri di sisi dipegang lembut oleh Zahrah. Zahidah tersenyum.


“Kak Ngah dah tolong banyak, ma. Dah siapkan tiga dulang lagi ni,” Zaza membalas dengan senyuman.


“Kak Dik, Zaim nak tanya ni. Mana satu baju Abang Amal? Yang tergantung tu baju siapa? Yang atas riba Kak Dik tu pulak baju siapa?” Zaim mencelah tiba-tiba.


“Dua-dua.” Ringkas jawapan Zaza. Jarum di tangan disisipkan ke baju Melayu krim di atas silanya. Kepala dipalingkan ke sisi. Dia tersengih memandang Zaim yang menayangkan wajah tidak puas hati.


“Kenapa dua?”


“Kenapa tak boleh dua?”


“Bukan tak—”


“Ma jom kita turun dulu, ma. Biar budak berdua ni gaduh sendiri sampai lusa,” Kak Ngah masih lagi seronok menggiat. Lengan Zahrah ditariknya lembut. Zahrah menggeleng sedikit.


“Zaim bantu Kak Dik tu jangan diganggu pulak ya,” pesan Zahrah lembut. Dia tersenyum seketika kemudian, melihat isyarat okey yang diberikan Zaim. Bayang kedua-duanya hilang di balik daun pintu. Zaim dan Zaza kembali berpandangan.


“Zaim, betul ke ada bau lelaki dekat bilik Kak Dik ni?” Soal Zaza perlahan, separuh berbisik. Serius wajahnya membayangkan betapa dia memandang serius usikan Zaim dan Kak Ngah seketika tadi.


Bulat mata Zaim memandang Zaza. Pecah tawanya. Zaza memuncung. Lengan Zaim dicubit geram.


“Zaim, Kak Dik serius tau ni,”


“Okay-okay,”


Balasan yang tidak selari dengan perbuatan. Zaim masih lagi meneruskan sisa tawa. Zaza menjegilkan mata.


“Okay-okay. Serius.” Zaim mengangkat kedua-dua belah tangannya. “Tak ada lah Kak Dik sayang. Kita orang main-main je tadi. Mana ada bau lelaki. Zaim je pun lelaki yang selalu keluar masuk bilik Kak Dik ni kan,”


Zaza mengangguk laju. Wajah tanpa riak ditayangkan pada Zaim.


“Maksud Zaim tadi, cuba Kak Dik buka mata luas-luas, tengok sekeliling bilik Kak Dik ni ada apa?” Zaim menyambung kata.


Melilau mata Zaza memerhatikan biliknya. Susun atur masih lagi seperti sebelum ini. Bilik yang sederhana luas itu masih lagi kemas tersusun. Cuma terdapat sehelai baju Melayu berwarna hijau pucuk pisang yang tergantung di penyidai baju berhampiran tingkap selain barang-barang hantaran buat Amal di atas katil dan juga di sisi katil.


“Kenapa? Tak ada apa-apa yang pelik pun,”


Zaim ketawa menggelengkan kepala sekali.


“Tak tahu la kalau bagi Kak Dik tak ada yang macam luar biasa.. Tapi bagi Zaim, lain sikit rasanya bila ada barang-barang lelaki dalam bilik Kak Dik ni. Dengan baju Melayu tergantung, shirt dengan tali pinggang atas katil, kasut plus sandal kat sebelah Kak Dik tu. Ermm lagi, handkerchief depan Kak Dik, kain pelikat atas katil nu, dengan wallet plus sekawan minyak atar berkumpul atas dressing table Kak Dik.. Ermm apa lagi ya?”


Meliar mata Zaim memandang serata bilik. Zaza diam mengetap gigi. Faham apa yang ingin disampaikan.


Tersengih Zaim saat pandangannya jatuh pada Zaza. Dia kembali bersuara, “Itu haa Kak Dik, baju Melayu atas riba Kak Dik tu. Dah siap ke belum? Kenapa ada dua baju Melayu, Kak Dik?”


“Yang itu Amal beli sendiri, yang ini Kak Dik jahit sendiri. Baru je siap ni Zaim,” jawab Zaza perlahan. Jarum yang disisipkan pada baju Melayu itu ditarik dan disimpan ke dalam kotak kecil di sisinya.


“Ooo,” Zaim mengangguk beberapa kali.


“Baju krim ni Kak Dik nak bagi Abang Amal kesayangan Zaim tu pakai masa nikah,” sambung Zaza lagi tanpa ditanya. Terangguk-angguk Zaim mendengar.


“Banyak jugak ya barang Abang Amal,”


“Em tu la. Segan pulak Kak Dik tau. Kak Dik cuma bagi baju Melayu ni, towel, handkerchief dengan kain pelikat. Barang-barang lain tu semua Amal bagi dekat mama last week. Zaim tau tak Kak Dik bagi apa je dekat Amal hari tu?”


“Sandal comel yang Kak Dik beli masa kita keluar sebelum tu?”


“Em, yang itu satu. Lepas tu Kak Dik bagi sepasang baju kurung siap dengan towel je.”


“Oo.. Towel besar kecik?”


“Tu yang kat hujung katil tu. Besar gitu. Sebijik macam tu. Warna je lain. Kak Dik punya maroon, Amal dark blue. Tak tahu dah Kak Dik nak bagi apa. Handbag jarang pakai, nanti membazir. Perfume pun tak pernah pakai. Barang Kak Dik elok-elok lagi semua. Sayang pulak nak beli baru. Amal bagi macam-macam pulak. Tak padan dengan apa yang Kak Dik bagi.”


“Ooo,” Zaim mengangguk lagi. “Tak apa la Kak Dik.. Mana tau nanti abang Amal top up yang lain ke,”


“Hurmm lagi segan la Kak Dik kalau gitu...”


“Ala Kak Dik, nanti kan Kak Dik nak bagi kek, buah, coklat, blueberry cheese tart lagi, em banyak la jugak tu. Homemade lagi tau,” manja suara Zaim memujuk. Zaza mencebik sedikit sebelum ketawa perlahan.


“Budget Kak Dik senang hati la Zaim kata gitu?”


Hahaha~ Zaim ketawa lepas.


“Hermm Zaim, kau dah update blog Kak Dik tak?”


“Of course. See the hand la,”


Kening dijungkitkan Zaim beberapa kali. Zaza menjuihkan bibir.


“Kau update apa ya Zaim? Kalau mengarut-ngarut, siaplah.”


“Zaim update simple je Kak Dik. Simple tapi padat. Yang penting, bermesej. Tengok orang la kan. Mana main mengarut-ngarut ni. Hermm apa orang kata, handsome with the brain?”


Zaza kembali mencebik. Beauty with the brain biasa la dengar. Zaim ni suka perasan sendiri tau. Alatan jahitan dikemaskan Zaza sebelum dimasukkan ke dalam kotak kecil di sisinya. Dia bingkas mengangkat kotak kecil itu bersama baju Melayu berwarna krim di atas ribanya tadi. Kotak disimpan di dalam almari dan baju itu diletakkan di atas katil bersama seluar dan sampin coklat perang keemasan.


“Nanti free Kak Dik ngintai blog tu. Kalau hampeh, siap la Zaim,”


Zaim menayang senyum. Keningnya dijungkit sekali lagi. Dia bingkas.


“Let me know when the time comes,” ujar Zaim senang hati, mengatur langkah menuju ke luar bilik.


Bibir Zaza menguntum senyum. Zaim, Zaim.. Nasib baik Kak Dik ada Zaim. Alhamdulillah. Zaim memang adik yang baik, anak yang soleh. Pandangannya dikitarkan ke serata bilik, cuba melihat biliknya dari kaca mata Zaim.


Bau lelaki ya kau kata Zaim. Hmm tengok la lepas raya nanti, Kak Dik bawak masuk lelaki dalam bilik ni. Zaza mengecilkan matanya sebelum dia mengangguk lima kali. Dia tersenyum kemudiannya. Lega melihat persiapan yang berjalan lancar. Hatinya berdoa agar perjalanannya dipermudahkan sehingga ke akhirnya. Amin...


:. to be continued, insyaAllah .:


p/s: maaf tak terhingga, risau tak sempat habis before raya. i'll try my best somehow, insyaAllah.. Selamat menikmati Ramadhan yang berbaki berapa hari saja lagi ni. so sad... ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna.......

7 comments:

  1. ianya semakin hampir..

    ReplyDelete
  2. awww~~
    zaza kahwin dgn amal lepas raya eh~
    hehe... kena gi ni majlis kenduri. :p

    ReplyDelete
  3. Happy nya family ni kan..
    Saya suka.... cepat ya sambung ... kalau boleh sebelum raya..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah sekejap lagi jat sambung simple n3 utk hari ini..

    ReplyDelete