Sukarnya 'tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda
Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh…oh…
"Ya Allah... Along! Boringla dengar lagu ni dari tadi... Tak ada kaset lain ke? Jiwang sangat pagi-pagi ni apehal.."
Dinie merungut kuat. Panjang tangannya memperlahankan volume radio.
"Agaknya kalau Dinie tak cakap ni, sampai dekat office la along pasang lagu ni ye.. Bila pulak along beli kaset Saiful MI ni? Tak tahu pulak Dinie along minat kat mamat jambu ni.." Sambung Dinie lagi melihatkan Azran hanya terkekeh dari tadi. Laju sahaja tangannya mencari siaran radio IKIM.fm.
"Mana ada along beli.. Along record lagu yang ini aje.." Jawab Azran dengan sengih yang lebar.
"Ya Allah... Padanlah dah lima kali dok ulang lagu tadi tu aje... Along ni angau eh..."
Dinie tergelak perlahan sambil mengerling sekilas pada Azran yang tenang memandu. Sesekali alongnya itu dilihatnya tersenyum-senyum sendirian. Tersengih Dinie melihatkan Azran yang memilih untuk tidak membalas usikannya.
Kaset yang terjulur keluar sedikit, ditariknya perlahan dan dia membelek-belek kaset itu. Matanya tertumpu pada tajuk lagu yang tertulis di atas kaset itu. Tertera perkataan Ku Juga Mencintaimu yang ditulis menggunakan permanent marker berwarna putih. Menyedari mata Azran yang menjeling ke arahnya, Dinie segera mendongakkan kepalanya sedikit. Dia tersengih memandang Azran yang menjungkitkan sedikit keningnya.
"Nak curi la tu.."
Pantas Dinie menjelirkan lidahnya pada Azran. Pandai-pandai aje along ni. Ada pulak kata aku nak curi kaset dia tu. Tak laku lah along..
Dinie kemudiannya menjeling sekilas pada Azran dan berkata, "Naik muak Dinie dengar lagu tu. Entah macam mana along boleh dengar berpuluh-puluh kali.."
Azran ketawa besar dan segera dia menjawab sindiran Dinie, "Inilah kuasa cinta.." Dia menyambung lagi tawanya selepas itu.
Dinie hanya mencebik mendengarkan kata-kata Azran. "Eh, along nak pergi mana ni?" Pantas Dinie bertanya sebaik sahaja Azran memberikan lampu isyarat untuk ke kiri sedangkan mereka perlu membelok ke kanan untuk ke tempat kerjanya.
"Dinie tak nak makan angin sekejap ke.." Azran berkata selamba. Laju sahaja dia membelok ke kiri sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau. Dia mengerling sekilas ke arah Dinie yang sepi tanpa kata di sebelahnya. Pecah tawanya melihatkan Dinie yang sudah memuncung. Tanpa sebarang pamitan Azran mencubit pipi Dinie. Terjerit kecil Dinie dengan perbuatan Azran yang tiba-tiba itu.
"Along ni... Dinie dah lambat tau... Babah tak bagitahu dekat along ke Dinie masuk office pukul sembilan. Kalau tahu macam ni, baik Dinie ikut babah aje pagi tadi. Sampai awal dekat office pun tak apa.." Dinie merungut panjang sambil tangannya menggosok-gosok perlahan pipinya yang dicubit Azran tadi.
"Along nak cucuk duit sekejapla.. Tak lama. Sekejap aje.. Pagi-pagi macam ni tak ramai orang.." Jawab Azran. Dia tersenyum sedikit pada Dinie yang memandang tepat padanya. Lambat-lambat tangannya diangkat dan dia menepuk perlahan kepala Dinie.
"Hishh... Rosaklah tudung Dinie.."
Azran ketawa besar mendengarkan kata-kata Dinie. Lagi seronok dia mengusap kepala Dinie lagi selepas itu. Laju sahaja tangan Dinie menampar perlahan tangan kiri Azran yang masih di kepalanya saat itu.
"Bawak kereta tu elok-eloklah sikit.. Dua-dua tangan letak dekat stereng, bukannya guna untuk kacau orang.." Dinie menarik tangan Azran dan meletakkannya di hujung stereng kereta.
"Dinie tunggu sekejap, ye.." Azran bersuara lembut sebaik sahaja dia memberhentikan keretanya di hadapan Bank Islam. Hampir sepuluh minit menunggu, Azran kembali dengan sengihan yang lebar.
"Kata sekejap aje. Lama Dinie tunggu along tau.. Cuba tengok jam pukul berapa?" Pantas Dinie bersuara sebaik sahaja Azran melangkah masuk dan duduk di dalam kereta. Tangannya mengarahkan pada jam di dashboard kereta.
Azran yang mengerling sekilas ke arah jam di dashboard tersenyum. "Alah.. Baru pukul sembilan suku. Along terserempak kawan lama tadi.." Jawab Azran sambil tersenyum memandang Dinie. "Hmm.. Kalau Dinie nak tahu, babah bukan aje bagitahu dekat along yang Dinie masuk kerja pukul sembilan. Tapi babah jugak bagitahu, bos Dinie jarang masuk awal... kan?" Azran bersuara dengan yakinnya. Tangan kirinya mengangkat brek tangan dan menolak gear. Pedal minyak ditekan dan kereta meluncur laju ke arah tempat yang dituju.
Tidak sampai lima minit, Proton Satria GTi Azran sudah pun berhenti di hadapan Plaza Suria yang menempatkan firma guaman tempat Dinie bekerja. Dinie tersenyum puas sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari kereta itu.
"Dinie masuk office dulu, along.." Dinie bersuara perlahan sebelum tangannya menutup pintu yang terbuka luas. "Hmm.. Balik nanti siapa yang ambil? Babah ke along?"
"Kalau babah suruh along, along datang.. Tapi kalau Dinie nak balik sendiri jalan kaki, along lagi suka." Azran bersuara nakal. Seronok dia dapat mengusik Dinie.
Dinie mendengus lembut. Sesaat kemudian dia menjelirkan lidahnya pada Azran dan berpaling untuk melangkah ke hadapan, masuk ke dalam bangunan yang terbentang di hadapan itu. Dia terus melangkah tanpa menoleh lagi, geram dengan Azran yang suka mengusik. Belum sempat kakinya mencecah anak tangga, Dinie terasa bahunya ditarik dari belakang.
"Ya Allah, along! Terkejut Dinie.."
Azran tersengih. "Punyalah along dok panggil Dinie tadi.. Tak dengar ke?"
"Ha?"
Kedua belah kening Dinie terangkat sedikit. Terkejut mendengarkan kata-kata Azran. Seingatnya dia tidak mendengar namanya dipanggil walaupun sekali.
"Hmm.. Kenapa, long?" Dinie bertanya lembut. Dia mengikut langkah kaki Azran menghampiri Proton Satria GTi Azran yang masih hidup enjinnya.
Azran memanjangkan tangannya ke dalam kereta untuk mencapai sesuatu yang diletakkan di atas tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. Dia tersenyum seketika saat dia menoleh pada Dinie yang masih sabar menunggu.
"Ini ha... Along cucuk duit tadi sebab nak bagi Dinie hadiah.." Azran menghulurkan beberapa keping wang kertas berwarna ungu kepada Dinie yang tercatuk di hadapannya.
"Eh, apa ni along.. Hadiah apa tiba-tiba ni? Kenapa along baik sangat pulak hari ni?" Dinie bersuara pelik. Tangannya tidak menyambut huluran wang daripada Azran.
Azran tersengih dan berkata, "Baik salah, tak baik pun salah.."
Dia menarik perlahan tangan Dinie dan meletakkan 'hadiahnya' ke dalam tangan itu sebelum menutup genggaman tangan adiknya itu.
Dinie terkelu. Bukan sikit along bagi. Mau tiga, empat ratus ni.. Entah-entah lima ratus.. Dinie mengerutkan dahinya memandang Azran. Azran masih lagi tersengih.
"Kenapa? Tak percaya?" Tanya Azran separuh bergurau. Melihatkan Dinie yang masih lagi sepi tanpa kata, Azran segera mengangkat kedua belah tangannya dan menekupkan pada kedua belah pipi Dinie. Dia menggerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan.
"Alonggg... Rosaklah tudung Dinie..." Dinie merengek manja. Dia menepuk perlahan tangan Azran. Segera dibetulkan tudungnya sebaik sahaja Azran melepaskan tekupan pada pipinya. "Hmm... Thanks, along... Esok-esok along bagilah lagi. Senang sikit Dinie, tak payahlah Dinie kerja lagi.."
"Haipp.. Ingat along dapat duit ni senang-senang aje ke sampai nak bagi Dinie esok-esok..." Azran bersuara sinis. Sengaja dikuatkan sebutan esok-esok itu untuk menyindir Dinie. Dinie ketawa perlahan.
"Bukanlah maksud Dinie esok-esok tu esok... Maksud Dinie, bulan depan along bagilah lagi.." Jawab Dinie selamba dengan senyuman yang lebar. " Kalau macam ni, along balik tiap-tiap bulan kan bagus.." Sambungnya lagi masih dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
"Ohh.. Pandainya Dinie..." Azran bersuara sambil mengetapkan gignya. Dia mencubit geram pipi Dinie. Melihatkan Dinie yang sudah memuncung, Azran ketawa lepas. Dia menepuk perlahan kepala Dinie dan bersuara lembut, "Dah, pi naik atas. Dinie dah lambat kan ni.."
Lambat-lambat Azran menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Dinie. Pantas Dinie menyambut huluran tangan Azran. Dia menunduk sedikit, mencium tangan alongnya itu penuh hormat. Seperti Encik Adli, Azran kemudiannya mengusap perlahan kepala Dinie. Tersenyum dia melihat Dinie yang melangkah laju menuju ke bangunan berwarna hijau lembut di hadapan mereka.
Langkah Dinie mati lagi di hadapan tangga. Kali ini bukan disebabkan Azran tetapi kerana ada susuk tubuh yang menghalang laluannya. Dinie yang menunduk sedari tadi segera mendongakkan kepalanya.
Naqib!!! Apa dia buat dekat sini? Bila masa dia ada dekat sini?
Dinie berpaling ke belakang untuk melihat sama ada Azran masih berada di hadapan bangunan itu. Hampa. Proton Satria GTi Azran baru sahaja meluncur laju meninggalkannya tidak keruan seorang diri.

hohoho... mesti wujud salah faham ni...
ReplyDeletecewah..pepandai je..
hehehe
sambung baca bab seterusnya