"Dinie, jug tu... Kenapa tak bawak pergi depan?" Suara Puan Dahlia yang tiba-tiba bertanya menyentakkan Dinie.
Dinie tersenyum sedikit,
Jug berisi jus tembikai diletakkan di atas meja dengan berhati-hati. Lincah tangan gadis itu menuangkan jus tembikai ke dalam gelas-gelas yang telah tersedia di atas meja. Dia mengerutkan dahinya memandang Adhana yang sedang memerhatikannya sejak dari tadi. Adhana segera menggeleng perlahan sambil tersengih pada Dinie.
"Ma, Dinie naik dulu ye. Dinie kenyang lagi.." Dinie bersuara perlahan sambil matanya memerhatikan Puan Dahlia yang sedang menyenduk nasi ke pinggan Encik Adli. Encik Adli yang sedang memerhatikan pergerakan Puan Dahlia mengalihkan pandangannya pada Dinie.
"Makan sama la Dinie, berkat sikit.." Encik Adli berkata tegas.
Dinie memandang pada Puan Dahlia, mengharapkan mamanya itu bersuara. Namun hampa kerana Puan Dahlia turut mengangguk mendengar kata-kata Encik Adli.
"Dinie kenyang lagi, bah..."
Kata-kata Dinie itu disambut dengan gelak tawa Adhana dan Adhan yang duduk bertentangan dengan Puan Dahlia. Mana taknya, mulut Dinie menyuarakan rasa kekenyangan tetapi tangannya menyambut huluran pinggan yang sudah berisi nasi daripada Puan Dahlia. Malah Dinie juga telah melabuhkan punggungnya di sisi Puan Dahlia.
Mendengarkan suara Adhana dan Adhan yang masih bersisa dengan tawa, Dinie mengangkat kepalanya memandang adik kembarnya itu. Lidahnya dijelirkan sedikit kepada si kembar sambil tangannya laju sahaja mencapai sudu dan mengambil lauk yang terhidang.
"Aduhhh..." Dinie mengaduh perlahan.
Lukanya yang masih belum kering sepenuhnya terbuka sedikit. Dinie segera menjilat hujung jarinya sebelum berlalu membasuh tangan kanannya itu. Dia kembali semula ke ruang makan sambil membawa sudu di tangannya.
"Careful Dinie," Encik Adli bersuara lembut.
"Itulah buat kerja tak berhati-hati.. Macam manalah boleh terpotong jari tu. Nasib baik tak terpotong terus.."
Dinie tersengih memandang Puan Dahlia yang sudah mula membebel perlahan.
"Nasib baikla.. Kalau tak mama kena la jaga Dinie seumur hidup sebab Dinie dah kudung jari, dah jadi OKU.." Balas Dinie dengan sengihan yang melebar. Dia terjerit kecil saat tangan Puan Dahlia laju sahaja mencubit pehanya.
"Tak nak mama jaga Dinie. Baik mama hantar Dinie dekat rumah kebajikan aje.." Puan Dahlia bersuara separuh bergurau. Tangan kirinya mencubit perlahan pipi Dinie yang sudah memuncung mendengar kata-katanya. Adhana dan Adhan yang mendengar ketawa puas melihat angahnya yang terkena dengan Puan Dahlia.
Usai makan, Dinie membantu Puan Dahlia berkemas. Laju sahaja tangannya memicit sabun cecair pencuci pinggan ke dalam bekas berisi air setelah meletakkan pinggan-mangkuk dan gelas yang telah digunakan ke dalam sinki.
Puan Dahlia yang sudah selesai mengelap meja kembali ke depan. Langkahnya diatur ke ruang tamu, mendekati Encik Adli yang sedang menonton Buletin Utama. Sedang Dinie membuang sisa makanan ke dalam tong sampah, datang Adhana menawarkan bantuan.
"Angah duduklah dulu.. Biar Hana yang basuh.."
"Aikk.. Sejak bila Hana rajin nak tolong angah ni.." Dinie bersuara sambil matanya melirik pada Adhana yang sudah menyingsing lengan baju di sebelahnya.
"Luka angah tu
"Alhamdulillah... Bertuahnya angah ada adik macam Hana... Boleh buat menantu ni.." Dinie bersuara mengusik. Adhana yang mendengar pujian Dinie tersengih.
"Hana bukan apa.. Kalau lambat sangat luka angah nak sembuh, kerja Hana nanti basuh pinggan ajelah. So, baik Hana tolong angah sekarang daripada Hana kena basuh pinggan aje nanti next time.." Adhana berkata selamba. Dia menoleh sedikit pada Dinie yang sudah duduk di atas kerusi di sebelah peti sejuk.
"Amboi... Sedapnya dia bercakap... Buat kerja tak ikhlas..." Dinie mencampakkan tuala lap tangan yang berada di ribanya pada Adhana. Tuala kecil itu terkena pada bahu kiri Adhana sebelum jatuh ke kakinya. Adhana tersengih. Dia memandang Dinie. Matanya kanannya dikenyitkan pada Dinie dan dia membongkok sedikit untuk mengambil tuala kecil yang dibaling oleh Dinie tadi.
"Angah.." Suara Adhana memanggil Dinie memecah kesepian yang mula menapak.
Dinie tidak menyahut panggilan Adhana.
"Angah..." Panggil Adhana sekali lagi, lebih kuat dari tadi.
Dinie masih lagi diam membisu. Adhana menoleh ke arah Dinie di sebelah kirinya. Dinie dilihatnya sedang menunduk memerhatikan jari-jemarinya.
Adhana menggeleng sekali dan tersengih. Dia kembali meneruskan kerja-kerjanya sambil matanya sesekali dilirikkan pada Dinie yang asyik dengan dunia khayalannya.
"Saya dah order nasi goreng cendawan dengan air sirap limau dekat awak.." Suara Naqib membuatkan mata Dinie memandang tepat padanya.
Eh, siapa suruh dia ni order untuk aku.. Pandai-pandai aje dia.. Baru sekejap aku pergi singgah beli paper dekat kedai sebelah, dia dah siap order untuk aku.. Nasib baik memang aku dah berkira-kira nak order macam tu.. Eh! Macam tahu-tahu je dia ni!
Dinie mengalihkan pandangannya pada Humaira yang sudah duduk di sebelah Aina. Humaira memandang pelik pada Dinie. Mengerti dengan pandangan itu, Dinie menjungkitkan bahunya. Mulutnya dicebikkan sedikit.
"Baru masa beli beli paper tadi Dinie cakap dekat Mai nak makan nasi goreng cendawan. Macam tahu tahu aje Encik Naqib ni.." Humaira bersuara memandang Naqib.
"Really?" Pantas Naqib bertanya, terkejut mendengar kata-kata Humaira. Dia tergelak perlahan selepas Humaira mengangguk-anggukkan kepalanya. "Well..... Inilah yang dikatakan ada chemistry..." Ketawa Naqib bergabung dengan Humaira dan Aina.
Dinie pula mengerutkan dahi memandang mereka berdua. Saat matanya bertembung dengan mata Naqib, Dinie menunduk pantas. Tak tertahan rasa di hati melihatkan Naqib yang mengenyitkan mata padanya.
"Angah!!"
Sergahan Adhana mengembalikan Dinie ke alam yang nyata. Bulat matanya memandang Adhana yang sudah berdiri tegak di hadapannya. Dia bercekak pinggang di hadapan Dinie sambil tersengih melihatkan Dinie yang terkejut.
"Hana!"
Dinie mengetapkan giginya. Matanya memandang tepat pada Adhana yang tersengih lebar. Laju tangannya menampar perlahan tangan kanan Adhana.
"Nasib baik angah tak ada sikit jantung tau.."
Dinie menjegilkan matanya pada Adhana. Adhana tergelak. Lega hatinya mendengar nada suara Dinie yang rendah, menunjukkan angahnya itu hanya marah-marah manja.
"Apa kena angah ni dari petang tadi Hana tengok lain macam je." Adhana bertanya perlahan. Keningnya terangkat sedikit.
"Lain macam apanya.. Sama aje. Hana perasan aje kot.."
Dinie bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya.
"Angah naik dululah ye. Thanks tolong angah basuh pinggan..."
Dinie mencuit pipi Adhana dan melangkah keluar dari ruang dapur.
"Angah... Hana tak habis cakap lagi..."
Dinie menoleh kebelakang, memandang Adhana yang sedang berjalan menghampirinya. Keningnya dijungkitkan sedikit.
"Apa yang Hana nak cakap lagi? Kerja sekolah dah siap? Baju dah iron?"
"Angah..." Adhana merengek perlahan.
Dinie mencubit geram pipi Adhana yang sudah memuncung.
"Angah ni tak sporting la.. Hana tahu ada something yang angah fikirkan, right?"
Berkerut dahi Dinie mendengar pertanyaan Adhana. "Nak jadi nujum pak belalang pulak ke Hana.. Kan angah dah kata tak ada apa-apa.." Dinie melangkah laju, memanjat anak tangga menuju ke biliknya. Adhana tetap mengikutinya tanpa menghiraukan Dinie yang membebel perlahan.
"Angah... Macam mak nenek dah. Membebel tak henti.." Sindir Adhana. Tangannya memaut lengan Dinie sambil turut melangkah, mendaki tangga.
"Sibuk jelah Hana ni.."
Dinie menjelirkan lidahnya pada Adhana. Tangannya menepuk perlahan tangan Adhana yang berpaut pada lengan kanannya. Adhana tergelak senang. Suka dia dapat bermanja dengan kakaknya nan seorang itu.
Pintu bilik ditutup rapat sebaik sahaja kaki Adhana melangkah masuk ke dalam. Dinie merebahkan badannya ke atas tilam. Lengan kanannya ditindihkan ke muka, menutupi matanya. Adhana yang melihat setiap pergerakan Dinie tergelak perlahan.
"Eh, sejak bila angah suka baring-baring lepas makan ni?" Tanya Adhana dengan nada menyindir.
"Angah baru lepas makan ke?" Dinie yang bingkas bangun bertanya kembali pada Adhana. Adhana tergelak perlahan.
"Hmm... tengok tu. Ini yang angah kata tak ada apa-apa? Hana rasa yang ada dekat dalam rumah ni sekarang bukan angahlah.."
Adhana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Seketika kemudian tangannya melurut dagunya beberapa kali. Dinie yang memandang Adhana tersengih.
"Angah.. cuba mengucap sikit."
"Weh, Hana ingat angah ni hantu ke?"
Dinie ketawa lepas. Adhana yang mendengar gelak tawa Dinie tersenyum senang.
"Hmm.. tahu pun nak gelak. Dari petang tadi Hana tengok angah ni macam tak ada mood je. Angah tak nak cerita apa-apa dekat Hana?"
Dinie terdiam. Matanya merenung Adhana yang sudah melabuhkan punggungnya di hujung katil. "Angah sakitlah Hana....."
Lambat-lambat Dinie menyusun kata-katanya. Dia yang sudah berdiri tegak berjalan perlahan menuju ke balkoni biliknya. Adhana yang mendengar jawapan Dinie terdiam. Otaknya ligat memikirkan kata-kata yang keluar dari mulut Dinie.
Sesaat kemudian Adhana bingkas bangun dan menapak ke balkoni. Langkahnya diatur merapati Dinie yang sedang merenung langit luas di hadapan mereka. Sekali lagi lengan Dinie dipaut. Kali ini Adhana melentokkan kepalanya ke bahu kiri Dinie sambil tangannya masih lagi memaut lengan Dinie.
"Angah... Seriuslah sikit. Angah okay tak ni? Kalau ada apa-apa, angah boleh cerita dekat Hana.. I'm all ears, sis.." Lembut suara Adhana memujuk Dinie.
Dinie membisu tanpa kata. Cuma tangan kanannya yang digerakkan, menepuk perlahan bahu Adhana. Sepi malam itu menerbangkannya ke alam khayalan yang mula menjadi teman sejati saat dia diperkenalkan dengan Naqib.
They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away
"Eh, bukan handphone saya.."
Naqib membelek-belek telefon bimbitnya itu yang baru sahaja dikeluarkan dari poket seluarnya. Nada dering true tone dari lagu take me to your heart nyanyian Michael Learns To Rock masih lagi jelas kedengaran di tempat duduk mereka berempat.
Take me to your heart
Take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is
Be my guiding star
It's easy take me to your heart
Dinie yang duduk selang satu kerusi dari Naqib menelan liurnya. Laju sahaja tangannya menggagau poket baju kurung dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Butang hijau ditekan dan Dinie menjawab panggilan yang masuk ke telefon bimbitnya saat itu.
"Bila-bila free nanti aku call kau balik ye Dil.. Hmm.. okay. Waalaikumussalam.." Cepat sahaja Dinie menamatkan perbualannya menyedari tiga pasang mata yang terarah padanya.
Dinie tersengih sebaik sahaja dia menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket baju kurung. Aduh... Kenapalah aku tak silentkan telefon tu tadi. Dahla ringtone sama dengan Naqib! Patut aku tukar aje ringtone lain lepas tahu ringtone dia sama dengan aku awal-awal dulu. Hishh... Dinie merungut panjang dalam hati, mengutuk dirinya sendiri.
"Take me to your heart.." Lembut suara Naqib di pendengaran Dinie.
"Hah?"
Laju kepala Dinie menoleh ke kanan, memandang Naqib. Naqib tersenyum padanya. Ishh.. apa yang dia mengarut ni..
"Take me to your heart.. Michael Learns to Rock.. Awak pun suka jugak lagu tu?" Tanya Naqib.
Dinie tersengih malu. Lain yang difikirkannya, lain yang dimaksudkan Naqib. Perlahan-lahan Dinie mengangguk.
"Hai... macam berjanji je dia orang berdua ni, Aina." Humaira bersuara mengusik. Keningnya dijungkitkan sedikit pada Dinie manakala tangan kiri Aina disigung perlahan.
Bulat mata Dinie memandang Humaira. Tangannya mengangkat sudu dan menguis sisa makanan dalam pinggannya.
"Tak betul ke Kak Mai kata, Dinie. Kan sama tu ringtone Dinie dengan Encik Naqib... Lagu favourite pun sama pulak tu..." Humaira tersengih mendengar provokasi Aina.
"Siapa kata tak betul.. Betullah tu.. Itu tandanya kita orang ni sehati sejiwa." Laju sahaja Dinie menjawab, geram dengan usikan Aina dan Humaira. Sesaat kemudian dia menekup mulutnya, menyedari Naqib yang setia mendengar.
Gelak tawa Humaira dan Aina berlumba-lumba menerjah ke gegendang telinganya. Dinie tertunduk malu. Malu untuk mengangkat kepala berhadapan dengan Naqib. Malu dengan kata-katanya yang padanya ibarat perigi cari timba, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
"Hmm... pandai pun.. Ingat tak tahu lagi.." Suara Naqib membuatkan Dinie mendongakkan kepalanya, cuba untuk memahami makna kata-kata itu. Dia menoleh sekilas ke arah Naqib sebelum berpaling pada Humaira dan Aina di hadapannya. Humaira dan Aina hanya tersengih memandangnya.
"Angah.. Hilang mana lagi ni..."
Suara Adhana diikuti dengan tamparan perlahan di pipinya membuatkan Dinie tersentak.
"Angah ni khayal aje. Cuba cakap dekat Hana apa yang angah fikirkan sebenarnya. Angah sakit apa?" Perlahan suara Adhana memujuk Dinie supaya bercerita, meluahkan apa yang membebankan kepalanya. Dinie tersengih. Namun tidak lama kerana kotak memorinya masih terbuka luas..
"Terima kasih Encik Naqib.." Setelah puas bertegang leher, Dinie akhirnya terpaksa mengalah dengan niat Naqib yang hendak membelanja makan tengah harinya waktu itu.
Naqib hanya tersenyum mendengar ucapan terima kasih yang keluar dari mulut Dinie. Pantas sahaja langkah kakinya diatur ke kereta yang diparkir di bawah pokok sebaik sahaja dia menerima duit baki. Sesekali dia menoleh pada Dinie yang berjalan perlahan di belakangnya. Humaira dan Aina pula sudah lama menunggu mereka di dalam kereta. Dinie yang menyedari pandangan Naqib segera bergerak laju ke kereta. Sepi sepanjang perjalanan yang ditemani dengan celoteh juruhebah radio membuatkan perjalanan terasa seperti amat jauh.
"Tak nak naik ke Piya?"
Tersentak Dinie dengan suara Naqib yang memanggilnya dengan panggilan Piya. Dia segera menoleh ke arah Naqib. Naqib tersenyum padanya. Terserlah lekuk di kedua belah pipi pemuda itu.
"Tak nak naik tak apa. Saya dengan senang hatinya, rela nak bawak Piya pergi mana-mana pun.." Naqib bersuara separuh bergurau.
Dinie yang semakin tersedar dari lamunannya segera memandang ke luar tingkap. Tersergam bangunan pejabat di depan matanya.
Eh, dah sampai! Itulah.. berangan aje kerja. Kak Mai dengan Kak Aina ni mana... Siaplah dia orang, tinggal aku sorang-sorang dengan Naqib.
Dinie segera membuka pintu kereta dan terus melangkah keluar. Pintu Honda Jazz biru milik Naqib ditutup perlahan. Sempat Dinie mengucapkan terima kasih pada Naqib sebelum mengatur langkah. Langkahnya mati saat Naqib memanggilnya melalui cermin kereta yang telah diturunkan separuh.
"Sorry pasal tengah hari tadi.. Really sorry.. Take care ye, Piya.. Assalamualaikum.." Lambat-lambat dia membalas senyuman Naqib. Setiap patah kata-kata terakhir Naqib pada hari itu terngiang-ngiang di telinganya. Lembut tutur kata Naqib menawan sukmanya.
"Angah!" Jeritan kecil Adhana mengejutkan Dinie. Dia menoleh pada Adhana. Adhana hanya tersengih. "Angah ni sekarang dah jadi ratu tau.." Kata-kata Adhana mengundang kerut di dahi Dinie. "Ratu termenung!"
Pecah ketawa Adhana dengan kata-katanya itu. Dia tersengih pada Dinie yang mencebik. "Hana suruh angah cerita, angah tak nak. Berangan lama-lama pulak tu.. Memang angah sakitlah ni.." Sambung Adhana lagi. Berkerut dahinya melihatkan Dinie yang mengangguk laju.
"Angah sakitlah Hana.. Sakit hati.."
"Alahai kesiannya angah. Siapa yang buat angah jadi macam ni hah? Bagitahu Hana biar Hana sembur dia puas-puas.."
"Hana..."
"Hmm?"
"I..... urmm..... fall in love with the wrong person, sis..." Lambat-lambat Dinie menuturkan kata-kata yang sukar untuk meluncur keluar dari bibirnya.
'I..... urmm..... fall in love with the wrong person'
Suara Dinie melantun-lantun di telinga Adhana. Adhana tercengang. Matanya terarah tepat pada Dinie. Kata-kata Dinie umpama ledakan bom di telinganya biarpun Dinie hanya bersuara perlahan. Adhana mengalihkan posisinya dan dia kini berdiri menghadap Dinie yang sedang menyandar di hujung balkoni. Matanya mencerun, memandang angahnya itu.
"What?" Dinie bertanya seakan tidak mengerti.
Adhana masih memandang tepat pada Dinie. Dahinya berkerut hebat. "Why?" Sepatah pertanyaan buat Dinie.
"Why what?"
"Angah.. Janganlah buat lawak.. Why what....."
Adhana mencuit pinggang Dinie. Perkataan why what disebutnya jelas dengan nada menyindir Dinie. "Cuba jangan buat-buat tak faham, ngah..."
Dinie menatap wajah Adhana yang berdiri tegak di sebelahnya. Wajahnya tenang tanpa sebarang perasaan.
"Angah... Janganlah buat muka blur macam tu." Adhana mencubit geram pipi Dinie. Dinie terjerit perlahan. Terkejut dia dengan tindakan Adhana yang tiba-tiba.
"Mana ada angah buat muka blur.. Angah tanya Hana, Hana tanya angah balik.. Itu yang angah geram tu.." Laju sahaja Dinie memberikan penjelasan. Adhana tersengih.
"Iyelah.. Macamlah angah tak faham apa yang Hana maksudkan. Rasanya tak payah Hana buat ayat.. Angah tengok muka Hana je patutnya angah dah tahu Hana tertanya-tanya apa maksud angah sebenarnya. Apa maknanya kata-kata angah tadi..." Panjang jawapan Adhana. "Kenapa mesti wrong person? Apa maksud angah, wrong person..? Siapa orangnya, ngah?" Bertalu-talu soalan dari Adhana, mengharapkan jawapan yang tepat dari Dinie.
Dinie terdiam tanpa sebarang bunyi. Sepi menyelubungi mereka saat itu bagai menyempurnakan malam yang suram. Seketika kemudian satu keluhan dilepaskan perlahan-lahan dari mulut Dinie. Berat. Jelas di pendengaran Adhana.
"Tak baik mengeluh, angah. Angah yang selalu ingatkan Hana, kan.."
Lembut suara Adhana menegur Dinie. Dia memeluk pinggang Dinie perlahan-lahan. Lambat-lambat dia bersuara, "It's okay kalau angah tak boleh nak cakap apa-apa sekarang. Hana faham situasi angah.."
Tangan Adhana mengusap perlahan belakang Dinie beberapa kali sebelum dia menyambung kata-katanya, "Apa-apa pun, Hana nak ingatkan angah macam yang angah selalu ingatkan Hana.. Cinta manusia, manusia kan mati. Cinta Allah, kekal abadi.. Angah tak boleh nak share dengan Hana, angah boleh share dengan DIA..." Lembut bicara Adhana sambil jari telunjuknya mengarah ke langit luas di atas mereka.
Lambat-lambat bibir Dinie menguntum senyum. Mata Adhana ditatap dalam-dalam.
"Thanks, sis..." Dinie bersuara perlahan.
Bersyukur dia kerana memiliki Adhana yang begitu memahami.Tangannya mencapai tangan Adhana. Diusapnya perlahan telapak tangan kanan adiknya itu. Namun cepat sahaja dilepaskan pegangan tangan itu saat telinganya menangkap bunyi telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya itu berbunyi dan bergetar sekali menandakan ada mesej yang baru masuk.
Dinie melangkah laju menuju ke dalam bilik. Dia berjalan ke arah katil dan duduk di birai katil sambil tangannya mencapai telefon bimbit yang diletakkan di kepala katil. Adhana yang memerhatikan pergerakan Dinie turut melangkah masuk mengikut jejak angahnya itu.
bila 2 diri mencintai Ilahi, bergabunglah jiwa bersatulah hati..
2 jiwa, 1 cinta.. 2 jasad, 1 matlamat..
Bila cinta kerana Allah, berpisahnya tidak gelisah..
Bila rindunya kerana yang Satu, bertemunya pasti tidak jemu..
Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah..
Dinie tersenyum sebaik sahaja dia selesai membaca mesej yang baru diterimanya tadi. Adhana yang menjadi pemerhati mengerutkan dahinya, pelik dengan Dinie yang tersenyum lebar. Segera tangannya mencapai telefon bimbit Dinie dan membaca mesej yang terpampang di skrin. Dinie menampar perlahan tangan Adhana. Adhana hanya tersengih dan menjelirkan lidahnya pada Dinie. Dia kembali membaca mesej itu.
"Ohhh.. Ini dia rupanya kerja angah... Dia ni ke yang 'wrong person' tu, ngah?"
"Eh, bukanlah.. "
"Habis tu ni, lain macam je ayat dia. Hana pernah dengar ayat ni.. Dalam kaset Hijjaz ke In-Team ha..?"
Dinie hanya tersenyum. Malas dia hendak menjawab pertanyaan Adhana, bimbang lagi banyak yang ditanya nanti.
"Ini ke orang yang buat angah 'sakit hati' tu...?"
Adhana bertanya lagi, tidak puas hati dengan Dinie yang endah tak endah sahaja mendengar pertanyaannya sebentar tadi.
"Ini lagi sorang.." Pendek sahaja jawapan Dinie, menimbulkan keraguan di hati Adhana. Adhana memandang pelik pada Dinie.
"Sejak bila angah jadi playgirl ni.. Berapa ramai angah pasang?"
Dinie ketawa lepas, lucu mendengar gelaran playgirl yang diberikan Adhana.
"Pandai-pandai aje Hana ni. Angah mana ada affair dengan siapa-siapa. Macam mana pulak nak jadi playgirl kalau macam tu..."
Dinie bersuara dengan tawa yang masih bersisa. Dia bersila di atas katil, memberikan ruang pada Adhana untuk menyempil di antara kepala katil dengan tempat duduknya tika itu.
Adhana terus duduk sambil melunjurkan kakinya ke bawah. Dia kemudiannya merebahkan badannya ke tilam. Tangannya masih lagi memegang telefon bimbit Adhana. Butang di telefon bimbit itu ditekan-tekan sambil matanya memandang tepat pada skrin telefon bimbit.
"Banyaknya mesej daripada dia ni.. Siapa antu ni, ngah?" Adhana bertanya pelik. Berkerut dahinya melihat mesej yang dihantar saban hari daripada seseorang yang disetkan namanya sebagai antu di dalam telefon bimbit Dinie.
"Entahlah. Angah pun tak tahu.."
"Hah?"
"Iya.. Angah tak tahu. Serius angah tak tahu. Hana ingat tak, once upon a time... Ada missed calls daripada nombor yang angah tak kenal tapi Hana suruh jawab jugak call tu sampailah handphone angah tu berhenti bunyi.."
"Aha... ye... Lepas tu? Ohh!! Hana faham, Hana faham..."
Adhana tergelak besar selepas dapat menangkap cerita Dinie.
"Angah bubuh nama antu dekat dia ni? Ish.. ish.. ish..." Sambung Adhana sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tersengih tanpa henti, tak percaya dengan nama yang diberikan Dinie. Tak sangka dia dengan tindakan angahnya itu.
Seulas bibir Dinie masih lagi menguntum senyum pada Adhana yang memandangnya tanpa kelip.
"Angah jangan main-main, ngah. Bagi nama antu.. Karang dia datang malam-malam tangkap angah, baru tahu.." Adhana bersuara separuh bergurau.
Dinie yang mendengar, membesarkan matanya pada Adhana. Tangannya menampar kuat peha Adhana yang sedang berbaring dengan kakinya terlunjur di birai katil. Adhana mengaduh kuat sambil mengusap bekas tamparan Dinie tadi.
"Mengarutlah malam-malam.. Angah biar Hana tidur seorang karang.." Gertak Dinie. Tersengih dia melihat Adhana yang sudah memuncung.
"Apalah.. tak sportinglah angah ni..." Adhana bersuara seakan berjauh hati. Dia memulangkan telefon bimbit Dinie semula. Namun sesaat kemudian tangannya merampas kembali telefon bimbit yang sudah berada dalam genggaman Dinie. Matanya bersinar nakal..
"Hah, nak buat apa tu?" Sergah Dinie sebaik sahaja dia melihat Adhana menekan-nekan butang telefon bimbitnya.
Adhana hanya tersengih nakal tanpa sebarang jawapan. Dia melekapkan telefon bimbit itu ke telinganya menanti panggilan yang dibuat sebentar tadi terjawab.
"Ishh... Kenapa tak ada yang menjawab pun call ni.. Baru je send message tadi takkan sekarang tak berani nak jawab call pulak..." Adhana menggumam perlahan. Sudah lima kali dia menekan nombor yang sama tetapi masih tidak berjawab panggilan itu. Matanya menjeling sekilas ke arah Dinie yang sudah berkerut dahi memandangnya.
"Hana nak call siapa tu?"
"No one.." Pendek jawapan Adhana dengan sengihan yang melebar. Kali ini dia sabar menanti sehingga panggilan itu masuk ke peti suara.
Ishh.. kalau kali ketujuh ni pun tak ada yang jawab jugak, memang pengecutla antu angah ni... Rungut Hana dalam hati. Telefon bimbit dalam genggamannya dilekapkan ke telinga kirinya pula.
Dinie yang bosan menunggu bingkas bangun dan menuju ke balkoni. Pintu kaca ditarik dan ikatan langsir dilepaskan. Matanya sesekali menoleh ke arah Adhana yang masih lagi asyik dengan telefon bimbitnya.
*******************
"Abang... Bisinglah handphone tu dok ringing dari tadi... Kenapa tak nak jawab call? Nasib baik ringtone sedap.."
Riuh suara Nuha dari dapur. Dia menjengah ke ruang tamu saat tiada balasan dari Naqib.
"Eh, mana pergi abang ni.."
Nuha mendekati meja kopi dan tangannya mengangkat telefon bimbit Naqib yang terletak elok di atas meja itu. Langkah kakinya diatur ke sliding door. Tangan kirinya menyelak sedikit langsir merah jambu yang menutupi sliding door. Honda Jazz Naqib tiada di luar. Nuha menggelengkan kepalanya. Laju sahaja jarinya menekan butang hijau.
"Hello.."
Sepatah kata sapaannya tanpa memandang nama di skrin telefon bimbit itu terlebih dahulu.
*******************
"Hello.. Assalamualaikum..."
Sepantas kilat Adhana menyapa sebaik sahaja ada suara yang menjawab panggilannya yang ketujuh itu.
"Waalaikumussalam.." Lembut suara Nuha menjawab sapaan Adhana.
"Boleh saya tahu siapa yang bercakap?"
Sopan Adhana bertanya. Sangkanya suara Adam yang bakal menjadi santapan telinganya tetapi rupanya Hawa yang bersuara lembut mencecah gegendang telinganya.
"Err..."
"Boleh saya tahu panggilan saya ini di mana?"
Laju sahaja Adhana memintas suara Nuha yang dirasakannya agak berat untuk memperkenalkan dirinya.
"Bangi. Cik nak bercakap dengan siapa?"
"Maaf, saya silap nombor. Actually saya nak call kawan dekat Nilai.." Jawab Adhana dengan tawa yang perlahan.
"It's okay.." Ringkas balasan Nuha. Mereka berbalas salam sebelum menamatkan panggilan.
*******************
Nuha bergegas ke pintu masuk sebaik sahaja telinganya menangkap deruman enjin Honda Jazz Naqib. Pantas tangannya membuka pintu dan menjengulkan kepala melalui pintu yang terbuka separuh. Matanya menatap tajam wajah Naqib yang sudah keluar dari tempat duduk pemandu. Naqib tersengih memandang Nuha dan menjungkitkan sebelah keningnya pada Nuha yang masih tercegat di muka pintu.
"Apahal semacam je abang tengok muka Nuha sekarang ni?"
Pertanyaan Naqib tidak berjawab. Nuha mencebik melihat Naqib yang melangkah masuk ke dalam dan melabuhkan punggungnya ke atas sofa dua tempat duduk di ruang tamu. Dia berjalan perlahan ke arah Naqib. Lambat-lambat dia turut duduk, menyelesakan dirinya di sebelah Naqib.
"Nah.."
Nuha mengangkat sedikit tangan Naqib dan meletakkan telefon bimbit Naqib ke dalam genggaman tangan abangnya itu. Berkerut dahi Naqib memandang Nuha.
"Ada call masuk tadi." Ringkas penjelasan Nuha. Naqib menjungkitkan sebelah keningnya sedikit dan menekan-nekan telefon bimbitnya itu. Terbeliak matanya melihatkan nama pada panggilan yang diterima tadi.
"Did you answered the......."
"Of course I did." Belum sempat Naqib menghabiskan pertanyaannya Nuha sudah menjawab laju.
"What did you say, by?"
"I said nothing.." Selamba Nuha menjawab. Dia menelan liurnya sekali sebelum menyambung, "Orang tu tanya siapa ni? Dari mana? Finally she said that dia silap nombor and that's it. Baby tak cakap apa-apa pun, just told her that dia buat panggilan ke Bangi.."
Nuha menundukkan kepalanya, menyedari mata Naqib yang terarah tepat padanya. "Yang abang kelam-kabut ni apasal.." Perlahan Nuha bersuara. Dalam hati dia mengutuk dirinya kerana tidak melihat nama pemanggil terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan tadi.
Naqib tersengih. "Mestilah kelam-kabut bila someone yang very important tiba-tiba call.." Jawab Naqib sambil tersengih lebar. Nuha memandang pelik pada Naqib di hadapannya.
"Apa pulak someone yang very important.. Orang tu dah kata dia silap nombor. Abang jangan nak perasanlah.." Nuha ketawa perlahan. Naqib tersengih lagi memandang Nuha. Sesaat kemudian matanya dikenyitkan pada Nuha.
"You never know.." Perlahan Naqib bersuara sambil tangannya mencubit pipi Nuha. Nuha mencebikkan bibirnya pada Naqib.
"Alah abang ni suka sangat rahsia-rahsia dengan baby. Tak apa nanti baby tanya abang Id.."
"Aikk.. Sejak bila baby baik dengan abang Id, musuh ketat baby tu." Perli Naqib. Dia tersengih melihat Nuha yang menjelirkan lidah padanya.
"Hmm.. Abang pergi mana tadi, tak bawak handphone? Kalau jadi apa-apa kan susah.." Kuat suara Nuha bertanya, teringatkan ketiadaan Naqib yang tiba-tiba tadi.
"Abang pergi isi minyaklah.. Kan abang dah bagitahu masa makan tadi, abang nak isi minyak.." Jawab Naqib sambil tangannya mencuit hidung Nuha. "Ohh.. Tadi masa abang balik, baby masam sebab inilah ye.." Naqib mencubit geram pipi Nuha. Nuha hanya tersengih.
"Orang lupalah.." Nuha bersuara manja. Dia menumbuk perlahan bahu Naqib disebelahnya. "Abang tak nak cakap dekat baby ke siapa yang call tadi? Siapa yang very important sangat tu?" Manja suara Nuha bertanya, memancing jawapan daripada Naqib.
"Belum masanya lagi, by.. Nanti baby akan tahu jugak.." Tenang Naqib menjawab pertanyaan Nuha. Tersenyum dia melihatkan Nuha yang mencebik geram.
"Hana call siapa tadi?"
"Call antu angah ni lah. Perempuanlah angah.." Adhana ketawa perlahan. Dinie mengerutkan dahinya memandang Adhana.
"Pandai-pandai aje. Siapa suruh call nombor tu. Angah tak sukalah.."
Mendengarkan suara Dinie yang sedikit tegang, mati tawa Adhana. Lambat-lambat dia tersenyum memandang Dinie. "Tak mau la marah, ngah.."
"Angah tak marah. Cuma angah tak suka." Perlahan suara Dinie.
"No worries, ngah.. perempuan yang jawab call tu tadi."
"So?"
"So?"
Adhana bertanya kembali pertanyaan Dinie yang tidak difahaminya itu. Kedua belah keningnya terangkat sedikit.
"So what's your point?" Tanya Dinie lembut. Namun matanya tidak lepas dari memandang tepat pada Adhana. Adhana hanya tersengih, seakan-akan tidak mengerti makna pandangan itu.
"Nothing..." Sepatah jawapannya buat Dinie sebelum menyambung lagi, "Hana cuma nak tolong angah.. Hana tahu angah ni kalau ada apa-apa, pendam aje. Tak ada nak cerita atau luahkan apa-apa dekat sesiapa pun. So Hana rasa Hana patut tolong angah sikit."
Panjang lebar penjelasan Adhana. Dia menahan tawanya melihat mata Dinie yang mencerun ke arahnya. Lambat-lambat dia mengangkat kedua belah tangannya ke atas sedikit dan berkata, "Okay, okay... Hana tak kacau angah lagi... Pandai-pandailah angah handle semua.."
Adhana tergelak perlahan melihat Dinie yang sudah berkerut-kerut dahi memandangnya.
"Hana takkan usik handphone angah lagi.. Serius. From now on I'll mind my own business.."
Adhana menjungkitkan keningnya melihat Dinie yang masih berkerut-kerut dahi memandangnya.
"What?" Tidak tahan dengan pandangan itu, Adhana terus bertanya.
"Hishh.. Hana ni kalau dah dibiarkan bercakap, merapu aje entah ke mana."
Dinie menghampiri Adhana dan mencubit geram kedua belah pipi Adhana. Sesaat kemudian dia melepaskan cubitannya dan berkata, "Angah tak ada apa-apa pun, Hana aje yang lebih-lebih. Beratkan kepala angah je tengok Hana, dengar Hana membebel entah apa tadi.."
Dinie tersengih melihat Adhana yang mengusap-usap pipinya yang sedikit memerah. Dia merebahkan badannya di sebelah Adhana yang sedang duduk melunjurkan kaki di birai katil.
"Lelaki atau perempuan, angah tak kisah.. Bagi angah, senang aje. Setiap yang berlaku tu, urusan Allah. Ada baik buruknya dan angah ikut aje. Apa yang pasti, angah tak kacau orang, angah tak usik orang, angah tak bahayakan sesiapa."
"Peliklah angah ni.." Adhana berkata sambil merebahkan badannya di sebelah Dinie. "Habis tu, takkan angah tak teringin nak tahu siapa yang selalu sangat hantar mesej dekat angah sekarang ni? Bukan sekali dua tapi sehari je ada dalam tiga, empat kali.. Hmm... angah?"
Dinie mencebik. Sesaat kemudian dia tersengih pula. "Of course angah nak tahu. In fact I'm eager to know siapa dia yang pandai bermain kata-kata, siapa dia yang tahu setiap gerak-geri angah.."
"Hah?" Tanya Adhana pantas, tidak faham dengan ayat terakhir yang diucapkan Dinie.
"Hana tak faham.." Jawab Dinie ringkas.
"Then, buat Hana faham.." Pantas Adhana bersuara. Dia mengiringkan badannya ke kanan menghadap Dinie di sebelahnya.
Dinie melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Matanya memandang tepat siling putih di atasnya. "Orang ni lain sikit Hana.." Lambat-lambat Dinie bersuara.
Sudah tiba masanya untuk dia berkongsi cerita dengan seseorang yang boleh dipercayai dan Adhana lah orang yang paling tepat kerana adiknya itu amat memahami.
"Dia tahu setiap apa yang angah buat. Dia macam ada dekat dengan angah setiap masa. Angah balik pukul berapa dia tahu, angah keluar lunch pukul berapa dia tahu.. Kadang-kadang masa lunch, angah makan apa pun dia boleh tahu." Sambung Dinie perlahan. Adhana yang mendengar dengan penuh berhati-hati menjungkitkan sebelah keningnya.
"Macam mana angah tahu orang tu tahu semua?"
"Angah tahu sebab dia sms la. Habis, Hana ingat angah ada magik nak tahu semua tu.." Jawab Dinie sambil tangannya mencubit geram pipi Adhana.
"Hana tak nampak pun sms yang tu semua.." Balas Adhana, masih tidak puas hati. Dia masih mahu mengetahui keseluruhan cerita Dinie.
"Mestilah angah dah delete. Kalau tak delete nanti full lah inbox angah.. Lagipun buat apa angah nak simpan mesej yang macam tu."
"Ohh.. Hana dah faham sikit.." Adhana tersengih memandang Dinie. "So sekarang Hana rasa orang tu mesti secret admire angah.."
Dinie mencebik. Dia mengambil bantal peluk dan menutup mukanya sedikit. Sesaat kemudian bantal peluk itu ditarik tiba-tiba dan Adhana bersuara nyaring, "Tapi tadi masa Hana call, yang jawab call tu perempuan! Takkan secret admire angah tu perempuan?"
"Hishh.. Hana ni buat terkejut angah je. Kan angah dah kata, angah tak kisah lelaki atau perempuan.."
"Mana boleh, ngah.. Orang tu sms bukan main lagi mengayat. Kalau lelaki tu normallah. Tapi kalau perempuan tu lain macam dah angah.."
Pantas Adhana membantah, tidak setuju dengan kata-kata Dinie.
"Aha!" Tiba-tiba Adhana bersuara kuat sambil memetik jarinya sekali. "Orang yang jawab call tu tadi boleh jadi kakak dia ke, adik dia ke.."
"Bibik dia ke.." Dinie mencelah kata-kata Adhana sambil tergelak perlahan.
Adhana mencebik. "Hana tengah serius, angah main-main pulak.."
Dinie masih lagi tertawa selepas mendengar rungutan Adhana. Dia bingkas bangun dari katil dan berdiri tegak di sisi katil. Kemudian tangannya menarik tangan Adhana perlahan-lahan, mengikut rentaknya berdiri.
"Dah, bangun solat. Karang sibuk fikir benda-benda ni semua terlajak pulak isya', buat sekali dengan subuh nanti.."
"Angah ni.."
"Apa? Itu sebab angah tak suka nak fikirkan semua ni. Buat penat otak angah aje nak fikir hal-hal macam ni. Fikir punya fikir, benda lain tak boleh nak buat.."
"Hmm..." Adhana bersuara malas. "Angah solat dulu, dah habis solat angah kejut Hana. Hana nak tidur sekejap.." Adhana kembali merebahkan badannya di atas katil. "Okay, okay... Hana tak tidur..." Adhana bingkas bangun melihatkan mata Dinie yang menatapnya tajam. Tersengih Dinie memandang Adhana yang bingkas bangun dan berjalan laju menuju ke bilik air.
"By, tak nak naik lagi ke?" Naqib bersuara lembut, menepuk perlahan pipi Nuha yang sudah terlelap di sebelahnya. "By... Bangunlah... Bukan dia yang tengok tv, tv yang tengok dia.."
Naqib membebel perlahan. Lambat-lambat Naqib memusingkan badannya menghadap Nuha yang sudah terlentok di sebelahnya. Tersenyum dia melihat Nuha yang nyenyak tidur.
"By.. By..." Perlahan-lahan Naqib menepuk pipi Nuha. Suaranya dikuatkan sedikit.
"Hmmm.." Lambat-lambat Nuha membuka matanya. Dia menggosok-gosok matanya beberapa kali dan menggeliat perlahan. "Eh, dah habis ke?" Pantas Nuha bertanya sambil matanya memandang tepat pada skrin televisyen di hadapannya. "Dah habis ke Shrek, bang? Kenapa tak kejutkan baby.." Nuha bersuara tidak puas hati.
Naqib tergelak perlahan melihat Nuha yang sudah memuncung. "Nanti esok-esok baby pasanglah sendiri cd tu.. Kan abang pasang cd Shrek tu tadi.."
Pantas Nuha menganggukan kepalanya beberapa kali. Baru dia teringat yang dia menonton cd sebelum terlelap tadi bukannya siaran dari stesen televisyen. Lambat-lambat Nuha menggeliat sekali lagi. Dia bingkas bangun. Senyuman terukir di bibirnya.
"Baby naik tidur dulu lah ye bang..."
"Hmm.. Jangan lupa solat isya'.."
"Tak nak.." Jawab Nuha selamba. Tersengih dia melihat mata Naqib yang mencerun ke arahnya. "Kali ni baby tak solat pun tak apa. Tapi kalau baby solat jugak, baby yang dapat dosa tau.." Sambung Nuha lagi masih dengan nada yang selamba. Dia tergelak melihat Naqib yang sudah mencebik. Naqib akhirnya tersenyum sedikit, faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Nuha.
"Dah baca doa yang abang bagi dulu?"
"Dah.." Jawab Nuha laju. "Baby naik dulu.. Abang jangan stay lama sangat dekat bawah ni.." Sambung Nuha sambil kakinya melangkah perlahan-lahan meniti anak tangga.
No comments:
Post a Comment