June 9, 2009

8


Hafiz ketawa kuat sehingga berair matanya. Aliff Izwan menumbuk geram bahu lelaki yang masih dengan sisa tawa di hadapannya itu.


“Kau gelaklah! Aku sikit punya cuak time tu..”

Hafiz kembali mengekek. Ditekan perutnya, menahan tawa yang menjadi-jadi.

“Kau, kalau kena dekat kau baru kau tahu!” Kaki Hafiz disepak kuat. Hafiz terdiam.

“Alah..... kalau aku kena, seronok jugak! Kahwin free tu..”

“Banyaklah kau punya free. Cuak gila aku cakap kat kau. Blank otak time tu rasanya.”

“Kau kalau mimpi pun, kau rasa macam real kan..” Hafiz ketawa lagi.

“Memanglah mimpi.. Tapi aku terpikir, andai kata apa yang jadi malam tu memang real, mati aku.”

“Apesal pulak?”

“Mau Tia tu mengamuk kat aku. Tah-tah kitorang kahwin tapi dia tak rela.”

“Memanglah tak rela. Siapa yang rela kena kahwin lepas kena tangkap... ngok!” Hafiz menyigung perut Aliff Izwan.

“Bukan. I mean, kitorang kalau kahwin pun mesti untuk sebulan dua je. Ada paham??”

“Hurmm.. Ni lagi satu aku nak tanya dari awal kau cerita tadi tu.. Apesal kau beriya sangat datang rumah Tia semalam?”

Aliff Izwan menjungkitkan bahunya. “Entah. Tiba-tiba je. Aku dapat tahu dia demam terus aku pergi.” Jawab Aliff Izwan selamba. Hafiz mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Kau sayang dia kan?” Tanya Hafiz laju tanpa tapisan.

“Hah?”

“Alah.. Macamlah aku tak boleh nak baca apa yang ada dalam hati kau tu. Aku dah kenal kau dari tadika lagi. Tak payahla kau nak sorok apa-apa..”

Aliff Izwan mencebik. Dia menjungkitkan bahunya sekali. Aku suka dia ke? Suka yang macam mana? Aku suka Tia.. Tapi.. Aku sayang dia ke??


*****************


“Hah!! Berangan!!” Sergah Ilham, abang Atia Hanan. Lelaki itu ketawa kuat melihatkan adik kesayangannya mengucap panjang. Jelingan maut gadis itu dibalas dengan cuitan di pipinya.

“Bila abang nak balik Shah Alam?” Tanya Atia beberapa ketika kemudian. Silanya di atas sofa dileraikan. Dia bingkas bangun dan menempel di sebelah Ilham yang sedang duduk santai di hadapan televisyen.

“Aii.. Nak halau abang ke ni?” Ilham ketawa lagi. Tangannya lincah mencari dvd untuk ditonton waktu itu.

“Memang pun.. Kacau hidup Tia je. Tak tenang Tia kalau abang ada..” Balas Atia selamba. Dia ketawa perlahan saat Ilham menampar lembut pipinya.

“Dah sihat ke baby abang ni ha? WohoOoo.. Mentang-mentang ada special treatment semalam, terus sihat dia..”

Bulat mata Atia memandang Ilham. Pantas jarinya mencubit lengan lelaki yang ketawa lepas di sebelahnya itu.

“Malu la tu...” Ilham ketawa lagi seakan tiada noktah tawanya saat itu.

Atia mencebik. Malu.. Memang malu!! Kenapalah selalu terjadi perkara yang agak-agak memalukan bila dengan Aliff Izwan tu?? Malu dia mengingatkan pertemuan yang langsung tak diduganya dengan Aliff Izwan setelah dua tahun tak berjumpa. Dalam keadaan dia yang sedang demam pulak tu.. Hurmmm.. Segannya dengan mamat sorang tu! Abang Ilham kata Aliff mengigau semalam.. Rugi la pulak tak dapat tengok mamat tu mengigau. Atia tersenyum nipis. Tanpa diundang, peristiwa semalam berulang tayang di mindanya..

dik, aliff ada lg kan? abg on da way ni.. jgn adik halau plk aliff tu..

Mengenangkan sistem pesanan ringkas yang diterimanya daripada Ilham sebentar tadi, Atia Hanan menggagahkan dirinya untuk turun melihat Aliff Izwan. Entah bila pulak lelaki berdua ni berkenalan.. Atia menggelengkan kepalanya, tak larat hendak berfikir panjang. “Aliff, kalau iya pun nak tidur, masuklah dalam..” Atia bersuara perlahan melihatkan Aliff Izwan yang sudah terlentok di atas buaian yang masih lagi berayun perlahan. “Aliff..!” Panggilnya lagi, agak kuat. Lelaki itu tersentak sedikit sebelum dia menanggalkan kaca matanya. Tangan kirinya menggosok mata perlahan. Seketika kemudian, pandangannya segera dialihkan pada Atia Hanan yang sedang berdiri di hadapan pintu luncur.

“Penat? Kalau iya pun nak tidur, masuklah dalam..”

“Abang Ilham dah sampai ke?” Tanya lelaki itu. Melihatkan gelengan Atia, Aliff segera menyambung, “Tak apa.. Aliff tunggu kat sini je.”

“Hmm.. Tapi kalau nak tidur, masuklah duduk kat sofa depan tu. Tia nak naik atas.. Okay?”

“Hmm..” Pendek jawapannya sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali. Tanpa menunggu lama, Atia masuk ke dalam rumah dan berlalu ke tingkat atas.

Kekecohan di ruang bawah memaksa Atia mengangkat kepalanya. Kedengaran tawa yang bersambung-sambung dan sangat jelas di pendengarannya. Dia cukup kenal dengan tawa yang paling kuat itu. Abang! Atia menggelengkan kepalanya perlahan. Matanya mengerling jam loceng di sisi katil. Sudah pukul sepuluh setengah! Hampir dua jam dia tertidur. Kepalanya yang masih terasa berat menyebabkan dia hilang mood untuk turun bawah. Lantas Atia merebahkan semula badannya dan dia terlena semula sehinggalah jam locengnya berbunyi pada jam empat pagi. Segera dia bingkas bangun teringatkan dirinya yang belum menunaikan solat isyak.

“Bang..” Atia yang tersedar dari lamunannya memanggil Ilham sedikit kuat. Ilham tiada di sebelahnya. Lelaki itu sudah berbaring di sofa sambil menonton filem Pearl Harbor untuk kesekian kalinya! Abangnya yang seorang itu tak pernah jemu menonton filem Pearl Harbor. Alasannya, dia suka melihat lakonan Ben Affleck dalam filem itu.

“Bang..” Panggil Atia lagi. Dia beralih duduk menghadap Ilham yang sedang khusyuk menonton.

“Dah habis berangan?” Tanya Ilham tanpa memandang pada Atia. Atia tersengih.

“Abang..” Panggil Atia lagi. Lembut suaranya memancing perhatian Ilham.

“Hmmm..” Balas Ilham sebelum matanya melihat pada Atia. Keningnya dijungkitkan sedikit.

Atia tersenyum lebar. “Subuh tadi abang bagitahu Aliff mengigau, kan? Dia ngigau apa bang?” Tanyanya tanpa sabar.

Ilham mengerutkan dahinya sedikit sebelum tawanya memenuhi seisi ruang tamu itu. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali dan menegakkan duduknya. Remote pemain dvd dicapai dan dia menekan butang stop. Hilang mood untuk menonton filem kesukaannya saat itu. Fikirannya lebih tertumpu pada Aliff Izwan. Ilham ketawa lagi. Matanya dihalakan tepat pada Atia yang berkerut-kerut dahi memandangnya yang masih lagi tertawa.

“You know what, I like that boy!” Ilham menyambung kembali tawanya. Berair matanya dek kerana tawa yang bersambung-sambung.

“Apa bendalah yang seronok sangat ni bang. Letih tau tengok abang gelak dari tadi. Abang tak penat ke?” Tanya Atia sedikit geram. Letih menunggu Ilham bercerita perihal Aliff Izwan yang mengigau semalam.

“Aliff tu, kemaruk nak kahwin dengan adik..” Ilham bersuara sepatah-sepatah sebaik sahaja dia berjaya mengawal dirinya.

Atia melopong. Apa punya ayat ni abang?? Lain yang ditanya, lain yang dijawab..

Ilham menatap wajah adik kesayangannya yang sudah memuncung. Dia tersenyum lebar sebelum menceritakan kejadian semalam pada Atia. “Semalam masa abang balik around ten, abang nampak pintu rumah kita ni terbuka. Terpelahang pintu kayu dengan pintu luncur tu gaya macam ada open house je. Masuk-masuk je abang nampak Aliff dah terlentok kat sofa depan ni..”

Ilham menjungkitkan keningnya memandang sofa berangkai dua berhampiran pintu luncur. Atia menganggukkan kepalanya sekali, menanti Ilham menyambung. “Tak sampai hati nak kejut Aliff yang macam letih, abang terus naik atas nak tengok adik. Adik pun tengah tidur lena rupanya. Elok je abang turun balik, abang dengar Aliff macam tengah cakap-cakap. Abang ingat dia dah terjaga tapi rupanya dia tengah ngigau!” Tawa Ilham terburai lagi mengingatkan butir bicara Aliff Izwan.

“Dia cakap apa, bang?” Tanya Atia masih tak puas hati. Mahu juga dia mengetahui apa yang sangat mencuit hati abangnya itu.

“Dia ajak adik kahwin!”

“Yaa.. Good joke. Nice try.” Atia Hanan mencebik.

“No, I’m serious..” Ilham tersenyum. “Okay let me finish my story first..”

“Your story?” Tanya Atia dengan nada memerli. Matanya dijegilkan melihat Ilham yang tersengih.

“Adik ni saje je tau. Faham-fahamlah maksud abang, nak cerita pasal Aliff yang mengigau semalam..” Ilham mencubit geram pipi Atia. “Antara yang abang dengar agak jelaslah jugak... dia kata, kami tak buat apa-apa. Dia kat dalam, saya kat luar. Kami tak salah..” Ilham menggayakan nada suara Aliff Izwan tika itu. “Hmmm.. Lebih kurang macam tu lah. Apa lagi, abang sergahlah Aliff tu. Adik nak tau dia cakap apa pulak?” Atia menjungkitkan keningnya sekali.

Ilham tertawa perlahan sebelum menyambung kata-katanya, “Kita kahwin Tia!”

Bersemangat Ilham bersuara, menggayakan keyakinan Aliff Izwan yang jelas sangat terkejut ketika disergah semalam. Berguling-guling dia ketawa melihatkan lelaki itu yang terpinga-pinga memandang dirinya. Menyedari situasi waktu itu, Aliff Izwan pantas tersedar dan tersengih lebar, menayangkan tangan kirinya yang membentuk peace. Beberapa ketika kemudian, gamat seisi ruang tamu dengan tawa mereka berdua. Sempat Aliff Izwan menghadiahkan tumbukan kuat di bahunya, geram terasa dirinya dipermainkan.

“Lawaklah tu.” Atia menjegilkan matanya. Ilham tertawa lagi.

“Adik tak percaya?” Atia diam tak membalas. “Kesian kat Aliff tu. Punyalah dia risau semalam sampai termimpi-mimpi. Mimpi mengarut pulak tu..”

Ilham ketawa lagi teringatkan kisah di sebalik igauan Aliff Izwan. Semangat Aliff bercerita perihal dia ditangkap dengan pegawai agama dalam mimpinya itu. Atia yang sedang tidur di dalam bilik, dipaksa untuk keluar. Mereka dituduh berkhalwat sedangkan terang, jelas dan nyata mereka tidak bersama. Atia di biliknya manakala dia di ruang tamu rumah, berhampiran pintu luncur. Pintu rumah itu juga terbuka luas dengan cahaya lampu menerangi seisi rumah. Mengarut, memang mengarut mimpi Aliff.. Semalaman dia menghabiskan masa berbual, bercerita dan bergelak ketawa dengan anak muda itu. Mujur Atia tidak turun mendengarkan tawa mereka yang bersambung-sambung.

“Dah habis?” Tanya Atia tanpa riak di wajahnya.

“Adik, adik.. Adik tak kesian ke dekat Aliff tu? Dah la dia risaukan adik yang demam. Lepas tu dok pikir sangat pasal dia tinggal berdua je dengan adik semalam. Punyalah dia cuak, takut orang keliling salah anggap, sampai habis dia biar semua pintu terpelahang. Siap mimpi kena tangkap pulak tu. Hurmm? Tak kesian?” Tanya Ilham lembut, melihatkan riak wajah adiknya itu yang seperti tidak berperasaan.

Hah? Erk.. Kenapa abang Ilham macam serius je ni.. Tak kesian? Kesian kat Aliff? Untuk apa? Kesian tu tak ada... cuma macam terharulah jugak. Terharu dengan perhatian lelaki itu. Terharu dengan sikap ambil berat yang ada padanya. Terharu dengan layanan dan susah payah Aliff untuk dirinya.. Sampai ngigau-ngigau pulak tu yang tak tahan tu! Macho-macho Aliff, macam manalah agaknya dia mengigau ye.. Eh, tapi takkan nak bagitau dekat abang kot. Mahu kena usik dengan abang pulak nanti! Hiii... tak boleh, tak boleh.. Atia menggeleng pantas.

“Tak kesian?”

“Eh tak. Bukan..” Pantas Atia membalas, sedar abangnya tersalah tafsir gelengannya sebentar tadi. “Ermm.. Hmm.. Adik.....” Suaranya terhenti di situ. Tidak tahu hendak menyusun ayat. Kelu lidahnya tiba-tiba.

Ilham tersenyum. Dicapai tangan adiknya. Ditepuk perlahan tangan itu beberapa kali.

“Adik nak jawab call..” Pantas dia menyambung kata-katanya saat terdengarkan telefon bimbitnya berlagu panjang.

Ilham ketawa lagi. Matanya memerhatikan langkah Atia yang sumbang. Dia tahu hati adiknya tak keruan saat itu. Mujur panggilan telefon bimbit itu menyelamatkannya.

“Adik, adik..” Keluh Ilham perlahan. Bibirnya menguntum senyum. Hurmm.. You refused to believe that ‘lovie dovie’ thing, yet there’s somehing deep down your heart.. Ilham tersenyum lagi mengenangkan Atia yang seakan-akan menidakkan perasaan indah yang semakin mekar itu. Kesian dekat Aliff lah.. Siapa suruh dia jatuh hati dekat adik yang complicated tu.. Ilham ketawa lepas..

2 comments:

  1. hek eleh~~~~
    dahsyat gler mimpi aliff tu!
    haha

    -Q

    ReplyDelete
  2. ingatkn betul2..
    rupe2nya mimpi je..

    hehe..

    ReplyDelete