January 18, 2011

Kills Two Birds With One Stone 13



“Saya, Abid ‘Ukasyah sudah melafazkan qabul petang tadi dan sekarang saya telah menjadi suami kepada Afiqah Naurah, isteri saya,”


“Dah lafaz qabul, mestilah isteri. Ayat redundant,” komen Afiqah perlahan.


“Redundant ke?”


Afiqah diam tak membalas.


“Tak kisah la redundant ke tak. Abang tak habis cakap lagi ni,”


“Sorry.. sambung, sambung,”


“Abang dah tak marah dekat Iqa, kalau Iqa tertanya-tanya,”


“Abang dah maafkan Iqa?” Secepat kilat Afiqah membalas tanya. Lancar sahaja tutur katanya yang sudah bertukar kata ganti nama. ‘Ukasyah tersenyum penuh makna. Tangan isterinya dicapai. Dikucup lembut belakang telapak tangan kanan itu.


“Mana boleh marah isteri lama-lama,” ringkas ‘Ukasyah membalas.


“Betul ni?”


‘Ukasyah mengangguk laju. “Tapi, abang minta maaf buat Iqa menangis tadi. Kalau ummi pun abang usik, takkan dekat Iqa abang nak biarkan je,” ‘Ukasyah mengerdipkan matanya sekali. Nakal.


“Ummi? Abang tahu?”


“Mestilah abang dah tahu, sayang.”


“Abang usik ummi jugak?”


‘Ukasyah tersengih dan mengangguk.


“Abang buat apa dekat ummi?”


“Abang kata nak call off wedding kita,”


“Petang tadi, yang abang datang lambat tu?”


‘Ukasyah mengangguk dan tersengih.


“Ya Allah bang, terduduk tau ummi lepas cakap dengan abang tadi. Lama jugak ummi terdiam. Tak baik tau abang buat ummi macam tu. Nasib baik abang muncul tiba-tiba lepas tu,”


‘Ukasyah diam. Memikir. “Tapi abang dah minta maaf,”


“Dengan maaf boleh padamkan memori apa yang dah jadi sebelum ni?”


Berkerut dahi ‘Ukasyah memandang Afiqah. “Macam familiar je dengan ayat tu,”


Afiqah tersengih lebar. “Abang, tak baik tau buat macam tu dekat ummi,”


“Kebetulan je Iqa,”


“Kebetulan? Abang lambat sejam tau bang. Itu pun dalam planning revenge abang jugak ke?”


“Eh tak, tak, tak.. Iqa dah salah anggap ni. Revenge is sweet sayang tapi kita orang Islam kan? Abang bukan nak balas dendam. Kebetulan je benda nak jadi.”


Afiqah diam. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada ‘Ukasyah. Lelaki itu menyambung cerita.


“Ummi ajak abang pergi masjid sekali satu kereta. Tapi abang insist nak drive sendiri sebab abang fikir, kalau pergi dua kereta, abang boleh bawak kereta datang sini lepas tu.”


Afiqah mengangguk sedikit. ‘Ukasyah menyambung lagi.


“Sampai dekat traffic light, abang dah tertinggal dekat belakang. Abang call ummi minta ummi pergi dulu sekali dengan family pak long dengan pak su, tak payah tunggu abang. Hm nak jadi cerita, kereta terbabas pulak bila abang nak elak dari sekumpulan kambing.”


“Kambing? Mana datang kambing tiba-tiba?”


Hehehe. ‘Ukasyah tersengih. “Budget nak sampai dulu dari ummi.. Abang lalu short cut masuk ladang getah, tembus dekat kebun pisang seberang jalan sebelum sampai simpang masjid.”


Afiqah menggeleng sekali dan bertanya lagi, “Abang seorang je ke masa tu?”


“Bertiga. Geng abang anak pak long yang paling kecik tu,”


“Musytaq? Mukmin? Musytaq dengan Mukmin?”


‘Ukasyah mengangguk dan tersenyum. “Si kembar tu la,” jawab ‘Ukasyah. Afiqah ketawa sesaat.


“Kenapa la tak bawak baby paksu yang tak sampai setahun tu je,” usik Afiqah. Terbayang di matanya, si kembar Mushtaq dan Mukmin yang baru berumur empat tahun. “Syukur Alhamdulillah.. Mujur tak jadi apa-apa bang,”


“Em hm Alhamdulillah. Abang pun bersyukur sangat. Kalut jugak tadi. Dah la bawak si kembar tu. Mujur jugak ada teksi lalu betul-betul lepas trak datang ambik kereta. Bila dah sampai simpang masjid, baru abang perasan ada call masuk. Ummi call. Time tu la tiba-tiba datang akal nak usik ummi pulak..”


“Em ooo..” Afiqah mengangguk beberapa kali. ‘Ukasyah tersenyum.


“Tapi Iqa jangan risau, abang dah cerita dekat ummi semua ni. Abang dah minta maaf lagi sekali,”


Afiqah tersenyum lebar. “Erm, terima kasih bang.. Sudi terima Iqa,”


‘Ukasyah diam tak membalas. Wajah isterinya dipandang lama.


“Abang terpaksa je sebenarnya. Terpaksa terima Iqa,” lambat-lambat ‘Ukasyah bersuara. Ditatap wajah Afiqah penuh makna. Tiada reaksi yang boleh dibaca. “Abang akan belajar untuk sayang Iqa macam mana abang belajar untuk terima Ifah sebagai ‘tunang’ abang dulu,” sambung ‘Ukasyah lagi. Serius. Wajah Afiqah dipandang tak lepas.


1 comment: