Pagi Jumaat yang tenang mewarnai hari-hari akhir percutian Naqib dan Dinie bersama adik dan ummi kesayangan mereka. Damai pagi itu dalam suasana yang menyenangkan. Tidak mendung dan tidak pula cerah, biarpun jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi.
Halaman kebun Acu Wan yang meriah dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan yang tumbuh subur menjadi tarikan pada Naqib dan Dinie. Sudah lebih tiga jam pasangan pengantin baru itu menghabiskan masa mereka di situ. Bersambung-sambung perbualan mereka tanpa ada sedikit pun rasa jemu yang menjengah.
Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi bersama sementelah mereka sedang menikmati bunga-bunga percintaan yang baru bermula selepas ijab qabul beberapa minggu lalu dan ianya semakin bercambah mekar dari hari ke hari.
Sesekali kedengaran jeritan manja Dinie diikuti dengan tawa nakal Naqib, membayangkan kenakalan Naqib yang tidak puas-puas mengusik isterinya itu. Batang tubuh sang isteri yang tegak berdiri di bawah sepohon pokok rambutan yang lebat dengan buah-buahan dirangkul lembut. Naqib menarik Dinie rapat padanya dan pelukannya dieratkan.
“Abang tak percaya?”
Suara Dinie yang mencecah gegendang telinganya membuatkan Naqib tersenyum lebar. Kepalanya ditelengkan ke kiri, memandang pada Dinie yang mendongak sedikit memandang buah rambutan yang bergantungan di pokok itu.
“Bang...” Pangggilan itu menyedarkan Naqib yang leka menatap wajah kesayangannya itu.
Naqib berdehem seketika sebelum bersuara. “Aii.. Piya betul ke nak panjat pokok ni?” Naqib tersenyum sedikit. Dinie tersengih.
“Abang bagi tak?”
“Piya pernah panjat pokok ke before this?”
“Used to... tapi masa kecik-kecik dulu la. Long time ago..” Dinie ketawa perlahan melihatkan Naqib yang mencebik.
“Tak payahla sayang.. Mesti skill panjat pokok Piya dah tak ada..”
“Alah abang pandang rendah dekat Piya ye.. Dulu Piya yang paling hebat bab-bab panjat pokok ni tau. Along pun kalah kalau abang nak tau.. Tak percaya tanya ummi..” Dinie meleretkan senyumannya. Naqib mengeratkan rangkulannya dan mencuit pipi Dinie perlahan.
“Sayang teringin nak makan rambutan ke? Abang panjat nak?”
“Bukan teringin nak makan rambutan la. Teringin nak panjat pokok rambutan. Apalah abang ni.. Penat je Piya dok cerita dari lepas subuh tadi. Macam mana la abang boleh jadi arkitek kalau benda simple macam ni pun boleh tak faham..” Panjang rungutan Dinie sambil menjeling manja Naqib yang sudah ketawa lepas.
“Sayang.. Daripada abang bagi Piya panjat pokok rambutan ni, lebih baik abang bawak Piya mandi sungai belakang rumah Acu Wan tu je. Lagi bermanfaat tau..” Naqib senyum menggoda. Tangan Dinie pantas menampar lengan Naqib di pinggangnya.
“Jom duduk dekat sana..” Naqib menarik lengan isterinya perlahan. Langkah mereka diatur kemas menghampiri pangkin yang dibina berhampiran sebatang pokok mangga yang agak rendang.
“Hari ni abang nak pergi mana?” Tanya Dinie lembut sebaik sahaja mereka berdua melabuhkan punggung pada pangkin yang dialas dengan tikar getah warna hijau dan kelabu yang bercorak abstrak. Tangan Naqib yang mengelus lembut tangan kirinya hanya dibiarkan sahaja.
“Ummi kata nak singgah Tanjung Dawai. Piya nak ikut?”
“Hmm.. Seronok baby nanti, boleh beli sotong kering lagi..”
“Baby dah addict dengan sotong gula tu.. Makanan merepek macam tu laju la dia. Sejak datang sini sampai dah nak balik, dia makan sotong tu macam makan nasi. Karang kalau sakit, kan dah susah.. Makan tak nak beringat.”
Dinie ketawa lepas, mendengarkan omelan Naqib. Cuitan di pinggangnya membuatkan dia terjerit perlahan.
“Hm.. gelak la lagi.. Piya ni suka gelakkan abang tau kalau abang tengah cakap pasal Nuha.” Naqib terus-terusan menggeletek Dinie sehingga berair mata isterinya menahan geli.
“Abang ni.. Tangan tak reti dok diam..” Dinie menampar lembut tangan Naqib yang galak mengusik pinggangnya tadi.
Naqib hanya tersengih dan membalas, “Tak sakit pun yang..”
Pecah tawa Naqib melihatkan jegilan mata Dinie. Lengan isterinya yang sedang bingkas bangun ditarik sedikit kuat tanpa sebarang isyarat.
Dinie yang pada mulanya hampir terjatuh ke atas pangkuan Naqib, melepaskan pegangan tangan kanannya pada lengan suaminya itu. Sekelip mata dia sudah berada di atas tanah. Bulat matanya memandang Naqib yang tersengih dan kembali menyambung tawa.
“Abang..”
“Iya sayang..” Naqib menjawab dalam tawa yang masih bersisa. Wajah Dinie yang sudah memuncung membuatkan tawanya bersambung-sambung.
“Comel tau gaya Piya jatuh tadi.. Itulah.. Siapa suruh sayang lepaskan tangan abang..” Naqib bingkas berdiri. Tangan kanannya dihulurkan pada Dinie yang masih lagi terduduk di hadapannya. Pantas Dinie menyambut huluran tangan suaminya itu. Belakang badannya dikibas-kibas sebaik sahaja dia berdiri tegak di sebelah Naqib.
“Abang ni suka buli Piya tau..” Dinie bersuara perlahan sambil tangannya ligat mengibas daun-daun kering yang melekat di bajunya. Cuitan di pipinya ditepis perlahan.
“Sayang marah abang ye..”
Naqib merapati Dinie. Gelengen isterinya itu membuatkan Naqib terus bertanya, “Merajuk dengan abang?” Sekali lagi Dinie menjawab dengan gelengan di kepalanya.
“Sakit hati dengan abang? Tak nak kawan abang? Geram dengan abang? Tak suka abang? Benci?”
Gelengan Dinie berhenti tiba-tiba, mendengarkan sepatah perkataan yang menjadi soalan terakhir tadi. Spontan dia mengangguk laju. Bulat mata Naqib melihatkan anggukan penuh keyakinan itu. Pantas dia merangkul Dinie tanpa pamitan. Tubuh isterinya itu didakap erat sebaik sahaja Dinie cuba untuk melepaskan diri.
“Sayang benci abang? You better make sure your answer is no, or else.....” Ugut Naqib sambil mengemaskan pelukannya.
“Abang.. Tak malu la abang ni.. Ummi dengan Nuha ada kat dapur bawah tu tau..” Sedaya upaya Dinie cuba melepaskan dirinya dari dakapan erat Naqib. Malang, usahanya sia-sia. Tak dapat dia menandingi tenaga suaminya.
“Piya jawab dulu..”
“Benci.....”
Belum sempat Dinie menghabiskan ayatnya, sebuah ciuman hinggap di pipi kanannya.
“Abang..”
Naqib hanya tersengih dan membalas, “Beranilah sayang nak sebut benci lagi..”
“Abang yang nak Piya jawab tadi.. Memang Piya benci.....”
Sekali lagi sebuah ciuman di pipi kiri pula yang menjadi hadiahnya, belum sempat dia menyudahkan kata-katanya.
“Abang..” Dinie menjegilkan matanya. “Piya jerit nanti..”
“Jeritlah.. Siapa suruh Piya kata benci lagi..” Naqib ketawa nakal. Dinie sudah memuncung. Meleret tawa Naqib melihatkan reaksi isterinya itu.
“Benci.. Benci.. Ab.....” Dinie terjerit kecil sebaik sahaja jari Naqib galak menggeletek pinggangnya. Beberapa ketika berlalu dengan senda gurau pasangan suami isteri itu sehinggalah akhirnya kedua-dua mereka terduduk keletihan di atas tanah, berteduh di bawah pokok jambu madu yang rendang.
“Hii.. Teruk tau macam budak kecik..” Tercungap-cungap Dinie bersuara. Dadanya berombak kasar. “Abang patut masuk secondary school balik tau. Nakal..”
Dinie mengurut dadanya perlahan. Naqib di sebelah hanya tersengih. Tangannya menyapu belakang badan isterinya lembut.
“Saja abang nak bagi Piya exercise sikit..” Naqib ketawa lepas, melihatkan mata Dinie yang sudah bulat memandangnya. Tangannya meraih tangan isterinya lembut.
“Abang!!” Serentak dengan itu, pegangan tangan Naqib terlepas. Pantas kepalanya dipusingkan ke kiri, mencerunkan pandangannya pada Nuha yang sudah mencangkung di belakangnya dengan sengihan lebar.
“Ya Allah budak bertuah ni! Menjerit kat telinga orang pulak..” Naqib mencubit geram pipi adik kesayangannya itu.
“Tepi sikit..” Nuha menolak Naqib sebelum menyelit di antara Naqib dan Dinie. Kepalanya dilentokkan ke bahu Dinie sebaik sahaja dia menyelesakan dirinya di tengah-tengah.
“Hii.. Kacaulah baby ni..”
“Angah, jom mandi sungai, nak?”
“Ha, tak boleh, tak boleh..” Celah Naqib pantas sebelum sempat Dinie menjawab.
“Sibuklah abang ni.. Orang tak ajak dia pun..” Nuha mencebik. “Nak tak ngah?” Soalannya diulang sekali lagi.
“Tengah hari macam ni nak mandi sungai pulak..”
“Hii.. Sibuklah abang ni. Baby tanya angah bukan abang..” Nuha menjeling geram Naqib. Sempat dia menyigung perut abangnya itu sekali.
Dinie tersenyum. Tangannya diangkat sedikit, meraih bahu Nuha dalam dakapannya. “Bila Nuha nak turun?” Lembut suara Dinie, membalas soalan Nuha dengan pertanyaan.
“Hmm.. Petang nanti, around 5.30? Nak?”
“Alah.. Lambat lagi. Sibuk je nak tanya sekarang..” Naqib mencebik. Dia yang dipinggirkan Nuha seketika tadi kembali mencelah.
“Biarlah.. Orang punya suka la.. Kalau baby tak cop angah sekarang, nanti abang kidnap angah sampai malam. Macam la baby tak tahu.. Boring la,” Nuha sudah memuncung.
Naqib yang dapat mengesan nada kesedihan dalam ayat itu segera mengusap kepala Nuha lembut.
“Okay.. She’s yours petang ni.. Tapi, dengan syarat abang pun kena ada sekali..” Naqib menjungkitkan keningnya beberapa kali pada Nuha yang sudah mencebik.
“Kacaulah abang ni.. Nuha nak ajak angah je..”
“Kalau ajak angah, pakejnya abang sekali..” Naqib senyum nakal. “Kalau tak, baby pun tak boleh mandi sungai..” Sambungnya lagi dalam nada mengugut.
Nuha menjegilkan matanya pada Naqib. “Sibuk tau.. Kacau program orang.. Abang pergilah tempat lain..” Naqib menggeleng laju. “Okay, kalau tak nak, abang boleh join. Dengan syarat, abang tak boleh mandi sama. Tengok dari atas tebing atau batu-batu je..”
“Tak aci la macam tu.. It’s not fair, by..”
Pecah tawa Dinie melihatkan keletah dua beradik itu. Masing-masing sama keras kepala dan tak mahu mengalah.
“Hmm.. Susah-susah, biar abang dengan Nuha je yang mandi. Piya dok atas tengok..” Dinie mengerdipkan matanya pada dua pasang mata yang terarah padanya tanpa kelip. “Tak pun, semua tak payah mandi.” Dinie menjungkitkan keningnya sekali.
“No!” Seperti berjanji, Naqib dan Nuha bersuara serentak.
“Alah by, apa masalahnya kalau abang join.. Baby jealous la ni ye..” Usik Naqib melihatkan Nuha yang sudah kembali memuncung.
“Naqib!” Laungan Hajjah Sufiah di muka pintu dapur yang terbuka luas kedengaran kuat.
“Ya, mi..” Pantas Naqib menjawab. Dia bingkas bangun diikuti dengan Dinie dan Nuha. Masing-masing mula mengatur langkah, menghampiri bahagian hujung kontena yang sudah dijadikan dapur.
“Naqib, teman ummi pergi Tanjung Dawai lepas Asar nanti.. Ummi nak beli ole-ole untuk Pak Ngah kamu..”
Pecah tawa Dinie dan Nuha tanpa ditahan-tahan. Nuhalah yang paling kuat sekali. Terbongkok-bongkok dia, menekan perutnya. Naqib hanya tersenyum memandang ummi yang tertanya-tanya.
“Ummi jangan layan Nuha ni.. Dah tak betul..” Laju sahaja tangan Naqib menarik hidung adiknya itu. Tercungap-cungap Nuha seketika sebelum Naqib melepaskan jarinya.
“Hii.. Pilih kasih tau abang ni.. Angah pun gelak sama. Bukan baby je..” Nuha menjeling geram.
“By, baby gelak paling kuat and paling lama tau..” Naqib menjegilkan matanya pada Nuha yang mula tersipu. “Hmm.. Pergilah baby mandi sungai dengan angah kesayangan baby ni.. Nanti kempunan pulak, lari balik diam-diam..”
Nuha tersengih mendengar usikan abangnya. Dia merangkul tangan Naqib seraya berkata, Thanks, bang!”
Naqib menjungkitkan bahunya.
“Aii.. Macam tak ikhlas je bagi permission. Kesian angah tau. Nak mandi sungai pun tak senang hati nanti..”
“Apa benda yang digaduhkannya ni..” Celah Hajjah Sufiah lembut, penat menjadi pemerhati.
Naqib dan Nuha tersengih. Dinie menjungkitkan bahunya tanda tidak mahu masuk campur.
“Piya dengan Nuha pun ikut sekali la ye. Kita terus singgah rumah Acu Wan. Acu Wan ajak makan malam dekat rumah dia hari ni. Esok kita dah nak balik..”
Sekali lagi Hajjah Sufiah berkerut dahi. Naqib pula yang ketawa nakal bersambung-sambung. Sempat dia menayangkan ibu jari kanannya pada Nuha yang terdiam.
“Fair and square..” Tawa Naqib bergabung dengan tawa Dinie dan Nuha sebaik sahaja ketiga-tiga mereka menyebut patah-patah perkataan yang sama.
“Pening kepala ummi dengan kamu bertiga ni.. Malas ummi nak layan..” Hajjah Sufiah menggelengkan kepalanya sebelum tersenyum pada ketiga-tiga mereka. Sesaat kemudian, dia melangkah kembali ke dalam dapur, menuju ke bahagian ruang tamu.
“By, sempat lagi kalau nak mandi sungai lepas zuhur nanti.. Abang balik solat Jumaat around 2 lebih.. By the time I reach home, by dengan angah dah siap solat zuhur.. Okay?”
“Love you, bang!!” Nuha menjerit riang. Dipeluknya Dinie erat. Puas hatinya dapat bergembira
sebelum menamatkan percutiaan mereka keesokan hari. Dinie hanya tersenyum, membalas pelukan Nuha.
“Haipp.. Haipp.. Tak boleh peluk lama-lama..”
Nuha menjelirkan lidahnya manja. Ditarik tangan Dinie perlahan, mengajak angahnya itu masuk ke dalam rumah.
“Abang kalau rasa nak makan bihun goreng lagi, meh la ikut masuk sekali.. Kalau tak, baby boleh habiskan dengan angah..”
Nuha ketawa senang hati. Namun tawanya mati tiba-tiba serentak dengan pergerakannya yang terhenti. Tangan Naqib di pergelangan tangannya menahan langkahnya.
“Hishh.. Macam lanun. Ganas betul. Kesian baby dekat angah tau dapat abang ni.. She deserves someone better..” Selamba Nuha menutur kata. Matanya dikerdipkan sekali pada Naqib yang memandangnya dengan riak tidak puas hati. Nuha ketawa perlahan.
“Gurau je lah.. Abang ni sensitif pulak sekarang.. Mentang-mentang dah ada angah, dah tak boleh nak bawak bergurau..” Nuha menepuk perut abangnya sekali. Naqib membalas dengan cuitan di pipi gadis itu.
“Abang yang sensitif ke baby yang sensitif..” Usik Naqib sambil menarik hidung Nuha.
“Ha, sudah-sudah.. Karang sampai ke esok tak habis debat perdana ni.. Jom masuk makan.. Piya dah lapar..”
Dinie menarik lengan Naqib lembut. Lengan kirinya pula sudah bersilangan dengan Nuha. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam untuk menikmati sarapan pagi buat kali kedua. Senyuman terukir di wajah ketiga-tiga mereka, menikmati saat-saat akhir percutian sepuasnya..

No comments:
Post a Comment