June 16, 2009

Bayang-Bayang 23


Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

Bulat mata Dinie memandang telefon bimbitnya yang berada di atas meja studi Adhana. Pantas kepalanya dialihkan menghadap Adhana yang sedang tidur. Mujur adiknya itu tidak berkutik langsung. Nyenyak tidurnya malam ini. Dinie tersenyum sedikit.

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Dinie menggigit bibirnya sedikit. Dia tahu siapa yang membuat missed called itu. Tentunya Naqib. Lambat-lambat Dinie tersenyum. Baru petang tadi dia mengkhaskan nada dering itu untuk Naqib.

Tersentak Dinie tiba-tiba mendengarkan bunyi vibrate di atas meja kayu itu. Dia bingkas bangun dari katil dan melangkah laju ke meja studi Adhana. Telefon bimbitnya itu dicapai dan segera dia menekan butang hijau untuk membaca mesej yang baru masuk sebentar tadi.

assalamualaikum..thanks hantar baby saya petang tadi...(",)

Dinie tersenyum lagi. Berapa kali nak berterima kasih ni.. Perlahan kepalanya menggeleng. Mindanya berputar pada peristiwa petang tadi saat dia menghantar Nuha pulang ke rumahnya.

"Akak hantar dekat sini je la ye Nuha. Tak payahla akak masuk dalam.." Pantas Dinie bersuara sebaik sahaja matanya menangkap susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang mencuci kereta di beranda rumahnya.

"Alaa.. Masukla kejap kak.. Abang Nuha bukannya ada pun. Entah tidur agaknya tu.."

Isshh.. Tidur apa bendanya Nuha.. Tu depan mata akak tu siapa.. Dinie tersenyum sedikit pada Nuha yang memandang tepat padanya. Adhana yang duduk di belakang pantas memanjangkan lehernya ke depan.

"Besar rumah kau Nuha..." Adhana bersuara separuh berbisik. Nuha tersenyum sedikit.

"Besar pun nak buat apa.. Duduk berdua je.. Tak best betul.. Abang aku tu, entah bila nak kawin. Kalau dia kawin seronokla sikit.. Aku ada la geng.."

Nuha menjawab perlahan. Wajahnya berubah muram. Dinie di sebelahnya menelan liur. Redup pandangan matanya jatuh ke seraut wajah yang mendung itu.

"Jom kak.." Nuha yang duduk membelakangkan rumahnya masih lagi mahu mengajak Dinie masuk ke dalam rumahnya. Terangkat kening Dinie seketika. Bibirnya menguntum senyum sedikit, serba-salah hendak masuk atau tidak.

"Jom ajelah ngah.. Menangis kang adik akak yang sorang tu.. Dia ni dahla cengeng.." Adhana mengusik selamba. Tidak dihiraukan Dinie yang menjelingnya dan Nuha yang menjelirkan lidahnya.

"Errr..." Mata Dinie melilau pada pagar yang sudah terbuka. Ya Allah... dia dah datang sini... Bulat matanya memerhatikan langkah Naqib yang hanya memakai seluar bermuda kelabu takat betis dan t-shirt berwarna merah darah.

"Kak, takde sa....." Tak sempat Nuha menghabiskan kata-katanya, Naqib terlebih dahulu mengetuk cermin kereta dengan sengihan yang panjang. Pantas Nuha berpusing. Terkejut dia melihat kehadiran Naqib di situ, saat itu. Tanpa membuang masa, pintu kereta dibuka Nuha dan Naqib di sisinya dipandang atas dan bawah.

"Buat apa ni? Basuh kereta?" Tanya Nuha pantas. "Siapa suruh abang buat kerja.. kan baby suruh abang rest cukup-cukup.." Sambung Nuha lagi melihatkan Naqib hanya menjungkitkan keningnya dan tersenyum lebar. "Kalau abang tiba-tiba sakit lagi, baby dah taknak tolong abang.." Nuha masih lagi mahu membebel pada Naqib yang hanya tersenyum tanpa sepatah kata. "Dah, dah.. Abang masuk dulu.. Baby nak jumpa kawan baby kejap.."

"Eh mana boleh.." Tiba-tiba Naqib bersuara kuat. Tersengih dia pada Nuha yang terkebil-kebil memerhatikannya.

"Apa yang tak bolehnya bang?" Tanya Nuha pelik.

"Mana boleh abang masuk sebelum jumpa kawan-kawan baby.. Mana kenal ni?" Tersengih Naqib pada Nuha. Pantas tangannya menolak pintu kereta, membiarkan pintu itu terbuka luas. Sempat matanya memandang pada Dinie yang menunduk dengan jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.

"Ada la.. Kawan baby yang dekat belakang tu.."

"Satu sekolah ke?" Potong Naqib.

"Takla.. Satu team netball. Sekolah lain-lain.."

"Yang kat depan tu pun satu team jugak ke?" Tanya Naqib laju. . Tersengih dia melihatkan Dinie yang mengetapkan bibirnya.

"Ada pulak.. Itu kakak baby.." Ceria suara Nuha. Bulat mata Naqib memandang adiknya itu. Sesaat kemudian kepalanya terangguk-angguk. Senyuman nakal bergayut di bibirnya seketika.

"Bila masa baby ada kakak ni? Baby ada abang sorang aje. Jangan lupa tu.." Naqib bersuara serius tiba-tiba. Sedaya upaya dia menahan senyum.

"Bi......."

"Tak boleh." Pantas Naqib memotong. Tidak mahu membiarkan Nuha menghabiskan kata-katanya. "Kalau nak jugak, suruh dia kawin dengan abang. Baru boleh panggil kakak baby..."

Nuha menjegilkan matanya pada Naqib yang masih lagi selamba. Dia mencubit geram perut Naqib dan berkata, "Perangai macam lanun, nak ajak orang kawin.." Sempat Nuha menjelirkan lidahnya pada Naqib yang mengaduh kesakitan.

"Hah tengok.. Sejak bila baby pandai cubit-cubit orang ni. Bawak pengaruh tak baik betul.." Naqib masih lagi mahu mengusik. Matanya tetap mencuri pandang pada Dinie yang masih lagi menunduk.

"Kira okayla baby cubit daripada baby tumbuk abang macam selalu..."

Nuha menumbuk perlahan bahu Naqib. Dia menundukkan kepalanya, menjenguk ke dalam kereta.

"Kak.." Panggil Nuha perlahan. "Jom masuk kejap, minum.."

Nuha tersenyum pada Dinie yang memandang tepat padanya.

"Weh, Hana.. Mehla masuk jap. Baru pukul 6.30.." Nuha mengalihkan kepalanya pada Adhana yang bersandar di tempat duduk belakang. Tersengih Adhana pada kawannya itu.

"Aku no hal.. Tu kau tanya tuan puteri tu.." Memuncung Adhana mengarahkan pada Dinie yang diam seribu bahasa. "Ha.. Tengok tu. Sempat lagi termenung. Aku cakap dekat kau tadi, tak nak percaya.."

Tersengih Adhana melihatkan Dinie yang termenung panjang. Mata Dinie memandang tepat pada Naqib. Mindanya melayang entah ke mana tetapi telinganya masih dapat menangkap dengan jelas tiap butir bicara mereka. Pantas Dinie mengalihkan kepalanya pada Nuha yang tergelak kecil.

"Hana nak masuk, Hana masuklah. Angah tunggu dekat sini. Jangan lama tau.." Perlahan suara Dinie. Cukup untuk pendengaran Adhana dan Nuha.

Nuha menganjakkan tempat duduk penunpang di bahagian hadapan. Pantas Adhana melompat keluar. Tersengih dia pada Dinie yang menjegilkan matanya sesaat.

"Hana dah keluar.. Jom ngah.." Panggil Adhana lembut. Lengannya melingkari lengan Nuha. Perlahan mereka beriringan menghampiri Dinie. Pintu kereta di sebelah Dinie dibuka perlahan. Tersenyum simpul keduanya.

"Orang kalau tak nak, kita tak boleh nak paksa.." Naqib yang hanya menjadi pemerhati bersuara tiba-tiba. Pantas kepala Dinie mengarah pada Naqib. Mata mereka bertentangan seketika sebelum Dinie menundukkan kepalanya.

"Baby dengan Hana masuk dulu la. Biar abang yang bawak masuk cik mek molek sorang ni.." Naqib tersenyum nakal. Matanya dikerdipkan pada Dinie yang menjeling padanya.

"Boleh percaya ke abang ni.. Lain macam je baby tengok abang sekarang ni.." Nuha menggerakkan jari telunjuknya ke depan dan ke belakang beberapa kali. Keningnya dijungkitkan sedikit.

Naqib tersengih pada Nuha. Pantas dia menghampiri adiknya itu. Ditariknya tangan Nuha sehingga ke pagar rumah mereka. Hana yang bersilang lengan dengan Nuha turut terdorong ke hadapan. "Baby masuk ajelah.. Pandai-pandaila abang nanti.."

"Eh mana boleh.. Abang bukannya kenal pun kak Dinie.."

"Boleh, tak boleh.. Kenal, tak kenal.. Abang tak peduli. Yang abang tahu sekarang baby masuk dulu. Kalau tak....."

"Haa.. Apa, apa.." Pantas Nuha memotong kata-kata Naqib. Melihatkan Naqib yang sedang menghampiri baldi bersisi air sabun, pantas Nuha menarik tangan Hana. Berlari anak mereka masuk ke dalam. Dinie yang memerhati dari tadi tergelak kecil. Seronok dia melihatkan suasana itu.

"Jom masuk.."

Tersentak Dinie mendengar suara Naqib tiba-tiba. Pantas kepalanya menoleh pada Naqib yang sedang tersengih-sengih.

"Nak masuk, tak nak?"

Berkerut dahi Dinie menyedari kelainan pada suara Naqib itu. "Tak nak.." Selamba dia menjawab sambil mencebikkan bibirnya.

"Saya bukannya makan orang pun.. Jom la masuk.." Lembut suara Naqib memujuk. Tersenyum Dinie dalam diam.

"Ha, orang kata kalau senyum tu tanda setuju.. Dah, dah.. Meh masuk.." Pantas tangan Naqib menutup pintu tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. Langkah kakinya diatur menghampiri Dinie di tempat duduk pemandu.

"Tak nak kang saya dukung.." Naqib bersuara perlahan separuh mengugut. Keningnya dijungkitkan pada Dinie yang sedang memandang tepat padanya. Melihatkan Dinie yang masih membeku, perlahan-lahan Naqib mendekatkan dirinya dengan Dinie.

"Eh, apa ni.." Pantas Dinie menganjakkan ke tepi sedikit. "Dah tepi, tepi.. Saya nak keluar.."

Dinie menjegilkan matanya pada Naqib yang tergelak nakal. Lambat-lambat Naqib mengundur sedikit. Dia mendepangkan tangannya, memberi laluan pada Dinie.

Getaran telefon bimbit di tangan mematikan lamunan Dinie yang panjang. Pantas jarinya menekan-nekan butang di papan kekunci. mesej yang sudah tertera di skrin dibacanya tanpa menunggu lebih lama.


a part of you has grown in me
and so you see,it's you and me
together forever and never apart
maybe in distance but never in heart


Tersenyum lagi Dinie untuk kesekian kalinya. Naqib, Naqib.. Dinie menggelengkan kepalanya beberapa kali. Lelaki itu seperti tahu dan pasti dengan apa yang ada di mindanya, di hatinya, di jiwanya..

No comments:

Post a Comment