June 15, 2009

Bayang-Bayang 14


Ah.. Alamak!! Macam mana
big boss boleh masuk awal pulak hari ni.. Masaklah aku nak jawab apa nanti..


Dinie menggigit bibirnya perlahan saat matanya ternampak sepasang kasut Polo milik Idraki yang tersusun di atas rak. Lambat-lambat dia menghembuskan nafasnya, mengatur langkah masuk ke dalam pejabat. Tersenyum dia pada Aina yang membukakan gril padanya sebentar tadi. Pantas matanya dilarikan pada bilik yang digunakannya sejak beberapa bulan yang lalu.

Eh, siapa pulak kat dalam tu? Jangan kata Idraki ada kat dalam tu.. Bulat mata Dinie memerhatikan bilik conference yang kelihatan terang-benderang dari luar. Dia masih lagi berdiri tegak di hadapan pintu masuk pejabat.

"Intai apa tu cik kak.."

Sergahan yang tiba-tiba itu membuatkan Dinie tersentak. Pantas kepalanya berpaling menghadap Aina yang sudah duduk selesa di tempatnya. Dinie mengurut dadanya perlahan-lahan, membuang rasa terkejutnya sebentar tadi.

"Akak... Terkejut saya tau!"

Aina tergelak perlahan mendengarkan suara Dinie. Dia menjungkitkan keningnya pada Dinie yang memandangnya serius. Lambat-lambat Dinie tersenyum dan berkata, "Kenapalah Dinie tak boleh nak marah orang.. Asal nak marah aje mesti tak jadi.."

"Memangla tak jadi.. Dinie sekarang ni pun bukannya marah betul, kan?" Jawab Aina dengan sengih yang lebar. Dinie hanya mencebik.

"Hmm.. Iyelah. Lagipun kalau Dinie marah kang, akak nangis. Kesian pulak nanti Dinie jugak yang susah payah kena pujuk." Dinie bersuara selamba dan tersengih.

Aina menjeling pada Dinie. Sesaat kemudian terkocoh-kocoh dia menjawab panggilan dari telefon yang berdering di atas mejanya. Pecah tawa Dinie melihatkan reaksi Aina itu yang kelihatan sedikit kelam-kabut.

"Seronok nampak.."

Gulp.. Dinie telan liurnya. Mati tawanya saat itu. Pantas badannya berpaling ke arah susuk tubuh yang bersuara sinis sebentar tadi.

"Selamat pagi, Encik Idraki.."

Eh, apasal macam budak sekolah nak ucap selamat kat cikgu aje.. Serasa ingin tergelak aje Dinie mendengarkan nada suaranya saat itu. Namun dia segera menundukkan kepalanya, melihatkan raut wajah Idraki yang serius memandangnya.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam Encik Idraki.." Laju Dinie menjawab salam Idraki.

"Lambat awak hari ni.."

"Err... Emm... Err... Ssa.."

"Biasa lah tu.. Orang buat salah memang selalu tergagap-gagap.."

Pantas Idraki memintas suara Dinie yang tersekat-sekat. Selamba sahaja dia mengeluarkan kata-kata dengan matanya memandang tepat pada Dinie. Bulat mata Dinie melihat seraut wajah yang memandangnya dengan senyuman sinis yang terukir di bibirnya.

"Hmm....."

"Hmm?"

Eh, sabarlah sikit. Aku baru nak start cakap dia dah sibuk-sibuk nak mencelah. Belum habis mukadimah dia sibuk-sibuk nak tanya pulak.. Sesuai sangatlah dia ni jadi lawyer.. Dinie merungut dalam hati.

Perlahan-lahan dia mengumpul tenaganya untuk bersuara di hadapan Idraki. "Saya ada hal sikit pagi tadi, Encik Idraki.." Lancar Dinie bersuara. Matanya memandang tepat pada Idraki. Melihatkan kening Idraki yang terjungkit sedikit, Dinie pantas menyambung, "Tak percaya, Encik boleh tanya....."

"Err... Encik Idraki, Encik Halim call tadi. Katanya dia nak buat full payment petang ni.."

Suara Aina yang mencelah tiba-tiba membuatkan dua pasang mata yang bertentangan sebentar tadi beralih pada ibu muda yang sedang memandang ke arah mereka dengan sengihan di bibirnya.

"Halim?"

"Hmm.. Encik Halim yang ada deal dengan Alam Bina Construction tu.."

"Oh ya.. Hmm.. nanti awak call Naqib suruh dia datang petang ni."

"Laa.. Tadi kan Encik Naqib dah datang. Kenapa lah Encik Halim tu lambat call.." Dinie mengerutkan dahinya memandang Aina dan Idraki yang memandang pelik padanya sebaik sahaja dia habis berkata-kata.

Eh, aku silap cakap ke? Apahal dia orang ni pandang lain macam aje.. Silap timing ke aku mencelah tadi.. Pantas Dinie menjungkitkan kedua-dua belah keningnya pada Aina dan Idraki.

"Bila pulak Encik Naqib datang sini? Nak buat apa dia datang?" Tanya Aina pelik. Dahinya berkerut hebat memandang Dinie.

"Eh ada lah tadi.. Baru aje Dinie terserempak dengan dia kat tangga tadi.." Laju Dinie menjawab.

"Akak duduk dekat sini dari pukul sembilan pagi tadi, Dinie. Tak ada pulak sesiapa yang tekan loceng selain Dinie.." Aina berkata selamba. Senyuman nakal bergayut di bibirnya. Sempat dia menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke depan dan ke belakang beberapa kali. Tersengih dia melihatkan Dinie yang sudah berkerut dahi memandangnya.

"Ehemm.. Ehemm.."

Deheman Idraki membuatkan Dinie dan Aina yang seakan melupakan kehadirannya di situ pantas menoleh ke hadapan. Masing-masing tersengih memandang Idraki yang tersenyum sinis.

"Awak ni Aina... Saya yang nak jumpa Naqib pagi ni. Saya jumpa dia tadi... Awak duduk dekat dalam ni, mana awak tahu apa yang jadi dekat luar.."

"Hah?"

Pelik Aina mendengarkan kata-kata Idraki. Macam mana pulak Idraki boleh jumpa dengan Naqib sedangkan Idraki datang lebih awal daripadanya pagi itu. Waktu dia datang, Idraki tengah sibuk-sibuk buka plan kat dalam bilik conference. Dinie pula baru aje masuk, lambat sedikit daripadanya.

"Ada tadi Naqib datang.. Saya jumpa dia dekat luar tadi.." Sambung Idraki lagi. Matanya dikenyitkan sedikit pada Aina apabila dia menyedari Dinie sedang memandang tepat pada Aina ketika itu.

Aina segera tersenyum. Dia mengalihkan pandangannya pada Dinie dan tersengih dia pada Dinie yang sedang memandangnya saat itu.

"Hmm.. Aina, biar saya yang inform Naqib pasal petang ni ya.." Idraki bersuara tegas sambil melangkah laju masuk ke biliknya. Dia berpaling semula ke belakang, menukar arahnya ke bilik conference yang didudukinya sejak awal pagi tadi.

Beberapa ketika kemudian dia keluar semula sambil tangannya memegang beberapa helai kertas bersaiz A3. Dinie yang memerhatikan setiap langkah Idraki tersentak saat tangannya ditepuk perlahan oleh Aina.

"Apa tengok-tengok tu.."

Dinie tersengih. Lambat-lambat dia bersuara perlahan, "Thanks kak.. saya dah kalut tadi nak jawab dengan Encik Idraki. Nak-nak lagi bila dia tunjuk muka tak percaya dia tu. Kalau akak tak mencelah tadi, mati lah saya nak bubuh nama siapa tadi. Pandai-pandai aje saya main sebut, tak percaya, Encik boleh tanya....."

"Hantu!"

Pantas Aina menyambung. Pecah tawa keduanya. Cepat-cepat jugak mereka berdua menekup mulut masing-masing supaya tawa mereka tidak didengari Idraki.

"Dinie tak ada la lambat mana pun.. Saje je Encik Idraki tu nak gertak. Dia tu suka sikit buat orang menggelabah.."

Aina bersuara perlahan sambil matanya memerhatikan bilik Idraki, bimbang lelaki itu mendengar kata-katanya. Dinie tersengih mendengar kata-kata Aina. Lega hatinya saat itu kerana seketika tadi dia merasakan dirinya begitu terlewat hadir ke pejabat. Lebih-lebih lagi apabila Idraki sudah pun berada di dalam.

"Hmm.. okay lah kak.. Dinie masuk dulu lah.. Kalau kak Mai dah sampai, akak panggil Dinie ya.."

"Kak Mai sampai panggil Dinie? Nak buat apa?" Tanya Aina pelik.

"Nak lunch la.. Kak Mai kalau pergi court kan selalu balik time tengah hari.." Jawab Dinie sambil mencuit pipi Aina. Tergelak kecil dia melihatkan Aina yang tersenyum malu. Pantas dia melangkah masuk ke dalam bilik selepas itu. Aina yang memerhatikan langkah Dinie tersengih lebar.


*******************


"Weh.. Aku lah ni..." Pantas Idraki bersuara sebaik sahaja panggilannya terjawab.

"Assalamualaikum, bro.." Ceria suara di balik corong telefon itu memberikan salam.

"Waalaikumussalam..."

"Hmm.. Baru lah boleh borak-borak lepas bagi salam. Ini main terjah aje.. Kau tau tak, Rasulullah pernah bersabda, sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah mereka yang mendahului ucapannya dengan salam.. ada pahamm??"

"Hmm.. Aku rasa lepas ni kau boleh quit your job. Lepas tu tukar profesion, jadi pendakwah bebas pulak.." Terkekeh Naqib mendengarkan cadangan bernas daripada Idraki.

"Kau kat mana ni Id? Apahal kau call ni?"

"Aku kat office lah. Kau ada datang sini ke pagi tadi?" Tanya Idraki tanpa menjawab soalan Naqib sepenuhnya.

"Yup.. Aku dari sana lah ni.. Apahal tanya? Kau nampak aku ke?"

"Kau ni lain kali kalau nak datang tengok buah hati kau tu, janganlah sampai dia nampak kau pulak.. Nasib baik aku dapat cover kau tadi.."

"Saje je aku jumpa dia tadi.. Takut rindu pulak tak jumpa satu hari ni.."

Naqib ketawa nakal. Kalau nak diikutkan kebiasaannya dia hanya memerhatikan Dinie dari jauh sahaja. Tetapi situasi pagi tadi menyebabkan dia terasa seperti hendak bersemuka dengan gadis kecil molek itu. Ternyata gadis itu sememangnya pilihan yang tepat buatnya. Lambat-lambat Naqib melepaskan nafas kelegaan.

"Banyaklah kau punya rindu.. Nak ubat 'rindu' kau tu, petang nanti datang sini.. Encik Halim nak buat payment.." Pantas suara Idraki menerjah masuk ke telinganya biarpun dia sedang memikirkan sesuatu saat itu.

"Aiseyman.. Aku sekarang on the way nak pergi site ni."

Hahahaa.. Giliran Idraki pula yang tergelak kali ini.

"Ohh.. tu pasal datang sini pagi-pagi tengok buah hati dulu.." Idraki bersuara dalam sisa tawanya.

"Hmm.. Pandai pun. Aku nak pergi Seremban ni, Id. Tak tahu lagi pukul berapa boleh sampai Kajang. Kau tau aje lah, jalan kat Semenyih tu petang-petang selalu jam.."

"Hmm.. Aku tau, aku tau.." Idraki masih lagi bersuara dalam tawanya yang masih lagi bersambung-sambung.

"Nanti-nantilah aku datang. Kalau aku lupa, kau call ya."

"No sweat.. Tapi bos kau Alam Shah tu tak bising ke payment lambat masuk?"

"Tak punya sebab aku ni orang kepercayaan dia. Lambat masuk pun takpe sebab dia tau mesti masuk punya.." Naqib menjawab selamba.

"Hmm... Eh, Qib.. Bila kau nak approach dia ha?"

"Dinie?" Pantas Naqib bertanya.

"Iyelah.. Kau ada yang lain ke?" Idraki bertanya, memerli Naqib. Telinganya dapat menangkap suara Naqib yang sedang tergelak.

"Step by step, bro.. Bukan senang aku nak dekat dengan dia. Baru aje gerak sikit dia dah lari jauh.."

"Tu sebab kau slow.."

Sedapnya mengata aku.. Kau tu laju lah sangat sampai hari ni tak kahwin-kahwin lagi.." Naqib ikut sama ketawa saat Idraki terkekeh mendengar sindirannya.

"Deyy macha... Lupa ke? Kan aku kata.. Aku tunggu kau lepas, baru aku join kau lepas tu.." Idraki bersuara sebelum meneruskan tawanya yang terhenti seketika.

Ketukan di pintu menyebabkan Idraki memusingkan kerusinya ke hadapan semula. Matanya menangkap kelibat Dinie di hadapan pintu masuk biliknya. Tersenyum dia pada Dinie yang semakin mendekat, memandang padanya saat itu.

"Eh, okaylah.. aku ada kerja ni. Kau jangan lupa pulak ye duit Alam Shah tu.." Ucap Idraki sepatah-sepatah. Dia tertawa seketika sebelum menyambung, "Duit makan kau jugak.."

Idraki tersengih seolah-olah Naqib yang berada di hadapannya. Tangannya laju membelek-belek bahagian yang perlu ditandatanganinya. Dokumen-dokumen yang diletakkan di atas mejanya oleh Dinie sebentar tadi dipandang sekali lalu. Matanya kemudian meliar ke atas meja, mencari signing pen yang dipegangnya sebelum ini sambil pendengarannya ditumpukan pada kata-kata Naqib di balik corong telefon.

"Hmm.. okay.. Assalamualaikum.." Idraki meletakkan kembali cordless phone di tempatnya semula. Dia mengangkat kepalanya memerhatikan Dinie yang menunduk, memandang gerak tangannya mungkin.

No comments:

Post a Comment