June 9, 2009

3


Keriuhan kelas 6B1 pada awal pagi itu amat luar biasa. Masing-masing mahu bersuara, mengeluarkan pendapat tersendiri. Hanya seorang gadis yang diam, tekun memandang buku di hadapannya tanpa mempedulikan keadaan kelas tika itu.

“Wo wo wo!” Tiba-tiba Aliff Izwan bersuara kuat. Dia bingkas bangun dan menghempaskan buku teks pengajian am yang setebal kamus dewan itu ke atas meja. Sepi seisi kelas saat itu, terkejut mendengarkan bunyi hempasan buku itu. Si gadis mengurut dadanya perlahan. Aliff Izwan tersengih melihat tingkah gadis itu.

“Kecohlah korang ni. Tak Nampak ke ustazah tengah study hard tu..” Suara Aliff Izwan mendapat sambutan sisi kelas. Seluruh kelas itu memusatkan pandangan mereka pada tempat duduk Atia yang bersebelahan dengan Yusra di barisan paling hadapan, berhampiran pintu masuk kelas. Atia mendongakkan kepalanya, memberanikan diri memandang Aliff Izwan. Matanya dijegilkan sekali sebelum dia kembali menunduk, menghadap buku nota di hadapannya.

Aliff Izwan menggoyangkan bahunya, pura-pura ketakutan. “Weh korang ni.. Nak bincang tu, proper la sikit.. Bincang betul-betul. Ni semua bercakap, aku rasa takkan dapat solution kalau macam ni..”

“Dah tu nak buat macam mana, Hafizul tak datang..” Nani bersuara nyaring.

“Kalau dah ketua kelas tak ada, penolong kan ada..... mangkuk..” Aliff menjawab pantas. Sebutan mangkuk di hujung ayatnya disebut perlahan.

Nani yang sememangnya telinga kuali pantas membalas, “Asnita pun takdela bengong!”

Aliff tersengih. Matanya dikalihkan pada Atia yang tergelak perlahan. Ohh.. Pandai gelakkan orang ye.. Aliff menganggukkan kepalanya beberapa kali. Akal jahatnya kembali berfungsi. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

“It’s okay.. We have our ustazah here.. I think she can conduct us..” Sinis suara itu diiringi dengan tawa nakalnya. Atia yang sedari tadi menunduk, mengalihkan pandangan pada Yusra di sebelahnya. Sayu matanya memandang Yusra tika itu.

“Ehem.. ehemm.. Takpe. Biar aku yang conduct..” Yusra bingkas bangun menentang pandangan mata Aliff Izwan.

Lelaki itu menjegilkan matanya dan menjelirkan lidahnya pada Yusra sebelum kembali duduk di tempatnya. Yusra tersenyum dan berjalan tenang ke hadapan kelas.

“Okay, sekarang ni, kita tengah nak bincang pasal persembahan untuk majlis hari guru nanti. Setakat ni, ada cadangan untuk kita buat koir, choral speaking, sketsa and games. So, kita kena pilih mana satu the best.. Faham?”

“Aku nak choral speaking. Ustazah boleh conduct..” Aliff Izwan tersengih lebar. Atia menggigit bibir. Otaknya sudah tepu dengan suara lelaki itu. Saat itu dirasakan tubir matanya digenangi mutiara jernih kerana pandangannya kabur. Pantas dia menundukkan kepalanya, seakan khusyuk dengan nota yang sedang dibacanya itu.

Suasana kelas kembali kecoh apabila masing-masing mula memberi respon untuk membuat pilihan. Yusra tenang melayan kerenah rakan-rakan kelasnya itu. Sesekali matanya beralih pandang pada Atia yang diam di tempatnya. Dia pasti gadis itu sedikit tertekan dengan tingkah Aliff Izwan yang seperti kanak-kanak tadika.

“Okay, aku setuju jugak kalau nak buat sketsa.” Suara serak-serak basah Aliff Izwan kembali kedengaran, menyuarakan persetujuan dengan pilihan Nani dan kawan-kawannya. “Lagipun advantage kita, dah ada ustazah... Tak payah kita susah payah nak cari watak untuk cikgu lagi... One thing, kenalah ajar sikit ustazah kita ni cara-cara untuk bergaul dengan masyarakat. Takdelah nanti watak cikgu kita hambar aje sebab ustazah kita ni lonewolf!”

“Shut up Wan!” Pantas Yusra mencelah sebelum Aliff Izwan terus melukakan hati kawannya yang seorang itu. Yusra segera mengalihkan pandangan ke arah Atia yang diam seribu bahasa. Suasana kelas yang hingar dengan gelak tawa selepas mendengar kata-kata Aliff Izwan menjadi sepi tiba-tiba. Masing-masing terdiam melihatkan Atia yang kaku di tempat duduknya. Perlahan-lahan tangan gadis itu mengesat air matanya yang menitis laju. Dia bingkas bangun tiba-tiba dan mengatur langkah ke luar kelas.

“That’s it! I’ve had enough Wan! Aku tak tahulah jembalang mana yang dah menetap kat dalam kepala otak kau tu” Yusra menjeling Aliff Izwan sebelum dia mengejar langkah Atia Hanan.

Aliff Izwan terdiam. Lama dia berteleku di tempat duduknya sebelum dia bingkas bangun dan mengikut jejak Atia dan Yusra, keluar dari kelas itu.


*****************


“Do I have any choices?” Tanya Aliff Izwan perlahan, meminta kepastian daripada mama dan babahnya. Keningnya dijungkitkan sekali.

Encik Helmi tersenyum. Dia mengalihkan pandangan pada isterinya di sebelah. Mereka berbalas senyuman seketika.

“Wan, dengar apa yang babah nak cakap ni elok-elok, baik-baik..” Pantas Aliff Izwan mengangguk laju. Silanya di atas sofa lembut itu dikemaskan. “Choices are in your hand, Wan. Everything is up to you now.. You’ve grown up.. Babah dengan mama percaya dengan keputusan Wan. We have faith in you..” Encik Helmi menarik nafasnya sekali sebelum menghembuskannya perlahan-lahan. “Sejak Wan tolak tawaran MARA tu, babah dah fikirkan semua ni. Memang honestly, awalnya babah kecewa jugak bila Wan tolak offer tu. Babah rasa Wan macam tak bersyukur dengan apa yang Wan dapat. Tapi bila babah pikir-pikir balik, semua ni dah ditakdirkan. Ada hikmahnya yang tersembunyi. Allah takkan jadikan sesuatu tanpa sebab, right?” Panjang Encik Helmi menyambung kata-katanya. Aliff Izwan mengangguk lagi. “So now, up to you lah whether Wan nak ikut mama dengan babah next week atau Wan nak stay sampai end of this year..”

“Bah.. It’s almost a year now…” Balas Aliff Izwan laju.

Encik Helmi tersenyum lagi. Dia mengerling Puan Amnah di sebelahnya dan bersuara, “Is that your answer?”

“Let me settle everything first..” Aliff Izwan tersengih, tahu babahnya itu faham dengan jawapannya.

Encik Helmi menganggukkan kepalanya beberapa kali. “Up to you, Wan.. But then, by the end of next year, you have to be with us.. Babah dengan mama dah buat everything we can, nak tengok Wan success macam along dengan angah. I’m pretty sure you will be one.” Tenang babah bersuara. Puan Amnah hanya memerhati. Aliff Izwan pula tersenyum lebar, senang hati dengan keputusan yang dicapai pada waktu itu.

“Thanks bah.. ma.. Thanks a lot!” Aliff Izwan menghampiri kedua-duanya dan bersalaman dengan mereka. Dua ciuman singgah di dahinya, tanda kasih ibu bapa yang tak terhingga.

1 comment:

  1. mcm ank mithali la plak mamat ala bdk tadika neh...
    btw, mkn best!

    -Q

    ReplyDelete