June 15, 2009

Bayang-Bayang 13


"Ehemmm.."

Pantas kepala Dinie berpaling pada Naqib yang berdehem kuat. Dia tersenyum sedikit pada Naqib yang berdiri tegak di hadapannya.

"Assalamualaikum.." Lambat-lambat Dinie bersuara, mengucapkan salam pada lelaki yang menatapnya dengan wajah yang serius saat itu.

Salamnya dibiarkan berlalu tanpa dijawab umpama desiran angin di telinga Naqib. Sepi seketika antara mereka berdua menyebabkan Dinie berasa tidak tentu arah. Pantas kakinya melangkah setapak untuk mendaki anak tangga. Sedaya upaya dia mengiringkan badannya sedikit untuk melepasi Naqib yang menghalang laluannya.

"Jalan aje lah.."

Serius suara Naqib berbicara saat Dinie menoleh ke arahnya dengan isyarat supaya Naqib memberikan sedikit laluan kepadanya. Kedinginan Naqib mengingatkan Dinie pada pertemuan pertamanya dengan lelaki itu beberapa bulan dahulu. Pertemuan yang menyebabkan Naqib mendapat gelaran 'lion king' daripadanya saat itu.

Dinie mengerutkan dahinya, memandang Naqib dengan penuh rasa geram yang berbuku di hati.

Hishhh.. Macam mana saya nak jalan kalau awak dah berdiri macam tembok aje kat depan saya sekarang!!! Nak naik, naik ajelah.. Janganlah menghalang jalan orang pulak.. Melantun-lantun jeritan Dinie dalam hatinya. Dia menjeling Naqib yang memandang tepat padanya tika itu. Sedikit pun mata itu tidak berganjak daripadanya.

"Lambat masuk office hari ni?"

Pertanyaan Naqib itu membuatkan dahi Dinie berkerut hebat. Hampir bercantum keningnya saat itu. Melihatkan Dinie yang membisu, Naqib menjungkitkan kedua belah keningnya.

"Hmm?" Lembut pula suaranya bertanya biarpun tanpa ayat yang jelas.

Biarlah lambat ke cepat ke, yang awak sibuk-sibuk ni apehal.. Dah la macam giant aje halang-halang jalan orang.. Sejak bila pulak awak jadi pak guard dekat sini..! Dinie merungut panjang dalam hatinya. Dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan dan berkata, "Saja ubah angin hari ni.."

Jawapan Dinie itu membuatkan Naqib tersenyum sedikit. "Ubah angin tak apa, tapi jangan sampai ubah perangai pulak.." Perlahan suara Naqib menampar telinga Dinie.

"Hah?" Dinie bertanya pelik, mahu memastikan apa yang didengarinya sebentar tadi.

"Nothing.." Sepatah jawapan Naqib, melihatkan riak wajah Dinie yang bersahaja.

Ishh budak ni.. Boleh pulak dia buat tak tahu.. Punyalah aku dok tunggu dia dari pagi tadi. Dah la masuk lambat, siap bercengkerama depan bangunan ni lagi. Sakit mata aku tengok drama swasta tadi.. Dia boleh relaks aje buat muka tak bersalah..

"Hmm... lalu lah.. Awak kan dah lambat nak masuk office.." Selamba Naqib bersuara dengan tangannya memegang besi tangga yang menjadi tempat bersandar Dinie sedari tadi. Pantas Dinie berundur ke belakang sedikit, menghalang daripada bersentuhan dengan Naqib.

Naqib tersenyum sinis. Sengaja dijungkitkan keningnya sedikit dan menghadiahkan senyuman nakalnya pada Dinie.

Aikk.. Lari pulak.. Tadi saya tengok bukan main lagi awak dengan mamat Satria maroon metalik tu.. Siapa lah mamat tu yang berani sangat suka-suka hati dia main sentuh buah hati aku ni.. Kalau aku jumpalah mamat tu sekali lagi, tak masuk ICU dia tu... Bukan Naqib la ni.

Naqib mencerunkan pandangannya pada Dinie. Sesaat kemudian matanya dilarikan pada sesusuk tubuh yang berlari-lari anak ke arah mereka.

"Apehal ni Dinie?"

Herm.. Panjang umur kau ye. Baru aku sebut-sebut dah muncul depan mata.

Naqib senyum sinis. Pantas dia melangkah setapak ke hadapan, turun dari tangga yang dipijaknya. Kedudukannya yang berada tepat di hadapan lelaki yang memandu Proton Satria GTi tadi membuatkannya memusatkan pandangannya pada wajah itu, mengumpulkan tenaga sebelum menyerang melepaskan sakit di hati.

"Eh, along buat apa kat sini?" Lembut suara Dinie bertanya membuatkan Naqib terkesima.

Along!

Hahahaah!! Naqib ketawa lepas. Tidak dihiraukan pandangan Dinie yang terarah tepat padanya saat itu.

Alahaii abang ipar aku ni... Eh, bakal abang ipar la.. Nasib baikla aku tak serbu Dinie macam-macam. Tak ke naya aje tadi kalau aku angin tiba-tiba.. hahahaah~ Naqib ketawa senang hati.

Beberapa ketika kemudian dia tersenyum puas sambil matanya memandang pada Dinie. Tersengih dia pada Dinie yang memandang pelik padanya. Dinie segera mengalihkan pandangannya ke arah Azran yang tercengang melihat reaksi Naqib yang tiba-tiba itu.

"Long.." Panggilnya perlahan. Dia menarik tangan Azran supaya mengikut langkahnya.

"Siapa tu, Dinie? Lain macam je along tengok.." Tanya Azran sebaik sahaja mereka berada di hadapan Proton Satria GTinya.

"Along datang tiba-tiba ni kenapa? Nasib baik Dinie tak naik lagi tau.." Dinie bertanya pula pada Azran tanpa menjawab soalan alongnya itu terlebih dulu.

"Hmm... ni ha. Dinie dah nyanyuk agaknya."

Selamba Azran mengutuk Dinie sambil mengunjukkan telefon bimbit di hadapan mata adiknya itu. Bulat mata Dinie melihatkan telefon bimbitnya itu. Dia tergelak perlahan. Pantas tangannya menyambut huluran Azran. Tidak sempat dia hendak mengelak, Azran lebih pantas mencuit geram pipinya.

"Hishh.. along ni.. Malu lah orang nampak.."

"Malu orang nampak? Siapa? Orang dekat tangga tadi tu ke?" Azran bertanya tidak henti. Dia tersenyum nakal pada Dinie yang tersengih. "Siapa dia tu Dinie? Tak nak kenalkan dekat along ke?" Tanya Azran lagi.

"Hishh... nak buat apa kenalkan dekat along.. Dia tu client firm kita orang je.. Along tak kenal pun tak apa.." Laju Dinie menjawab.

"Iya ke?" Azran bertanya, curiga dengan apa yang didengarnya kerana matanya dapat menangkap sesuatu yang luar biasa..

"Hmm.. Iyelah.. Dia tu anak buah Encik Ihsan. Sepupu bos Dinie.." Perlahan suara Dinie tapi jelas di pendengaran Azran. "Itu aje lah yang Dinie tahu..." Sambung Dinie lagi, melihatkan Azran yang menjungkitkan keningnya sedikit. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan agaknya.

"Is that all, dear..?"

"Iyelah.. Apa lagi yang along nak dengar!" Dinie menjawab geram. Dia mencubit lengan Azran kuat sebaik sahaja Azran ketawa lepas.

"Along nampak lain macam aje tadi.."

"Bila?"

"Alah.. Tadi tu.. Sempatlah jugak along tengok sikit-sikit.."

"Tengok apa?"

"Tengok yang tadi tu lah.. Kenapa Dinie tak naik-naik office lagi?"

"Ohh tadi tu.. Entah bila Encik Naqib tu tiba-tiba ada dekat depan Dinie. Kenalah tunggu dia ke tepi sikit baru Dinie boleh naik. Dia nak naik atas jugaklah tu kot.." Jawab Dinie jujur.

"Hmm.. Naqib nama dia.."

Azran tersengih sedikit. Dinie mencebik mendengar suara Azran yang seakan memerli.

"I saw something in his eyes, Dinie."

Dinie ketawa perlahan.

"Dinie pun nampak something.. Ada anak mata kat dalam mata dia, right..." Jawabnya selamba berlelucon. "Dahla along.. Dinie nak naik ni.. Thanks ye.." Dinie menayangkan telefon bimbitnya di hadapan Azran. Azran menepuk perlahan kepala Dinie sekali dan bergegas masuk ke dalam kereta.

Dinie menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan Azran yang tersengih dari tadi. Pandangannya menghantar perjalanan Azran dan dia berpusing ke belakang untuk melangkah semula ke dalam bangunan sebaik sahaja bayangan kereta Azran hilang dari pandangannya.

Along.. along.. Orang dah kahwin, along nak nampak apa pulak dalam mata dia. Buat lawak aje along ni..

Dinie tersenyum sedikit. Kepalanya tergeleng-geleng perlahan. Mati senyumannya saat dia bertembung lagi dengan Naqib di anak tangga.

Lah.. mamat seorang ni. Dia tak naik-nak lagi apehal.. Dinie berjalan terus seakan tidak terlihat olehnya Naqib yang sedang berdiri tegak di tepi tangga. Perlahan-lahan dia meniti anak tangga, bimbang terjatuh pula di hadapan Naqib.

Ishh.. Kalau jatuh ni, malu la aku...

"Oh mak kau.." Kuat suara Dinie melatah saat dia tersadung pada anak tangga yang ketiga. Mujur dia hanya terdorong ke depan sedikit dan tidak terjatuh. Heh!! Malu aku tujuh keturunan!! Dinie mengetap gigi.

Naqib yang memerhati menyembunyikan senyumnya.

Haa.. Itulah.. Buat-buat tak nampak pulak dekat saya yang berdiri tercatuk kat sebelah tangga ni. Awak jangan tak tahu saya ni pun berdaulat jugak.. Kan dah kena tulah..

Lambat-lambat Naqib tersenyum. Dia mendaki anak tangga mengikut langkah Dinie dari belakang. Namun beberapa ketika, langkahnya mati. Dia berpaling semula untuk turun ke bawah.

"Tak nak naik ke Encik Naqib?" Tiba-tiba Dinie bersuara menyedari Naqib tiada di belakangnya.

Naqib tersengih dan berkata, " Saya dah naik, dah turun dah pun.."

Dinie mengerutkan dahinya, kurang jelas dengan ayat Naqib. Lambat-lambat dia menjungkitkan keningnya dan berkata, "Hmm.. Saya naik dulu lah ye," Dinie berpaling dan terus melangkah.

"Take care.. Assalamualaikum.."

Lembut suara Naqib di pendengaran Dinie membuatkan langkahnya terhenti seketika. Dia memalingkan wajahnya memerhatikan Naqib yang memandang langkahnya. Lambat-lambat dia mengukirkan senyuman buat Naqib yang sedang tersenyum padanya.

Along.. I saw something dazzling in his eyes.. But this can't be true, long.. Rintih Dinie dalam hati. Dia segera berpaling dan berjalan laju mendaki anak tangga. Tidak lagi dia berpaling ke belakang. Bimbang matanya menangkap kelibat Naqib di belakangnya. Bimbang matanya akan bertentang lagi dengan sepasang mata yang memikat itu..

1 comment: