June 16, 2009

Bayang-Bayang 27


Dinie menongkat dagunya di meja dalam kesuraman malam. Gelas di atas meja dimain-mainkan dengan hujung jarinya. Sesaat kemudian dia menegakkan duduknya dan menyandar ke kerusi. Gelas di hadapannya diangkat dengan berhati-hati. Lambat-lambat dia meneguk perlahan air jernih dari dalam gelas itu.

Tap! Ruang dapur yang tadinya suram menjadi terang-benderang.

“Dinie?”

Pantas Dinie menoleh ke arah suara yang memanggil namanya seketika tadi. Terasa hambar senyuman yang dihulurkan pada pemilik suara itu.

“Dinie buat apa tak tidur lagi ni?” Lembut suara Azran bertanya sambil tangannya menarik kerusi di hadapan Dinie. Dilabuhkan punggunggnya di atas kerusi itu dengan matanya tidak lepas daripada memandang seraut wajah yang muram saat itu.

“Minum air..” Ringkas jawapan Dinie. Gelas yang sudah kosong ditayangkan pada Azran. Dikuntumkan senyum buat alongnya itu biarpun senyumnya tika itu tiada seri.

“Kenapa tak bukak lampu tadi..” Mata Azran masih tak lepas dari merenung Dinie. Dinie menundukkan kepalanya. Hujung jarinya bermain-main dengan gelas kosong di atas meja.

“Dinie..” Panggil Azran perlahan.

Dinie mendongak. Kepalanya diarahkan pada Azran. Keningnya dijungkitkan sedikit. Berkerut dahinya saat matanya menangkap segaris senyuman nakal yang terukir di bibir Azran.

“Risau sangat along tengok… I knew there’s something between you and him…” Lambat-lambat Azran bersuara. Tersengih dia pada Dinie yang sudah mencebik. “Dinie takleh sorok dari alongla.. Sejak first time jumpa dia that day, along dah agak.....”

“Agak apa… Hmm… agak apa long…” Pantas Dinie memotong kata-kata Azran sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya. Azran ketawa kecil.

There’s nothing to worry, sis.. Kan doktor dah kata tadi, he’s going to be okay.. Hmm?”

“Hmm.. Thanks, long..” Dinie menjeling manja Azran di hadapannya. Matanya merenung tepat ke dalam mata Azran. Dalam renungannya saat itu. Renungan yang membawanya ke peristiwa kala senja tadi.

Rentak kakinya yang mengukur ruang menunggu seawal ketibaannya tadi terhenti saat telefon bimbitnya berlagu perlahan. Tanpa menunggu lebih lama, panggilan itu segera dijawabnya.

“Along…” Serentak dengan itu berjuraian air matanya mengalir di pipi. Teresak-esak Dinie seketika.

“Long… iskk… Long… “ Terputus-putus suaranya di selangi esakan halus.

“Dinie.. Syyhhh… Calm down, sayang.. Dinie kat mana ni? Cuba bagitau along..” Lembut suara Azran menenangkan adiknya. Dalam suara yang terputus-putus, Dinie memberitahu lokasinya saat itu. “Okay, I’ll be right there in five minutes. Dinie tunggu along dekat situ ya. Jangan pergi mana-mana, okay..” Sambung Azran sebaik sahaja dia mengetahui lokasi Dinie.

“Dinie!”

Tepukan perlahan di pipi Dinie sebaik sahaja namanya dipanggil Azran menyedarkannya dari lamunannya sebentar tadi.

“Hish.. Apa kes tenung-tenung along macam tu.. Ini alongla bukan Naqib..” Azran mengenyitkan matanya pada Dinie. Dinie mengerutkan hidungnya. Laju sahaja dia menjelirkan lidahnya pada Azran.

“Along turun dapur ni nak buat apa?” Tanya Dinie, mengubah hala perbualan mereka, bimbang diusik Azran lagi.

“Hah.. Along nak minum air sebenarnya. Hm.. Dah alang-alang Dinie ada kat sini, along nak request air milo lah…”

Azran menjungkitkan keningnya beberapa kali. Sengihannya makin lebar saat matanya melihat Dinie yang sudah memuncung.

“Apa muncung-muncung ni ha…” Azran mencuit pipi Dinie sambil ketawa kecil. “Practice makes perfect tau Dinie..” Sambung Azran lagi dengan tawa yang masih bersisa.

Dinie mengerutkan dahinya memandang Azran. “Ada-ada aje along ni tau..” Dinie menggumam perlahan. Matanya menjeling Azran.

“Hm.. Apa lagi tu Dinie… Nanti kalau dah kahwin, itulah kerja Dinie tau..” Azran tersengih, masih lagi mahu mengusik adiknya itu.

“Ish along ni merapu apa… Siapa pulak yang nak kahwin tiba-tiba ni…”

Dinie menepuk kuat tangan Azran yang terletak elok di atas meja. Mengaduh Azran seketika sebelum bibirnya menguntum senyum nakal sekali lagi.

“Along kata kalau…” Azran mengenyitkan matanya pula sebelum menyambung, “Kan bagus kalau dia dengan Dinie... Hmm... Along suka jugak kat Naqib tu…” Sengihan Azran mengakhiri ayatnya.

Dinie menjelirkan lidahnya. Pantas dia bangkit dan berjalan laju menuju ke kabinet, malas hendak melayan usikan Azran. Lincah tangannya mencapai mug yang tergantung di rak dan tin milo yang disimpan di dalam almari.

"Hm.. Dinie.. Bos Dinie dah ambik ke kereta Naqib kat hospital tu?" Tanya Azran sebaik sahaja Dinie meletakkan mug berisi air milo di hadapannya. Keningnya dijungkitkan sedikit pada Dinie.

"Dinie dah bagi kunci dekat Encik Idraki sebelum balik tadi. Dia dah bawak balikla kot.."

Dinie mengangguk beberapa kali. Punggungnya dilabuhkan semula di atas kerusi bertentangan dengan Azran. Matanya memandang pada Azran yang sedang menghirup milo perlahan-lahan. Mindanya kembali menerawang jauh.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Perlahan suara Idraki berbisik di telinga Dinie. Matanya dialihkan pada Naqib yang terbaring lemah di hadapannya.

Dinie menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Sukar untuknya menceritakan semula detik hitam yang hampir-hampir membuatkan maruahnya tergadai. Setitis mutiara jernih kembali menodai pipi gadis itu.

Batuk kecil kedengaran tiba-tiba. Dua pasang mata memandang tepat pada sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Idraki pantas mendekatkan telinganya di bibir Naqib saat matanya terpandangkan gerak bibir itu seperti hendak mengatakan sesuatu.

"Dia selamat, Qib. Don't worry.." Idraki mengerling sekilas pada Dinie yang berdiri bertentangan dengannya. Bibirnya menguntum senyum pada seraut wajah yang kerisauan saat itu.

"You better have a rest, Qib. Don't talk too much.." Idraki menggosok perlahan bahu Naqib. "Aku takkan bagitahu Nuha. Kau jangan risaula.." Sambung Idraki lagi. "Ada ni ha kat depan aku ni.." Idraki menegakkan badannya, memandang pada Dinie yang setia menanti sedari tadi.

Batuk-batuk kecil Naqib membuatkan dahi Dinie berkerut hebat. Risau dia melihatkan keadaan Naqib saat itu ditambah dengan kerisauan melihat lelaki itu yang tidak henti bersuara sejak tersedar, biarpun tersekat-sekat dan hanya bisikan sahaja.

"Encik Naqib rehat dulu.. Esok saya datang, ya.." Pantas Dinie bersuara, menghalang Naqib dari terus berkata-kata. Matanya memberikan isyarat pada Idraki yang tersengih di hadapannya.

"Aku pun nak baliklah, Qib.. Ada pulak nurse tak bertauliah yang bagi isyarat kat aku. Lagipun aku rasa kalau aku ada kat sini, tak tidur kau, Qib.." Idraki tergelak kecil. "Kau rest la cukup-cukup, okay.." Idraki menggosok perlahan bahu sepupunya itu.

"Auww!" Dinie mengaduh kuat saat dia terasa cubitan di pipinya. Terbang lamunannya di ganti dengan rasa sakit di pipinya itu. Laju sahaja dia menggosok pipinya yang dicubit Azran sebentar tadi. "Apa ni main cubit-cubit. Sakit tau, long.." Dinie menjeling Azran di hadapannya.

"Penat along dok cakap dari tadi.. Rupanya along cakap sorang-sorang je.. Sakit lagi hati along dari pipi Dinie tu tau.." Azran mencuit manja pipi Dinie. Dinie tersengih seorang diri.

"Along cakap apa tadi, long? Cuba along ulang lagi sekali.. Kali ni confirm Dinie dengar elok-elok.." Dinie bersuara manja, menutup kesalahannya tadi.

"Aha.. No Way.." Azran mengerutkan hidungnya.

Dinie mencebik. "Ala.. Tak bagitau pun takpe.. Dinie pun tak mau tahu..."

Azran tersenyum nakal. Matanya dikecilkan sedikit, menatap wajah Dinie yang agak ceria berbanding sebelum ini. Keningnya sengaja dijungkitkan beberapa kali, menimbulkan tanda tanya pada Dinie.

"Ala... Along ni saje je tau... Cepatla cakap, apa dia..." Lembut suara Dinie memujuk Azran. Azran tersenyum lagi. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

Dinie mencebik. Geram dengan canda Azran yang bersahaja. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyum.

“Kenapa senyum tiba-tiba ni?” Tegur Azran pelik. Berkerut dahinya melihatkan senyuman Dinie yang makin lebar.

“Aik.. Sejak bila pulak tak boleh senyum ni? Suka hati Dinie la nak senyum..” Dinie menjawab laju dengan senyuman yang meleret. “Dinie nak naik tidurlah, long..”

“Hm..” Azran mengangguk sekali. “Eh kejap, esok macam mana?”

“Ha? Macam mana apa?” Tanya Dinie lurus. Dia yang sudah tegak berdiri kembali melabuhkan punggungnya semula di tempat duduknya tadi.

“Dinie kerja tak esok? Nak pergi hospital ke?”

“Encik Idraki bagi Dinie cuti. So, Dinie ingat nak pergi hospital kejap. Along teman…” Dinie merenung manja Azran di hadapannya. Azran menjungitkan keningnya sedikit. Bibirnya menguntum senyum.

“Selepas apa yang dah jadi, takkan along biarkan Dinie seorang diri lagi..” Perlahan Azran bersuara. Ada kekesalan yang terbuku di hatinya mengenangkan apa yang telah terjadi kepada adik kesayangannya itu.

Matanya memandang tepat ke dalam mata Dinie. Ada sendu di mata itu.

Dinie tunduk merenung jari jemarinya di atas meja. Namun sesaat kemudian kepalanya didongakkan semula. Pandangannya tertumpu pada Azran yang masih lagi menatap wajahnya tika itu.

Promise me not to tell mama and babah about this..” Pinta Dinie sayu, mengharapan pengertian Azran.

Lambat-lambat Azran mengangguk dalam keterpaksaan. “I’m so sorry..” Hampir tidak kedengaran suaranya saat itu.

No comments:

Post a Comment