June 19, 2009

Bayang-Bayang 43


“Piya.. Bangun sayang.. Kita dah sampai ni..” Naqib mengusap lembut pipi Dinie. Tudung isterinya itu dibetulkan sedikit. Lama matanya menatap wajah polos isterinya penuh kasih.

“Piya..” Panggil Naqib lagi. Seketika pandangan beralih pada halaman rumah yang sudah terang benderang. Jam di papan pemuka dikerling sekilas. Lebih lima minit dia berada di dalam kereta sejak tiba seawal jam sepuluh tadi.

Dinie Sophea yang bergerak perlahan mengalih tumpuannya. Tersenyum dia melihatkan Dinie yang terpisat-pisat. Isterinya itu menegakkan badan sebelum berpaling menghadapanya.

“Kat mana ni bang?” Tanya Dinie perlahan. Tudung di kepala ditarik sedikit ke belakang sebelum dia membetulkan lipatannya. Tertunduk malu Dinie, menyedari pandangan Naqib yang tertumpu padanya.

“Nuha mana?” Pantas Dinie bersuara lagi untuk menghilangkan gugup. Terasa seperti baru semalam dia diijab kabulkan dengan lelaki di sisinya itu.

“Kat dalam dengan ummi..” Ringkas jawapan Naqib sambil matanya tak lepas dari menatap seraut wajah yang mengundang damai di hatinya.

“Dah sampai..” Dinie menggumam perlahan. Pantas tangannya mencapai pemegang pintu di sisi kirinya. Ingin dibuka pintu itu. Mahu segera lari dari menjadi tatapan suaminya tika itu.

“Aha! Tunggulah kejap sayang.. Tadi abang kejut, Piya tak nak bangun..” Naqib pantas menekan central lock. Tersengih Naqib melihatkan bulat mata Dinie memandangnya.

“Dah lama ke sampai?” Dinie bertanya, mengusir sepi waktu itu.

Naqib mengangguk sekali sebelum menjawab, “Adalah dalam lima belas minit. Makin bulat mata Dinie memandangnya.

Naqib ketawa nakal. Tangannya mencapai tangan Dinie. Digenggam erat tangan itu sebelum Dinie menarik perlahan. Dinie kembali kaku. Pandangannya dialihkan ke sekitar halaman rumah Hajah Sufiah.

“Piya ni.. Sayang betul abang dekat Piya tau..” Naqib mencuit lembut pipi isterinya. “Piya bagi abang ubat guna-guna ye...” Naqib ketawa lepas. Tangan Dinie yang menampar lembut pehanya digenggam erat.

“Kenapa abang tak kejut Piya..”

“Siapa kata abang tak kejut.. Piya yang tak nak bangun..” Naqib mengerdipkan matanya.

Dinie tersipu malu. Baru dia teringat kata-kata Naqib sebelum ini. Dia tersengih memandang Naqib.

“Lain kali kejutlah betul-betul..” Pantas Dinie bersuara menutup malu. Hidungnya dijungkitkan sedikit.

“Nasib baik abang tak tinggal Piya tidur kat dalam ni sampai esok pagi..” Usik Naqib.

Dinie ketawa lepas. “Nakal tau!” Lengan Naqib dicubit geram. Naqib mengaduh manja. Dinie sambung ketawa. Namun, tawa itu mati sesaat kemudian. Bulat matanya seketika.

“Ummi..” Sepatah kata yang keluar dari seulas bibir itu membuatkan Naqib menjungkitkan keningnya.

“Ummi kat dalam sayang..” Tangannya mencapai tangan kanan isterinya. Dipukul lembut tangan itu seraya berkata, “Hmm.. Tangan ni yang suka cubit orang kan.. Memang nak kena...”

Belum sempat Naqib membawa tangan comel itu ke bibirnya, Dinie menarik tangannya pantas. Matanya mengisyaratkan sesuatu. Sayangnya, Naqib tak memahami isyarat Dinie tika itu. Laju sahaja Naqib merapati Dinie dan mencium pipi isterinya.

“Ummi!” Amaran Dinie yang kedengaran tegas dalam nada berbisik mengetuk gegendang telinga Naqib. Serentak dengan itu kedengaran ketukan pada cermin di sisinya.

Naqib tersengih lebar. Laju sahaja kepalanya dipusingkan menghadap susuk tubuh yang berdiri tegak di sisi keretanya itu. Mujur cermin keretanya agak gelap dan suasana kelam dalam kereta menyukarkan ummi untuk melihat dengan jelas keadaan di dalamnya sebentar tadi.

“Ummi.....” Meleret suara itu sebelum Naqib mengalihkan pandangannya pada Dinie yang menjegilkan mata padanya. “Jom turun, sayang..” Perlahan Naqib bersuara sambil mengerdipkan matanya pada Dinie. Pantas tangannya menekan kembali central lock.

Pintu dibuka dan tangan Hajjah Sufiah dicapai. Disalam penuh hormat. Hajjah Sufiah ketawa kecil sebelum mengusap kepala menantunya yang sedang tunduk bersalaman dengannya. Batang tubuh Dinie segera dipeluk erat sebaik sahaja anaknya itu menghampiri.

“Rindunya ummi dekat Piya.. Kenapa lambat masuk?”

“Piya.....”

“Piya tak nak bangun, mi.." Pantas Naqib mencelah.

Dinie mencubit geram lengan Naqib yang berjalan bergandingan dengannya. Laju sahaja Naqib menangkap tangan comel itu dan mengucup mesra. Dinie menarik kembali tangannya dan menyiku perut Naqib pula. Pantas langkahnya dibuka luas, menyaingi langkah Ummi.

Ummi yang berada selangkah di hadapan mereka berpaling ke belakang, memandang anak menantunya dengan kerutan di dahi. Dinie tersengih. Naqib ketawa lepas.

Hajjah Sufiah menggeleng perlahan. Sesaat kemudian, riuh mulutnya mengajak Dinie dan Naqib masuk ke dalam rumah.

“Nuha mana, mi?” Pantas Dinie bertanya. Pelik kerana tidak mendengar suara gadis itu sedari tadi.

“Tu.. Tidur dah dia..” Memuncung Hajjah Sufiah, mengarahkan pada sesusuk tubuh yang sedang lena di atas sofa berangkai tiga berhampiran almari hiasan yang menempatkan sebuah televisyen 42 inci. Tv yang hanya sesekali dibuka bila Azran datang berkunjung sampaikan dia menggelar tv itu, tv bola kerana anak sulungnya itu hanya menonton perlawanan bola setiap kali pulang ke Ipoh.

“Astaghfirullahalazhim.. Budak sorang ni. Boleh pulak dia sambung tidur dekat situ. Main landing je ikut dan.. Ingat rumah sendiri ke..”

Pecah tawa Dinie dan Hajjah Sufiah mendengarkan bebelan Naqib.

“By..” Panggil Naqib. Kakinya mara ke hadapan. Pantas Dinie menarik lengan suaminya. Tidak mahu tidur Nuha terganggu. Langkah Naqib terhenti.

“Biarlah dia Naqib.. Bukan ada sesiapa pun dekat rumah ummi ni. Penat Nuha tu. Lagipun ummi dah janji nak kejut dia bila ummi nak masuk tidur nanti..” Wanita itu tersenyum pada menantunya. “Moh kita turun dapur. Minum dulu..”

Hajjah Sufiah mendahului anak menantunya turun ke dapur di hujung rumah. Dinie menarik mesra lengan Naqib yang menggelengkan kepalanya melihat Nuha yang sudah pulas tidur.

“Abang.. Biarlah Nuha.. Pantang tengok baby tu senang sikit..”

“Habislah Baby. Piya tak boleh spoils baby tu.. Seminggu dekat sini, jadi budak manja baby nanti. Habis didikan abang sebelum ni..” Dinie ketawa perlahan. Lengan Naqib dalam pelukannya ditepuk lembut.

“Alah abang pun lebih kurang je sebenarnya.. Panggil Nuha baby ingat tak spoiled ke?? Abanglah yang pampered Nuha selama ni tau..”

Naqib menjegilkan matanya sekali sebelum tersengih. Dicuit hidung isterinya sebelum tawanya meletus. “Piya ni saja buat abang geram ye..” Naqib menarik Dinie ke dalam dakapannya. Dinie terjerit kecil.

“Abang!” Pantas tangannya menampar lengan Naqib yang erat di pinggangnya. Naqib ketawa lepas. “Abang.. Ummi nampak nanti.. Malulah..” Dinie menjegilkan matanya. Naqib menjungkitkan keningnya.

“Tak apa.. Biar ummi tahu Piya ni nakal..”

“Piya pulak..” Dinie memuncung.

Naqib ketawa lagi. Pelukannya dieratkan. “Sayang, kita honeymoon dekat sini tau..” Bisik Naqib lembut di telinga Dinie.

“Hah? Really?” Berpusing Dinie menghadap Naqib, mendengarkan bisikan itu.

Naqib mengangguk laju memandang wajah Dinie yang sedang menantikan kepastian daripadanya. Dinie terjerit perlahan.

“Thanks abang..” Jelas terpancar keceriaan pada wajah kesayangannya itu. “Thanks..”

Senyuman yang terukir di bibir Dinie menyenangkan hati Naqib. Tanpa sedar isterinya itu memeluk erat dirinya. Naqib menyembunyikan senyumnya.

“Thanks..” Ucapan terima kasih meluncur keluar dari bibir Dinie untuk kesekian kalinya selain dakapan yang semakin erat.

Naqib akhirnya ketawa lepas. Dia mendepangkan tangannya. “Iya.. Abang tahu Piya sayang abang..” Giat Naqib. Senyum nakal terukir di bibirnya.

Pantas Dinie melepaskan pelukannya, baru tersedar perbuatannya tika itu. Dia berpaling melangkah ke hujung rumah untuk turun ke dapur. Baru melangkah beberapa tapak, pergerakannya terhenti. Naqib menarik lembut lengan isterinya itu.

“Lari dari abang ye..”

Dinie menggeleng pantas. Kepalanya tidak sedikit pun diangkat memandang wajah suaminya. Malunya terasa makin menebal.

“Senang hati abang tengok Piya suka..” Lembut suara Naqib di pendengaran Dinie. “Abang nak Piya tahu, honeymoon tak semestinya hanya kita berdua. Kalau berdua je dalam bilik pun boleh, right?”

Naqib mengenyitkan matanya pada Dinie yang mendongak tiba-tiba. Bulat mata isterinya tika itu mendengarkan kata-katanya. Naqib ketawa perlahan sebelum menyambung, “Tapi apa yang penting, kita bersama insan tersayang.. Ummi pun insan tersayang, kan.. Abang sayang ummi. Piya lagi sayang ummi..”

“Sayang Nuha sekali..” Tiba-tiba Dinie mencelah. Perlahan suaranya hampir tak kedengaran.

“Hmmm.. Good. You got it.” Seketika anak mata Naqib berlawan pandang dengan bebola mata isterinya. Senyuman menguntum di bibir keduanya.

“Thanks abang..” Tutur Dinie lembut. Pandangan Naqib terasa menikam ke dalam matanya, mengusik sekeping hatinya yang sememangnya sudah terukir sebaris nama milik suaminya itu.

“Piya memang suka.. Seronok!” Bahagia rasanya dapat bersama dengan ummi.. Segaris senyuman terukir di bibirnya untuk tatapan suaminya itu. Meleret senyuman itu saat Naqib membalasnya mesra.

Naqib menarik Dinie ke dalam pelukannya. Beberapa saat berlalu tanpa gangguan. Masing-masing diam melayan perasaan. Tidak lama kemudian..

“Ya Allah budak berdua ni. Bertuah betul. Padanlah ummi dok panggil tak ada yang menyahut.”

Serentak dengan itu dakapan Naqib terlepas. Dinie bergerak pantas, merapati ummi yang sedang berjalan menghampiri mereka. Kedua-duanya hanya tersengih melihat ummi yang menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun, sesaat kemudian ummi tersenyum lebar. Tangan Dinie yang memeluk erat lengannya diusap mesra.

“Dah, jom turun bawah tu. Sejuk dah air yang ummi buat tunggu kamu berdua..” Ajak ummi dengan senyum terukir di bibirnya. Dia berpaling ke belakang, melangkah berhati-hati meniti tangga kayu itu untuk ke dapur. Dinie menjelirkan lidahnya sedikit pada Naqib dan suaminya itu membalas dengan kerdipan matanya.

“Macam dolphin..” Bisik Naqib. Pecah tawa mereka berdua sambil menuruti langkah Hajjah Sufiah..

No comments:

Post a Comment