August 29, 2011

☺ Perutusan 2 dalam 1 ☺ [PART 1]



“Assalamualaikum,”


“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. A~bang~~”


Tersenyum Firas mendengar suara comel yang menjawab penuh salam yang diberi. Nyaring suara si kecil itu memanggilnya ceria.


“Tiya sayang, sihat?”


“Sihat! Alhamdulillah,”


Tersenyum lagi Firas mendengar suara si kecil yang membalas manja dalam pelatnya.


“Mama ada tak sayang?”


“Ada. Kejap Tiya panggil mama,”


Mamaaaa~~ Abang Yas panggil~~


Makin lebar senyuman Firas mendengar jeritan nyaring si kecil lima tahun itu. Hanya Tiya yang memanggilnya Yas disebabkan kepelatan si kecil itu ketika mula-mula dipanggil namanya beberapa tahun dahulu. Bibir lelaki itu menguntum senyum lagi.


“Assalamualaikum,”


“Waalaikumussalam, ma. Ma sihat?”


“Alhamdulillah. Senang hati mama dengar suara Firas. Firas macam mana? Okay?”


Firas ketawa perlahan sebelum membalas, “Alhamdulillah, Firas macam biasa mama tengok dulu. Papa sihat? Amir dengan Aiman?”


“Alhamdulillah, semua sihat. Buah hati Firas tak nak tanya?”


“Buah hati? Siapa ma?”


Tawa Firas bergabung dengan tawa Nurin Ain sesaat.


“Dia merajuk tau, Firas. Firas tak call Falah?”


“Erm tak ma. Ma tahu kan Firas tak pernah call Falah.”


“Hm.. Tapi entah kenapa la anak dara papa jauh hati pulak,”


“Falah tak ada cerita apa-apa ke ma?”


“Emm nope. Firas kenal kan Falah macam mana. Selagi boleh disimpan, sampai berkulat la gamaknya.”


Firas tersenyum kelat. Namun sesaat kemudian dia tersengih pula.


“Firas tak reply message Falah, ma. Marah sebab tu agaknya. Lama dah Firas tak text Falah.”


“But why?”


“Sebab sayang,”


“Okay, I got it,”


Firas tersenyum lagi. Serasa ringan hatinya dapat meluahkan apa yang dirasai. Beban merahsiakan perasaan apetah lagi menjaga kesucian kasih umpama berjuang di medan tanpa peperangan dan tanpa musuh di hadapan mata.


“Firas ingat tak dah berapa lama Firas kenal dengan Falah?”


“Apa ma?”


Tersengih malu Firas. Kelekaannya membuatkan pendengaran terbatas seketika.


“Firas dah lama kenal dengan Falah, dah lama kawan dengan Falah,”


“Em hm,”


“Firas tak contact Falah langsung sepanjang Firas dekat Brisbane?”


“Ermm tak.” Firas terdiam seketika sebelum dia pantas menyambung, “It’s not that I don’t care, I do.. It’s just that.....”


“Tak apa sayang mama faham. Cuma Firas kena fahamkan Falah.”


“Itu antara sebabnya Firas call mama,”


“Okay, I’m all ears my dear,”


“Firas nak balik next week,”


“Serius? Papa baru je cakap dekat mama last night Firas tak jadi balik raya ni,”


“I can’t help it.”


“Erm okay nanti mama bagitahu dekat papa,”


“Firas dah book ticket, ma.”


“So cancel la vacation Firas dengan kawan-kawan cuti spring ni?”


Firas ketawa perlahan.


“Maybe next year kita buat family vacation dekat sini, boleh ma? Firas dengan Falah. Mama, papa dengan adik-adik,”


“And what is that supposed to mean?”


Tersenyum Firas mendengar leretan soalan mamanya.


“Erm ma, is it okay kalau Firas kata Firas nak tunang raya ni? Nikah dalam tengah tahun depan maybe?”


“Okay sangat. Mama okay je Firas. Tapi Firas yakin tak ni? By the time, both of you are just going to be 20. Firas dah betul-betul pasti?”


“Em hm. InsyaAllah. Firas yakin, ma. Erm.. sejak datang sini Firas ada buat kerja part time. A few actually,”


“Mama dengan papa tak tahu pun,”


“Firas minta maaf tak beritahu mama dengan papa. Firas tak mahu susahkan mama dengan papa lagi. Besar jasa dan pengorbanan mama dengan papa dekat Firas. Firas tak pernah rasa keseorangan sejak Firas masuk dalam keluarga ni. Sejak kenal mama dengan papa, Firas lupa Firas anak yatim piatu, sebatang kara.”


“Firas sayang, ini semua aturan Allah. Rezeki Firas, Allah yang beri. Firas bukan lagi orang asing dalam keluarga kita. Bukan ke orang baik, balasannya juga baik? Firas memang berhak, Firas layak untuk kebahagiaan dan kesenangan ni. Tapi Firas kena ingat, kebahagiaan dunia sementara je. Kita kejar yang hakiki. Allah dah aturkan yang terbaik dan DIA takkan membebankan hamba-NYA sebab DIA tahu apa yang termampu untuk kita. DIA maha Mengetahui, kan?”


“Hm. Firas faham, ma. Tak pernah sedetik Firas berhenti bersyukur. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mama, budi papa dekat Firas.”


Suara anak muda itu terhenti seketika, menahan sebak. Jiwanya mudah terusik saat berbicara perihal keluarga.


“Apa-apa pun, mama nak Firas tahu, kami tak paksa Firas nikah cepat-cepat. Kami faham kamu berdua masing-masing masih muda. Mama faham, papa pun faham, sayang.”


“No, ma. Firas tak rasa terpaksa. Ini kehendak hati Firas, ma. Bukan kerana terpaksa, bukan kerana hendak membalas jasa. Firas tak nak mama dengan papa salah anggap. Kuat hati Firas nak percepatkan perancangan dari yang asal.”


“Firas takut Falah lari ya?”


Tertawa Firas mendengarkan usikan mamanya.


“Firas kenal Falah, ma.”


Tenang dia membalas seketika kemudian.


“Okay kalau Firas kata gitu, nanti Firas bincang dengan papa ya sayang?”


“Okay then,”


“Firas,”


“Ya ma,”


“Dari mula mama jumpa Firas dulu mama dah jatuh sayang. Sepanjang Firas bersama kami, mama tahu mama boleh harapkan Firas. Mama nampak Firas yang terbaik untuk Falah. Mama nampak Firas sebagai anak yang soleh. Firas dah buktikan Firas boleh jadi ketua yang baik. Mama tahu Firas boleh pimpin Falah. Apa-apa pun, age is just a number. Muda bukan bererti tak matang. Muda bukan halangan menjadi ketua keluarga. Mama nak Firas tahu, mama yakin dengan Firas. I have faith in you, my dear,”


“Thanks ma. Thanks a lot. Firas akan jaga Falah sepenuh hati Firas. InsyaAllah akan Firas pimpin keluarga Firas mencari cinta yang hakiki. InsyaAllah. You have my words, ma,”


“InsyaAllah.. Mama sentiasa yakin dengan Firas dan lagi penting, mama yakin dengan-NYA,”


“InsyaAllah,”


Pagi Syawal...


“Ayong, ayong, Tiya nak kasut Tiya,”


“Tiya nak pakai kasut pergi mana pulak ni. Mama dengan papa kan belum siap lagi, sayang. Nanti mama dengan papa dah turun, ayong pakaikan kasut comel Tiya tu, ya.”


Dayana Fathiya memuncung. Dayana Falah ketawa perlahan, menarik muncung adiknya.


“Tak comel tau buat macam tu.. Nanti jadi Donald Duck macam mana? Ayong tahu la Tiya suka tengok cartoon Donald Duck tu, tapi jangan la tiru dia. Tak comel. Tiya nak jadi Daisy ea?”


Falah terus-terusan mengusik. Fathiya mencebik pula.


“Betul tau, tak comel dah. Ermm sekejap lagi mama dengan papa turun la tu. Telekung Tiya mana?”


“Ni,”


Fathiya tersengih lebar tiba-tiba. Beg telekung kecilnya ditayangkan di hadapan Falah. Tidak sabar si kecil itu hendak menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid.


“Good girl,”


Kepala Fathiya diusap Falah lembut.


“Falah, Tiya, siap dah sayang?”


“Dah, ma,”


Serentak Falah dan Fathiya membalas. Ain tersenyum.


“Kita tunggu papa dengan bujang senang berdua tu sekejap ya,”


Serentak Falah dan Fathiya mengangguk.


“Siapa nak ikut pergi rumah Tok mama dengan Tok Abah lepas ni?”


Soal Ain dengan wajah berseri dan mata bercahaya. Bibirnya menguntum senyum. Keningnya dijungkitkan sekali.


“Tiya!”


Fathiya membalas riang penuh semangat. Siap diangkat tangan kanannya menjulang ke udara.


“Falah sayang?”


“Kawan-kawan maktab Falah nak datang raya, ma.”


“Bila tu?”


“I’m not sure. Tapi dia orang kata nak datang raya pertama ni,”


“Falah confirm dengan kawan-kawan dulu. Rugi tau tak datang rumah Tok Mama dengan Tok Abah lepas ni,”


Berkerut dahi Falah melihatkan mamanya yang menjungkitkan kening beberapa kali.


“Macam suspicious je mama ni. Bukan ke selalunya lepas dari masjid kita terus pergi rumah Tok Dah dulu?”


Ain tersenyum sebelum membalas, “Tok Dah terus pergi rumah Tok Ma dengan Tok Abah dari masjid nanti,”


“Haa memang suspicious. Tak nak la ikut. Falah nak jaga rumah. Bahaya tau, banyak kes pecah masuk sekarang ni, siap bakar-bakar rumah lagi. Bahaya, bahaya.”


“Tau pulak bahaya. Yang nak tinggal sorang jaga rumah tu tak fikir pulak bahaya,”


Terdiam Falah mendengar suara papanya dari anak tangga tiba-tiba. Falah tersengih seketika.


“No excuses, semua kena ikut pergi rumah Tok Ma and Tok Abah lepas solat. Ziarah menziarahi tu kan amalan mulia. Digalakkan lagi dalam Islam.”


“Okay boss!”


Falah membalas laju sambil mengangkat tabik kepada papanya. Ammar Ghazi menepuk pipi Falah perlahan. Dia tersenyum memandang wajah comel anak gadisnya itu.


“Cantik baju raya Falah tahun ni,”


“Iya ke?”


Dayana Falah bingkas. Badannya dipusingkan beberapa kali. Kembang hati mendengar pujian papanya. Tangan tak puas membelek baju kurung moden krim yang bersulam bunga coklat keemasan.


“Memang la cantik, kain datang dari jauh tu,”


“Eh bukan ke mama kata mama beli kain dekat Nilai?”


Tanya Falah pelik mendengarkan ujaran mamanya sebentar tadi. Ain menjungkitkan kening sekali.


“Nilai? Aa ya, Nilai. Tak jauh ke Nilai tu?”


“Jauh, jauh. Dah jom, masjid dok panggil-panggil dah tu,”


Suara Amir tiba-tiba mencelah. Aiman di belakangnya tersengih membetulkan butang baju. Kembar berdua itu nampak segak berbaju Melayu.


“Come on,”


Ringkas sahutan Ammar. Ditarik Fathiya ke dalam dukungan sebelum si kecil itu merengek minta dipakaikan kasut barunya. Ammar menurunkan Fathiya. Pipi gebu Tiya dicuit sedikit sebelum dia mengambil kasut si kecil itu dari dalam almari kasut. Dia menghulurkan kasut itu kepada Aiman.


“Aiman, tolong adik. Papa nak start kereta,”


“Adik, nanti hilang kasut baru adik tau. Simpan dalam kereta dulu. Adik pakai selipar, nanti nak pergi raya kita tukar kasut, okay?”


Pujuk Aiman lembut. Fathiya yang sudah berdiri tegak di hadapannya dipandang tak kelip. Si kecil itu terkebil-kebil seketika. Entah apa difikirkannya. Dia mengangguk seketika kemudian. Selipar berbunga ungu di hadapannya pantas disarung sebelum dia berlari mendapatkan Ain di tempat duduk sebelah pemandu. Beberapa minit kemudian, kereta meluncur laju menuju ke masjid berhampiran. Laungan takbir yang bergema mendamaikan jiwa.


3 comments: