Nokia 6030 milik Dinie bergetar sekali di atas meja menandakan ada mesej baru yang masuk. Dinie bingkas bangun dari katil dan membelek telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja studi Adhana lewat malam semalam. Butang hijau ditekan untuk membuka mesej yang baru sampai itu.
assalamualaikum..
Dinie membaca mesej yang diterimanya sebentar tadi. Dalam hatinya dia menjawab salam yang dihulurkan itu. Dia berjalan menghampiri katil dan merebahkan badannya ke atas katil semula. Beberapa minit kemudian telefon bimbit itu bergetar lagi dalam genggaman Dinie. Dia segera membaca mesej yang baru masuk.
awak bukan nak reply pun kan.. it's ok. yang penting awak baca...
Dinie tersenyum. Dah tahu aku takkan reply, buat apa hantar mesej lagi.. Dia tergelak perlahan. Namun tawanya terhenti tiba-tiba saat telefon itu bergetar sekali lagi.
feels good when somebody misses u
feels best when somebody loves u
feels better when somebody never forgotten u
erm..awak baca till the last word pun dah cukup bahagia rasanya..
morning awak..bye...assalamualaikumm..
Aduh dia ni... mesej dia..... hmm nasib baik aku tak kenal. Kalau tak tergoda pulak. Dinie tergelak kecil. Dia membelek telefon bimbit di tangannya sebelum jarinya menekan butang di telefon bimbit untuk pergi ke menu.
Senyuman Dinie tidak lekang dari bibirnya biarpun telefon bimbit di tangan sudah diletakkan di atas meja kecil di sisi katil. Dia bingkas bangun dari katil tiba-tiba.
"Alamak, baju tak iron lagi!" Dinie terjerit kecil. Dia segera membuka almari pakaiannya dan menarik keluar baju kurung coklat berbunga krim yang masih berlipat. Laci almari ditarik dan dia mengeluarkan sehelai tudung krim yang bersulam bunga kecil di bahagian hujung tudung.
Lima belas minit kemudian Dinie berlari turun ke bawah. "Jom bah.. Dinie dah lambat ni," Dinie menarik perlahan tangan Encik Adli yang sedang membaca surat khabar.
"Makan dulu Dinie," pelawa Puan Dahlia yang sedang duduk di ruang makan.
Dinie menghampiri Puan Dahlia dan berkata, "Dinie minum ajelah, ma.." Dia mencapai cawan berisi teh yang telah tersedia di atas meja.
"Duduk dulu Dinie.." Teguran Encik Adli membuatkan Dinie tersengih. Dia menarik perlahan kerusi di hadapannya dan duduk sedikit di hujung kerusi. Dinie meneguk sekali air teh di dalam cawan. Matanya memerhatikan Encik Adli yang sudah bangun dan bergerak ke arah kereta yang diparkir di luar rumah. Dia meneguk lagi air teh itu sebelum meletakkan semula cawan itu ke atas meja.
"Dinie pergi dulu ma.. " Dinie mencapai tangan Puan Dahlia, bersalaman dan mencium tangan itu sebelum dia berlari anak menuju ke Honda CRV Encik Adli yang sudah dihidupkan enjinnya itu. Dia membuka pintu kereta dan melompat masuk. Tersengih malu Dinie melihatkan Encik Adli yang memandang tajam padanya, tahu babahnya itu tidak suka melihat dia melompat masuk ke dalam kereta.
Sepuluh minit kemudian, CRV hitam itu sudah berhenti di hadapan bangunan yang menempatkan firma tempat Dinie bekerja. Dinie mengerling jam di tangannya. Tersenyum dia melihatkan jam itu yang menunjukkan tepat pukul sembilan. Dia menyambut huluran salam Encik Adli dan segera melarikan kepalanya sebelum sempat Encik Adli menggosok kepalanya. Encik Adli tergelak melihat reaksi anaknya itu.
"Takut sangat. Tak ada rosaknya tudung anak babah ni.." Sekali lagi Encik Adli mendekatkan tangannya pada kepala Dinie dan menggosok perlahan kepala itu. Dinie tersengih. Dia segera berlalu naik ke tingkat atas selepas Encik Adli berlalu pergi.
"Aikk.. Encik Marwan dah sampai ke? Dah habis ke cuti dia?" Dinie berkata perlahan sebaik sahaja matanya melihat sepasang kasut yang tersusun elok di atas rak kasut. Pantas tangannya menekan loceng di sebelah pintu.
Beberapa saat kemudian muncul seseorang dari dalam pejabat. Dinie mengangkat kepalanya dan menghulurkan senyum pada orang yang disangka Encik Marwan itu. Namun mati senyumannya tatkala melihatkan Idraki yang muncul. Idraki menghulurkan kunci pada Dinie dan segera berlalu masuk ke dalam dengan raut wajah yang serius.
Eh, eh.. Dah alang-alang tu bukakkan ajelah gril ni. Tak gentle langsung. Inilah dia gaya-gaya orang yang ego dia besar dari kepala. Entah apa mimpi dia masuk office awal-awal pagi ni. Dinie merungut panjang dalam hati. Tangannya laju sahaja membuka gril di hadapannya. Dia berlalu masuk selepas mengunci semula gril itu.
Dinie berjalan perlahan ke biliknya. Dia meneruskan rutin hariannya setiap kali masuk ke pejabat. Beberapa minit kemudian terkocoh-kocoh dia keluar tatkala terdengar namanya dipanggil Idraki. Dinie menjenguk ke dalam bilik Idraki setelah mengetuk pintu bilik itu sekali. Dia segera masuk selepas mendengar suara Idraki memberi kebenaran.
Ya Allah! apa kena dengan bilik dia ni?? Bulat mata Dinie melihatkan bilik Idraki yang agak bersepah. Dia menghampiri Idraki yang memanggilnya sekali lagi.
"Kunci mana?" Tanya Idraki. Dinie segera menyeluk poket baju kurungnya dan mengeluarkan segugus kunci yang diberikan Idraki tadi. Idraki mengambil kunci itu dan menyimpannya di dalam laci mejanya. Dia tergelak perlahan dan berkata sinis, "Baju kurung pun ada poket.. Macam poket doraemon. Sebut aje terus dapat.."
Baju kurung ada poket pun nak jadi hal. Memang semua baju kurung aku ada poket sebab mama yang jahitkan. Aku sendiri nak baju kurung ada poket. Senang sikit. Sumbat je semua..
Dinie memandang pelik pada Idraki yang masih bersisa tawanya. "Saya pergi dulu Encik Idraki," ucap Dinie perlahan mengandaikan Idraki memanggilnya tadi untuk mengambil kuncinya semula. Dia berjalan menuju ke pintu bilik. Namun langkahnya terhenti saat Idraki memanggilnya lagi. Dia berpaling ke arah Idraki.
"Boleh tolong tak?" Tanya Idraki. "Tolong kemaskan meja saya ni. Macam kucing nak beranak je. Cari barang pun tak jumpa," dia meneruskan kata-katanya selepas melihat Dinie menjungkitkan kedua belah keningnya.
Hmm.. tahu tak apa. Baru je aku kemas meja dia petang semalam sebelum balik. Tengok-tengok pagi ni dah bersepah balik. Bukan takat meja, habis satu bilik berterabur. Mesti dia masuk office malam tadi
Dinie memandang segenap ruang bilik Idraki. Tangannya lincah mengambil dokumen-dokumen perjanjian sewa-beli yang tidak tersusun di atas meja. Dia mengumpul dokumen-dokumen itu dan menyusunnya di hujung meja. Sampul-sampul surat yang bersepah di atas meja dikumpul dan diletakkan di kotak guna semula.
Beberapa minit kemudian telefon bimbit Idraki berbunyi. Suara Nazrey Raihan yang mengalunkan lagu Senyum berkumandang memenuhi segenap ruang bilik. Idraki yang sedang menghadap komputer segera mengambil telefon bimbitnya di atas meja. Dia bingkas bangun dan keluar dari bilik dengan telefon bimbit yang terlekap di telinganya.
Hmm.. Tahu pun nak keluar. Senang sikit aku nak kemas kalau dia tak ada. Dinie meneruskan kerjanya mengemas bilik Idraki. Pergerakannya terhenti saat matanya terpandang sesuatu di atas meja Idraki. "Eh, bila masa pulak ada gambar dekat situ?" Dinie bersuara perlahan.
Hmm.. mesti makwe dia tu.. Dinie tersenyum melihatkan gambar seorang lelaki yang memeluk mesra bahu seorang perempuan yang terletak elok di bawah lapisan kaca meja Idraki. Dia segera mendekat untuk melihat dengan jelas wajah lelaki dan perempuan itu. Comelnya.. Macam anak mat saleh. Ini ke isteri dia?? Dah mesra macam tu, mestilah isteri.. Dinie menunduk rapat ke meja untuk melihat gambar itu. Tapi macam budak-budak. Hmm.. sesuailah dengan Naqib tu. Confirmlah dia dah kahwin...
Dinie bingkas berdiri tegak. Hatinya seperti direntap tiba-tiba. "Sekeping gambar yang menceritakan segalanya. Kebahagiaan, keceriaan dan kehidupan pasangan ciptaan Tuhan.." Perlahan Dinie bersuara. Dia mengeluh kecil dan kembali meneruskan kerjanya mengemaskan apa yang perlu dikemaskan dalam bilik itu.
Kehadiran Idraki yang baru sahaja menamatkan perbualannya dengan pemanggil menerusi telefon bimbit tadi tidak dihiraukan Dinie. Setelah siap mengemas apa yang patut, Dinie berjalan malas menuju ke pintu. Dia berpaling semula tiba-tiba dan bertanya pada Idraki, "Ada apa-apa lagi Encik Idraki?"
Idraki yang menyedari kelainan nada suara Dinie segera menggelengkan kepalanya. Pandangan matanya menghantar langkah Dinie keluar dari biliknya itu. Sebaik sahaja kelibat Dinie hilang di sebalik pintu, Idraki menebarkan pandangannya ke dalam biliknya. Tersenyum dia melihatkan bilik itu yang kembali tersusun. Idraki mencapai telefon bimbitnya dan menekan-nekan butang di telefon bimbit itu. Dia kemudiannya melekapkan telefon bimbitnya itu ke telinganya, menanti panggilannya itu terjawab.
"Assalamualaikum." Idraki mengucapkan salam sebaik sahaja panggilannya dijawab.
"Weh, mimpi apa telefon aku awal-awal pagi ni?" Naqib terus bertanya selepas menjawab salam Idraki.
Idraki tergelak perlahan. "Kau dah masuk office ke? Nuha dah okay?"
"Aku baru nak keluar dari kereta. Dekat depan office la ni. Nuha? Sihat dahh.. Tengoklah siapa doktor dia.." Naqib ketawa lepas.
"Weh Naqib. aku kira dia dah lulus dah hari ni."
"Lulus? Kau serius ke suruh dia kemas bilik kau?" Naqib bertanya, teringatkan mesej yang dihantar oleh Idraki kepadanya awal subuh tadi.
"Dah kau suruh aku jadi bayang-bayang kau kat sini, aku buatlah apa yang aku rasa patut," Idraki tersengih.
"Eh kau ni, tak baik tau. Beranilah kau buli dia Id.."
Idraki gelak besar mendengar kata-kata Naqib.
"Gelak pulak kau ye. Dia macam mana hari ni? sihat?"
"Kalau tak sihat tak adalah aku nak suruh dia buat kerja-kerja sampingan ni. Eh tapi tadi tiba-tiba aku tengok dia lain macam aje. Tak sure lah aku pasal apa."
"Ha ni mesti sebab kau sepahkan bilik kau tu habis-habisan kan? Mesti dia geram tu."
"Eh, takdelah. Bilik aku tu memang macam tongkang pecah pun sebab semalam aku pasang kabinet baru so fail-fail memang bersepahlah dalam bilik tu. Aku suruh dia kemas meja aje. Tengok-tengok bila aku masuk bilik balik, dia dah nak dekat habis kemas satu bilik tu. Fail-fail semalam pun dia dah susun balik kat dalam kabinet baru tu."
"Kau ni betul-betul membulilah Id. Itu semua kerja kau tau. Buat kerja separuh jalan," Naqib membebel pada Idraki.
"Bukan buli namanya tu.. Aku mintak tolong dia, bukan aku suruh tapi mintak tolong." Idraki berkata, menekankan sebutan perkataan mintak tolong. "Tapi aku rasa bukan sebab tu lah.." Idraki menyambung kata-katanya.
"Habis tu?"
"Entahlah. I'm not so sure. Tapi aku tak rasa pasal kemas-mengemas ni sebab dia dah biasa kemas bilik aku sebelum ni," terang Idraki.
"Hm.. Kau tengoklah dia baik-baik ye. Aku suruh kau jadi bayang-bayang aku sebab aku tak ada kat sana. Kau buli dia lagi, siaplah kau Id.."
Terkekeh Idraki mendengar amaran daripada Naqib. "Kira kau serius la ni ye?"
"Maunya aku tak serius. Kau macam tak kenal aku pulak.."
"Sebab aku kenal kau lah aku buat macam tu. Kau kan cousin aku. Aku nakkan kau dapat yang terbaik, Qib.."
"Thanks bro! Ini yang buat aku rasa sayang gila kat kau ni.."
"Dah, dah. meremang bulu roma aku dengar. Geli wei." Tawa Idraki dan Naqib bersatu. Namun tawa Idraki mati tiba-tiba melihatkan Dinie yang sedang berjalan menghampiri biliknya.
Dinie mengetuk perlahan pintu bilik Idraki yang terbuka luas. Idraki menganggukkan kepalanya sekali, isyarat memberi kebenaran kepada Dinie untuk masuk.
"Encik Idraki nak air? Saya buatkan.." Dinie bersuara perlahan, jelas di pendengaran Idraki. Telefon bimbit masih lagi terlekap di telinganya.
"Kalau tak menjadi masalah," Idraki memberikan jawapan teragak-agak.
Dinie segera berlalu ke pantry mendengarkan jawapan Idraki. Dah alang-alang aku nak buat air ni, baik lah aku buat sekali untuk dia tu. Tapi kenapa dia macam nak tak nak aje. Jawab pun teragak-agak. Gelak sampai ke bilik hujung sana boleh dengar. Bila orang tanya benda yang simple pun susah nak jawab. Karang kalau aku tak buatkan, dia suruh buat pulak macam minggu lepas. Dinie merungut dalam hati. Sambil itu tangannya menuangkan air panas ke dalam dua biji mug di hadapannya yang telah diisikan dengan Nescafe 2 in 1.
"Eh Id.. Mintak satu untuk aku," Gurau Naqib.
"Banyaklah kau punya satu..\ Aku kat sini dah gelabah nampak dia datang tiba-tiba. Mujur dia tak dengar apa-apa..\" Idraki melepaskan nafasnya perlahan-lahan. "Hah Naqib, kalau kau nak tahu, bab ni memang dia pass lah." Idraki kembali bersuara dengan bersemangatnya.
"Hish kau ni tak habis-habis. Aku bukan suruh kau test dia. Ada-ada je kau ni ye. Entah apa yang kau buat lagi belakang aku."
Sekali lagi Idraki tertawa. Kali ini lebih panjang dari sebelumnya.
"Memanglah semua yang aku buat belakang kau. Dah kau tak ada dekat sini.." Idraki bersuara separuh bergurau sebelum menyambung, "Jangan risaulah, Qib. Aku tak buat apa-apa yang menyakitkan dia pun. Semua yang aku buat ni pun sekadar nak bagi dia tahan dengan kau aje nanti," Idraki ketawa besar selepas menghabiskan ayatnya itu.
"Weh kau.. Macamlah aku ni teruk sangat. Kalau dengan dia tak adalah aku layan macam dengan orang lain.."
Melihatkan pintu pantry yang terbuka sedikit, Idraki segera memendekkan perbualannya. Dia dan Naqib berbalas salam sebelum dia menekan butang merah di telefon bimbitnya itu. Sempat Naqib mengingatkannya untuk kesekian kalinya supaya tidak membuat sesuatu yang boleh menyusahkan Dinie. Idraki hanya tersengih mendengar amaran Naqib. Jarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja sambil menunggu Dinie masuk ke biliknya itu.
Idraki tersenyum pada Dinie yang sedang berjalan berhati-hati sambil memegang dua biji mug di kiri dan kanan tangannya. Dia segera bangun tatkala Dinie menghulurkan mug yang berada di tangan kanannya.
"Terima kasih daun keladi.." Ucap Idraki dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
Dinie memandang Idraki dengan penuh rasa pelik. Apahal la pulak dengan bos aku ni. Tersenyum-senyum dari tadi. Walaupun sedikit pelik, Dinie tetap menganggukkan kepalanya sekali, tanda menerima ucapan terima kasih daripada Idraki tadi. Dia berpaling untuk keluar dari bilik itu. Namun langkahnya mati tiba-tiba bila Idraki memanggil namanya.
Dinie memusingkan badannya menghadap Idraki. Kedua belah keningnya terangkat memandang bosnya itu.
"Tak nak minum sekali dengan saya?" Tanya Idraki.
"Tak apalah Encik Idraki.." Dinie tersenyum menjawab pertanyaan Idraki.
"Hmm.." Idraki menunduk sedikit. Laci mejanya ditarik perlahan dan dia mengambil sesuatu dari dalam laci mejanya itu. "Nah.." Idraki menghulurkan coklat Kit Kat yang masih elok berbungkus kepada Dinie.
Bulat mata Dinie melihatkan coklat yang dihulurkan padanya. "Hah? Untuk apa?" Dinie bertanya pelik.
"Untuk makan.." Idraki menjawab selamba. Dia tersenyum melihatkan Dinie yang membesarkan mata memandangnya. "Terima kasih tolong kemaskan meja ni... dan bilik ni sekali," Idraki bersuara tenang.
"Ohh... itu. Sama-sama."
"So ni?" Idraki bertanya sambil menunjukkan Kit Kat yang masih berada di tangannya.
"Kena ambil jugak ke?" Dinie bertanya lagak seorang lurus bendul.
"Iyelah. Takut pulak kalau ada yang marah saya nanti.."
Dinie tergelak perlahan mendengar jawapan Idraki. "Saya tak marahlah.. Dah biasa.."
"Hmm.. awak, memang saya tahu tak marah. Tapi.." Kata-kata Idraki terhenti setakat itu. Dia tersengih melihat muka Dinie yang sudah berkerut dahi memandangnya.
"Tapi?" Laju saja Dinie bertanya.
"Tapi? Tapi ambil ajelah.. Tak baik tolak rezeki, kan?" Idraki melepaskan nafas lega sebaik sahaja dia dapat menghabiskan ayatnya itu. Mujur tidak terlepas kata-katanya sebentar tadi. Dia tersengih-sengih memandang Dinie.
"Hm.." Lambat-lambat Dinie menjawab sambil tangannya menyambut Kit Kat yang dihulurkan oleh Idraki. "Terima kasih.." Dinie tersenyum memandang Idraki. Dia berpusing semula ke arah pintu bilik dan berjalan keluar dari bilik itu.
Baik pulak angin dia tiba-tiba. Masa datang tadi ada gaya-gaya nak mengamuk, serius semacam aje. Agaknya serabut kot kepala otak dia tadi dengan bilik yang serabut macam tu.. Dinie tersengih sepanjang langkahnya menuju ke bilik. Coklat di tangan kanannya dipandang sekilas dan dia tersengih lagi.
Kalau macam ni, hari-hari aku boleh kemas bilik dia. Tapi baru kali ni dia bagi coklat. Selama ni dia buat tak tahu aje bila tengok bilik dia tu elok tersusun. Hm.. apa-apa ajelah bos.. Kali ini Dinie tergelak kecil. Mug dan Kit Kat di tangannya telah diletakkan di atas meja. Kerusi di hadapannya ditarik perlahan-lahan dan dia duduk dengan penuh tertib di atas kerusi itu. Mug di atas meja diangkat dan disuakan ke bibirnya. Dinie menghirup sekali air nescafe yang dibancuhnya sebentar tadi.
"Hmm... leganya dapat minum air..." Dinie bersuara perlahan. Matanya dipejamkan seketika, menikmati nescafe yang dihirupnya tadi. Bibirnya menguntum senyum lagi..
"Dinie!"
"Oh mak jatuh," Dinie melatah tiba-tiba saat terdengar namanya yang disebut agak kuat. Dia membongkok sedikit untuk mengambil coklat Kit Kat yang dia tertolak sebentar tadi dek kerana terkejut dengan panggilan yang tiba-tiba itu. Matanya dibesarkan melihat Humaira yang tersengih memandangnya.
"Kak Mai.. Terkejut Dinie.." Dinie yang sudah tegak berdiri mendekati Humaira yang berada di muka pintu. Dia mencuit geram pipi Humaira.
Humaira tergelak memandang Dinie dan berkata, "Itulah.. Dah tiga kali akak bagi salam, tapi tak ada yang menyahut pun. Kat luar tu ada dua pasang kasut tapi satu suara pun akak tak dengar jawab salam akak. Bila akak masuk, tengok Dinie tengah mengelamun siap pejam mata lagi.. Tidur ye?" Humaira menyakat Dinie.
"Mana ada tidur. Rest mata je.." Dinie tersengih.
"Eh, Dinie.. Encik Idraki dah datang ye?" Tanya Humaira perlahan.
Dinie menganggukkan kepalanya beberapa kali. Bibirnya dicebikkan.
"Ala.. akak baru aje nak sarapan ni. Ingat nak suruh Dinie temankan akak.."
"Akak makan ajelah kat dalam ni. Dinie buat kerja dekat sana. Kira teman akaklah jugak, kan?" Dinie berkata sambil tangannya menunjukkan pada komputer di tepi tingkap.
"Banyak lagi ke dokumen yang nak binding?"
"Tinggal lagi sikit je. Lepas tu nak buat surat dekat bank dengan borrower pulak."
"Dinie dah fotostat muka surat yang Kak Aina tunjuk last week?"
"Belum. Dinie ingat nak copy lepas binding nanti," Jawab Dinie sambil tersenyum. Dia memandang Humaira yang telah duduk selesa di atas kerusi di hadapannya. Bungkusan di atas meja dibuka dan bau sambal memenuhi segenap ruang bilik itu. Humaira bingkas bangun dan menolak sedikit tingkap untuk menghilangkan bau sambal yang agak kuat.
"Datang pulak bos tu nanti bila bau sambal ni.." Humaira berkata perlahan. Dia kembali duduk di tempatnya tadi.Bihun di dalam sudu disuap ke mulutnya.
"Ala kak.. Apa susah.. Dia datang, akak ajak dia makan sekali. Lepas tu akak mintak dia buatkan air untuk akak pulak," Dinie berkata selamba.
Humaira yang sedang mengunyah tersedak melihatkan wajah Idraki yang muncul tiba-tiba di muka pintu. Idraki mengangkat keningnya melihat Humaira.
"Makan Encik Idraki..." Perlahan-lahan Humaira bersuara. Dia tersengih malu. Dinie yang terkejut mendengar kata-kata Humaira segera berpaling ke belakang. Matanya bertembung dengan mata Idraki.
"Hm.. Makan, makan.. Awak nak air apa? Milo? Nescafe? Kopi?" Tanya Idraki selamba. Matanya masih lagi terarah pada Dinie sedangkan pertanyaannya tadi untuk Humaira.
Dinie tersengih. Dia segera mengalihkan pandangannya, menyedari Idraki yang sedang merenungnya.
"Hmm... akak nak air apa kak? Dinie tengah rajin ni." Bagi menghilangkan rasa gemuruhnya, Dinie bersuara perlahan cukup untuk pendengaran Humaira.
"Hmm.. Kalau dah rajin, pergi la tengok siapa yang datang tu.." Idraki mencelah sambil matanya mengisyaratkan ke luar. Loceng pintu berbunyi lagi untuk kali yang kedua.
Ah sudah.. Loceng dua kali ni aku tahu siapa yang datang. Posmen lah tu. Aduh.. Ini lagi sorang yang buat aku sakit jantung je. Dinie mengeluh perlahan. Lambat-lambat kakinya melangkah ke luar.
Idraki menyembunyikan senyumnya tatkala Dinie berjalan melintasinya untuk ke luar. Pandai ye dia.. Dalam diam dia mengata aku rupanya. Idraki mengalihkan pandangannya pada Dinie yang sudah berada di pintu masuk utama. Telinganya dapat menangkap bunyi suara yang sedang marah-marah.
Seketika kemudian Dinie muncul semula dengan wajah yang sedikit muram. Dia langsung tidak menoleh pada Idraki yang sedang memandang setiap langkahnya dari muka pintu bilik yang didudukinya selama hampir tiga bulan itu. Terkocoh-kocoh gadis itu kembali semula ke luar setelah mengecop surat-surat yang baru diterimanya sebentar tadi.
"Kenapa tu?" Tanya Idraki perlahan melihatkan wajah redup Dinie yang sebentar tadi seronok berbual dengan Humaira.
Humaira yang sedang berjalan menuju ke pantry segera mengangkat bahunya sebaik sahaja dia menyedari Idraki bertanya padanya.
"Posmen tu memang macam tu.. Kasar. Entah apa masalah dia tah," Lambat-lambat Humaira menjawab. Langkahnya terhenti di depan pintu pantry.
Berkerut dahi Idraki mendengar jawapan Humaira. Pelik.. Orang sekarang tengah sibuk dengan kempen budi bahasa, ada jugak yang tak ambil tahu. Tak ambil tahu atau malas nak ambil tahu? Tak pun masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Posmen apa macam tu? Idraki menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Selalu ke macam ni?" Tanya Idraki lagi.
"Selalu lah jugak. Tapi dia ni je yang lain macam sikit. Posmen lain okay aje. Kesian dekat Dinie lah. Dia tu bukan reti nak menjawab pun kalau kena marah. Salah dia ke tak, diam je.."
"Iya?" Sedikit terkejut Idraki mendengar kata-kata Humaira.
"Hm.. Mai dengan Aina dah selalu sound balik posmen tu. Tapi bila Dinie yang keluar sorang, naik tocanglah mamat tu.." Humaira mencebik geram. Suaranya diperlahankan tatkala melihat Dinie yang kembali semula ke biliknya. Tidak dihiraukan Idraki yang masih berdiri tegak memerhatikannya. Humaira segera melangkah ke pantry manakala Idraki berjalan perlahan masuk biliknya. Pintu biliknya ditutup rapat selepas itu.
mengundur daku ke alam mimpi..
dengan izin tuhan,akanku kembali..
jika pergi tak kembali,ku pohon doa seikhlas hati..
semoga kasih yang tersemai bersemadi di hati..
gudnite awak..jangan sedih-sedih ye...take care okay...
Dinie tersenyum lagi untuk kesekian kalinya. Sudah tiga kali dia mengulang membaca mesej yang diterimanya lewat Isyak tadi. Puas dia menunggu mesej dari 'antu' itu sejak tengahari tadi dan bila malam semakin larut, baru dia menerima mesej daripada pemberi yang misteri itu.
Pelik.. Mana tah dia tau aku sedih hari ni.. Ada bela jin agaknya dia ni! Dahi Dinie berkerut tiba-tiba memikirkan mesej yang diterimanya itu. Baru dia terfikir mengenai pesanan yang memberitahu supaya dia tidak bersedih lagi.
"Eh angah.. tak habis-habis belek handphone tu dari tadi. Meh sini Ad nak tengok.." Adhan mendekati Dinie yang sedang duduk di buaian di halaman rumah mereka. Tangannya laju sahaja hendak mencapai telefon bimbit Dinie.
Sebelum sempat Adhan mengambilnya, Dinie terlebih dahulu menampar perlahan tangan adiknya itu. "Kacau ajelah Ad ni.." Dinie menjelirkan lidahnya pada Adhan. "Buat apa datang sini?"
"Saja nak kacau angah.. Macam tengah angau aje.." Adhan tersengih.
"Ei, pandai-pandai aje dia. Angah baca message dari along lah tadi," Jawab Dinie masih mahu berselindung. Mujur Azran ada menghantar mesej kepadanya sebentar tadi.
"Ha, bila along start cuti angah?" Adhan bertanya dengan semangatnya.
"Along kata hujung bulan ni dia balik sini. Hm.. Seronoklah Ad ada geng nak main PS.." Dinie mencubit geram pipi Adhan. Dia yang sudah tegak berdiri segera berjalan laju masuk ke dalam rumah. Rungutan Adhan yang jelas di telinganya membuatkan dia tersenyum dan berkata, "Bisinglah Ad sampai esok pagi.. Angah nak naik tidur dah ni.."
Dinie membuka pintu biliknya perlahan-lahan. Lampu tidurnya diterangkan sedikit. Dia mengemaskan barang-barang Adhana yang bersepah di atas katil. Ya Allah budak seorang ni.. buat kerja atas katil tak reti nak kemas balik. Dah tu buat kerja sekolah sampai tertidur pulak..
Dinie mengejutkan Adhana yang tertidur dengan buku yang ditelangkupkan ke atas mukanya. Dia menarik buku kerja itu perlahan-lahan dan kembali mengejutkan Adhana yang tidur nyenyak.
Adhana yang masih mamai bingkas bangun, membetulkan posisi tidurnya dan kembali menutup mata. Dinie menggeleng perlahan melihat Adhana yang sudah nyenyak tidur. Dia tersenyum tiba-tiba. Lampu tidur di sisi katil segera ditutup sebelum dia turut berbaring di sebelah Adhana.

*******************

No comments:
Post a Comment