“Sekejap je abang pergi.. Tak lama.. I’ll be back before twelve.. Ain tak payah risau..... ke Ain nak ikut abang?”
Ain ketawa perlahan mendengarkan kata-kata Ammar. Dia menggeleng sekali sambil mencebik. Ammar hanya mengukir senyum nipis. “Betul Ain tak nak ikut abang?”
Ain menggeleng laju. Ammar mengeluh perlahan. “Tak baik mengeluh, bang..” Ammar melemparkan senyum pada gadis yang sedang berdiri di sisinya. Kata-kata keramat yang semakin biasa meniti di bibir gadis itu berjaya mengurangkan keresahannya.
“Betul Ain tak nak ikut?”
Ain ketawa perlahan. Sekali lagi kepalanya digelengkan. “Ain tak nak kacau abang.. Lagipun, rasanya Ain tak diperlukan pun dekat sana nanti.. Siapalah Ain ni..” Perlahan suara Ain membalas.
Ammar tersengih. “Months ago mungkin bukan sesiapa, Ain..” Ammar membalas bersahaja, sengaja hendak mengusik sekeping hati yang sukar ditebak itu. Ain hanya mencebik. Tawa nakal Ammar mula kedengaran. “Ain, tunggula kejap..” Pantas Ammar memanggil Ain yang sudah mengatur langkah menuju ke dalam rumah.
“Abang nak apa?”
“Tunggula kejap, borak-borak lagi..”
“Huish.. Ada pulak nak ajak borak-borak sekarang ni.. Selama ni dok kat rumah dia dari sebelum subuh sampai dah senja, tak pernah pun nak ajak borak-borak..” Ain menggumam geram, malas melayan usikan Ammar.
“Hah! Mengata abang la tu..” Ammar menjegilkan matanya, merapatkan wajahnya ke wajah Ain. Pantas Ain mengundur beberapa tapak ke belakang.
“Mak!! Falaaah..” Buk! Tanpa disedari, Falah yang berlari menghampiri, dilanggar Ain. Gadis itu jatuh terduduk memeluk Falah yang terpinga-pinga. Pantas ubun-ubun kepala si kecil itu dicium lembut. “Sorry sayang.. Mama tak sengaja..” Tawa nakal Ammar yang makin kuat kedengaran mengundang jelingan Ain.
“Papa kacau mama ye, ma?” Falah dalam dakapan Ain bersuara manja, mengangguk-anggukkan kepalanya. Ain membalas anggukan pantas, cuba menagih simpati si kecil itu. “Tok abah pesan, kalau papa naughty, bagitahu dekat tok abah..” Petah Falah menyambung kata.
“Tok abah nak buat apa, sayang? Nak rotan papa?” Ammar menarik Falah, membawa si kecil itu ke dalam dukungannya. Ain bingkas bangun mengibas belakang badannya. Gelengan Falah dituruti dengan jungkitan bahu si kecil itu membuatkan Ammar tersenyum lebar. Pipi gebu si kecil itu dikucup lembut, beberapa kali.
“Aaaa... Don’t want... Rambut papa tajaaamm..” Falah mengalihkan pandangannya, mengelak dari dicium Ammar. Dia ketawa mengekek saat Ammar menggeselkan dagu ke pipinya.
“How many times do I have to tell you, this is not rambut..” Perkataan rambut sengaja dikuatkan. Ammar galak menggeselkan dagunya ke pipi gebu itu, seronok mengusik puteri kesayangannya sesekali.
“Paaapaaaa…” Rengek Falah manja. “Maaa.. Tengok papa ni..” Falah mula mencari Ain saat Ammar makin seronok mengusik. Ain ketawa lepas, bahagia melihat tingkah kedua-dua mereka. Kepalanya digelengkan perlahan.
“Nurin, ibu panggil Nurin..” Tiba-tiba kedengaran suara ‘Imaduddin mencelah di balik keriangan itu. Ain pantas mengalihkan pandangannya pada ‘Imaduddin yang semakin menghampiri. Tersenyum dia pada ‘Imaduddin yang kelihatan segak malam itu.
“Ibu kat mana, bang?”
“Ibu ada dekat wing kiri tu dengan mama..” Telunjuk kanan ‘Imaduddin menghala ke arah kiri rumah. Ain menganggukkan kepalanya perlahan, berkira-kira mahu mengatur langkah.
“Ain..” Panggilan Ammar mematikan langkah Ain yang sudah mula menapak. Gadis itu pantas berpaling, menjungkitkan keningnya sedikit.
“Kenapa?” Ain segera bertanya, melihatkan sengihan Ammar.
“Betul Ain tak nak ikut?”
Tawa kecil meletus dari seulas bibir milik gadis itu, mendengarkan soalan Ammar. Dia mengangguk lagi dengan penuh keyakinan.
“Betul ni? Tak menyesal?” Sambung Ammar pantas.
Sekali lagi Ain mengangguk laju, membayangkan keyakinannya buat kesekian kali.
“Am nak pergi mana?” Pertanyaan ‘Imaduddin dibalas Ammar dengan senyuman.
“Am nak pergi rumah sebelah sekejap. Ada hal..” Ammar menjawab ringkas. ‘Imaduddin menganggukkan kepalanya.
“Falah?”
“Hurmm?” Ammar mengerutkan dahinya, tidak dapat menangkap maksud pertanyaan ringkas ‘Imaduddin.
“Is she going with you?” ‘Imaduddin menjungkitkan keningnya sekali. Matanya menjeling ke arah Falah yang terkebil-kebil. Sesekali tangan comel itu menggosok-gosok mata.
“This one?” Ammar pantas menggeleng selepas mengerling sekilas pada Falah yang menguap kecil. Si kecil itu sudah mula terasa penat bergelak ketawa, melayan usikannya sebentar tadi. “Naa.. I won’t bring her along..” ‘Imaduddin mengangguk sekali.
“Ain pergi dulu..” Ain yang setia mendengar dari tadi mula bersuara, meminta diri. Serentak Ammar dan ‘Imaduddin mengangguk.
“Maaa..” Falah yang melihat Ain mengatur langkah, merengek manja. Dia meronta-ronta dalam dakapan Ammar.
“Falah dah ngantuk sangat ni, Ain.. Ain bawak dia masuk bilik abang dekat atas..” Ammar menghampiri Ain dan pantas si kecil Falah melontarkan tubuhnya ke dalam dakapan Ain. Kepalanya dilentokkan ke dada gadis itu. Ammar menggelengkan kepalanya sekali. Seketika matanya bertatapan dengan mata Ain. Mereka berbalas senyuman sebelum rengekan Falah kembali kedengaran.
“Ain masuk dulu..” Sekali lagi Ammar dan ‘Imaduddin mengangguk serentak. Telepati si kembar.. Ain melempar senyum pada kedua-duanya.
“Nurin jangan lupa jumpa ibu pulak lepas tu..” Sempat ‘Imaduddin mengingatkan Ain tujuan utama kedatangannya ke pagar di hujung rumah itu. Anggukan Ain dibalas dengan senyuman. Langkah gadis itu dihantar dengan pandangan dua pasang mata yang tak jemu memerhati.
“So, how?” Tanya ‘Imaduddin perlahan, memecahkan keheningan.
“Hah?”
“Am dengan Reen.. What’s up?”
Ammar menghela nafasnya. Bahunya dijungkit sekali.
“Macam berat je,” ‘Imaduddin menyandar pada tembok di hujung rumah. Ammar mengatur langkah lemah, menyandar di sisi ‘Imaduddin.
“I don’t know what is she up to.. She looks so different.”
“Am tak boleh berkeras dengan Reen tu. Cuba ikut rentak dia..”
“What if she’s out of her mind? Do I have to be so?”
“You know what I mean..” ‘Imaduddin menepuk bahu Ammar sekali. “Pukul berapa janji nak jumpa?”
“Nine..” Ringkas balasan Ammar sambil matanya mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya.
“It’s almost eleven now..”
“Hurmm.. She called every thirty minutes..”
“Am, ‘Im tak sedap hati..”
Ammar mengalih pandang pada ‘Imaduddin yang sedang memandang tepat ke arahnya. Ternyata ‘Imaduddin turut merasai perasaan kurang senang itu. Ammar menghela nafasnya berat.
“Do you want my accompany?”
“It’s okay.. Kejap lagi ‘Im nak hantar Mak Dah dengan Ain balik, kan? Kesian Mak Dah, penat dah tu..”
‘Imaduddin menganggukkan kepalanya, teringatkan janji pada Ain dan Mak Dah lewat petang tadi. Dia mengerling Adidas hitam di pergelangan tangannya. Serentak dengan itu telefon bimbit Ammar berlagu kuat.
“You better make a move..”
“Hurmm..” Ammar mengangguk sekali.
Seakan memahami perasaan kembarnya tika itu, ‘Imaduddin menepuk bahu Ammar beberapa kali. “Everything will be okay tomorrow. You’ll have your life back..”
“Hope so..”
“Insya Allah..” ‘Imaduddin tersenyum sedikit, seakan menyalurkan semangatnya pada Ammar yang jelas kelihatan letih melayan kerenah Nashreen.
“Pray for me..”
“I will.. Insya Allah..” Sekali lagi ‘Imaduddin melemparkan senyum pada Ammar yang sedang memandang tepat pada Nokia E65 miliknya yang sedang berlagu panjang. Sesaat kemudian panggilan itu kembali sepi. Serentak Ammar dan ‘Imaduddin mengalihkan pandangan pada halaman rumah di sebelah yang disimbahi cahaya lampu. Sekujur tubuh milik Nashreen jelas kelihatan di pintu utama rumah sambil bercekak pinggang.
“Haduiii.. Masak..”
Tersengih ‘Imaduddin mendengarkan rungutan Ammar. “Afraid of her?”
“Who? Me? Afraid of her..? Huh.. Never..” Ammar mencebik. Tangan kanannya mengusap belakang tengkuknya beberapa kali. Dia yang sudah tegak berdiri mula mengatur langkah, menuju ke istana cintanya suatu masa dahulu. Baru melangkah beberapa tapak, Ammar berpaling ke belakang. “Don’t let mama and abah tahu Am ada dekat sebelah. Am tak nak diorang risau..”
‘Imaduddin mengangguk perlahan. Matanya menghantar langkah Ammar dengan doa yang tak putus, semoga segalanya berjalan lancar. ‘Janganlah ada permusuhan lagi selepas hari ini..’ Doanya perlahan di dalam hati..

No comments:
Post a Comment