Mei 2016
“Assalamualaikum sayang...”
Atia Hanan mendongakkan kepalanya. Sebuah senyuman terukir di bibirnya melihatkan Aliff Izwan di muka pintu. Najhan Ibtisam dalam dukungan Aliff Izwan tersengih menampakkan barisan gigi susunya yang baru tumbuh. Naufal pula berlari masuk, memeluk umminya itu yang sedang bersimpuh di hadapan meja kopi.
“Ummi...” Panggil Naufal manja. Tersenyum-senyum dia memandang Atia Hanan. Pantas kepala anak kecil itu diusap lembut, penuh kasih sayang.
“Abang dari mana ni?” Tanya Atia lembut pada Aliff Izwan yang sedang berjalan menghampirinya.
“Tengok ummi tu, kalau dah tanda kertas student, buat tak tahu je kat kita kan Naufal.. Kita pergi mana pun dia tak tahu..”
Naufal terangguk-angguk persis anak muda yang bijak. Dia bergerak merapati papanya pula. Si kecil Najhan ketawa riang seakan memahami butir bicara papanya. Pantas Aliff Izwan mencuit pipi puterinya itu seraya berkata, Hurmm.. Tengok, princess papa ni pun setuju jugak!” Najhan diagahnya perlahan.
Atia Hanan ketawa lepas. Dia bingkas berdiri dan melabuhkan punggungnya di atas sofa lembut, di sebelah Aliff Izwan yang sedang memangku Najhan Ibtisam.
“Alah.. Papa Naufal ni, kalau dah bukak kertas projek dia tu, ummi kat sebelah pun dia tak pandang...” Atia menjeling manja suaminya di sebelah sambil mengacah Najhan Ibtisam yang baru berusia setahun setengah. Naufal ketawa melihat ummi dan papanya, biarpun dia kurang memahami tutur bicara dan gurauan manja mereka.
“Abang dari mana sebenarnya? Kenapa baby ummi cute sangat hari ni... Mana dapat ni? Siap lilit-lilit pulak tu.. Nasib baik sayang ummi ni tak tercekik tau..” Tutur Atia laju tanpa memberi ruang kepada suaminya untuk mencelah. Perlahan-lahan dia membetulkan skarf kecil yang terletak elok di atas kepala Najhan Ibtisam. Skarf yang berbunga kecil itu kelihatan sangat comel dan sesuai untuk si kecil Najhan. Aliff Izwan tersenyum sambil mengerdipkan matanya pada isterinya.
“Rugi Tia tak ikut tadi tau. Abang pergi jumpa bakal menantu kita.. Itu yang princess papa ni kena tutup aurat kan..” Aliff Izwan ketawa lepas, seronok melihat Najhan Ibtisam yang semakin aktif. “Ahaa.. No sayang, jangan main spectacles papa..” Aliff Izwan menarik tangan Najhan Ibtisam yang menunjukkan minat pada kaca matanya. Diagahnya si kecil Najhan dan digigit lembut tangan comel dalam genggamannya itu. Atia menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan dengan senyuman tak lekang di bibirnya.
“Iyelah tu bang.. Najhan buka main lagi tutup atas bawah.. Tapi papa Najhan maintain open bawah tu...” Atia menepuk perlahan peha suaminya.
Aliff Izwan tersengih memandang Khaki Cargo Pants yang dipakainya waktu itu. Niatnya yang sebenar hanya hendak membawa Naufal dan Najhan berjalan-jalan di sekitar taman sahaja. Sebab itulah dia hanya menyarungkan seluar paras betis itu sahaja tadi. Permintaan Naufal untuk berjumpa dengan Uncle Hafiz dan Aunty Yusranya membuatkan dia melencongkan arah perjalanan mereka. Sempat dia singgah di Butik De’ Alfa dan membeli skarf empat segi kecil rona biru gelap berbunga tabur warna pink yang kelihatan comel kerana tertarik dengan kelembutan skarf itu. Laju sahaja dia meminta penjaga kaunter di butik untuk memakaikan skarf kecil itu pada puterinya, Najhan Ibtisam.
“Naufal jumpa baby Naili tadi, mi.. Cute macam ummi..” Suara Naufal yang serak-serak basah macam papanya itu tiba-tiba kedengaran, membuatkan Aliff Izwan mengalihkan tumpuannya pada Naufal yang sedang rancak bercerita dengan Atia.
“Eh, kenapa macam ummi pulak?” Tanya Atia pelik.
“Macam ummi lah.. Sebab, papa kata ummi cute macam baby! Naili is baby what. So, baby Naili, cute macam ummi la..” Petah si kecil yang berusia empat tahun itu menjawab. Aliff Izwan tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Ibu jari kirinya menunjukkan tanda bagus pada Naufal yang mengenyitkan mata pada umminya itu. Bulat mata Atia berkalih pandang pada suaminya.
“Apa yang abang ajar Naufal ni bang..”
Aliff Izwan tersengih lagi. Sengihannya bertukar tawa perlahan. “Abang ajar Naufal cara-cara nak mengorat yang betul..” Aliff Izwan ketawa lagi. “Sayang tahu, abang dah cop Izdihar dengan Naili untuk Najhan dengan Naufal.. Yus dengan Hafiz pun dah setuju..” Aliff Izwan tersengih menayangkan jari telunjuk dan jari hantu kirinya yang membentuk peace.
Atia Hanan ketawa lepas. “Abang.. Abang..” Bisiknya perlahan. Ada-ada aje abang ni.. Atia tersenyum sambil mencuit pipi Najhan. Diagahnya si kecil yang rajin ketawa sejak kebelakangan ini. Tangan comel itu tersua-sua pada ibunya, minta dimanjakan. Pantas Atia mengambil Najhan dari dukungan suaminya. Terjegil matanya saat Aliff Izwan mengucup pipinya mesra. Aliff Izwan ketawa lepas. Matanya dikenyitkan pada Atia yang sudah tersenyum nipis.
“Haa.. Papa main mata dengan ummi ye..” Naufal menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke depan dan ke belakang beberapa kali. Atia berpandangan dengan Aliff Izwan. Terburai tawa keduanya.
Aliff Izwan menarik Naufal dalam dakapannya. Kedua-dua belah mata anak bujangnya itu ditutup dengan telapak tangannya. “Aha! Naufal tak boleh tengok.. Naufal under age lagi..” Serentak dengan itu pipi Atia di sebelahnya dikucup lagi. Lama. Tawa si kecil membuatkan kucupan itu beralih pada puterinya, Najhan. Atia tergelak perlahan sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Abang, abang.. Rosak budak-budak ni tau..”
“Eh, apa pulak rosaknya.. Abang ajar dia orang cara berkasih sayang yang sebenar dalam family tau..” Aliff Izwan mengerdipkan matanya sekali. Naufal menarik tangan Aliff Izwan di matanya sebelum melompat naik ke riba papanya itu.
“Naufal saayang papa..” Naufal memeluk erat papanya seakan tak mahu lepas. Aliff Izwan ketawa perlahan. Kepala Naufal diusap lembut sebelum dia mengucup ubun-ubun anak bujangnya itu.
“Hurmm.. Papa pun sayang Naufal, sayang baby Najhan, and of course saaaaaaayanggg ummi!” Aliff Izwan menggeletek Naufal dalam dakapannya. Terkekeh Naufal menahan geli. Atia tersenyum senang melihatkan kemesraan itu. Najhan Ibtisam dalam dukungan sudah melentokkan kepala di bahunya tanda si kecil itu sudah mengantuk. Puas berjalan dengan papanya satu hari ni agaknya.. Atia menepuk Najhan perlahan sambil matanya tak lepas dari memandang Aliff Izwan dan anak bujangnya, Idhwal Naufal yang sudah beralih pada set permainan Lego yang diletakkan di bawah meja kopi di hadapan mereka. Tak puas-puas main! Bibirnya menguntum senyum lagi..
*****************
“Ei, berangan ye..” Aliff Izwan merangkul pinggang isterinya yang sedang melayan perasaan di balkoni bilik mereka.
“Dah habis gomol dengan Naufal?” Atia mengalihkan pandangan pada suaminya di sebelah.
Aliff Izwan tersengih. Atia ketawa perlahan. Suaminya itu akan bermain sepuas-puasnya dengan Naufal sebelum anak lelaki mereka itu masuk tidur. Waktu seperti itulah yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama anak-anak setelah sibuk bekerja di siang hari.
“Sayang, esok cuti kan? Hafiz ajak lunch kat rumah dia..”
“Hurmm.. Yus ada call Tia petang tadi..” Tutur Atia lembut. Kepalanya didongakkan sedikit, merenung wajah suaminya. Aliff Izwan menjungkitkan keningnya.
“Itulah.. Dulu masa kecik tak mau minum susu.. Kan dah jadi dwarf.. Nak tengok abang pun payah..” Aliff Izwan ketawa lepas. Tangannya menangkap jemari Atia yang mencubit pinggangnya.
“Macamlah rendah sangat. Dah kira okaylah ni tahap leher abang.. Tinggi apa..” Rungut Atia geram.
“Mana sampai leher.. Sipi-sipi..” Meleret tawa Aliff Izwan. Pipi Atia dicuit perlahan. Makin erat rangkulannya saat itu. Atia tersenyum. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. “Makin sayang abang dekat Tia tau..”
“Mestilah makin sayang.. Takkan makin benci..” Laju Atia membalas.
Aliff Izwan ketawa lagi. “Pandai tau dia menjawab sekarang. Tujuh, lapan tahun dulu macam orang bisu..” Aliff Izwan mengerdipkan matanya pada Atia Hanan yang sudah memandang tepat padanya. Dia ketawa kecil melihatkan Atia yang memuncung sebelum kembali melentokkan kepala di bahunya.
Bahagia dapat bersama dengan insan kesayangnnya ini. Susah payahnya memikat sekeping hati berdindingkan besi berani milik isterinya itu akhirnya berhasil dengan nyanyian lagu Pupus yang dikirimkannya melalui emel Atia. Tak disangka nyanyiannya berjaya memecahkan tembok ego yang sengaja dibina isterinya itu. Aliff Izwan tersenyum lebar sambil menepuk perlahan bahu Atia seakan mendodoi isterinya, tanpa menyangka dan sama sekali dia tak ketahui bahawa sekeping hati itu memang miliknya selama ini. Pinjaman Allah kepada dia yang setia menanti selama ini.
Aliff Izwan tersenyum senang. Sungguh dia tertarik pada isterinya saat pertama kali melihat wajah polos itu di sekolah lamanya beberapa tahun dahulu... dan kerana itulah dia sanggup melepaskan segalanya demi untuk mengenali gadis itu. Sifat pemalu Atia selain segala peribadi gadis itu yang ternyata begitu berbeza dengan dirinya membuatkan naluri lelakinya yang selama ini dikunci dari mana-mana perempuan terusik. Bila ditanya Atia, jawapannya hanya satu, opposites attract! Kala itu isterinya pasti memuncung, geram mendengarkan jawapan yang seakan kurang meyakinkan. Gelak tawa nakalnya membuatkan Atia tidak lagi mahu bertanya sejarah rahsia putiknya kasih yang tak berbelah bagi itu.
“Sayang..” Panggil Aliff lembut.
“Hmmm..?”
“I love you..” Perlahan dia menunduk sedikit, mencium anak rambut isterinya.
Atia tergelak perlahan. Rangkulannya dieratkan. “Love you too..” Balasnya agak perlahan sebelum menyembunyikan wajah di dada bidang itu.
Aliff Izwan ketawa lepas. Atia dan sifat pemalunya memang sudah sebati! Diusap kepala isterinya penuh kasih. Bahagia yang amat dirasakannya saat itu. Hidupnya sudah lengkap dengan isteri kesayangannya selain dua orang permata hati mereka. Mungkinkah akan bertambah lagi sehingga boleh ditubuhkan sepasukan pemain ragbi andai digabungkan dengan keluarga Hafiz?? Berderai tawa nakal Aliff Izwan..
“Abang.. Sudah-sudahlah tu gelak.. Terkejut karang Najhan kat dalam tu..” Atia menepuk perlahan lengan Aliff Izwan yang erat di pinggangnya.
“Sayang, bila Naufal dengan Najhan nak dapat adik lagi?”
Bulat mata Atia mendengarkan soalan itu. Aliff Izwan tersengih. Lambat-lambat Atia menguntum senyum. “Abang suka?”
Meleret senyum Atia melihatkan anggukan suaminya sebelum lelaki itu mengerdipkan matanya.
“Abang..” Tangan Aliff Izwan di pinggangnya dibawa ke perutnya pula sebelum dia menyambung ayatnya sepatah-sepatah, “Last two days..... Doktor Sakinah kata dah lima minggu..”
“What?!”
Atia menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia tersenyum lebar, meyakinkan suaminya saat itu.
“Pandai ye dia sorok dari kita..” Aliff Izwan mencuit hidung isterinya.
Atia ketawa perlahan dan membalas manja, “Ala.. Dia yang busy memanjang tak ingat kat kita..”
Aliff Izwan ketawa lepas. Rangkulannya makin erat. Alhamdulillah.. Syukur ya Allah.. Tawa Aliff kembali kedengaran. Harapannya kembali berbunga. Mungkinkah.....
~~~ TAMAT ~~~

yes!!!! jumpa gak blog ni..best!!best!!sesangat
ReplyDeletedulu juz bc kat teratak santai jer..
thumbs up for you... :)
ahak!
ReplyDeletecomel nyerrr~~~
wah! akak sgt pndai menulis! <---- pujian ikut ayat buku.
tere gler akak wat cter... tabik sping overlimit!
and aidhan...
cter neh comel (~,~)....!
Q
best citer ni...gelak jer baca citer ni..nasib bek ar epi ending..suka sgt...
ReplyDeletexnk smbg season 2 ke...
ReplyDeletebest sgttttt...
tahniah..
best gle cite ni...
ReplyDeletesweet je...gud job....
best gle2 cte ney...
ReplyDeletesweet sgt.....
keep up ur gud work
sgt comel... suke..
ReplyDeletehai miss jat,
ReplyDeletemohon izin ya.. novel anda ini telah saya review
all the best girl!
aww
ReplyDeletesweetnya cita ni
suka suka
PEACE :P
comel+ sweet+ klakar = best tahap gaban r
ReplyDeleteske nyer...argh!! rse geram lak kat sweet couple 2 hahaha... ^_^ ~o_0~
gud job to writer
n troskn bekarya :D
(nk2 lg citer camni hahaha memilih plak)
hehehe..
ReplyDeletesweet btol laa..
ske sgt..
xpuas rase..
apepon.. mmg best r..
wah..
ReplyDeletebest cite nyh..
suke laa nga watak aliff 2..
assalamualaikum, nama saya nur, saya nak minta maaf dekat writer sebab saya pernah copy your story in this blog, tapi saya tak publish kat mana2 pun, i just did for my own sake, saya copy masuk kat m.word and baca your story, really i am so sorry. i regret for what i did, saya merayu tolong maafkan saya, kalau writer nak saya akan delete your story yang saya copy but please forgive me, saya rasa bersalah sangat2. but don't worry saya tak publish pun your karya kat mana2 tempat. again please forgive me..
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt.. My pleasure, dear nur.. If u happen to read this, I'm truly sorry for the delay, for years plk tu..
Deletehuhu bru bc2 comment yg ada dlm few entries. Selama ni x sempat2..
chumellll!! taun 2016 xtahan tu.. hehee
ReplyDelete