“Falah jangan nakal-nakal tau. Falah nakal, mama tak datang nanti..”
Dayana Falah yang pada mulanya tersengih lebar mula memuncung mendengarkan ayat terakhir Ain. Ain tersenyum simpul menahan tawa. Geli hati melihatkan perubahan mendadak itu. Tangannya lincah menyangkut beg galas Hello Kitty ke bahu Falah.
"Falah tak nakal.. Falah ikut cakap tok mama dengan tok abah.. Falah promise..”
Falah bersuara perlahan. Tapak tangan gebu itu ditayangkan gaya seperti sedang membaca ikrar.
“Aha. No promise. Mama ajar apa dekat Falah...?”
Falah mendongakkan kepala. Ada bunga senyum di wajah kemerahan itu.
“InsyaAllah, ma..”
Lengan Ain dirangkul erat. Tersengih-sengih si kecil itu sebelum dia memeluk manja mama In nya, memberi isyarat mahu didukung.
“Sayang dah besar tau.. Malu nanti orang nampak mama dukung Falah..” Biarpun mulut merungut sayang, Falah tetap didukung kemas. Falah diam tersenyum meleret. Makin rapat si kecil itu pada mamanya sebelum dia melentokkan kepala di dada Ain.
“Ey.. Apa ni dah besar nak manja-manja lagi..”
Ain berpaling ke belakang. Falah mendongakkan kepala. Tersenyum kedua-duanya melihat ‘Imaduddin yang sedang melangkah kemas, menghampiri mereka.
“Dah lama tunggu, Nurin?”
Ain menggeleng perlahan. Bulat matanya melihat Falah mencebik saat ‘Imaduddin mencuit hidung si kecil itu. Perlahan-lahan Falah diturunkan dari dukungan.
“Falah, salam uncle ‘Im sayang..”
Falah melangkah setapak, merapati ‘Imaduddin. “Assalamualaikum, uncle..” Tangan comel Falah meraih tangan kanan ‘Imaduddin sebelum dia mencium lembut tangan lelaki itu. “Uncle sihat?” Manja suara si kecil itu bertanya.
‘Imaduddin tersenyum mengangguk. Dia mencangkung, merendahkan ketinggiannya menyamai si kecil itu.
“Falah dah makan?”
Dayana Falah mengangguk laju. Dia melangkah setapak ke belakang, rapat pada Ain. Sesaat kemudian dia memeluk erat kaki mama In nya itu. Ain menggeleng perlahan. Pantas Falah dibawa ke dukungannya.
“Falah dengar cakap tok mama dengan tok abah tau,”
Nasihat Ain lagi saat kakinya terhenti di hadapan pintu kereta. Pintu kereta itu dibuka perlahan. Berhati-hati dia meletakkan Dayana Falah ke tempat duduk sebelah pemandu.
“Baju Falah ada dekat rumah tok mama dah. Dalam beg tu mama bubuh buku sekolah Falah. Kerja sekolah jangan lupa, ya sayang..” Kepala Falah diusap lembut. Si kecil itu mengangguk beberapa kali. Bergerak-gerak rambutnya mengikut alunan kepala.
“Makan ikut time. Jangan tak makan pulak,”
Falah mengangguk lagi. ‘Imaduddin yang sudah selesa di tempat duduk pemandu hanya tersenyum lebar.
“Nak tidur jangan lupa brush your teeth,”
“Mmm..”
“Baju tidur jangan lupa tukar,”
“Mmm..”
Pecah tawa ‘Imaduddin. Lelaki itu merapati Falah di sisinya. Kepala dipalingkan ke luar, menghadap Ain yang sedang menunduk.
“Why not Nurin ikut abang dengan Falah balik rumah mama..?”
Ain tersengih lebar. Tersipu malu dia mendengarkan usikan itu.
“Abang bawak kereta baik-baik tau,”
“InsyaAllah,” balas ‘Imaduddin sepatah. Tali pinggang keledar Falah dibetulkan sedikit.
“Falah ja—”
“Falah tak lupa baca doa tidur,” si kecil itu tersengih lebar.
“Siapa kata mama nak cakap pasal doa tidur.. Mama nak kata pasal doa naik kereta..” Usik Ain, mencuit manja pipi Falah. Si kecil itu ketawa perlahan.
“Okay, Nurin.. Abang gerak dulu..”
“Mmm..”
“Ibu mana, Rin? Tak nampak pulak dari tadi..”
“Ibu dekat surau.. Ada kuliah subuh pagi tadi. Sekarang tengah sarapan terus agaknya sebab biasanya ada jamuan sekali lepas kuliah..”
“Hmm.. Kirim salam dekat ibu, ya Rin..”
“InsyaAllah..” Ain tersenyum sambil tangannya menutup pintu kereta. Ucapan salam Falah dibalas mesra. Dia melambai sekali sebelum kereta itu hilang dari pandangan. Pasti dia akan merindui si kecil itu..
“Ah! Dua, tiga hari je..” Gadis itu menggumam perlahan, menyedapkan hati.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
“Weii!! Berangan sokmo! Potong gaji baru tau..”
Ain tersentak mendengarkan suara lantang itu. Dia yang leka termenung, melayan perasaan membetulkan duduknya. Tawa nakal yang kedengaran kuat membuatkan Ain berkalih pandang pada Hussin di hujung kaunter.
“Dah hantar order dekat dalam ke?” Suara itu mendatar bertanya. Hussin tersengih dan mengangguk.
“Bagus.”
Hussin ketawa kuat. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
“Kau boss ke aku?”
“Aku.”
Makin galak Hussin menyambung tawa..
“Kau ni aku tengok semenjak dua menjak ni lain macam je. Macam ala-ala blur pun ada..”
“Banyak la kau punya blur. Busy la. Banyak benda nak pikir..”
“Nak kata dah kahwin, belum.. Nak kata ada tanggungjawab, memang ada pun.. Mak Dah kat rumah tu. Tapi along kau pun ada jugak. Mak Dah pun dah makin sihat.”
“Ishh.. Kau ni kalau dibiar bercakap, sampai lusa pun belum tentu habis,” balas Ain selamba. Sempat dia tersenyum pada pelanggan yang baru melangkah masuk.
“Ala Rin.. Ak—”
“Dah, dah..” Potong Ain laju. “Tu ada customer tu.” Memuncung dia pada meja hujung di tepi tingkap. “Alang-alang bos ada dekat kafe hari ni, apa kata incik bos pergi ambil order, beramah mesra dengan customer..” Ain meleretkan suaranya sambil mengerdipkan mata beberapa kali.
Hussin mencebik sebelum melangkah laju ke arah sepasang pelanggan yang asyik berbual. Ain tersenyum meleret. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
“Rin,”
Ain pantas menoleh ke arah pintu masuk yang menghubungkan dapur dengan bahagian luar. Bibirnya menguntum senyum pada Husna.
“Una.. Siapa suruh jalan merata ni. Masuk ikut pintu dapur pulak tu. Nampak Usin karang, dia kata Rin buli Una pulak..”
Husna ketawa perlahan. Makin berseri bakal ibu itu.
“Falah tak datang, Rin?” Husna yang sudah duduk di sisi Ain bertanya lembut. Sesekali tangannya mengusap perut.
“Hurm.. Si kecik tu balik rumah tok dia..”
“Rindu la tu..” Usik Husna.
“Eh mestilah rindu..” Ain membalas manja.
“Dah tau rindu, buatpe hantar Falah balik rumah tok dia..”
“Rin bukan siapa-siapa pun, Una. Rin takde hak pun dekat Falah tu,” balas Ain lemah. Husna mengangguk sedikit.
“Apa kata Rin kahwin je dengan papa Falah..”
Bulat mata Ain memandang Husna di sisi. “Una.. Abang Am tu tengah koma. Nak kahwin macam mananya..”
“Kalau tak koma?”
“Kalau tak koma..... herm.. Ermm..” Kata-kata Ain tersangkut di situ. Dia pun kurang yakin jawapan yang sewajarnya diberikan.
“Nurin nak tunggu siapa lagi? Jangan seksa diri, Rin..”
Ain diam menekur lantai. Tangannya dicapai Husna dan dielus lembut.
“Ammar tu kuat, Rin. Kalau dia mampu bertahan sampai sekarang ni, tak mustahil dia akan sedar suatu masa nanti. Kita doa banyak-banyak.. Em?”
Husna tersenyum lebar melihatkan sinar di wajah sahabatnya. Biarpun dia hanya mengenali Ammar saat lelaki itu terbaring kaku di katil ICU, namun pertemuan beberapa kali itu cukup untuk membuatkan dia sedar semangat yang ada pada lelaki itu untuk terus bernafas di bumi ini.
“Una ada appointment dengan doctor, kan?”
Husna mengangguk. Sesaat kemdian dia meleretkan senyum dan membalas, “Iya.. Nanti Una teman Rin pergi tengok Ammar.. InsyaAllah.”
Ain tersengih. Mati sengihan itu saat bola matanya berlaga dengan mata Hussin. Lelaki itu tercebik memandangnya. Ain menggelengkan kepala dan ketawa lepas.
“Thanks, Una..”
“Tak ada apa pun nak dibandingkan dengan susah payah Rin jaga Una dulu,” Husna membalas lemah. Sayu seketika wajah putih bersih itu.
“Ei, yang dah lepas tu lepas je la.. Rin tak rasa susah pun. Kalau bukan Rin, siapa lagi nak jaga Una. Kalau Una tak ada, siapa lagi yang Rin ada..”
“Aku!”
Dua pasang mata memandang susuk tubuh di hadapan kaunter. Lelaki tersengih lebar menjungkitkan keningnya beberapa kali.
“Perasan tau!” Ain menjeling Hussin sedikit.
“Ntahnya Usin ni.. Usin tu nak jadi bapak budak dah tau. Perangai kalah zaman sekolah dulu..” Sambung Husna sambil mencebik.
“Eleh.. Awak tu pun nak jadi mak budak dah tau. Tak reti nak dok diam-diam kat rumah ke?”
Berkerut dahi Husna dan Ain memandang Hussin. Lelaki itu tenang menayangkan wajah selamba.
Hussin ni memang tau. Suka cakap benda takde kaitan yang lari dari topik perbualan. Tapi sesekali dia bawak keluar fakta, ayat jiwang jerut hati, memang mantap la.. Sebab tu Hussin tak boleh serius. Katanya, takut ramai yang jatuh hati.. Ain ketawa perlahan, menggelengkan kepala.
“Tengok. Dia bukan sedar pun orang lain dok perati kat dia je..”
Terpinga-pinga Ain mendengarkan usikan Hussin. Keningnya dijungkitkan sekali pada Husna yang hanya tersenyum. Husna menjungkitkan bahu sekali. Tangannya menarik pantas tangan Ain di atas kaunter.
“Takyah layan Usin ni, Rin..”
Makin terpinga-pinga Ain seketika. Husna tersenyum lagi sebelum menyambung kata-katanya.
“Usin, jaga kaunter pulak ye. Jaga kafe ni sekali. Kitorang nak pergi hospital..”
Tangan kanan Ain sudah dalam genggaman Husna. Pantas tangan kirinya mencapai beg yang disimpan di ruang kosong di bawah kaunter.
“Pergi dulu Sin. Jangan potong gaji aku tau!”
Tersengih Ain mengerdipkan mata sekali.
“Beranilah Usin nak potong gaji Rin.. Una sekat gaji dia dulu nanti..”
suke tgk una n husin...jattt....bgla una n ucin couple ek...cian kt una...pas tue...cpt2la bg papa falah bgn....windu la kt dorg...bg happy fmly....
ReplyDeleteAlolo..
ReplyDeleteCumil btol Ain ngan Falah ni.. Geram2!
Kalo ada Ammar lagi cumil..
Hohoh~
hai..slm perkenalan. dah lama sy cari blog awak. br skrg jumpe.
ReplyDeleteerm..tak sbr nak bc new3 seterusnya.
una ngan usin kan adik beradik... mana leh kapel.
ReplyDeleteentah betul tu betul...
ReplyDeletekan bometh kan...