"Sukarnya untukku ucapkan.. Ku takut akan kehilangan mu.. Akan ku buat segalanya.. Untukmu kekasihku.."
"Long, long.."
"Cuma satu yang belum terluah.. Kalimah cinta kau nantikan.. Bila masa dan ketika.. Tidak dapat ku menjawabnya.."
"Along!!"
Ishh along ni. Nyanyi tak ingat dunia.. Orang panggil pun tak dengar..
Dinie menghampiri Azran yang sedang mengelap Proton Satria GTi kesayangannya itu. Segera dia menepuk bahu Azran yang sedang leka. Pantas Azran menoleh ke arahnya. Tersengih Azran melihat Dinie yang sudah bercekak pinggang. Laju sahaja tangan Azran mencabut earphone yang tersumbat di telinganya.
"Laa.. Dengar mp3 rupanya along ni. Tak perasan pulak tadi. Padanla pekak semacam je.." Dinie menggumam perlahan. Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali.
"Kenapa?" Tanya Azran lembut.
"Along lama lagi ke?"
"Hmm? Hermm. Dah nak habis dah pun. Dinie nak masuk awal ke?"
"Eh, Takdelah.." Dinie tergelak kecil sebelum menyambung, "Dinie... Ermm... Dinie..."
"Aii.. Sejak bila Dinie takut-takut dengan along ni.." Azran mencuit pipi Dinie.
"Bukan takutlah.." Pantas Dinie memintas. "Dinie sebenarnya nak keluar awal sikit.."
"Nak buat apa?"
"Dinie teringin nak makan lontong.."
"Lontong? Ada ke pagi-pagi macam ni?" Tanya Azran pelik.
"Hmm.. Ada.. Dekat masjid."
"Dekat masjid?"
"Iya.. Dekat masjid Kajang tu.." Manja suara Dinie seakan memujuk Azran.
"Dinie belanja along ya? Dinie kan dah kerja.." Azran bersuara mengusik Dinie.
"Ala.. Tak boleh.. Dinie nak simpan duit dalam tabung haji."
"Ish.. Kedekutnya. Belanja along tak sampai lima ringgit pun.."
Azran menarik perlahan telinga Dinie. Pipi adiknya itu juga menjadi mangsa selepas itu. Dinie tergelak manja sambil memandang tepat pada Azran di hadapannya.
"Iyelah, iyelah.. Dinie belanja along. Lagipun along kan ada bagi dekat Dinie lima ratus ringgit dua minggu lepas."
"Haipp.. Duit tu tak boleh usik. Ha, duit tu kalau nak masuk tabung haji lagi bagus.." Azran mengangguk-anggukkan keplanya beberapa kali.
"Apasal pulak takleh usik? Along dah bagi Dinie, suka hati Dinie lah nak buat apa.." Dinie bersuara geram, sengaja memprotes kata-kata Azran.
"Dinie tau tak along bagi tu sebab apa?"
Pantas Dinie menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sengaja ditunjukkan riak ingin tahu di hadapan Azran walaupun Puan Dahlia sudah memberitahunya sebab pemberian wang yang besar jumlahnya itu padanya.
"Sebab.. Dinie kan..."
"Dapat 5P?" Pintas Dinie.
"Eh, mana tau ni?"
"Biasalah..." Dinie menjawab bangga. Jari telunjuknya diketukkan perlahan ke dahinya di sebelah kanan sedikit.
"Hmm.. Pandai pun.." Azran mengusap perlahan kepala Dinie. "Sebab tu along nak Dinie simpan duit tu. Jangan guna untuk benda merapu-rapu.."
"Tapi belanja along, bukannya merapu pun.."
"Tak boleh.." Tersengih Azran melihat Dinie yang sudah memuncung. "Alah.. Dinie ni saje je kan.. Saje nak suruh along yang belanja lah tu kan?"
Dinie tergelak kecil. Kepalanya terangguk-angguk beberapa kali.
"Hm.. Dinie siaplah dulu. 8.30 nanti kita keluar."
"8.30? Lambatnya long.."
"8.15?"
"Set..." Terangguk-angguk lagi kepala Dinie saat itu. Pantas langkahnya diatur laju ke dalam rumah. Azran menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali melihat reaksi Dinie. Tersenyum dia seketika.
"Encik Idraki.." Panggil Aina sewaktu Idraki melintasi mejanya. Pantas Idraki memusingkan kepalanya menghadap Aina. Keningnya dijungkitkan sedikit.
"Dah lebih dua minggu ni tapi Encik Naqib tak datang lagi ambil duit Alam Construction.."
"Duit ke cek?" Tanya Idraki separuh bergurau. Dia tersenyum nakal pada Aina yang tersipu malu.
"Sama je bos. Cek pun duit jugak tu.." Pantas Aina menjawab, membela dirinya. Idraki tersenyum.
"Dia lupa lah tu.. Asyik sangat dengan projek baru. Awak cuba call dia. Saya ada meeting dekat luar lepas ni. Singgah kejap ni nak ambil dokumen.."
"Hmm.." Pantas Aina mengangkat gagang telefon dan mula mendail, persis pekerja yang efisien.
Pandangan mata Aina menghantar langkah Idraki ke biliknya. Setelah menunggu beberapa lama, gagang diletakkan kembali ke tempatnya. Dia mengangkat semula gagang telefon dan menekan butang redial. Beberapa kali Aina mengulang perbuatannya itu.
"Tak dapatlah Encik Idraki.." Pantas Aina bersuara melihatkan Idraki yang baru sahaja melangkah keluar dari biliknya.
"Tak dapat?" Tanya Idraki. Aina menggelengkan kepalanya. Bibirnya dicebikkan sedikit. "Awak call guna 017 ke 013?"
"017 lah.. Ada 013 ke?" Aina bertanya pelik.
"Sekejap ya.."
Idraki berjalan menghampiri Aina. Poket seluarnya digagau dan dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Butang di papan kekunci ditekan-tekannya beberapa kali.
"Hmm.. Ambil nombor ni.. 0 1 3 3 3 1 2 3 7 8." Idraki menyebut satu-satu nombor telefon Naqib.
"Okay, 0133312378. Right?" Aina bersuara laju untuk memastikan nombor yang disalinnya.
"Hmm.."
"Encik Idraki nak keluar dah?"
"Iya. Ada apa-apa yang nak sign?"
"Tak ada.. Tapi,"
"Oh.. Saya lupa. Orang dari Yaross nak datang hari ni kan?"
"A'ah.. Diorang nak tengok profile firm sekali Encik Idraki.."
"Herm.. Nanti saya pas dekat Marwan. Marwan akan attend diorang nanti. Awak pun kena ada sama.."
"Emm.." Terangguk-angguk Aina mendengar arahan daripada Idraki.
Idraki berlalu ke tandas. Beberapa minit kemudian dia bergegas masuk ke biliknya dan keluar semula. Langkahnya diatur laju ke bilik Marwan. Pintu bilik itu diketuk sekali sebelum dia menguak daun pintu kayu itu.
Beberapa ketika di dalam, Idraki keluar semula dan kembali ke biliknya. Tidak sampai sesaat, Idraki sudah berada di hadapan pintu masuk pejabat.
"Dah call?" Sempat Idraki bertanya pada Aina sebelum keluar dari pejabat.
"Belum lagi.."
"Make it fast. Tak elok simpan duit orang lama-lama.." Idraki bersuara sambil mengenyitkan matanya sekali pada Aina.
Tersengih Aina . Matanya memerhatikan langkah Idraki sehingga bosnya tu hilang dari pandangan. Baru sahaja tangannya hendak mendail, loceng pintu berbunyi sekali.
"Dinie.. Tolong tengokkan siapa yang datang.." Laung Aina sekali.
Dinie yang berada di dalam bilik pantas melangkah ke luar. Bibirnya menguntum senyum pada tetamu yang hadir, seorang lelaki berpakaian kemas lengkap dengan kot bersama seorang wanita yang tampak elegan di matanya.
Mereka berbalas senyuman seketika. Pantas dia bertanyakan tujuan kehadiran tetamu berdua itu dan mengajak mereka masuk ke dalam. Tetamu berdua itu kemudiannya dipelawa masuk ke dalam conference room yang terletak di sebelah kiri.
"Kak, wakil dari Yaross.." Perlahan suara Dinie sebaik sahaja dia kembali ke meja Aina yang terletak berhampiran pintu masuk.
Aina segera meletakkan gagang telefon yang melekap di telinganya sebentar tadi. "Tak sempat akak nak call Encik Naqib. Dinie tolong, boleh?"
"Hah? Dinie tolong call Encik Naqib? Tak maulah.."
"Ala.. Tolonglah Dinie.. Akak nak kena attend diorang kat dalam tu.." Aina bersuara lembut memujuk Dinie.
"Hiii.. Tak nak, tak nak.."
"Aii.. Ada apa-apa ke dengan Encik Naqib? Takut sangat nampak.." Aina tersenyum nakal, mengusik Dinie.
Dinie mengerutkan dahinya sedikit. "Ishh takde apa la kak.. Meh sini nombor dia." Dinie menjeling geram. Aina tersengih lebar membuatkan tawa Dinie meletus perlahan.
"Nah.." Pantas Aina menghulurkan secarik kertas pada Dinie dan terus berlalu pergi.
"Eh, nak cakap apa kak?" Pantas Dinie bertanya sebaik sahaja Aina sudah menghampiri bilik conference. Aina berpatah balik dan berjalan menghampiri Dinie yang sudah berada berhampirannya.
Nasib baik Kak Aina tak masuk lagi. Lupa pulak nak tanya apa yang nak dicakapkan dekat mamat sorang tu.. Nasib baiklah tak telefon lagi..
"Nanti Dinie cakap dekat dia, cek dia jangan lupa ambil. Kalau boleh dalam minggu ni jugak.."
"Yes ma'am..." Dinie tersengih pada Aina yang mengerutkan hidungnya sedikit. Aina kemudiannya melangkah laju masuk ke dalam conference room.
"Ishh.. Kalau ada kak Mai kan senang.. Suruh kak Mai aje yang call.." Dinie merungut perlahan. Matanya memerhatikan langkah Aina yang panjang ke bilik Encik Marwan pula setelah berbicara seketika dengan wakil dari Yaross tadi. Dinie mengatur langkahnya ke meja Aina. Dia melabukan punggungnya ke kerusi empuk Aina.
Cebisan kertas di tangannya dijeling sekali. Bulat matanya memerhatikan nombor yang tertera di atas cebisan kertas itu. Berkerut dahinya seketika.
"Eh, macam kenal je.." Perlahan Dinie menggumam. kertas di tangan diletakkan di atas meja. Matanya terarah tepat pada cebisan kertas itu. "Ei, nombor ni..!"
Tangan Dinie menggagau poket baju kurungnya. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan-nekan butang di papan kekunci telefon bimbitnya itu.
"That's it!"
Bulat mata Dinie memerhatikan skrin telefon bimbitnya. Sesekali matanya dialihkan ke cebisan kertas di atas meja untuk memastikan apa yang dilihatnya saat itu.
"Memang betul dia! Apahal pulak dia? Kenapa mesti dia? Apa yang dia nak ni?" Perlahan suara Dinie berbicara dengan dirinya sendiri. Tangannya meramas-ramas cebisan kertas yang sudah berada di genggamannya. Geram dengan sesuatu yang baru sahaja diketahuinya secara tidak sengaja dalam kebetulan yang tidak disangkanya.

*******************

No comments:
Post a Comment