“Assalamualaikum..”
Ucapan salam yang kedengaran agak perlahan di balik pintu yang terbuka sedikit membuatkan Dinie mengalihkan arah baringannya. Dia bingkas bangun sebaik sahaja melihatkan susuk tubuh yang sedang menghampirinya.
“Abang? Bila balik? Kata outstation seminggu?” Suara Dinie kedengaran lemah.
Naqib tersenyum. Huluran tangan isterinya disambut mesra. Pantas dicium dahi Dinie sebaik sahaja isterinya itu hendak tunduk menciumi tangannya. Soalan Dinie dibiarkan sepi tanpa jawapan sebaliknya Naqib menempel di sebelah isterinya, santai di birai katil.
“Panas. Sayang demam lagi ni..” Telapak tangan Naqib yang menjamah dahi isterinya beralih pada kedua-dua belah pipi yang sedikit kemerahan itu.
“Abang, kata outstation seminggu.. Bila abang balik? Bila nak kena pergi JB lagi?”
Naqib mencuit pipi Dinie. Tangannya isterinya itu diusap lembut. “Piya ni demam-demam pun banyak cakap jugak..”
Dinie mencebik. Tangannya yang dalam genggaman Naqib ditarik perlahan dan dia memicit pinggang dan bahagian belakangnya beberapa kali.
“Jom pergi klinik.”
Pantas Dinie menggeleng. “Abang kan banyak kerja minggu ni..” Hampir tak kedengaran suara itu.
Naqib menghela nafasnya perlahan. Bahu Dinie diraih dalam dakapannya. Dapat dia rasakan bahang tubuh isterinya itu. Pantas dia mengeratkan pelukannya. Ubun-ubun kepala isterinya dicium lembut.
“Piya.. Mana lagi penting? Sayang abang ke kerja? You know I love you most.. It’s for your own good, sayang. Dah berapa hari Piya demam, kan? Baby call abang semalam.. Lagipun hari ni patutnya Piya pergi interview, kan?”
Dinie membatukan diri. Naqib setia menanti. Bahu isterinya diusap lembut beberapa kali. Lambat-lambat Dinie mengangguk.
“Kita pergi klinik?” Dinie mengangguk lagi. Perlahan-lahan dia bingkas bangun dari katil dengan dibantu oleh Naqib. “Sayang larat tak? Ke nak abang dukung?”
Dinie mengetap bibirnya. Laju sahaja dia mencubit pinggang Naqib. Suaminya itu ketawa lepas. Terserlah kekacakan Naqib saat itu. Lengan kemeja hitam bergaris menegak warna merah yang dipakainya disingsing hingga ke siku. Tawanya bersambung melihatkan Dinie yang menjeling manja sebelum melangkah masuk ke kamar mandi.
-------------------
“Jiwa yang beriman kepada qadar Allah akan merasai satu nikmat yang tidak sama dengan nikmat kebendaan di dunia iaitu nikmat puas hati dan rela dengan semua keadaan.. Piya kena ingat tu..”
Terngiang-ngiang nasihat Hajjah Sufiah di telinga Dinie. Dia yang sedang berehat di bangku kayu pada sayap kanan rumah tersenyum sedikit. Sudah puas dia bersedih dengan kehilangan yang tak disangkakan itu, beberapa minggu yang lalu.
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu sedang ia adalah kebaikan bagi kamu. Dan boleh jadi kamu kasihkan sesuatu sedang ia adalah kejahatan bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 216, yang dibacakan ummi padanya lewat solat subuh beberapa hari yang lalu menerjah ke kotak memorinya. Dinie menghela nafas dan mengangguk perlahan.
Ya! Dia perlu yakin kepada-NYA. Yakin sepenuhnya tanpa ada sedikit keraguan pun. Sesungguhnya DIA maha mengetahui akan segala sesuatu itu. DIA mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA yang beriman... dan sebagai seorang mukmin yang mengaku beriman pada rukun iman yang enam, dia perlu percaya kepada qada’ dan qadar-NYA. Makin lebar senyuman Dinie, lahir dari rasa ketenangan yang menyelubungi dirinya tika itu.
Suara memberi salam yang agak kuat kedengaran membuatkan Dinie tersentak. Panjang lehernya melihat tetamu di hujung pagar lewat petang Jumaat itu. Tersenyum Dinie pada Idraki yang mengangkat tangan kanannya sedikit. Lambat-lambat dia bangun menghampiri pagar rumah itu yang sudah terbuka. Pasti Nuha yang telah menekan suis pagar automatik itu dari dalam.
“Tak nak masuk dulu, bang?” Tanya Dinie lembut. Lipatan tudungnya yang terurai dibetulkan sedikit.
“Na..” Idraki menjungkitkan keningnya sedikit. “My baby is coming..” Idraki bersuara perlahan seakan berbisik sambil matanya mengarahkan pada Nuha yang sedang berjalan penuh gaya.
Dinie ketawa perlahan. Idraki mengenyitkan matanya sekali pada Dinie.
“Angah, baby pergi dulu.. Angah duduk rumah elok-elok. Jangan nakal-nakal tau..” Nuha yang sudah berada di sisi Dinie memeluk erat pinggang kakak iparnya itu sambil tersengih manja.
Dinie menyiku lembut pinggang Nuha. “Baby tu yang patut jangan nakal-nakal.. Duduk rumah Pak Ngah baik-baik ye sayang. Tolong Mak Ngah masak jangan goyang kaki je..” Dinie mencuit manja pipi Nuha.
“Abang Id kalau nampak baby ni nakal, rotan je pakai hanger..” Sambung Dinie lagi dengan tawa yang perlahan. Jegilan mata Nuha membuatkan Dinie menyambung tawanya.
“Jom kita gerak dulu.. Dah lambat ni..” Suara Idraki yang kedengaran tiba-tiba membuatkan Dinie mendongakkan kepalanya, memandang Idraki dengan pandangan yang penuh kemusykilan. Idraki ketawa lepas, faham makna renungan itu.
“Dinie, don’t get me wrong ya..” Idraki bersuara dalam tawa yang masih bersisa. Nuha terpinga-pinga tidak dapat menangkap situasi saat itu. Dinie tersenyum akhirnya. Dia menganggukkan kepalanya. Idraki membalas senyuman itu dengan kerdipan matanya sekali.
“Sampaikan salam Dinie dekat Pak Ngah dan Mak Ngah..” Dinie bersuara sebaik sahaja Nuha dan Idraki menyelesakan diri di dalam kenderaan pacuan empat roda milik Idraki.
“Okay..” Serentak Nuha dan Idraki membalas. Dinie menjungkitkan hidungnya sekali dan mengerdipkan matanya pada Idraki yang tersengih. Isyarat yang hanya difahami mereka berdua menjadikan Nuha terpinga-pinga sekali lagi.
Dinie melambaikan tangannya saat kereta Idraki bergerak perlahan meninggalkan kawasan rumah itu. Lambat-lambat dia mengatur langkah ke tempat pertapaannya sebelum ini. Di bangku kayu itulah dia duduk melayan perasaan. Gelas kaca yang masih berbaki jus oren di dalamnya digenggam erat dan dia meneguk air itu sekali sebelum meletakkan semula gelas itu di atas meja di hadapannya.
Dinie menghela nafasnya perlahan. Kepalanya dirapatkan ke permukaan meja. Peralahan-lahan dia menakupkan kepalanya ke atas kedua-dua belah tangannya yang berada di atas meja itu. Satu niatnya, ingin merehatkan minda, mencari damai di hati..
_____________________________________________________________________________________
Dinie menggeliat sedikit. Matanya dibuka perlahan-lahan. Pandangannya berpusat pada siling yang tinggi di hadapan matanya. Dia menggeliat malas sekali lagi. Terkebil-kebil dia seketika, memikirkan apa yang terjadi sebelum ini.
Usapan di kepala Dinie mematikan lamunannya. Dia tersentak. Bergegar kepalanya dek kerana pergerakan sesuatu yang menjadi alas kepalanya. Tawa nakal yang kedengaran membuatkan Dinie melompat bangun dari sofa berangkai tiga di sudut tengah rumah itu.
“Abang!”
Bulat mata Dinie melihatkan Naqib yang mengukir senyum nakal sambil mengenyitkan matanya sekali. Naqib masih lagi berpakaian pejabat. Lengan kemeja biru gelap yang dipakainya sudah dilipat kemas hingga ke siku manakala tali lehernya sudah dilonggarkan tetapi masih lagi terletak elok di kolar baju suaminya itu.
“Sedapnya sayang tidur.. Abang ingat nak join tadi..”
Tersipu malu Dinie memikirkan dia tidur beralaskan peha suaminya sebentar tadi. Namun tidak sampai sesaat, garisan halus menjadi ukiran di dahinya serta merta.
Macam mana pulak boleh tertidur dekat dalam ni? Tadi bukan ada dekat luar ke? Pelik.. Bila pulak abang balik?
Dinie mencerunkan pandangannya pada Naqib yang sudah tersandar di sofa sambil memejamkan mata. Dia tersenyum penuh makna. Pantas dia merebahkan kembali kepalanya ke pangkuan suaminya.
“Ei.. Boleh pulak dia sambung balik..” Mata Naqib terbuka luas. Lelaki itu ketawa perlahan melihatkan senyum manja yang terukir di wajah isterinya. Tangan kanannya diangkat sedikit, mengusap kepala isterinya itu. Dinie menarik tangan suaminya lembut.
“Bila abang balik? Piya tak sedar pun..”
“Piya tidur mati mana nak sedar.. Mengantuk sangat ke sayang? Kenapa tak masuk dalam?”
“Piya tunggu abang..” Ringkas jawapan Dinie.
“Betul ke ni? Sayang duduk kat taman tu lepas solat asar kan? Abang kan dah bagitahu abang balik lambat sikit hari ni..”
Dinie ketawa perlahan. “Mana tahu? Abang pasang spy ye? Ada cctv ke dekat sini?” Balas Dinie bersahaja sambil meliarkan pandangannya.
Pantas Naqib mencuit pipi isterinya itu. Dinie yang masih lagi berbaring di pangkuan Naqib tergelak manja, tahu suaminya itu geram mendengarkan jawapannya.
“Abang pergi mana balik lambat?”
“Rahsia..” Sepatah jawapan Naqib mengundang cubitan di lengannya yang berada dalam pelukan Dinie. Naqib ketawa lepas. “Guess what?”
“Ala.. Cakap je la bang.. Malas la Piya nak pikir..” Celah Dinie pantas.
“Abang dari Kajang tadi.. Singgah rumah babah..”
“Kenapa tak ajak Piya..” Memuncung Dinie mendengarkan kata-kata Naqib. Naqib tersenyum. Laju sahaja jarinya mencuit hidung isterinya itu.
“Abang singah sekejap je sayang.. Ambik ni,” Naqib menarik sampul surat putih bersaiz besar sedikit dari A4 di atas meja kopi di sisi sofa tempat dia berehat itu. Dinie bingkas bangun.
“Apa tu bang?”
Naqib menjungkitkan keningnya beberapa kali. Dia tersenyum lebar. “Sayang abang dulu kalau nak tahu apa dia..”
Dinie mencebik.. “Malaslah nak layan..”
Tubuh kecil Dinie dirangkul Naqib erat sebaik sahaja ayat itu dinokhtahkan. Sebuah ciuman hinggap di pipi kanannya.
“Sayang ni sensitiflah sekarang..” Usik Naqib sambil mencuit pipi isterinya.
Dinie tersengih. Laju sahaja dia membalas ciuman suaminya. Tersipu malu Dinie sesaat kemudian. Memerah wajahnya, melarikan pandangannya dari sang suami yang galak memerhati.
Naqib ketawa senang hati. Sifat malu-malu yang sudah sebati dalam diri isterinya itu benar-benar menambat hatinya.
“Come sayang.. Take a look at this..” Naqib menarik Dinie rapat padanya.
“Apa bendanya tu, bang?” Tanya Dinie perlahan, memanjangkan lehernya untuk melihat muka depan sampul surat itu.
Naqib mengukir senyum sebelum membalas, “Congrats sayang! You’ll be part of Faculty of Languages and Linguistics!”
“Language and Linguistic? Major in English? As in UM?” Tanya Dinie laju seperti tidak mempercayai dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Bulat matanya melihatkan surat tawaran yang terbentang di hadapan matanya.
“Ya, from UM.. It’s your first choice, isn’t it?”
“Alhamdulillah..” Spontan Dinie memeluk erat suaminya di sebelah. Terserlah kegembiraan di wajahnya. Bersinar matanya terpancar satu kepuasan.
Naqib tersenyum senang. Gembira hatinya melihatkan kegembiraan isterinya. Sudah puas dia melihat kesedihan Dinie saat mereka dikhabarkan dengan berita keguguran isterinya itu beberapa minggu yang lalu.
Zahirnya mungkin Dinie nampak tabah tetapi dia faham perasaan insan kesayangannya itu apetah lagi dia pun turut merasakan kesedihan yang sama. Dia juga faham kesedihan berganda isterinya yang terlepas daripada menghadiri temuduga untuk menempatkan dirinya di IPTA dalam bidang pendidikan. Namun, dia tahu setiap hamba Allah di muka bumi ini telah dikurniakan rezeki masing masing dan DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA.
Bagi mengurangkan kesedihan isterinya, Naqib membawa ibu mertuanya, Hajjah Sufiah untuk tinggal bersama mereka buat seketika waktu. Baru beberapa hari yang lalu dia bersama Dinie menghantar semula Hajjah Sufiah pulang ke Ipoh di atas permintaan ummi mereka itu yang sudah merindukan kampung halamannya serta kebun sayurnya di belakang rumah itu.
“Sayang nak call ummi?” Tanya Naqib saat terkenangkan ibu mertua kesayangannya itu.
“Hmm.. Nanti malamlah. Dah nak maghrib pun. Ummi mesti tengah siap-siap nak solat dekat surau sekarang ni..” Dinie menjawab mesra. “Bang..”
“Hurmm?”
“Mana abang tahu pilihan pertama Piya ni?” Tanya Dinie pantas, menyuarakan persoalan yang mengasak mindanya.
Naqib tersenyum sedikit. “Sayang tak tahu.. Tapi sayang ingat tak Idraki ada tanya macam-macam dekat sayang once upon a time.....” Naqib meleretkan ayatnya, menjungkitkan keningnya pada Dinie. Berkerut dahi isterinya memikir. Sampul surat yang sudah berada di tangannya diletakkan ke sisi saat kotak memorinya mula terurai sedikit.
“You’re spying on me, aren’t you?” Dinie mencerunkan pandangannya pada Naqib yang tersengih.
“Sayang punya pasal, Piya. Semua berkaitan Piya abang nak tahu..” Naqib ketawa nakal. “My top secret. You never know my dear..” Naqib ketawa kuat.
Dinie menganggukkan kepalanya beberapa kali. Saraf memorinya semakin berkembang. Raut wajahnya berubah suram. Sepasang anak mata coklat milik suaminya ditenung dalam.
“I guess I have to thank you, abang..” Dinie bersuara perlahan. “If you haven’t done what have you did, HE knows the rest.. If you didn’t come on time that day, I don’t think I’ll be yours..”
Naqib yang mula memahami butir bicara Dinie segera meraih isterinya ke dalam dakapan.
“Forget injuries, sayang..” Naqib berbisik lembut di telinga isterinya. “Look at the bright side.. Kalau tak berlaku semua tu, takkan senang-senang abang dapat Piya.. Right? Semuanya dah tertulis.. Qada’ dan Qadar-NYA..” Naqib menepuk-nepuk bahu isterinya lembut. Dinie dalam pelukannya terangguk-angguk.
“Sayang abang..” Sayup-sayup kedengaran suara Dinie yang sudah menyembunyikan wajahnya di dada bidang suaminya.
Bibir Naqib menguntum senyum sedikit. Tangannya masih lagi menepuk-nepuk bahu isterinya perlahan, membisikkan kata-kata cinta, mengungkapkan janji setia..

No comments:
Post a Comment