June 24, 2011

:. Keterlaluankah Aku 10 .:



Zayanah..”


Ya, ma..”


Gadis itu menoleh sambil tersenyum. Buku resepi Thai di tangan ditutup sebelum diletakkan ke atas meja kopi di hadapannya. Dia bergerak ke kiri sofa sedikit, memberi ruang pada ibunya. Ditepuk perlahan ruang kosong itu, mempelawa Zahrah untuk duduk bersama.


Baju yang Mak Su Ida hantar kelmarin dah cuba?” Soal Zahrah sambil menggenggam lembut tangan kanan anaknya.


Jubah tu, ma?”


Zahrah mengangguk. Zaza tersenyum.


Em dah ma,”


Tak tunjuk dekat mama pun,”


Zaza tersengih.


Malu..”


Hampir tak kedengaran suara gadis itu. Zahrah sudah tersenyum lebar.


Padan tak?”


Okay, ma. Muat.”


Muat-muat?”


Eh tak-tak. Okay. Muat. Tapi bukan muat-muat. Ketat pulak kalau muat-muat tu ma. Mana ada orang pakai jubah muat-muat. Seksi. Lebih baik tak payah pakai jubah..”


Tergelak Zahrah mendengarkan jawapan dan huraian serta komen anak daranya itu. Zaza tersipu.


Okay lah kalau gitu. Mama tak sempat nak tengok kelmarin. Zayanah suka warna tu?”


Zaza mengangguk dan tersenyum.


Cantik, ma. Lembut je. Memang Zayanah suka. Thanks, ma.”


Sekali lagi Zahrah tersengih lebar.


Bukan mama yang beli, sayang.”


Abah?”


Zahrah menggeleng.


Mama dengan abah tak sempat tengok lagi kainnya tu, Zayanah.”


Dah tu Zaim kata mama dengan abah hantar dekat Mak Su Ida.. Bukan?”


Zahrah menggeleng perlahan bersama senyuman tersungging di bibirnya.


Zaim ni memang nak kena tau. Mastermind dalam semua hal.”


Zahrah tergelak.


Zaim nak senangkan Kak Dik dia je. Zayanah jangan marah Zaim tu.”


Zaza memuncung.


Dah tu siapa yang beli, ma? Siapa pulak yang hantar dekat Mak Su Ida?”


Dia. Zaim.”


Berkerut dahi Zayanah. Dia menggeleng sekali, memahami makna jawapan daripada Zahrah.


Kenapa?”


Zaza menggeleng sekali lagi, ibarat membalas pertanyaan ibunya.


Zaim berniat baik.. Zayanah jangan marah dia pulak,” sambung Zahrah lembut.


Pantas Zaza menggeleng lagi. Senyum dihulur semanis mungkin pada Zahrah.


Mana mungkin Zayanah nak marah, ma.. Lagi terhutang budi rasanya.


Dah tu?”


Seakan tidak mengerti, Zahrah meminta kepastian Zaza. Gadis itu tersengih.


Zayanah terharu la ma. Malu pun iya jugak. Zaim ni sengaja tau buat orang terharu. Dia pun sama. Hmm... kenapa kamceng sangat dua orang tu? Musykil betul..


Makin lebar sengihan Zaza pada ibu kesayangan. Zahrah ketawa perlahan, memahami gelodak hati Zaza. Sengaja diusik hati kecil itu.


Mama senang hati tengok Zayanah gembira.”


Zayanah pun happy tengok mama dengan abah senang hati.”


Balas Zaza mesra. Bahu ibunya dipaut lembut.


Mama dengan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak,”


Zaza mengangguk sedikit sebelum dia bersuara, “Em cakap pasal abah, mama tak ikut abah pergi Tanjung Malim ke esok?”


Ma pergi sekali la, sayang. Mana boleh tinggal abah seorang,”


Zaza ketawa perlahan mendengarkan balasan itu. Mama dengan abah memang pasangan ideal.


Setiap kali abah ada kelas, pasti mama ikut bersama. Mujur mama tak turut serta dalam kelas-kelas abah. Rezeki abah. Elok sahaja abah pencen dari pengetua maktab, datang tawaran daripada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk jadi pensyarah sambilan di sana. Setiap hari Rabu, abah dengan mama akan ke Tanjung Malim memandangkan kelas abah dijadualkan pada setiap Khamis dan Jumaat.


Jumaat?!


Mama,”


Aha?”


Ma kata family dia nak datang hari Jumaat,”


Um hm,”


Abah kan ada kelas hari Jumaat, ma. Nanti mama dengan abah tak ada dekat rumah pulak masa dia orang datang...”


Allah.. Itu rupanya yang difikirkan. Zayanah ni buat terkejut je. Mama ingatkan ada apa la tadi.. Datang family Amal tu nanti Zayanah kan ada. Zaim pun ada.”


Zahrah ketawa perlahan. Kepalanya digelengkan beberapa kali bersama senyuman nakal tak lepas di bibir.


Em mama main-main tau bila Zayanah cakap...” Memuncung Zaza, geram diusik ibunya.


Hm keluar dah muncung Donald Duck dia tu,” seronok Zahrah mengusik anak daranya itu.


Hermm nasib baik muncung Donald Duck bukan muncung Donald Trump,” balas Zaza sempat lagi menarik muncung dalam tak sedar.


Donald Trump pun muncung jugak ke?”


Em iya la. Mesti mama tak pernah tengok, kan?”


Haha~ Pecah tawa gadis itu sesaat. Hilang sudah muncung diganti dengan senyuman yang manis.


Itulah dulu Zayanah ajak mama tengok ‘The Apprentice’, mama tak mau...”


Hehehe~ Tawa Zaza bersambung sesaat. Zahrah menggelengkan kepala, masih lagi tersenyum.


Apa benda la yang buat Zayanah suka sangat ni..”


Hehehe sorry ma.. Zayanah terbayangkan muncung Donald Trump..”


Ada-ada aje la anak mama seorang ni. Hm.. Zayanah, family Amal nak datang petang, lepas Jumaat.”


Lepas Jumaat, lepas solat Jumaat? Macam hari tu?”


Em hm. Macam hari tu masa Amal datang dengan kawan dia," melihatkan anggukan Zaza, Zahrah kembali menyambung, "Kelas abah kan sejam je hari Jumaat tu. Habis kelas pukul 9.30 terus kami balik. Sekejap je sayang. InsyaAllah, sempat sampai sebelum solat Jumaat..”


Ooo.. Okay la kalau mama kata gitu. Lega sikit rasa.”


Zaza tersengih meleret. Tangan Zahrah dielusnya perlahan.


Em lega dah kan.. Kak Long pun datang jugak satu family petang tu nanti, insyaAllah. Oh em sebelum mama lupa.. Abah pesan tadi, mintak tolong Zayanah ambilkan Zaim dekat sekolah petang ni.”


Oh iya la... Zaim tak balik sekolah lagi. Padanlah sunyi semacam je. Abah pun belum balik lagi dari tournament badminton PIBG sekolah Zaim dekat stadium. Mesti team abah dapat masuk final.


Zaza mengerling Seiko yang tergantung di dinding bertentangan. Hampir ke pukul tiga petang.


Petang pukul berapa, ma?”


Dalam pukul lima. Lepas Asar la.”


Beres. Zaim ada apa petang ni?”


Chess.”


Oho Zayanah lupa.. Zaim ada bagitahu hari tu dia berguru chess dengan abang kawan dia sebab nak wakil sekolah,”


Zaim ni selalu cerita pasal abang kawan dia yang mana ea? Musykil betul aku. Bila pikir-pikir balik rasanya macam ada banyak rahsia je budak kecik ni.


Em kan Zaim berguru dengan Amal malam-malam hujung minggu,”


Tersedak Zaza tiba-tiba. Mama ni macam tahu-tahu je orang pikir apa... Zaza tersenyum memandang ibunya. Amal jadi sifu Zaim? Siapa sebenarnya kawan si Zaim yang ada abang nama Amal Mujahid ni? Hiii geramnya pikir!! Biar bibir menguntum senyum, mindanya tetap sarat dengan persoalan yang belum terungkai.


Ma, mama kenal dah ke dengan Amal?”


Kenapa tak kenal pulak.. Kawan Abang Long Yusuf kan tu. Zayanah tak ingat ke masa kenduri Kak Long dulu siapa yang  selalu ada dengan Abang Long. Best man Abang Long pun dia jugak. Zayanah lupa ya..”


Iya ke ma?”


Zaza tersenyum kelat kemudiannya..



:. to be continued, insyaAllah .:


pssstttt erm sesiapa yang still ada kekonfiusan, feel free to drop a comment.. boleh jat amend n3 before post the latest.. (",)

4 comments:

  1. oo cenggitu ke..
    kena cite gak pasal amal ni..
    cane leh jadi best man abang long ni..

    ReplyDelete
  2. s0...amal la pilihn d hati...
    hehehe...

    ReplyDelete
  3. oho..amal rupanya pilihan zulfah zayanah..
    comel je diaorang tu..

    dalam diam ye amal mujahid..
    rupa2 dia dah jadi best man along yusuf zaza..
    nak kenal la lebih detail pasal amal mujahid ni..

    kiranya macam nak pikat zaza, amal pergi pikat zaim dan along yusuf dulu ye? sekali gus mama dan abah zaza pun terpikat sama..

    ReplyDelete
  4. amal yek...ske nama amal mujahid ehehe...

    ReplyDelete