Pintu pagar berwarna maroon terbuka luas. Sebuah Honda CR-V mengundur dari halaman rumah melalui pintu pagar yang sedia terbuka. Sesaat kemudian tingkap di bahagian sebelah pemandu terbuka perlahan.
"Dinie... cepatlah," laung Encik Adli dari tingkap sisi kereta yang sudah diturunkan separuh.
Dinie menjengah dari sliding door dan menunjukkan isyarat tangan kepada Encik Adli, meminta Encik Adli tunggu sebentar.
"Dinie, minum air dulu. Itulah.. dari tadi mama suruh bersiap. Entah apa yang dibuatnya dalam bilik lama-lama." Puan Dahlia menghulurkan secawan milo kepada Dinie. Dinie menyambutnya dan dihirup air itu sekali sebelum meneguk habis secawan milo itu.
"Dinie pergi dulu, ma.." Dinie mencapai tangan Puan Dahlia dan mencium belakang tangan mamanya itu. "Hm... ma, jadi ke along balik Sri Iskandar tengahari nanti?"
"Iya. Kata along, dia ada banyak assignment yang nak disiapkan."
"Oh, kalau macam tu mama tolong sampaikan Assalamualaikum dari Dinie untuk along ye, ma.." Terkocoh-kocoh gadis itu menyarung kasutnya yang berwarna coklat gelap. "Bye ma... Assalamualaikum.." Laung Dinie dari pintu pagar. Dibukanya pintu di sebelah pemandu dan melompat masuk ke dalam.
"Hish budak ni, pakai baju kurung pun boleh lompat-lompat lagi," rungut Puan Dahlia perlahan. Bibirnya menguntum senyum sambil kepalanya digelengkan beberapa kali.
"Dinie naik dulu, bah.."
"Betul ni tak nak babah temankan naik atas?"
"Iya, betul... Dinie kan dah besar. 21 tahun dah pun kan.. takkan babah nak teman lagi..."
"Hmmm..... Dinie dah besar. Lupa pulak babah," Encik Adli tergelak perlahan. Tangannya dihulurkan pada Dinie dan segera Dinie menyambut huluran salam babahnya itu. Diciumnya belakang tangan Encik Adli manakala Encik Adli mengusap perlahan kepala Dinie.
"Babah... rosak tudung Dinie..."
"Ya Allah budak ni.........."
Dinie tersengih memandang Encik Adli. Dia melambai tangannya beberapa kali pada Encik Adli dan berlalu memanjat anak tangga untuk ke pejabat tempat dia bakal bekerja dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
ADRI NAJMI IQLIMA
Dinie membaca sekilas nama firma guaman yang tergantung di dinding di hadapannya. Dia mengintai ke dalam melalui pintu kayu yang terbuka luas namun dihadang dengan gril yang terkunci. Dia segera menekan loceng sebaik sahaja ternampak suis loceng disebelah gril yang terkunci rapat.
Beberapa detik berlalu. Masih tiada sesiapa yang datang untuk membuka gril yang terkunci. Dinie menjengah sekali lagi sebelum berpaling ke belakang.
"Oh mak!" Terperanjat Dinie tatkala bahunya terlanggar seseorang yang berada di belakangnya. "Opsss... maaf.. maaf.." Ujar Dinie laju sebaik sahaja menyedari kesilapannya yang berpusing ke belakang secara tiba-tiba.
"Awak buat apa kat sini mengintai macam pencuri?" Tajam kata-kata lelaki itu di pendengaran Dinie. Bulat matanya memandang wajah lelaki yang berdiri tegak di hadapannya kini.
Eh.. eh dia ni. Orang mintak maaf, dia buat tak tahu aje. Dah tu tanya macam nak telan orang pulak. Ayat tak bertapis. Ada pulak aku yang dah comel-comel pakai baju kurung macam ni dia kata macam pencuri?! Rungut Dinie dalam hati. Matanya melirik sekali lalu pada wajah lelaki tersebut.
"Pandang apa pulak tu?" Tanya lelaki tadi menyedari lirikan mata Dinie.
Sabar Dinie.. Entah-entah dia kerja dekat sini. Lawyer tak? Dalam hati Dinie berusaha menenangkan dirinya.
"Saya baru nak masuk kerja hari ni," jawab Dinie perlahan. Kepalanya ditundukkan dari memandang wajah lelaki itu. Sakit tengkuk aku nak tengok dia ni kena dongak-dongak pulak.
"Tak ada sesiapa ke dekat dalam?" Lelaki itu bertanya lagi. Masih lagi dengan nada yang serius. Matanya memandang jam di pergelangan tangannya.
Tanya pulak. Kalau ada orang dah tentu aku tak terintai-intai macam pencuri! Dinie menggelengkan kepala dan menjungkitkan bahunya sekali.
"Assalamualaikum,"
Tiba-tiba kedengaran suara memberi salam dari arah belakang lelaki yang berdiri di hadapan Dinie. Lelaki tadi segera berpaling dan menjawab salam yang diberi sambil tangannya bersalaman dengan empunya suara yang menghulurkan salam.
Eh, Encik Ihsan rupanya. Kenapa tadi dengar suara macam orang muda je. Dinie tersenyum memandang Encik Ihsan.
"Dinie, lupa pakcik nak cakap dekat Dinie kelmarin dulu. Masuk Office pukul sembilan tapi kadang-kadang terlajak jugak, tak ada yang sampai tepat pukul sembilan.. Mari masuk,"
Encik Ihsan menghampiri gril, membukanya dan mempelawa Dinie dan lelaki tadi untuk masuk ke dalam. "Mungkin ada yang dah sampai tadi sebab pintu kayu ni dah terbuka," Sambung Encik Ihsan lagi.
"Naqib ada appointment dengan Iqlima ke?" Tanya Encik Ihsan pada lelaki tadi.
Oh...Naqib nama dia. Huh, bukanlah kerja dekat sini. Memang lawyer pun, bukan 'lawyer' tapi loyar. Loyar buruk betul.. Gaya macamlah dia bos dekat sini. Dinie menjeling ke arah Naqib. Dia segera mengalihkan pandangannya tatkala menyedari mata Naqib yang terarah padanya.
"Tak ada Encik Ihsan. Saya datang nak jumpa Aina regarding payment yang tertunggak," Naqib menjawab pertanyaan Encik Ihsan dengan senyuman terukir di bibirnya.
Haa.. senyum macam tu kan elok. Tadi macam singa! Dinie menyembunyikan senyumnya. Masih lagi mencuri-curi pandang ke arah Naqib yang sudah menyelesakan dirinya di sofa berangkai tiga.
"Eh, duduklah dulu Dinie.." Pelawa Encik Ihsan.
Dinie tersenyum lagi memandang Encik Ihsan sambil menganggukkan kepalanya. Dia berjalan menghampiri Encik Ihsan dan melabuhkan punggungnya di sebelah Encik Ihsan yang duduk di sofa berangkai dua, bertentangan dengan Naqib.
Lagi rela aku duduk sebelah Encik Ihsan daripada duduk sebelah lion king tu. Tengok orang macam nak telan aje.
"Babah hantar pagi tadi?" Tanya Encik Ihsan lembut pada Dinie disebelahnya.
Dinie menganggukkan kepalanya. Sekali lagi senyuman manisnya terukir buat Encik Ihsan.
"Tak tahu pulak Naqib, Encik Ihsan nak pakai orang.."
"Saje Pak Ngah ambil Dinie ni kerja part time. Tolong sikit-sikit apa yang patut.."
Pak Ngah?? Encik Ihsan dengan lion king ni ada pertalian darah ke?? Hiii... tak serupanya perangai. Encik Ihsan bukan main baik lagi. Cakap pun tertib aje tak adalah macam lion king tu.. Pertama kali jumpa pun dah bagi bad impression. Kalau jumpa kali kedua, tak tahulah apa pulak yang nak jadi..
"Dekat mana Dinie?" Tiba-tiba kedengaran suara Encik Ihsan bertanya sesuatu pada Dinie.
Ya Allah! Apa yang Encik Ihsan tanya ni? Alamak, dah terlepas train la! Lambat-lambat Dinie mendongakkan kepalanya mengarah pada Encik Ihsan. Kedua belah keningnya terangkat memandang Encik Ihsan.
"Entah dengar entah tak. Blur aje budak ni, Encik Ihsan." Kutuk Naqib terang-terang.
"Dinie sekolah dekat mana masa tingkatan enam dulu?" Tanya Encik Ihsan lagi, mengulang semula soalannya tadi. Kutukan Naqib tadi seperti sapaan angin di telinganya sahaja.
"Ohh... dekat Sekolah Tinggi Kajang, Encik Ihsan. Tapi yang second time ni Dinie belajar sendiri. Kenapa Encik Ihsan tanya?" Pasal apa pulak Encik Ihsan ni tanya sekolah mana.. Kan babah dah bagi sijil-sijil aku kat dia. Ini yang musykil ni.
"Tadi Naqib tanya pakcik, kenapa Dinie kerja part time. Itu yang pakcik cerita, Dinie kerja sementara tunggu result STPM keluar.
Lah.. sibuk je nak ambil tahu hal orang. Dahla mengutuk aku terang-terang depan Encik Ihsan. Spesies jujur agaknya mamat sorang ni. Cakap tak bertapis langsung. Dinie menjeling Naqib dengan dahinya yang berkerut, menahan geram yang berbuku.
"Mana perginya Iman? Bukan dia ke yang tolong-tolong dekat sini dulu?" Naqib bertanya lagi pada Encik Ihsan. Tidak dihiraukannya jelingan maut Dinie.
"Iman dah dapat kerja dekat TM. Dah masuk dua bulan dia kerja dekat sana sebagai programmer."
"Oh really? Naqib tak tahu pun. Senyap-senyap aje dia masuk kerja ye.. She's so lucky. Tak silap Naqib dia mintak sekali aje kan, terus dapat pulak tu. Hmm.. kena mintak petua ni."
Naqib tergelak perlahan. Dia teringat sepupunya itu pernah menelefonnya untuk memberitahu sesuatu tetapi dia terpaksa memendekkan perbualan mereka kerana ada mesyuarat yang sedang berlangsung. Sempat dia memberitahu yang dia akan menelefon Iman semula, namun dek kerana kesibukan bekerja dia terlupa untuk membalas semula panggilan Iman.
Encik Ihsan tergelak mendengar kata-kata Naqib. "Untunglah Iman dah kerja dekat sana. Tapi kami dekat sini yang susah sikit, macam patah jari pulak rasanya," Encik Ihsan tergelak lagi.
"Dekat dua bulan Iman tak ada, habis tergendala kerja-kerja dekat office ni. Banyak dokumen yang belum binding lagi. LOD, LOT, dengan saman makin bertambah tiap hari, tak menang tangan Maira tu Pak Ngah tengok.. Untung-untung Dinie boleh tolong sikit-sikit dekat sini," sambung Encik Ihsan dengan matanya yang terarah pada Dinie. Dia tersenyum memandang Dinie.
Maira pulak.. tadi aku ada dengar nama Aina, sekarang ni Maira pulak. Bila la dia orang ni semua nak masuk office, boleh aku kenal. Tapi Naqib ni, tak pulak Encik Ihsan kenalkan dekat aku. Kalau tak disebut namanya tadi, tak tahulah aku..
Seperti dapat membaca isi hati Dinie Encik Ihsan bersuara, "Eh, lupa nak introduce masing-masing. Leka berbual dan berbual terus terlupa. Hm.. Naqib, ini Dinie. Dinie Sophea. Panggil aje Dinie, kan Dinie?"
"Hmm.." Sepatah jawapan Dinie. Senyuman terpaksa dihadiahkan buat Naqib demi menghormati Encik Ihsan.
"Dinie. Hmm... tapi kalau panggil Piya pun okay what,"
Bulat mata Dinie memandang Naqib. Serius ke mamat ni. Hiii.. geramnya aku. Main-main pulak macam la dah kenal lama.
"Dinie, ini anak buah pakcik.. Naqib. Dia ni kira client kita dekat sini jugak."
Naqib menganggukkan kepalanya sekali, menunjukkan gayanya yang kononnya gentleman.
Dinie memandang Naqib sekali lalu sebelum menghalakan pandangannya ke arah Encik Ihsan. Dia tersenyum melihatkan Encik Ihsan yang tersenyum memandangnya.
"Dinie, Dinie simpan dulu beg Dinie dalam bilik sana tu," ujar Encik Ihsan sambil tangannya mengarahkan pada sebuah bilik di sebelah kanan mereka. "Dulu Iman yang buat kerja di situ sebab dah sedia komputer dengan printer dekat dalam. Sekarang Dinie pulak guna bilik tu, gantikan tempat Iman, boleh?" Sambung Encik Ihsan dengan penjelasan yang ringkas dan pertanyaan di akhir penjelasannya.
Tersengih Dinie memandang Encik Ihsan. Dia menjawab, "Boleh, tak jadi masalah."
Dinie bingkas bangun dan bergerak ke arah bilik yang ditunjukkan tadi. Pintu bilik dibuka dan disendal dengan penyendal pintu berwarna oren yang telah tersedia di situ. Terang-benderang bilik itu yang tadinya gelap-gelita setelah Dinie menekan suis lampu di sebelah pintu. Laju sahaja tangannya mencapai remote penghawa dingin yang tergantung di sebelah suis lampu. Dia menekan suis penghawa dingin dan memicit butang on di remote penghawa dingin tadi. Kedinginan udara penghawa dingin mula memenuhi segenap ruang bilik.
Tersenyum Dinie melihatkan keadaan bilik yang tersusun rapi. Sebuah meja besar yang memuatkan lapan tempat duduk tersedia di tengah bilik. Terdapat sebuah rak pasang siap yang berisi fail-fail berwarna coklat dan kertas-kertas yang elok tersusun di penjuru bilik, manakala komputer dan printer diletakkan di atas meja komputer di sebelah tingkap.
Dinie berjalan menghampiri meja komputer. Ditariknya laci meja tersebut dan meletakkan wallet Forest Timber hitamnya di dalam laci itu. Beg berisi telekung yang digalas di bahu diletakkan di sisi meja komputer. Pantas dia bergerak semula ke luar bilik.
Bulat mata Dinie mendengarkan tawa Encik Ihsan yang bersatu dengan tawa Naqib, memenuhi ruang menunggu itu. Seronoknya dua orang ni. Entah apa la yang seronok sangat tu.. Dinie mengalihkan pandangannya pada Naqib yang masih tertawa. Ufhhh! boleh tahan jugak lion king ni. Mata dia jadi kecil bila tergelak. Pipi berlekuk macam Anuar Zain. Janggut... hermm.. janggut yang sejemput tu betul-betul kena dengan muka dia. So cute! Ya! Inilah gaya-gaya lelaki idaman aku! eheheh! Dinie tergelak perlahan. Tanpa disedari, dua pasang mata itu terarah padanya.
"Hah! tu tak lain, curi dengar perbualan orang lah tu," Suara Naqib yang jelas memerli menerjah masuk ke telinga Dinie.
"Hah?? Apa??" Terkeluar soalan dari mulut Dinie yang nyata terkejut mendengar suara Naqib tadi. Aduhhh.. malu sekampung! Mesti dia nampak aku dok ralit tengok dia tadi.
"Tak ada apa Dinie. Naqib ni memang kuat mengusik. Toksah ambil peduli," Encik Ihsan berkata laju menyelamatkan Dinie yang berdiri kaku di sebelahnya.
Dinie kembali duduk di sisi Encik Ihsan. Sesaat kemudian Encik Ihsan meminta diri untuk ke pantry di hujung bilik pejabat. Dinie mendiamkan diri di atas sofa berwarna merah jambu itu. Matanya menjeling ke arah Naqib. Terkejut dia tatkala matanya bertentangan dengan mata Naqib. Naqib menjungkitkan keningnya sambil tersenyum.
Hiii.. mamat ni kadang-kadang macam menakutkan aje. Macam gaya-gaya orang tak betul pun ada.. Dinie menundukkan pandangannya semula.
"Pandangan pertama tu hadiah.. tapi bila terus-terusan melihat, dah jadi dosa.. Tak belajar agama ke?" Perlahan Dinie menutur kata, hampir tak kedengaran suaranya saat itu.
Naqib tergelak kuat.. "Alhamdulillah... anak siapa lah ni," Kata Naqib dengan tawa yang masih bersisa.
Main-main pulak mamat sorang ni.. Dinie mencebikkan bibirnya, tidak berniat untuk membalas gurauan Naqib.
"Encik Adli, Naqib. Anak Encik Adli." Tiba-tiba kedengaran suara Encik Ihsan yang baru keluar dari pantry. Dia tergelak perlahan.
Ya Allah dia orang berdua ni, sekepala pulak time-time ni.. Dinie memandang Encik Ihsan yang berjalan menghampiri mereka. Encik Ihsan tersenyum memandang Dinie. Matanya dikenyitkan sebaik sahaja pandangannya beralih pada Naqib.
"Assalamualaikum..." Satu suara memberi salam dari luar. Mereka yang di dalam segera menjawab salam itu.Fuhh... nasib baik ada orang datang. Dinie mengarahkan pandangannya pada pintu masuk. Seorang wanita dalam lingkungan umur awal 30-an masuk terkocoh-kocoh.
"Ayah, maaf Ima terlambat pulak hari ni. Singgah post office sekejap, beli ni..." Iqlima menunjukkan setem yang ku agak dalam lebih kurang lima puluh keping kesemuanya. "...and this must be Dinie, right?" Sambung Iqlima lagi. Bibirnya menguntum senyum. Dia menghulurkan tangannya pada Dinie.
Dinie bingkas bangun dan menyambut huluran salam dari Iqlima. Dia tersenyum memandang Iqlima.
"Hah, Naqib. Buat apa datang sini?" Tanya Iqlima.
"Aku nak jumpa Aina sekejap. Tak tahu pulak hari ni dia masuk lambat."
"Masuk lambat apanya.. Dia call aku tadi, mintak cuti hari ni. Anak dia tak ada orang nak jaga sebab babysitter dia balik kampung.."
"Bawak aje datang office kalau tak ada orang nak jaga, Ima. Piya ni boleh tolong jagakan." Selamba sahaja Naqib berkata.
"Hah???" Sekali lagi Dinie terkejut dengan kata-kata spontan Naqib. Berkerut dahinya memandang Naqib.
"Piya? Siapa Piya?" Tanya Iqlima, pelik dengan nama yang serasa asing di telinganya.
Naqib tergelak kuat. Encik Ihsan hanya tersenyum memandang Dinie.
"Ni ha, budak baru ganti Iman ni.." Jawab Naqib dengan tawa yang masih bersisa.
"Budak apanya Naqib, dah 21 pun this year.. Dah boleh kahwin dah pun," ujar Encik Ihsan sambil menepuk bahu Naqib beberapa kali.
Naqib mengangguk, teringat perbualannya dengan Encik Ihsan tadi.
"Kira budakla jugak Encik Ihsan. Muda banyak tahun dari saya.." Naqib tersengih.
"Allah.. macamlah kamu tu tua sangat."
"Iya tak iya, life start at 40.. kan?" Sekali lagi tawa Naqib dan Encik Ihsan bersatu menggamatkan suasana.
Amboi-amboi dia orang ni, bukan main lagi jadikan aku bahan bualan diorang. Macam tak nampak pulak aku yang comel ni dok ada kat depan mata.
Dinie mencebik geram. Matanya dikalihkan pada Iqlima yang seakan pelik mendengar perbualan Encik Ihsan dan Naqib.
"Kau tak kerja ke hari ni, Naqib?" Tanya Iqlima mencantas tawa yang semakin perlahan.
"Aikk... Gaya macam nak halau aku je,"
Iqlima tergelak perlahan. "Tak adalah nak halau.. Just nak remindkan kau aje, dah asyik sangat borak dengan ayah macamlah dah lama tak jumpa..." Sambung Iqlima. Sebuah senyuman terukir di wajahnya.
"Hmm... bagusnya ada tukang bagi reminder," tergelak Naqib melihat wajah Iqlima yang sudah memuncung. Iqlima memang pantang diusik.. "Okay, okay.. aku keluar dulu. Lambat pulak sampai office nanti."
"Lain kali nak datang, tanya dulu. Kan dah buang masa aje tunggu lama-lama.." Ujar Iqlima pantas melihatkan Naqib yang sudah berdiri tegak.
"Eh, tak ada buang masa lah.." Naqib tersengih-sengih memandang Encik Ihsan. "Saya pergi dulu," kata Naqib pada Encik Ihsan. Mereka berdua bersalaman. Naqib kemudiannya menganggukkan kepalanya pada Iqlima. Salam diberi dan dia segera berjalan keluar sambil ditemani Encik ihsan. Dinie memandang Naqib dengan ekor mata sebelum bergerak mengikut Iqlima ke biliknya.
"Assalamualaikum..." Satu suara memberi salam di muka pintu. Dinie memusingkan kepalanya ke arah pintu. Salam segera dijawab dalam hati. Dia bingkas bangun tatkala pemilik suara yang memberi salam tadi bergerak menghampirinya.
"Dinie, kan? Akak, Humaira. Dinie boleh panggil Maira aje. Mai pun okay,"
"Hm... saya Dinie." Jawab Dinie sambil tersenyum. Tangan kanannya mencapai huluran salam Humaira.
"Buat apa ni?" Tanya Humaira. Matanya memandang skrin komputer di hadapan Dinie.
"Saman.. Puan Ima ajar tadi macam mana nak buat saman. Lepas tu dia bagi dua saman ni suruh buat. Tinggal lagi satu je tak habis lagi." Jawab Dinie panjang lebar.
"Hm... rasanya akak yang kena buat saman ni semalam. Nasib Baik Dinie dah sambung yang akak tak sempat siap. Berpinar mata semalam buat lima saman. Tak campur LOD dengan LOT lagi.." Maira membesarkan matanya memandang Dinie.
Dinie tergelak kecil melihat gaya Humaira. "Dinie dah pergi lunch?" Tanya Humaira. Matanya mengerling jam yang tergantung di dinding.
Dinie menggelengkan kepalanya dan bertanya, "Akak?"
"Belum.. Akak baru balik dari court tadi. Tak sempat pulak nak pergi lunch.. Jom lah Dinie, kita lunch dekat kedai seberang jalan."
Macam tahu-tahu je aku tengah lapar. Friendly la kak Mai ni. Baru kenal tak sampai lima minit tapi dah mesra. Dinie tersenyum memandang Humaira. Dia menyatakan persetujuannya dan mereka bergerak ke luar. Sempat Humaira memberitahu agenda mereka pada Iqlima sebelum mereka keluar dari pintu utama.

*******************

No comments:
Post a Comment