June 16, 2009

Bayang-Bayang 38


“Ei... Berangan...” Naqib memetik jarinya beberapa kali di hadapan wajah Dinie. Dinie tersentak. Kepalanya mendongak sedikit, menghadap Naqib yang sedang tegak berdiri di hadapannya.

“Abang.. Lambatnya.. Lama Piya tunggu..”

“Piya yang keluar awal.. Kan abang kata pukul 7.45...” Naqib mencuit hidung Dinie. Dinie mengerutkan hidungnya. “Nah..” Sepatah kata Naqib sambil menayangkan segugus kunci di hadapan isterinya.

Berkerut dahi Dinie memandang segugus kunci yang dihulurkan kepadanya. “Nak buat apa?” Tanya Dinie lurus.

Naqib tersengih nakal. Keningnya dijungkitkan sekali. Dinie mengecilkan matanya, mula memahami erti sengihan itu.

“Abang nak Piya drive?” Tanya Dinie dengan sebelah keningnya dijungkitkan sedikit. Naqib tidak berubah riak, masih lagi dengan sengihan nakal terukir di wajahnya.

“Dengar tu mama pesan bawak kereta elok-elok..” Pantas kata-kata Naqib sebelum ini singgah di mindanya.

Dinie memandang Naqib dengan pandangan yang sedikit tajam. Bibirnya mula menyusun kata, “Abang nak buli Piya ye...” Serentak dengan kata-kata itu Dinie mencapai kunci yang dihulurkan oleh Naqib tadi.

Naqib ketawa senang hati. Dinie menjeling geram dan melangkah pantas ke tempat pemandu.

“Piya marah ke?” Naqib mencuit pipi Dinie lembut sebaik sahaja Honda Jazz birunya itu meluncur keluar dari halaman rumah. Dinie diam tak membalas.

“Piya..” Panggil Naqib lembut. Dinie tidak menjawab mahupun memalingkan wajahnya menghadap Naqib. Hanya keningnya dijungkitkan sekali.

“Piya.. Piya marah abang ye?” Tanya Naqib lagi. “Abang penatlah sayang...” Sambung Naqib lagi, menayangkan kesedihan pada Dinie biarpun isterinya itu tidak memandang mahupun menjeling.

“Aaaaa..” Dinie terjerit perlahan saat jari jemari Naqib laju sahaja mencuit pinggangnya. Pantas tangan kirinya di atas gear diangkat dan ditepuk perlahan tangan Naqib yang sudah pun melingkari bahunya.

“Abang janganlah kacau.. Piya kan tengah driving ni..”

Naqib tergelak perlahan. Tangannya masih lagi melingkari bahu isterinya itu.

“Abang..” Dinie mengerling sekilas ke arah Naqib yang setia memandangnya sebalik kaca mata hitam yang dipakainya kala itu.

“Abang..” Panggil Dinie lagi.

“Iya sayang..” Perlahan Naqib menjawab. Lambat-lambat dia melepaskan lingkaran tangannya di bahu Dinie. “Tadi marah tak nak borak-borak dengan abang. Sekarang panggil banyak-banyak kali pulak..”

Dinie mengerling sekilas pada Naqib. “Perasan tau abang ni. Piya bukannya nak panggil abang pun.. Piya just nak abang angkat tangan abang tadi tu, mengganggu tau.”

Dinie memberikan lampu isyarat untuk membelok ke kiri. Tangannya segera mengangkat brek tangan, melihatkan kenderaan yang bertali arus pada waktu pagi itu.

Naqib ketawa lepas. Dicuitnya lagi pipi isterinya. Piya mencebik geram. Dia mengerling lagi pada Naqib. Lama. Terpaku dia seketika melihat ketampanan suaminya saat itu, terpikat dengan tawa yang memikat itu.

Usapan lembut di pipinya membuatkan Dinie tersentak. Hon yang bertalu-talu menjadikan Dinie sedikit kalut. Laju sahaja tangannya menukar gear setelah Naqib menurunkan brek tangan.

Fail..” Sepatah kata Naqib diikuti dengan gelengan perlahan. “Tak jadi abang nak belikan kereta untuk Piya..” Sambung Naqib lagi. “Selamat duit abang...” Naqib ketawa lepas. Tawanya meleret saat matanya menangkap cebikan isterinya.

“Oucchh!” Sekali lagi Dinie terjerit kecil. Tangan kanannya memegang kejap stereng kereta manakala tangan kiri mengusap perlahan pipinya yang dicubit Naqib sebentar tadi.

“Abang ni tak reti dok diam tau..” Marah Dinie perlahan. Naqib hanya tersenyum. Duduknya sudah mengiring, menghadap isterinya. Abang pandanglah depan.. Janganlah tengok Piya macam tu.. Tak boleh nak concentrate tau.” Dinie menepuk perlahan peha Naqib.

Naqib menyengih. “Alah... Tadi bukan main lagi tengok abang, tak kelip. Sampai kena hon dengan kereta belakang pulak tu..” Giat Naqib dengan tawa nakal yang meleret.

“Abang beli kat mana sunglasses tu?” Tanya Dinie laju tanpa menghiraukan usikan Naqib.

“Kenapa? Piya nak kata abang hensem eh?” Naqib kembali menyengih. Dinie menjungkitkan hidungnya sekali.

“Bila pulak Piya nak kata abang hensem... Piya nak bagitau abang punya sunglasses tu cantik je..” Dinie menjawab perlahan. Dia menggigit bibirnya, menahan tawa.

Memang pun abang hensem hari ni.. Hmm.. Bukan hari ni je, hari-hari! Tapi Piya tak nak bagitahu dekat abang.. Nanti abang perasan! Dinie tersenyum sedikit. Mati senyumannya saat Honda Jazz itu berhenti di dua persimpangan.

“Abang, mana Piya ingat rumah abang masuk jalan mana...” Lembut Dinie bersuara. Matanya memandang tepat pada Naqib yang tiba-tiba mendiamkan dirinya. “Abang..” Panggil Dinie lagi saat Naqib masih lagi berdiam diri dan merenungnya lama. Dinie menepuk perlahan peha Naqib. Naqib tersenyum akhirnya.

“Cuba Piya ingat balik. Last time Piya datang, lalu jalan mana?”

Dinie mengerutkan dahinya. “Mana Piya ingat.. Masa tu baby yang tunjuk jalan..”

“Hmm.. Tak apalah. Piya ikut je kata hati Piya.” Tenang Naqib bersuara.

Dinie mengerutkan dahinya. Dia mengerling cermin pandang belakang untuk melihat andai ada kenderaan lain di belakangnya.

“Nanti sesat karang, lambat pulak sampai..” Balas Dinie setelah dipastikan tiada kenderaan lain di belakang mereka waktu itu.

“Tak apa.. Lambat pun tak apa, asalkan sampai..” Senyum Naqib meleret.

Kerut di dahi Dinie makin jelas. Ishh abang ni.. Ada pulak kata tak apa kalau lambat sampai. Lambat pulak majlis tu mula nanti.. Dinie mengomel panjang dalam hati.

Beberapa ketika kemudian, dia mengalihkan pandangannya pada jalan di hadapan. Nafasnya dilepaskan perlahan-lahan. Tenang dia menekan klac, memasukkan gear dan menekan pedal minyak.

Honda Jazz itu meluncur perlahan ke simpang di sebelah kanan mereka. Dari sisinya, dia melihat senyum yang terukir di bibir Naqib.

“Kadang-kadang kita kena ikut kata hati kita. Orang putih kata, rely on your instinct..” Lembut suara Naqib mencecah gegendang telinga Dinie.

Dinie hanya diam memandang jalan raya, tak berhasrat untuk membalas kata-kata suaminya saat itu. Dia menanti kata-kata Naqib seterusnya.

“Gerak hati ni kadang-kadang memang berguna tapi kadang-kadang kita tak boleh ikut kata hati sangat. Surely Piya pernah dengarkan orang kata, ikut rasa.. binasa, ikut hati.. mati.”

Sepatah-sepatah Naqib menyusun kata. Dinie mengangguk sedikit. Tak lama kemudian, wajah seriusnya sebentar tadi dihiasi dengan segaris senyuman. Dia berpaling sedikit ke arah Naqib.

Terjungkit keningnya melihat Naqib sedang memandang ke arahnya. Biarpun mata suaminya itu dilindungi dengan kaca mata hitam, namun dapat dirasakan pandangan yang tepat ke arahnya saat itu. Pantas Dinie mengalihkan pandangannya ke hadapan, malu menjadi tatapan suaminya.

Naqib ketawa perlahan. “Piya tau tak... Malu-malu Piya tu la yang buat abang sayang sangat kat Piya tau...” Naqib mencuit perlahan hidung isterinya.

Dinie diam tidak berkutik.

“Orang perempuan ni, bentengnya adalah malu. Malu dengan Allah, malu dengan manusia, malu dengan benda hidup lain kat sekeliling kita ni.. Kalau roboh benteng malu tu, jadilah orang yang tak tahu malu. Itu sebab ada yang tak menutup aurat kat luar sana tu. Ada yang tak solat. Ada yang tak segan silu bermesra dengan pasangan yang belum tentu halal dekat khalayak ramai. Paling penting, itulah puncanya wujud anak luar nikah.. Kesian baby yang tak tahu apa-apa tu. Kalau ibu dia insaf, alhamdulillah. Kalau tak, rosak anak-anak tu tanpa didikan.” Naqib menggeleng perlahan.

Dinie diam mendengarkan sedikit tazkirah daripada suaminya. Dalam hatinya, dia bersyukur dipertemukan dengan Naqib dan bersyukur menjadi milik lelaki itu.

Segaris senyuman terukir di wajahnya. Senyuman itu makin meleret saat matanya ternampak Nuha dan Hajjah Sufiah sedang duduk di atas buaian di halaman rumah banglo dua tingkat itu.

“Dah sampai pun.. Saaayaang zaujah abang..” Naqib memanjangkan lehernya sedikit ke arah Dinie dan mencium pipi isterinya itu.

Dinie tersipu malu. Matanya melihat pada Hajjah Sufiah dan Nuha. Mujur mereka berdua sedang rancak berborak dan tidak menyedari kehadirannya dan Naqib.

“Jom masuk sayang.. Thanks ya, sampai pun kita... dengan selamat.”

Ketawa Dinie melihat Naqib mengenyitkan matanya sekali. Tanpa menunggu lama, dia memarkirkan kereta di sebelah pagar rumah itu. Enjin kereta dimatikan sebelum dia mencabut kunci serta menyerahkannya kepada Naqib.

Ya, thanks to my instinct..” Balas Dinie sambil menjungkitkan sebelah keningnya. Naqib ketawa lepas.

Kehadiran mereka di hadapan pintu pagar disambut oleh Hajjah Sufiah dan Nuha. Kedua-duanya tersenyum lebar melihatkan kedatangan pasangan pengantin baru itu.

“Jom masuk dalam, sarapan dulu.. Nuha dah buat nasi lemak subuh-subuh tadi..”

Hajjah Sufiah menepuk perlahan bahu Nuha di sebelah kanannya. Nuha tersengih. Naqib menjungkitkan sebelah keningnya, tidak percaya dengan perkhabaran itu.

“Kenapa? Abang tak percayalah tu.. Hmm.. Jomlah masuk ummi, akak.. Biar je abang kat luar ni.. Malas nak layan.." Nuha memuncung. Ditariknya lengan Hajjah Sufiah dan Dinie, mengikuti langkahnya ke dalam. Pecah tawa Naqib.

“By..” Panggil Naqib lembut.. “Ala.. Merajuk pulak dengan abang..”

Naqib memanjangkan langkahnya mengikut langkah ketiga-tiga insan kesayangannya. Mereka kemudiannya beriringan masuk ke dalam rumah dan menuju ke ruang makan.

“Meh sini nasi lemak satu pinggan. Isi penuh-penuh tau..” Naqib bersuara lembut di sebelah Nuha yang memuncung, berniat untuk memujuk adiknya itu.

Nuha diam tetapi tangannya menghulurkan nasi lemak kosong tanpa sambal, timun, ikan bilis dan telur kepada Naqib. Nasi diisi sepenuh pinggan.

Naqib ketawa lepas. Dinie tersenyum lebar. Hajjah Sufiah menggeleng perlahan dengan senyuman terukir di wajahnya.

“Hmm... Sedapnya.. Pandai baby buat nasi lemak tau..” Giat Naqib sebaik sahaja dia selesai mengunyah nasi lemak kosong di hadapannya. Nuha menjegilkan matanya memandang Naqib.

“Huh! Malas nak layan abang. Kak, nak bertolak nanti panggil baby ye kak..”

Nuha tersenyum memandang Dinie yang mengangguk dengan segaris senyuman di bibirnya. Pada Naqib dihadiahkan jelingan yang tajam sebelum dia meminta diri pada Hajjah Sufiah untuk naik ke biliknya.

“Abang.. Tak baik tau buat Nuha macam tu.. Tengok dia dah merajuk..” Dinie bersuara perlahan. Tangannya pantas mencapai pinggan berisi nasi lemak di hadapan Naqib dan meletakkan sambal berserta telur, timun dan ikan bilis. Dihulurkan kembali pinggan itu kepada Naqib yang tersengih lebar.

Naa.. It's okay.. Nuha memang suka merajuk dengan abang pun...” Naqib mengenyitkan matanya sekali.

“Ummi, makan mi..” Panggil Dinie sebaik sahaja Hajjah Sufiah melabuhkan punggung di sebelahnya.

Hajjah Sufiah menggeleng perlahan. “Tak apa.. Ummi dah makan dengan Nuha tadi. Naqib ni kuat mengusik betul. Kesian Nuha tu. Memang dia pun yang masak semua ni. Ummi just prepare bahan-bahan dengan bagitahu cara-cara je. Semua ni Nuha yang buat sendiri.." Hajjah Sufiah memandang Naqib dengan senyuman terukir di wajahnya.

Naqib menjungkitkan keningnya. “Really?” Sepatah kata keluar dari seulas bibir itu. Naqib tersenyum lebar.

“Nuha nak manja-manja dengan Naqib tu.. Abang kesayangan dia dah kahwin.. Takut dia nanti kalau kena tinggal sorang-sorang.."

Hajjah Sufiah membuka cerita. Berkerut dahi Naqib memandang wajah ibu mertuanya saat itu. Dinie hanya tersenyum sambil tangannya lincah mencedok sambal dari dalam Pyrex putih jernih.

“Nuha ada cerita apa-apa dekat ummi ke?” Tanya Naqib lembut.

“Itulah tadi tu yang ummi cakap, Nuha takut kena tinggal sorang-sorang..”

Naqib tersenyum sedikit. Dia mengangguk beberapa kali sebelum membaca doa makan yang diaminkan oleh isterinya. Mereka berdua kemudiannya bersarapan dengan penuh beradab.

Hajjah Sufiah yang memandang tersenyum lebar, senang hati melihat kemesraan anak menantunya. Seketika kemudian, wanita itu meminta diri naik ke bilik untuk menyimpan barang-barangnya.

Usai makan, Naqib mengajak Dinie naik ke bilik mereka di tingkat atas. Tanpa bertanya panjang, Dinie mengikut langkah Naqib. Beriringan mereka ke tingkat atas dengan lengan Naqib melingkari pinggang isterinya itu.

“Tadaaaaa...” Naqib menayangkan sepersalinan baju pengantin labuh berkain satin yang berwarna hijau apple di hadapan isterinya. Tudung krim yang bersulam mengikut warna baju dihujungkan diletakkan di atas riba isterinya itu.

Dinie terkelu. Wajahnya yang tertanya-tanya ditayangkan di hadapan Naqib. Naqib tergelak perlahan.

“Sayang kena pakai baju ni tengah hari nanti..’’ Ucap Naqib lembut. Dia menarik kerusi beroda di hadapan meja komputer dan duduk bertentangan dengan Dinie.

Berkerut dahi Dinie. Pelik memikirkan entah bila Naqib menyediakan semua itu.

“Piya suka? Abang tahu Piya suka warna hijau ni kan? Hari tu masa kita tempah baju, kita pilih warna maroon kan?”

Dinie mengangguk laju. Kepalanya ditegakkan memandang Naqib. Beberapa saat matanya memandang tepat ke arah Naqib. “Abang... Membazir je beli banyak-banyak. Kita bukan nak kahwin banyak-banyak kali pun.” Dinie bersuara lembut.

No.. Untuk Piya, tak ada perkataan membazir bagi abang. Sebab kahwin sekali je la abang nak kita ada kenangan yang paling indah. Abang nak hari bahagia kita ni jadi the most memorable moment dalam hidup kita. Abang nak Piya ingat hari ni sampai bila-bila..”

Tenang Naqib menyusun ayat. Senyuman terukir di wajahnya. Dinie memandang Naqib lama sebelum bibirnya mengukir senyuman manis buat tatapan suaminya itu.

Thanks abang..” Dinie menuturkan lembut, sepatah-sepatah.

Naqib tersenyum. Matanya dikenyitkan sekali. Dinie menjungkitkan hidungnya sedikit. Tangannya membelek baju labuh berwarna hijau apple itu. Di hujung lengan baju dan di kaki baju dijahitkan dengan manik-manik kecil manakala kain France lace bercorak sangat ringkas yang berwarna krim menjadi lapisan luar baju itu. Kagum Dinie dengan pilihan suaminya. Sangat ringkas tetapi amat menarik.

“Hmm.. Baju abang?” Tanya Dinie lembut saat dia menyedari Naqib tidak menunjukkan bajunya.

Naqib menjungkitkan keningnya sekali. Baju abang warna macam baju Piya la. Ada kat dalam almari tu..” Naqib memuncungkan bibirnya sedikit ke arah almari baju berhampiran pintu luncur yang menghala ke balkoni. Dinie tersenyum senang.

“Dah, jom.. Lambat balik, lambat pulak nak siap nanti. Marah pula mama dengan babah..”

Naqib menarik lembut tangan Dinie. Dinie bingkas bangun dari katil.

“Piya panggil ummi dulu. Nanti abang panggil Nuha..”

Naqib tersengih lebar saat Dinie memandangnya dengan pandangan yang kurang percaya. Tajam kerlingan isterinya kala itu.

“Abang jangan nak usik Nuha lagi. Kesian dia tau..” Pantas Dinie mengingatkan sebelum berjalan menuju ke luar bilik. Langkah kakinya diatur ke bilik yang didiami Hajjah Sufiah. Tawa nakal Naqib jelas di pendengarannya.

Sepuluh minit kemudian, Dinie sudah pun berada di ruang tamu menanti Naqib dan Nuha. Tak sampai sesaat, kedengaran tawa keduanya dari tingkat atas.

Dinie berpandangan dengan Hajjah Sufiah. Senyuman terukir di wajah mereka, lega dua beradik itu telah berbaik-baik semula. Beberapa minit menanti, kedua-duanya muncul dari tingkat atas, beriringan menuruni anak tangga.

Tangan Naqib melingkari bahu adiknya itu, jelas kemesraan antara mereka. Mata Naqib bertemu dengan mata isterinya tiba-tiba, membuatkan Naqib mengenyitkan matanya pada isterinya itu. Dinie tersenyum.

Hajjah Sufiah bingkas bangun dari sofa diikuti Dinie yang membimbit sebuah beg yang sederhana besar di tangan kanannya.

“Ummi dah siap?” Tanya Naqib lembut. Tangannya mencapai beg di tangan Dinie. Sepersalinan pakaian pengantin milik mereka kemas dalam pegangannya.

“Dah.. jom kita...” Pantas Naqib bersuara sebaik sahaja dia terlihat anggukan Hajjah Sufiah.

“Hmm.. jom. Lambat sampai pulak nanti.” Lembut Hajjah Sufiah bersuara dengan senyuman terukir di wajahnya.

Wanita separuh abad itu sememangnya seorang yang lembut dan penuh hemah. Naqib membalas senyuman ibu mertuanya itu. Setelah memastikan semuanya selamat, Naqib segera menuruti langkah ketiga-tiga mereka yang telah pun menanti di dalam kereta. Beberapa minit kemudian, Honda Jazz biru itu meluncur laju menuju ke destinasi yang dituju..

No comments:

Post a Comment