June 9, 2009

Forever Yours 4

“Pat a cake, pat a cake, baker’s man.. Bake me a cake as fast as you can.. Pat it and prick it and mark it with a B.. And put it in the oven for baby and me..”

Nyanyian Falah mengundang tawa Ain. Comel sahaja suara itu mengalunkan nursery rhymes yang diajarkan di tadikanya beberapa hari lalu. Lirik itu jugalah yang diulangnya tanpa jemu selain beberapa lirik yang lain. Ain menggelengkan kepalanya sekali sebelum mengalihkan pandangannya pada si kecil itu. Bulat matanya melihatkan Falah yang sedang menepuk tepung sambil menyanyi riang.

“Falah, tak mau main tepung tu.. Meh sini tolong mama bubuh chocolate rice atas cup-cake Falah ni..”

Ain pantas bersuara melihatkan Falah yang masih leka mengusik tepung di dalam mangkuk besar di atas meja. Falah hanya tersengih, tidak mengendahkan panggilan Ain. Suara si comel itu kembali kedengaran dengan lirik yang telah diubahnya sedikit.

"Pat a cake, pat a cake, baker’s mama.. Bake me a cake as fast as you can.. Pat it and prick it and mark it with a P.. And put it in the oven for papa and me..”

Ain menggelengkan kepalanya sekali lagi. Beberapa ketika kemudian bibirnya mengukir senyum nakal. Dulang berisi cup-cake yang sudah siap ditabur chocolate rice dimasukkan ke dalam oven manakala dulang kosong di atas kabinet diisi dengan cup-cake yang masih belum ditabur dengan chocolate rice. Langkahnya diatur perlahan, menghampiri Falah yang sedang leka.

“Aha! Degil ye.. Mama kata jangan main, kan...”

Pantas Ain menyapu tepung di jarinya pada hidung mancung yang comel itu. Falah yang pada mulanya memuncung geram tersengih lebar. Tawa kecil Falah kedengaran beberapa ketika kemudian. Laju sahaja si kecil itu memasukkan jarinya ke dalam mangkuk berisi tepung di hadapannya itu. Pipi Ain yang sedang menunduk memandangnya menjadi mangsa kenakalan Falah..

“Falah...”

Ain menyapu tepung di pipi gebu itu pula.

“Mama...”

Falah membalas dengan satu coletan di hidung mamanya.

“Falah.....”

“Ya Allah Ain, Falah.. Astaghfirullahalazhim...”

Mengucap panjang Datin Suhaili melihatkan wajah kedua-duanya yang sudah diwarnai tepung penaik itu. Ain terdiam manakala Falah ketawa riang.

“Buat kek ke main tepung ni..”

Datin Suhaili menggelengkan kepalanya beberapa kali melihatkan tepung yang sudah bertaburan di lantai.

“Nanti Ain kemas.. Sikit lagi je Datin..”

“Hishhh.. Dah berapa kali aunty kata jangan panggil datin, kan..”

Datin Suhaili yang sudah berada di sebelah Ain mengusap lembut lengan gadis itu. Ain tersenyum sedikit.

“Falah kacau mama, ye?”

“No lah tok mama.. Falah just nak tolong mama bake cake.. Right mama?”

Balas Falah laju. Terangguk-angguk kepalanya menantikan sokongan Ain.

“Pandailah budak kecik ni jawab.. Banyak mulut betul..”

Datin Suhaili mengusap kepala Falah sambil ketawa perlahan. Falah hanya tersengih memandang Ain, masih menantikan jawapan mama In nya itu mungkin..

“Dat.. Err.. Aunty nak apa-apa ke?” Tanya Ain lembut.

“Tak.. Uncle nak keluar... nak ajak cucu kesayangan dia ni la.. Hmm.. Falah nak ikut tok abah?”

“No, no. Falah nak tolong mama.”

Masam wajah si comel itu memandang Ain yang tidak melayannya.

“Falah, ikutlah tok abah.. Nanti tok abah beli ice cream.. Falah kan suka ice cream..”

Ain cuba memujuk.

“No, no! Mama marah Falah..... tak bagi Falah tolong mama...”

Sayu wajah itu tiba-tiba menyangkakan Ain sedang marah padanya. Datin Suhaili ketawa lepas. Bibir Ain menguntum senyum. Falah kembali memuncung.

“Hmmm.. Manja! Tak laratlah tok mama nak pujuk.. Ain, habislah Ain nak melayan puteri kecik ni.. Aunty nak ke depan dululah, nak bagitahu uncle, Falah tak nak ikut..”

Sempat Datin Suhaili mencuit pipi gebu Falah sebelum melangkah keluar dari dapur dengan tawa yang masih bersisa.

“Falah..”

Panggil Ain lembut. Falah menjauhkan dirinya dari Ain.

“Sayang..”

Panggil Ain lagi, merapati si kecil itu. Dia mengangkat tubuh kecil Falah perlahan dan meletakkannya di atas bangku bulat berkaki tinggi di hujung kabinet. Falah hanya diam tanpa sebarang reaksi. Meletus tawa Ain. Dicuitnya bibir comel yang masih memuncung itu.

“Hiii.. Tak comel la Falah masam macam ni.. Habislah tak ada siapa yang nak kawan dengan dia dekat school nanti..”

Usik Ain, memancing tawa si kecil. Falah masih membisu seperti tadi. Ain tersenyum nakal. Jari-jemarinya mula mengusik pinggang Falah. Dari pinggang beralih ke tengkuk si kecil itu. Meletus tawa yang ditahan Falah sedari tadi.

“Ma...”

Rengekan manja Falah mula kedengaran.

“Ha.. Merajuk lagi dengan mama..”

Ain masih lagi mengusik si kecil itu. Menggeliat Falah menahan geli. Meleret tawanya membuatkan Ain tersenyum lebar.

“Mama marah Falah...”

Si kecil Falah masih tidak mahu mengalah, bersuara dalam tawa yang bersambung-sambung.

“Siapa kata mama marah.. Hmm.. Okay. Kalau Falah tak nak mama marah, Falah tolong mama bubuh chocolate rice dekat cup-cake Falah ni, nak?”

Falah pantas mengangguk. Ain tersenyum senang, mengusap kepala Falah.

“Ni yang buat mama sayang Falah ni..”

Diciumnya kepala Falah yang bertocang lipan itu penuh kasih.

“Meh mama cuci muka Falah dulu..”

Pantas tangannya mengambil tuala kecil dari dalam laci almari dan membasahkan tuala itu sedikit. Wajah comel Falah dilap perlahan-lahan. Dari wajah beralih ke jari-jari comel itu pula. Falah hanya diam terkebil-kebil.

“Hmm.. Kalau tak cuci, karang papa Falah nampak baby dia comot macam ni, habis mama.. Lepas ni, Falah bubuh chocolate rice atas cup-cake Falah tau, mama nak buat kek prun pulak..”

Ain bersuara perlahan sambil tangannya lincah bekerja. Dia mengelap wajahnya pula perlahan-lahan. Si kecil Falah didukung dan dibawa ke sinki kemudiannya. Tangan si kecil itu dibasuh dengan air yang mengalir sebelum dia meraup wajah comel itu beberapa kali. Falah tersengih manja. Pantas Ain mencuit pipi gebu itu dengan tawa kecil.

Falah didudukkan semula di atas bangku bulat berkaki tinggi berhampiran kabinet. Dulang berisi cup-cake vanilla dibawa ke hadapan Falah dan diletakkan berhati-hati di atas meja kecil di hadapannya. Botol kecil berisi chocolate rice diletakkan dalam genggaman Falah.

Tanpa disuruh si kecil itu membuka penutup botol berhati-hati. Laju sahaja tangan comel Falah menabur chocolate rice di atas cup-cake vanilla kesukaannya. Sesekali mulut comel Falah turut menerima habuan chocolate rice dalam genggaman comelnya itu. Pantas Ain mencuit pipi Falah.

“Ohh.. Habislah chocolate rice tok mama macam ni..” Ain menjungkitkan hidungnya sekali. Falah tersengih manja. Tawa kecilnya kembali kedengaran di ruang dapur Datin Suhaili. 

_________________________________________


Ammar yang menjadi pemerhati sedari tadi tersenyum lebar. Senang hatinya melihatkan kemesraan Falah dengan Ain. Rasa terkilannya dengan sikap ibu kandung puteri kesayangannya itu seakan terubat melihatkan kasih Ain yang tertumpah buat si kecil Falah.

“Hah! Mengintai anak dara orang!”

Sergahan Datin Suhaili dalam nada suara yang terkawal membuatkan Ammar berpusing ke belakang. Tersengih dia melihat mamanya yang menjegilkan mata padanya.

“Bila pulak Am ngintai anak dara orang.. Tu ha.. Anak dara Am kat dalam tu.. Bising je dari tadi..”

Pantas Ammar mencipta alasan. Tangannya memaut lengan Datin Suhaili, mengajak mamanya ke ruang tamu di hadapan.

“Pandailah dia.. Macamlah mama tak kenal Am..”

Ammar ketawa lepas.

“Iya ma..”

“Okay, mama try percaya..”

“Ma...”

Tawa Ammar kembali memenuhi seisi ruang tamu yang dihias cantik oleh Datin Suhaili saat mendengarkan jawapan sinis mamanya itu.

“It’s okay kalau Am tak nak mengaku. Tapi kalau Am mengaku, mama happy.”

“Kenapa mama pulak yang happy?”

Lagak seorang yang lurus, Ammar bertanya tanpa nada. Datin Suhaili mencebik.

“Malaslah mama cakap dengan Am. Main-main je tak pernah nak serius..”

Ammar tersengih nakal. Lengan mamanya diusap perlahan. Lambat-lambat Datin Suhaili tersenyum. Anak bongsunya ini memang pandai mengambil hati tuanya. Tak ubah seperti ‘Imaduddin yang berada di perantauan. Sudah bertahun-tahun ‘Imaduddin menetap di Seoul, menimba pengalaman di sana katanya.. Rindu dia pada anak sulungnya itu yang jarang sekali pulang ke tanah air. Bergenang matanya tiba-tiba diusik angin rindu yang datang menyapa.

“Ma..”

Panggil Ammar perlahan, menyedari mamanya dalam kesedihan.

“What's wrong?”

Pantas Datin Suhaili menggeleng. Pada putera bongsunya itu dihadiahkan senyuman yang ikhlas lahir dari hatinya.

“Then?”

Lembut suara Ammar bertanya, prihatin dengan kesedihan mamanya yang membuatkan dia turut terusik.

“Nothing.. Mama teringat dekat ‘Imad pulak tiba-tiba..”

Jawab Datin Suhaili tenang dalam senyum yang menguntum di bibirnya. Ammar terdiam. Lambat-lambat nafasnya dihela perlahan. Wajahnya tergambar keceriaan mengenangkan emel yang diterimanya beberapa hari lalu daripada abang kembarnya itu. Ada berita gembira yang ingin disampaikan bagi mengubat kedukaan mamanya.

“I tell you what ma.....”

Terikat dengan janji yang dibuat antaranya dengan ‘Imaduddin membuatkan kata-kata Ammar terhenti.

“Hmm?”

Ammar tersenyum nipis.

“No, I mean.. Am kan ada.. Mama rindu ‘Imad, just take a look at me.. We’re much alike, right?”

Datin Suhaili ketawa perlahan sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Am, Am.. Dah kamu berdua twins, mestilah sama.. Bezanya ni ha..”

Datin Suhaili meraba janggut sejemput Ammar di dagunya.

“Lagi satu, mata Am tak sama macam mata ‘Imad tau..”

Datin Suhaili menyambung tawanya perlahan. Ammar hanya tersengih.

Soon mama... Soon... Ammar tersenyum lebar. Suara Falah ketawa riang yang kuat kedengaran membuatkan Datin Suhaili berpandangan dengan Ammar. Tersenyum kedua-duanya seketika.

Tanpa menunggu lama, Ammar bingkas bangun. Matanya dikenyitkan sekali pada Datin Suhaili sambil mengatur langkah ke arah dapur. Tawa Datin Suhaili yang mengetuk gegendang telinganya membuatkan dia tersenyum nakal. 

______________________________________________


“Panas ni sayang..”

Ain bersuara lembut. Suaranya kedengaran berselang-seli dengan tawa Falah.

“Yea!! Yea!! Falah bakes cake!”

Falah menjerit kesukaan sebaik sahaja dia selesai membantu Ain mengeluarkan dulang berisi cup-cake dari dalam oven.

“Ma, can I eat this..”

Jari comel Falah mengusik cup-cake yang kelihatan enak.

“Belum lagi sayang.. Panas tu..”

Ain meletakkan dulang yang masih panas di atas tembok berhampiran sinki. Dulang berisi cup-cake yang telah ditabur dengan chocolate rice oleh Falah sebentar tadi dimasukkan ke dalam oven perlahan-lahan.

“Jangan usik, Falah.. Panas lagi tu sayang.. Falah duduk kat kerusi depan tu dulu..”

Riuh mulutnya bersuara saat matanya melihat Falah yang menjingkit sedikit, mahu mencapai cup-cake di dalam dulang yang masih panas itu.

“Auch!”

Jeritan halus Falah membuatkan Ain terkocoh-kocoh menghampiri si kecil itu. Dibelek-belek jari kecil Falah pantas dan perlahan-lahan dia meniup jari comel itu.

“Itulah.. Kan mama dah kata jangan usik.. Panas.. Tak apa.. Sikit je ni. Falah kan kuat..”

Ain mencium jari comel Falah sebelum mencuit pipi gebu itu.

“Kalau jadi apa-apa dekat baby saya, siap awak..”

Ugutan dari Ammar yang tiba-tiba kedengaran membuatkan Ain tersentak. Dia yang sedang mencangkung sambil memeluk Falah bingkas bangun.

“Cacat Falah, jagalah awak..”

Bulat mata Ain memandang tuannya bersilih ganti dengan Falah yang terkebil-kebil. Celupar betul! Hishh! Mulut jenis insurans berjuta..

“Maaf, Encik..”

Dalam geramnya masih ada lagi sisa hormat buat tuannya itu. Ammar menahan tawa. Suka melihat raut wajah Ain yang berubah mendengarkan kata-katanya. Falah yang terkebil-kebil ditarik ke dalam pelukannya. Dicium dahi anaknya penuh kasih.

“Falah buat apa ni? Mama In dera sayang ke?”

Tanya Ammar sinis dalam senyum yang ditahan-tahan. Pantas Ain mendongak, mendengarkan tuduhan yang tak masuk akal itu.

“Look, papa suka buli mama.. Papa tak sayang mama pun..”

Petah Falah menjawab. Si kecil itu yang sudah berada dalam dukungan Ammar memandang papanya dengan kerutan di dahi. Ammar tersengih malu, teringatkan kata-katanya pada Falah sebelum ini.

“Siapa kata papa sayang mama.. Macam mana papa nak sayang mama kalau mama tak reti nak jaga Falah..”

Laju sahaja Ammar membalas tanpa rasa bersalah. Bibir comel Falah yang kembali terbuka, mahu membela mama In kesayangannya itu ditekup pantas.

Tahu Ain sedang menunduk dan tidak menoleh ke arah mereka. Diciumnya pipi gebu Falah sambil bersuara, “Nasib baik papa datang.. Kalau tak, entah apa jadi dekat sayang papa ni..”

Dengan senyum nakal yang terukir di bibir, Ammar mendukung Falah keluar dari dapur yang agak luas itu, meninggalkan Ain yang diam seribu bahasa. Mulut si kecil itu masih lagi ditekup dengan telapak tangan kanannya.

Hoh! Nasib baik aku ni anak Mak Dah! Kalau anak orang lain, seminggu je dah cabut agaknya! Ain meramas jarinya kuat. Geram dengan tutur kata tuannya itu yang sentiasa menyakitkan hati.

Lambat-lambat dia melabuhkan punggung di atas bangku bulat yang menjadi tempat duduk Falah sebelum ini. Berdetap-detup bunyi jari-jemarinya dipatahkan, melepaskan geram yang semakin bersarang. Perlahan-lahan dia berselawat panjang, mencari kekuatan yang hampir goyah mengharapkan dia mampu bertahan hingga saat dia sudah tak diperlukan..



To be continued, in shaa Allah ♥️

2 comments:

  1. uish...
    nakalnyer si ammar nie...
    cian kat ain..
    hihihi...

    ReplyDelete
  2. hahaha..ain n falah sangat comel..
    ammar sgt suke ye usik ain..aha..hahahah

    ReplyDelete