June 19, 2009

Bayang-Bayang 49


“Ya Allah! Abang!!”

Jeritan kecil Dinie Sophea dari bilik tidur di sebelah membuatkan Naqib yang sedang meneliti pelan di meja kerjanya tersentak.

“Abang!”

Kali ini suara halus itu kedengaran hampir ke telinganya. Naqib memusingkan kepala. Sang isteri sudah memuncung di sebelah kirinya.

“Kenapa ni, sayang?” Tanya Naqib perlahan. Tangan isterinya diraih dan dielus lembut. “Hmm?”

“Abang, kenapa tak kejut Piya.. Tengok jam dah pukul berapa..” Dinie mengeluh perlahan.

“It’s quarter to nine, my dear.. Are you in hurry?” Tenang Naqib membalas.

“Abang..”

“Iya, sayang.. Piya bukan solat pun kan. Tidur pun lewat setengah jam sebelum subuh.. That’s why abang tak kejut Piya lepas subuh tadi.”

“Piya kan ada kelas pagi ni.. Abang lupa?”

“Ehh?” Naqib memusingkan tubuhnya menghadap Dinie yang masih lagi memuncung. Kedua-dua belah tangan isterinya digenggam erat.

“Are you sure my dear?” Keningnya dijungkitkan sedikit.


“Abang, Piya serius ni.” Makin memuncung Dinie, cuba menarik tangannya dari genggaman sang suami tapi gagal.

Naqib ketawa lepas. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

“Abang,” Berkerut dahi Dinie memandang Naqib.

“Iya, sayang.. Come..” Tenang suara lelaki itu, menarik perlahan tangan Dinie, mengarahkan isterinya itu untuk duduk diribanya. Lambat-lambat Dinie menurut.

“Seriuslah bang.. Tengok Piya dah lambat dah tau..”

“Apa kata Piya tuang kelas lagi hari ni..” Selamba Naqib mengusul saat Dinie masih lagi memuncung.

“Abang..”

Naqib kembali tertawa. Suara marah Dinie seakan rengekan manja di telinganya.

“Abang ni. Malaslah Piya nak cakap lagi.” Dinie bingkas berdiri.

Naqib menggeleng-gelengkan kepala. Sisa tawanya masih lagi kedengaran. Dinie mendengus lembut. Kakinya sudah bergerak sedikit, berkira-kira hendak keluar dari bilik kerja suaminya itu.


“Honey, wait..” Naqib bingkas dan bergerak ke arah Dinie. Bahu isterinya dipeluk kemas dari belakang. “Sayang abang ni, nak kata mengigau, jaga. Nak kata jaga, macam mengigau. Mamai eh?” Dinie diam tak berkutik. Pantas Naqib mencuit muncung isterinya.

"Kalah baby time merajuk tak nak pergi nursery dulu..” Usik Naqib dengan senyuman nakal. “Apa kata abang bawak Piya balik rumah babah hari ni.. Nak?” Dinie menggeleng laju dengan wajah yang kelat. Naqib tertawa perlahan.


“Piya nak balik kolej..” Hampir tak kedengaran suara itu.

“Hmm?” Naqib menunduk sedikit, meletakkan dagunya di kepala Dinie.

“Piya nak balik kolej..” Sekali lagi Dinie Sophea bersuara perlahan. Dapat dirasakan suaminya sedang tersenyum. Pantas Dinie berpusing ke belakang.

Naqib yang sedang berpaut pada isterinya itu tersentak. Keningnya dijungkitkan sedikit, isyarat bertanya kenapa.

“Abang..” Suara Dinie terhenti. Dia memandang Naqib seketika sebelum mengalihkan pandangannya. “Abang suka suruh Piya ponteng kelas. Piya tahu abang yang support Piya, tapi abang tak boleh terus-terus ajar Piya ponteng kelas. Kalau abang tak nak bagi Piya sambung, abang terus-terang dengan Piya. Piya boleh berhenti..” Dalam satu nafas Dinie menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Naqib terdiam. Lama.

“Ab-” Belum sempat Dinie menyambung kata, bibir Naqib melekap di bibirnya. Lama.


“Sayang ni, bangun pagi-pagi dah merungut bukan-bukan. Tak baik tau.. Lari rezeki..” Naqib bersuara selamba beberapa ketika kemudian. Tersengih dia pada Dinie yang sudah bulat mata memandangnya.

“Dah lari pun rezeki tu kalau lepas subuh pun dok tidur lagi..”

Rungutan Dinie singgah di telinga Naqib. Lelaki itu tersenyum lebar. Jelingan sang isteri tidak diambil peduli malah tangan halus itu ditarik lembut. Dinie terdorong ke hadapan. Langkah Naqib dituruti laju dan akhirnya terhenti di sisi katil size king di bilik mereka. Terduduk Dinie di birai katil saat Naqib duduk di situ dan menarik tangannya perlahan.


“Take a look at this, sayang..” Naqib mengunjukkan kalendar kecil yang berdiri megah di atas meja di sisi katil pada Dinie. Bulat mata Dinie memandang pada muka kalendar itu yang terlalu hampir di hadapan matanya.

“Kenapa tunjuk dekat-dekat sangat ni bang.. Mana Piya nak nampak..” Dinie menolak lembut tangan Naqib yang sedang memegang kalendar kecil itu. Naqib hanya ketawa perlahan. Keningnya dijungkitkan sedikit.

“Cuba Piya tengok hari ni hari apa.. S.A.B.T.U, Sabtu.” Eja Naqib satu persatu perkataan sabtu itu sebelum menyebutnya. Pipi Dinie dicubit geram. Isterinya itu mengaduh perlahan sambil tangan kirinya menggosok pipi lembut. Tersipu-sipu dia memandang Naqib.

"Lepas mandi nanti Piya siap, okay.. Abang hantar sayang balik kolej..”


“Tak nak!” Terjerit kecil Dinie tanpa sedar. Laju sahaja bantahan itu meluncur keluar dari bibirnya.

Senyuman nakal Naqib membuatkan Dinie bingkas bangun.

“Piya nak balik petang nanti.. Eh, tak. Esok pagi.. Eh tak, tak." Dinie diam seketika, memikir. "Erm.. Isnin Piya tak ada kelas. Isnin petanglah, bang.. Okay?” Dinie tersengih lebar. Matanya dikerdipkan beberapa kali pada Naqib yang tak jemu memandang.


“Isnin malam.” Dua patah kata Naqib buat Dinie yang masih menantikan balasannya.

“Petang..”

“Malam.”

"Petang.."

"Malam."

Memuncung Dinie pada Naqib yang menayangkan riak wajah serius.

“Hmm.. Malam pun malam la..” Lambat-lambat Dinie membalas. Tawa nakal Naqib mengetuk gegendang telinganya.


“Tak pernah pulak abang tahu Piya ada kelas hari Sabtu..”

Dinie ketawa lepas, mendengarkan sindiran halus itu. Beberapa saat kemudian dia mengalihkan pandangannya pada Naqib.

“Piya lupa lah hari ni hari Sabtu.. Ingatkan hari Jumaat..”


“Hurmm.. Buatlah lagi assignment tu sampai lima, enam pagi..”

Dinie memeluk lengan Naqib mesra. “Bukan selalu.. Itu la.. Siapa suruh abang bawak Piya balik rumah dalam minggu tengah busy ni..” Dinie tersengih menayangkan giginya.

“Pandai tau dia menjawab sekarang..” Naqib menjungkitkan hidungnya sedikit sebelum menarik hidung isterinya lembut. Dinie hanya tersenyum.

“Piya nak mandi dululah.. Abang sambunglah kerja abang tadi.. Weekend pun bawak balik kerja dekat rumah..”

Sempat Dinie merungut sebelum melangkah laju ke bilik air. Belum sempat kakinya melangkah masuk ke bilik air, Naqib terlebih dahulu meraih pinggangnya. Terhenti langkah Dinie di muka pintu. Keningnya dijungkitkan sedikit pada Naqib.


“Sayang abang ni, makin banyak mulut dia sekarang ye.. Nak kena ni..” Pipi Dinie dicuit geram. Terjerit kecil Dinie sebelum dia menjegilkan matanya pada Naqib yang ketawa lepas. Sesaat kemudian bibir Dinie menguntum senyum.

“Piya mandi cepat-cepat tau. Lepas ni kita breakfast sama.. Abang buat nasi goreng special untuk Piya tau..”


Dinie menjungkitkan sebelah keningnya sebelum dia mengerdipkan matanya sekali. “Macam Piya tahu je nasi goreng special tu..”

“Hahahah!” Naqib ketawa kuat. “Makan jangan tak makan. Kalau Piya tak makan, abang merajuk..” Naqib tersengih. “Dah, dah mandi dulu..” Perlahan-lahan tubuh isterinya ditolak lembut. Bebelan Dinie mengundang tawa lelaki itu.



-------------------


“Hurmm.. I knew it!”

Dinie ketawa perlahan memandang Naqib yang sudah tegak duduk di meja makan. Wajah selamba suaminya membuatkan tawa Dinie meleret. Nasi goreng ‘special’ yang sudah disenduk ke dalam pinggan diletakkan di hadapan Naqib sebelum dia menyenduk ke dalam pinggan di hadapannya.

Dinie kemudiannya menarik kerusi hadapan Naqib. Belum sempat dia duduk di situ Naqib menarik tangannya perlahan, mengarahkan Dinie untuk duduk di sisinya. Dinie tersenyum meleret.


Usai membaca doa, kedua-dua mereka mula menjamu selera. Sepatah kata pun tak kedengaran antara mereka sehinggalah tawa Naqib memecahkan kesunyian itu. Dinie mengerling suaminya di sebelah. Keningnya dijungkitkan sedikit.

“Tak payah la sayang nak asing-asingkan bawang dengan sawi tu. Ikan bilis tu pun sama.. Tak payah nak impress abang dengan skill Piya tu. Abang bukannya musang berjanggut pun..” Naqib menggelengkan kepalanya melihatkan wajah kelat Dinie, faham dengan tiga-tiga ‘musuh ketat’ isterinya itu.

“Ala, Piya bukan nak jadi Puspawangi pun.. Abang saja je tau. Dah tahu Piya tak makan, lagi banyak yang abang bubuh..”

“Eh, apa pulak abang.. Piya yang senduk sendiri tadi kan..” Naqib menjungkitkan keningnya beberapa kali.

“Dah memang penuh sawi dengan bawang dekat dalam mangkuk tu, bang.. Ikan bilis toksah cakap..”

Naqib ketawa lepas. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Piya, Piya.. Khasiat tu semua.. Abang nak bagi Piya sihat, bukan sakit..”

Kepala Dinie diusap beberapa kali. Segala ‘musuh ketat’ isterinya diambil dan diletakkan ke dalam pinggannya. “Bawang ni bagus untuk turunkan tekanan darah tau. Tak adalah Piya mengamuk
lagi macam pagi tadi..”

“Mana ada mengamuk..” Balas Dinie perlahan. Jegilan mata Naqib membuatkan Dinie tersengih.. “Ala bang.. Tiap-tiap kali, yang tu jugak yang abang ulang. Bawang ni bagus untuk prevent asma and kurangkan risiko kanser..”

“Ada lagi tu khasiat dia..” Sambung Naqib laju. “Sawi tu pun sama..”

“Takpe, bang.. Piya sayang abang.. That’s why Piya bagi semua khasiat sawi, bawang and ikan bilis tu dekat abang..” Dinie tersengih lebar. Sekali lagi Naqib mengusap kepala isterinya lembut.

“Pandai tau zaujah abang ni. Ada je ayat nak bagi abang sejuk hati..”

Dinie tersengih lebar, kembali meneruskan kerja-kerja ‘pembersihan’. Kali ini tanpa disuruh, Naqib menawarkan bantuan.

“Piya, after this Piya ada aktiviti ke?”

Dinie menggeleng perlahan sambil mengunyah nasi di dalam mulutnya.

“Kita pergi rumah babah ye hari ni, sayang..”

Tanpa menunggu lama, Dinie menganggukkan kepalanya beberapa kali.

“Homesick ke?”

Tersenyum Naqib melihat gelengan Dinie.

“Nak duduk Kajang semalam?”

“Naa..” Sekali lagi Dinie menggeleng sambil kepala tunduk menghadap sarapan pagi. “Hah?” Dinie tersentak. “Apa dia bang? Ulang sekali lagi..”

“Ei.. Apa ni cakap dengan mulut penuh ni..” Naqib mencuit pipi isterinya perlahan. “Berita terkini, no repeated..” Sambung Naqib dengan senyuman nakal.

Dinie mencebik.

“Kita tidur Kajang ye malam ni..”

Pantas sahaja Dinie mengangguk dan tersengih. Naqib tersenyum senang. Kepalanya dipanggung menghadap sang isteri yang masih asyik menikmati hidangan sarapannya. Makin lebar senyuman di bibir lelaki itu semekar kasihnya yang tertumpah pada isterinya.

No comments:

Post a Comment