“Wah… look who’s coming!!”
Humaira menjerit sedikit kuat saat ternampakkan Dinie Sophea yang sedang berdiri di pintu masuk utama pejabat. Bulat mata Dinie melihat Humaira yang kelihatan lebih ceria daripada biasa. Sayup-sayup kedengaran bunyi tawa Aina dari dalam pejabat.
Pantas Dinie memboloskan diri masuk melalui pintu gril yang telah dibuka oleh Humaira. Ucapan salam dihulurkan saat kakinya melintasi Humaira yang tersengih-sengih. Lambat-lambat Dinie menyiku perlahan pinggang Humaira yang sudah berjalan beriringan dengannya.
“Bos dah masuk?” Tanya Dinie perlahan. Matanya terarah tepat pada Aina yang sedang memandangnya. Gelengan Aina mengundang senyum nipis di bibir Dinie.
“Apa rasanya bertunang ni Dinie?” Tanya Aina dengan mata yang bersinar galak. Dinie hanya tersengih. Ibu jarinya ditegakkan ke atas dan keningnya dijungkitkan sekali.
Aina tergelak perlahan. Humaira sudah menarik kerusi beroda ke meja Aina, mahu menyertai perbualan yang baru suam-suam kuku itu.
“Mana aci Dinie langkah bendul. Akak solo lagi, Dinie pulak dah ada yang punya..”
Humaira mencubit perlahan pipi Dinie yang sedang tersengih. Dinie terjerit kecil sambil mengusap perlahan pipinya.
“Nak buat macam mana Mai.. Bukan jodoh kau la maknanya tu.. Penat kau tunggu Naqib tu sejak dari awal dia jadi client kita, tup-tup dapat kat cik adik ni..” Giliran Aina pula mengusik Dinie yang terpinga-pinga. Tangannya menepuk bahu Dinie perlahan.
“Senyap-senyap je Dinie bertunang ye.. Dah lepas tunang baru inform kita orang.. Tak aci la macam ni..” Humaira menjegilkan matanya pada Dinie yang tersengih-sengih mendengar luahan hatinya.
Dinie memandang sekilas pada Humaira. Dihadiahkan segaris senyuman buat Humaira dan tangannya menepuk perlahan tangan Humaira di atas meja. Seketika kemudian pandangannya terarah pada kalendar TM yang berdiri tegak di sebelah telefon talian tetap berwarna biru gelap di atas meja Aina.
Berkerut dahinya memandang kalendar itu. Bibirnya diketap lembut. Nafasnya dihela perlahan. Lambat-lambat Dinie mula menyusun kata.
“Jumaat minggu depan, kak Mai dengan kak Aina datanglah rumah saya, ya. Nanti saya bagi kad..”
“Hah!” Serentak Aina dan Humaira bersuara saat Dinie tenang menghabiskan ayatnya. Bulat matanya keduanya melihatkan Dinie yang tidak memberikan reaksi.
“Jangan kata korang nikah Jumaat minggu depan?” Pantas Aina bersuara memintas Humaira yang baru sahaja membuka mulutnya. Terangguk-angguk Humaira memandang Dinie.
“Insya Allah kak.. Encik Naqib cadangkan hari tu. Babah pun dah setuju. Dinie ikut aje mana yang baik.” Lembut suara itu, tenang menyusun kata.
“Kenapa cepat sangat.. Ishh Naqib ni pun tak sabar-sabar..”
Aina merungut perlahan. Rungutannya itu disambut tawa Humaira. Humaira menepuk perlahan peha Aina di sebelahnya. Tersengih dia memandang Dinie yang tersipu-sipu di hadapan mereka.
“No, Dinie.. Akak maksudkan, kenapa tak tunggu Dinie dah sambung belajar ke.."
Pantas Aina bersuara dengan sengihan yang lebar.
“Rushing nanti tau Dinie. Mana nak siapkan hantaranlah, nak cari caterer lagi, nak pergi kursus kahwin pulak. Hmm nak tempah kad, mana sempat.. Pening kepala pikir nanti..” Sambung Aina lagi sambil matanya terarah tepat pada Dinie.
Dinie tersenyum mendengar kerisauan yang disuarakan Aina. “Luckily I’ve got him..”
Pecah tawa Dinie saat dia menghabiskan ayatnya. Aina dan Humaira turut tertawa mendengar gurauan Dinie.
“Dinie dah jumpalah dengan Naqib bincang pasal semua ni sebelum buat keputusan?” Tanya Aina lagi meminta kepastian.
“Percaya tak kalau Dinie kata last time Dinie jumpa Encik Naqib when he was in Putrajaya Hospital?”
“Lahaiii.. Itu tengah bulan lepas punya cerita tau..” Melopong Humaira mendengar pengakuan Dinie.
Terangguk-angguk Dinie hendak meyakinkan Aina dan Humaira di hadapannya.
“Memang Dinie tak ada jumpa dengan Encik Naqib langsung.. Ada pun, dia sms atau email, tapi tak pulak Dinie rasa macam nak reply.. Semuanya Encik Naqib yang prepare, sekali dengan mama, ummi and babah.. Tinggal nak pergi kursus weekend ni. Lepas tu beli barang hantaran pulak. Dinie cuci kaki je kak...”
“Confuse pulak akak sekarang ni.. Dinie ni kena kahwin paksa ke?” Aina bersuara sedikit risau.
Pantas Dinie menggelengkan kepalanya beberapa kali. Bibirnya menguntum senyum. Manis senyuman itu seakan menggambarkan rasa hatinya.
“Dah tu kenapa akak tengok macam one side je yang beriya-iya,” balas Aina lagi
“Bukan macam tu kak.. Dinie sebenarnya segan la dengan Encik Naqib tu..”
Pecah tawa Aina dan Humaira mendengarkan kata-kata Dinie yang meluncur perlahan.
“So Dinie pas semua dekat Naqib je la ye..” Pantas Humaira mencelah dengan tawa yang masih bersisa.
“Bukan macam tu.. Dinie tak habis cakap lagi, kak Mai dengan kak Aina dah gelakkan Dinie..”
“Okay, okay.. kita orang dengar dulu..” Humaira tersengih lebar. Matanya dikerdipkan beberapa kali.
“Mama dengan babah yang settlekan on my behalf. Tapi tak bermaksud Dinie tak ambil tahu langsung dengan apa yang tengah jadi sekarang ni. Dinie tolong jugak tang mana yang patut. Cuma bab bincang-bincang dengan Encik Naqib tu, semua Dinie serahkan bulat-bulat dekat mama and babah. Hmm.. Tak lupa jugak dekat ummi yang ada kat Ipoh tu..”
“So Naqib dah jumpa la dengan ummi Dinie?” Tanya Humaira pantas.
“Hm.. dah jumpa dah.. Entah bila masa Encik Naqib jumpa ummi, Dinie pun tak tahu.. Entah siapa yang cerita pasal ummi, Dinie pun tak sure.. Belum sempat Dinie nak bagitahu, Encik Naqib dah pun tahu.. Hmm.. Bukan takat jumpa je kak. Entah apa yang Encik Naqib cakap dekat ummi sampaikan ummi dah sayang betul dekat dia..”
Dinie mencebikkan bibirnya. Kepalanya dilentokkan di atas meja. Jarinya mula mengetuk-ngetuk permukaan meja.
“Jealous la tu ummi dah sayang kat saya,”
Seperti terkena renjatan elektrik, Dinie bingkas berdiri saat terdengarkan satu suara yang tidak asing lagi di pendengarannya. Bulat matanya melihat Naqib yang berdiri tegak di hadapan pintu masuk. Liurnya yang ditelan saat itu terasa pahit.
Lambat-lambat kakinya melangkah beberapa tapak ke belakang. Matanya dikalihkan pada Aina dan Humaira yang tersengih-sengih menahan tawa. Dijegilkan matanya sekali seakan memberi amaran mengapa mereka tidak memberikan isyarat padanya saat kemunculan Naqib sebelum dia menyudahkan ayatnya.
Hishh.. bila masa pulak cik abang sorang ni masuk.. bunyi apa pun tak dengar..
Dinie mengalihkan pandangannya pada pintu utama yang tepelahang seluas pintu gril yang terbuka lebar.
Aiyya.. lupa pulak nak tutup pintu balik.. menonong je masuk tadi.. Dinie menepuk kepalanya perlahan.
Naqib menjungkitkan keningnya sebaik sahaja pandangan Dinie beralih padanya. Tersengih lebar dia melihatkan Dinie yang sudah tidak keruan.
“Itulah.. Lain kali sebelum nak ngumpat saya, tutup dulu semua lubang-lubang tu..” Panjang tangan Naqib mengarahkan pada pintu utama yang terbuka luas sebelum kembali menyambung kata-katanya, “Nasib baik la saya yang masuk. Kalau orang jahat tadi.....”
Kata-kata Naqib terhenti saat terlihatkan seraut wajah di hadapannya yang jelas sudah berubah mendung. Tidak jadi dia hendak menghabiskan ayatnya, bimbang sekeping hati yang kecil itu kembali berdarah ditoreh belati kesedihan..
“Ha.. Sampai pun..”
Azran yang muncul dari dalam rumah tersenyum lebar. Tangan kanannya dihulurkan pada tetamu-tetamu yang hadir sambil mulutnya menjawab salam yang diberi.
Sesaat kemudian keluar pula Encik Adli dan Puan Dahlia, menyambut kedatangan tetamu yang sememangnya dinantikan.
“Dinie dah keluar..” Bisik Azran perlahan di telinga Naqib.
Terangguk-angguk Naqib sambil tersenyum. Dia yang mencadangkan kepada Nuha untuk mengajak Dinie keluar pada hari itu. Puas Nuha bertanyakan sebab dia perlu berbuat sedemikian, dan penat juga Naqib hendak menjawab soalan-soalan yang diajukan Nuha kepadanya.
Namun, dia sudah tidak boleh berahsia lagi dengan adik kesayangannya itu. Terdiam Nuha saat mendengarkan pengakuan tulus ikhlasnya usai solat isyak pada malam sebelumnya. Beberapa ketika kemudian Nuha menjerit kesukaan dan lengannya menjadi mangsa Nuha melepaskan geram. Geram kerana tidak diberitahu lebih awal.
Naqib hanya mampu tersenyum, senang dengan penerimaan Nuha.
“Naqib,” sapa Encik Adli lembut.
Tepukan perlahan di bahunya membuatkan Naqib sedikit tersentak. Tersenyum dia pada Encik Adli dan Puan Dahlia di hadapannya. Pantas dia menghulurkan salam kepada Encik Adli dan menundukkan kepalanya sedikit pada Puan Dahlia, tanda menghormati kedua-duanya.
“Mari masuk dalam dulu,” pelawa Puan Dahlia sambil mengalihkan pandangannya pada tiga orang tetamu lain yang turut hadir. Sebuah senyuman dizahirkan tanda keikhlasan hati tuan rumah menerima kunjungan itu.
“Kenalkan isteri saya, Dahlia dan anak sulung kami, Azran.” Encik Adli bersuara sebaik sahaja kesemua tetamu sudah duduk selesa di ruang tamu rumah mereka. Masing-masing berbalas senyuman sebelum Naqib mula menyusun kata.
“Kenalkan pak ngah saya, Encik Ihsan..”
“Dah kenal dah..” Gurauan Encik Ihsan disambut tawa Encik Adli.
Puan Dahlia hanya tersenyum lebar, memandang Encik Ihsan yang duduk di sebelah suaminya. Naqib pula tersengih melihat reaksi kedua-duanya.
“Okay, dan yang sebelah Puan Dahlia tu, kenalkan mak ngah saya, Puan Ilyani.”
Puan Dahlia dan Puan Ilyani berbalas senyum. Tangan Puan Dahlia mengusap lembut lengan Puan Ilyani di sebelahnya.
“Tak lupa jugak, sepupu saya, merangkap bos Dinie, Idraki..” Idraki tersenyum sambil menundukkan kepalanya sekali pada enam pasang mata yang sedang memandang ke arahnya saat itu.
Perbualan antara mereka menjadi semakin rancak sehinggalah Puan Dahlia meminta izin untuk ke dapur bagi menyediakan hidangan yang telah disiapkan seawal pagi tadi. Puan Ilyani turut bingkas bangun menuruti Puan Dahlia ke dapur.
Sebaik sahaja mereka semua membasahkan tekak dengan jus oren yang telah dihidangkan, Encik Ihsan mula menyusun kata, mewakili anak buahnya, Naqib. Pertemuan yang sebetulnya dirancang untuk memperkenalkan antara satu sama lain menjadi pertemuan yang menyatukan dua buah keluarga.
Naqib tersenyum senang dengan penerimaan Encik Adli dan Puan Dahlia. Perancangan demi perancangan disuarakan dengan penuh keyakinan. Mereka bertukar-tukar pendapat sebelum mencapai kata putus.
Sebelum pulang, sempat Naqib menghulurkan sebuah kotak baldu biru yang comel, berisi sebentuk cincin emas putih yang bertatahkan berlian pada Encik Adli untuk diserahkan kepada anak gadisnya, Dinie Sophea.
Nyata tepat sekali tindakan Naqib mengikut gerak hatinya untuk membawa bersama cincin yang telah ditempah sebaik sahaja dia dibenarkan keluar dari hospital beberapa minggu lalu.
Tanpa sebarang majlis yang rasmi, dia dan Dinie telah terikat antara satu sama lain.
Kata Encik Adli, “...tunang ni hanyalah adat. Tak perlu lama, dan tak perlu majlis yang besar-besar. Cukuplah hanya dengan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Perkara yang wajib seperti nikah itu yang perlu dititik beratkan...”
Mendengarkan kata-kata itu, segera Naqib mencadangkan untuk membuat majlis nikah pada malam Jumaat awal bulan lima nanti. Persetujuan daripada mama dan babah Dinie sehari selepas pertemuan mereka membuatkan Naqib kelegaan. Entah mengapa naluri lelakinya begitu ingin mempercepatkan sunnah nabi yang ini.
“Wehh.. Dah sampai Kutub Utara ke kau ni!”
Tepukan keras di bahunya membuatkan Naqib tersentak. Dibulatkan matanya memandang Idraki yang sudah duduk selesa di atas kerusi bertentangan dengannya. Sengihan nakal terukir di bibir Idraki.
“Jauh kau berangan.. Sampai aku dah habis meeting dengan client pun kau tak bergerak-gerak lagi dari duduk dengan gaya tu.”
Idraki memuncungkan mulutnya pada Naqib. Pantas Naqib membetulkan duduknya. Tangannya yang sedari tadi memeluk tubuh sudah diletakkan di sisi kerusi yang didudukinya. Badannya disandar elok pada kerusi. Serentak dengan itu keningnya dijungkitkan beberapa kali pada Idraki.
“Aku nak mintak cuti..” Naqib bersuara tenang memandang Idraki yang sedang memusatkan pandangan ke arahnya. “On behalf of her...” Pantas Naqib menyambung ayatnya saat terlihatkan Idraki seperti hendak bersuara.
Tanpa diduga, Idraki ketawa lepas. Dia menutup komputer riba yang terpasang dihadapannya dan kembali memberi tumpuan pada Naqib.
“Kau nak bawak dia pergi mana ha?” Idraki bertanya laju diikuti dengan tawa nakal yang bersambung-sambung. Matanya tidak lepas daripada memandang Naqib yang berpakaian kasual. Bulat mata Naqib memandang Idraki seakan hendak ditelan sepupunya itu.
“Kau ni Id, selalulah su’uzon dekat aku kan..”
“Bila kau khatam Bahasa Jepun ni Qib?”
“Banyaklah kau punya Bahasa Jepun. Ini Bahasa Arab tau, bahasa syurga..”
Idraki tersengih mendengar kata balas dari sepupunya itu.
“So.. Apa kau kata tadi, nak mintak cuti? On behalf of her?”
Terangguk-angguk Naqib sambil tersenyum. Idraki menjungkitkan sebelah keningnya. Mati senyuman Naqib, faham dengan makna perbuatan itu..
“Now what..”
“Boleh Qib.. boleh je kalau kau nak mintak cuti on behalf of her.. Tapi ikut aku la nak approve ke tak..” Sekali lagi Idraki tersengih nakal.
“Aku kalau boleh nak dia cuti awal, tapi I’m pretty sure dia takkan mintak cuti awal punya.” Jawab Naqib sambil mendepangkan kedua-dua belah tangannya sebelum meletakkan ke belakang kepalanya.
“Bunyi macam yakin je,”
“Of course.. Memang aku yakin 101 percent.” Tenang Naqib membalas.
“Kau tau tak Qib, gaya macam dia terpaksa kahwin je sekarang ni..”
Pecah tawa Naqib mendengarkan pendapat Idraki sebelum dia segera menyambung kata-kata itu.
“Nampak macam aku ni desperate la pulak ya?”
Naqib menyambung kembali tawanya yang bersatu dengan tawa Idraki.
“Itulahnya.. Aku dapat rasa macam aku ni tak sabar-sabar je. Kalau boleh aku nak settle down cepat-cepat and hidup dengan aman. Tapi, entahla. Aku pun tak tau nak kata macam mana sekarang ni. Apa-apa pun, yang aku pasti, aku tak memaksa dan aku tak rasa dia terpaksa atau dipaksa..” Naqib kembali bersuara beberapa ketika kemudian. “Ak.....”
Mati kata-kata Naqib saat terdengar ketukan perlahan di muka pintu. Pintu bilik Idraki terkuak sedikit sebelum Dinie memboloskan badan masuk ke dalam.
“Encik Idraki, saya nak hantar borang permohonan cuti ni..” Pantas Dinie bersuara sebaik sahaja langkahnya berhenti di sisi meja Idraki. Tangannya menghulurkan borang yang sudah siap diisi pada Idraki. Tidak sedikit pun kepalanya berpaling ke kiri, memandang ke arah Naqib, kerana dia tahu sepasang mata itu sedang memerhatikannya.
Deheman Naqib dan tawa kecil Idraki tidak dihiraukannya. Yang penting sekarang, dia perlu menghantar borang permohonan cuti yang sudah berada agak lama dalam simpanannya pada hari itu juga kerana mengikut polisi firma itu, mereka yang hendak memohon cuti perlu mengisi borang cuti seminggu sebelum tarikh cuti yang dipohon.
“See..” Tawa Idraki meletus lebih kuat. Borang permohonan cuti itu diunjukkan pada Naqib di hadapannya.
Terangkat kening Dinie melihat situasi itu. Terasa dirinya seperti sebuah patung lillin di hadapan kedua-dua jejaka itu..
“Eh, mana boleh macam ni wak..”
Bulat mata Dinie mendengarkan bantahan Naqib.
“Awak..” Lembut suara Naqib memanggil Dinie. Idraki hanya tersengih memandang. Dinie berpaling ke arah Naqib.
“Kenapa?” Sepatah dia bertanya.
“Awak tahu tak kita nikah sembilan haribulan?” Tanya Naqib lembut. Anggukan Dinie membuatkan dia menyambung kata-katanya, “Tapi kenapa tujuh haribulan baru nak mintak cuti?”
“Suka hati saya la bila nak mintak cuti..” Perlahan suara Dinie menjawab.
“Tak boleh. Awak kena tukar tarikh ni..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab saya suruh tukarla..”
“Saya tak nak tukar.”
“Kena tukar jugak,” tegas suara Naqib kali ini.
“Kenapa kena tukar jugak? Apa yang jadi masalahnya?”
“Awak nak kahwin dengan saya tak?”
Pecah tawa Idraki mendengarkan kata-kata Naqib. Sungguh tak matang ayat itu. Umpama kanak-kanak ribena yang sedang bergaduh.
Dinie tertunduk malu, terlupa Idraki ada bersama.
“Wei Qib.. Kau ni buat lawak betul la.. Dulu kat tadika tak puas gaduh ke?” Giat Idraki dengan tawa yang masih bersisa.
Naqib hanya tersengih menunjukkan barisan giginya. Seronok dia mengusik gadis itu. Matanya masih tidak lepas daripada merenung seraut wajah yang tegar menunduk.
Dinie mengetap bibirnya lembut. Ishh.. malunya aku.. Macam mana la boleh terlupa pasal Encik Idraki ni.. Lambat-lambat dia mendongakkan kembali kepalanya.
“Dinie.. dengar cakap saya ye, tukar tarikh ni.. Sure awak takkan menyesal..” Naqib kembali memancing dengan kata-katanya yang lembut.
“Bila?” Tanya Dinie perlahan. Naqib tersenyum senang mendengarkan suara itu.
“Lusa..” Naqib menjawab tenang.
“Eh, mana boleh.” Pantas Dinie membantah.
“Isteri takleh bantah cakap suami..” Selamba Naqib bersuara.
“Belum kahwin lagi.. Jangan nak perasan..” Balas Dinie laju, tidak mahu mengalah. Tidak dihiraukan lagi Idraki yang sudah terkekek di hadapan mereka.
Apehal pulak lusa nak cuti, hari ni baru nak mintak.. Dinie merungut dalam hati.
“Awak..” Panggil Naqib lembut.
“Tak boleh.. Nak cuti, kena hantar borang seminggu sebelum tarikh cuti tu..” Pantas Dinie menjawab sebelum Naqib menyambung kata-katanya.
Serentak dengan itu Naqib mengalihkan pandangannya pada Idraki dengan senyuman yang penuh makna. Idraki yang menjadi pemerhati hanya menjungkitkan keningnya tanda membenarkan kata-kata Dinie.
“Come on man.. Kira macam EL la jugak ni..” Naqib bersuara memandang Idraki. Idraki menjungkitkan lagi keningnya. “So how?”
“Hmm.. aku boleh approve kan cuti ni. Tapi not this Wednesday. Ada client baru, nak meeting hari Rabu tu. Akan ada banyak kerja hari tu nanti. Friday, okay?” Tanya Idraki sambil mengalihkan pandangannya pada Dinie.
Dinie menjungkitkan bahunya sekali. Kepalanya dipalingkan ke arah Naqib yang sedang tersenyum memandangnya. Keningnya dijungkitkan sekali tanda meminta persetujuan Naqib.
Naqib menganggukkan kepalanya beberapa kali.
“It’s better than next Wednesday..” Naqib bersuara tenang sambil tersengih memandang Dinie. Dinie yang terasa dirinya diperli Naqib, menjungkitkan hidungnya sekali.
“Okay, dah settle.. Pening kepala aku tengok korang dua ni la.. Itu belum kahwin lagi tu..” Selamba Idraki bersuara sebelum tawanya meletus, bergabung dengan tawa Naqib.
“Angah!!”
Laungan Adhana dari muka pintu mengejutkan Dinie dari lamunannya. Dia bingkas bangun dari pangkin bawah pokok mangga yang menjadi tempat pertapaannnya sebentar tadi dan mula mengatur langkah ke rumah ummi yang tersergam indah. Adhana dan Nuha yang sudah turun ke tangga terakhir menanti dengan tangan yang bercekak di pinggang.
“Ishh.. Suka bebenor buat kerja part time yang tak ada gaji tu tau. Nanti Nuha report kat abang kang, habis angah kena ceramah tau..” Giat Nuha sambil memeluk pinggang Dinie.
Terkekeh dia dan Adhana mengenakan kakak mereka nan satu itu. Mereka bertiga kemudiannya beriringan masuk ke dapur, mencari ummi.
Dinie tersenyum senang. Rupa-rupanya ada rancangan lain di sebalik permintaan Naqib mempercepatkan hari cutinya. Tidak disangka Honda Jazz biru itu akan meluncur laju membelah lebuh raya Utara Selatan, menuju ke rumah ummi di Ipoh sesudah mereka selesai membeli barang-barang untuk hantaran siang tadi.
Tidak menunggu lama, Naqib segera pulang ke Bangi selepas menghantar mereka bertiga ke situ. Sempat juga Naqib berbual dengan ummi sebelum meminta izin untuk pulang selepas solat jamak maghrib dan isyak. Ummi pula tidak putus-putus memuji bakal menantu kesayangannya itu.
Mujur Naqib tidak berada di tempat kejadian. Jika tidak, mahu dia berlagak dengan pujian yang berbakul-bakul itu. Syukur ya Allah..
Andai ini penerimaan ummi, nyata mereka tidak silap membuat keputusan bagi pihaknya. Sesungguhnya setiap ibu bapa itu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dinie tersenyum lagi.
Makin lebar senyumannya tatkala hatinya melantun-lantun kalimah alhamdulillah, syukur ya Allah..

*******************

No comments:
Post a Comment