November 10, 2010

Dia (i)


Mutiara jernih yang sebelum ini berkolam di tubir mata sang gadis mengalir perlahan di pipinya. Pantas dia mengesat titisan itu. Sendunya mula kedengaran sayup.

“Heart-breaking,”

Sepatah kata meluncur perlahan dari seulas bibir merah merekah milik sang gadis. Tepukan lembut di bahu membuatkan dia menarik nafas dalam-dalam sebelum berpaling, menayangkan wajah ceria yang bersulam duka.

“Berkabung ke Yuna?”

Tersengih kelat Wahyuna sebelum dia mengetap bibir, menjeling sahabatnya yang bertanya.

“Amni, salah ke kalau aku bukan orang Pura Cendana?”

Wahyuna bertanya perlahan. Amni mengerutkan dahi. Dia melabuhkan punggung di sisi Wahyuna. Bahu sahabat baiknya itu dirangkul dan dielus lembut.

“Wahyun buat apa pulak kali ni?”

Soalan Wahyuna tidak terus dijawab. Bahkan gadis itu diterjah dengan soalan pula. Wahyuna hanya menggelengkan kepala dan mencebik.

“Dia tak pernah buat apa-apa..”

“Dah tu?”

“Entah la Am.. Susah aku nak kata..”

“Susah nak kata, cerita…..”

Tergelak Amni sesudah menghabiskan leretan ayatnya. Wahyuna tersenyum. Dia menyiku pinggang Amni perlahan.

“Dia mesti tak tahu kau suka dekat dia kan?”

Lambat-lambat Amni bertanya. Wahyuna hanya menggeleng. Tidak sampai sesaat dia menjungkitkan bahunya pula. Amni menghela nafas. Panjang.

“Tapi dia tahu kau lembut hati. Mesti dia mengayat bukan main, kan?”

“Tak,”

“Tak?”

“Em hm. Tak.”

“Serius dia tak mengayat langsung?”

“Aku yang perasan lebih Am.. Dia memang suka bergurau, mengusik. Aku pulak melayan je. Tak sangka aku makan hati lepas tu. Benda dah jadi. Nak buat macam mana.. Dia tak sedar pun aku serius kawan dengan dia.”

“Kau tau tak, Na..”

Amni berjeda. Sayu matanya memandang Wahyuna. Sesaat kemudian dia kembali menyambung kata.

“Aku menyesal sebenarnya... Menyesal kenalkan kau dengan dia. Aku lupa kau tak berkawan dengan lelaki.”

“Jangan menyesal Am. Aku tak salahkan kau pun. Hati aku ni yang terlanjur suka dekat dia. Aku ingat aku kebal. Tapi aku lupa... Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak mustahil akan terbit sekelumit perasaan sayang. Tak mustahil.”

Lemah Wahyuna menghabiskan kata-kata. Kepalanya menggeleng perlahan. Air mata kembali meluncur laju di pipi.

“Sabar, Na..”

Amni semakin mengeratkan dakapannya. Bahu Wahyuna ditepuk lembut beberapa kali.

“Aku tak kisah kalau Wahyun tak suka aku sebab aku bukan ciri-ciri orang yang dia mahu. Aku kesal bila dia ada kata semua ciri calon isterinya ada dekat aku tapi...”

Wahyuna kembali teresak. Ayatnya dibiarkan tidak bernoktah.

“Aku sedih, Am...”

Sayu suara Wahyuna bersulam sendu.

“Tapi aku kena kuat.”

Wahyuna menyambung lagi kata-katanya.

“Aku kecewa bila aku tak pernah tahu dia sememangnya sedang berkawan dengan orang lain selain aku. Sangat kecewa.”

Wahyuna kembali teresak. Pintu bilik yang sedikit terbuka diketuk perlahan tiba-tiba. Pantas Wahyuna dan Amni berpaling ke arah pintu. Terjengul wajah Nadirah, teman serumah Wahyuna. Segera Wahyuna mengesat air matanya dan menarik nafas dalam.

“Na, Dira nak keluar makan. Yuna dengan Am nak pesan apa-apa?”

Wahyuna menggeleng perlahan. Bibirnya menguntum senyum. Amni turut tersenyum dan menggeleng.

“Drive carefully,”

Pesan Wahyuna lembut. Nadirah mengangguk dan turut tersenyum sebelum dia menarik daun pintu perlahan menutupi kerangka pintu bilik itu.

“Sure confirm betul she’s the one?”

Amni berbisik perlahan sebaik sahaja pintu tertutup rapat. Wahyuna berpaling, mengerutkan dahi memandang Amni di sisi.

“Sure confirm betul?”

“Ya, sure confirm betul la..”

Wahyuna ketawa perlahan.

“Perosak bahasa betul tau Am ni...”

“Ya like who cares... Bukannya orang DBP check pun. You’re not answering my question tau dear,”

Amni tersengih lebar, mengerdipkan matanya beberapa kali. Wahyuna mencebik.

“Ok la, ok la.. Eh silap.. Baiklah.. Jadi, apakah benar si dia itu Pura Cendana’rian’ yang dipilih oleh Encik Wahyun Anuar bin Suhaimi sebagai suri hatinya?”

Wahyuna ketawa perlahan. Matanya kembali bergenang mutiara jernih.

“Na, sudah-sudah la habiskan air mata untuk Wahyun tu.. It’s not worth it,”

Makin deras air mata yang menuruni lekuk pipi Wahyuna.

“Aku bodoh, Am. Orang memang senang ambil kesempatan dengan aku. Dulu, susah dan senang dia, akulah tempat dia mengadu. Aku ibarat kaunter aduan dia, Am. Tapi sekarang dah lain. Dia bukan lagi Wahyun yang aku kenal. Aku kecewa. Sangat. Bodohnya aku, tak tahu teman serumah yang jadi pilihan dia. Bodohnya aku bila dia selalu tersilap send message Dira dekat aku dan aku tak sedar semua tu. Sungguh aku tak sedar dia sedang berkawan dengan Dira. Bod—”

“Ey, enough curses. It’s not even worth it,”

“Aku rasa ditipu. Aku rasa tertipu. Aku memang sangat kecewa, Am..”

“Everything happens for reasons my dear,”

Wahyuna menghela nafas dalam. ‘Ya, everything happens for reasons..’ Bisik hati kecilnya.

***********

... sy semangat nak knl dgn awk dulu sbb sy igt awk org pura cndana…

Options
Delete
Delete SMS?
Deleted

... kenapa awk bukan cndnarian?? u knw wat, kalaulah awk org pura cndana.....

Options
Delete
Delete SMS?
Deleted

... awk, parents awk mintak hantaran tinggi x agk2nya? sshla sy nak masuk minang klu tinggi2 sgt...

Options
Delete
Delete SMS?
Deleted

... btpe tu wak? rindula...

Options
Delete
Delete SMS?
Deleted

“Yuna!”

Amni menyengih di belakang Wahyuna. Sony Vaionya dipeluk rapat ke dada. Wahyuna yang tersentak dengan sergahan itu menjegilkan matanya sedikit.

“Buat apa? Khusyuk benar aku tengok,”

“Textkeeping,”

Wahyuna membalas sepatah sebelum kembali ralit dengan Myiman di tangan kirinya. Sesaat kemudian telefon bimbit dalam genggamannya bergetar perlahan.

SIM2 message from Wahyun

Wahyuna mengetap bibir. Mesej itu tetap dibukanya biarpun hati terasa berat.

ira abg mntk maaf sgt2 buat ira bjga whole nite smlm.. abg ttdo syg. abg.....

Berdegup kencang jantung Wahyuna. Seakan dia baru sahaja menamatkan lari berganti 4x400. Mutiara jernih berkolam di matanya tanpa dipinta. Mesej yang tidak habis dibaca itu terus dibuang dari kotak mesejnya.

“Textkeeping ya,”

Usik Amni yang menjadi pemerhati seketika tadi. Ternyata usikannya membuahkan hasil saat Wahyuna mengukir senyum dalam keterpaksaan.

“Ni aku nak buat officekeeping pulak. Jom, balik!”

Amni menepuk bahu Wahyuna. Gadis itu hanya tersengih. Seketika kemudian telefon bimbitnya diselitkan ke dalam Carlo Rhino kelabu di hujung meja sebelum dia menggenggam beg tangan comel itu. Dia bingkas. Beg sandang Alain Delon yang berisi computer riba ditarik perlahan dan disandang ke bahu.

“Jom, makcik cleaner...”

Pecah tawa dua orang sahabat itu saat masing-masing beriringan menuju ke lif.

***********

‘Everything happens for reasons’
‘Everything happens for reasons’
‘Everything happens for reasons’

Wahyuna menghela nafas. Dilepaskannnya perlahan-lahan. Berat. Kata-kata Amni bermain di kepalanya. Skrin telefon bimbit ditilik untuk kesekian kalinya.

awk x rindu sy ke? days dh kta x msg rite.. tp knp awk xrply mcm dulu? sy ada bt slh apa2 ke wak?? sy rindu nak msg dgn awk...

“Shit!”

Wahyuna menghela nafasnya.

“Astaghfirullah al-Azhim... Astaghfirullah-al Azhim... Astaghfirullah-al Azhim...”

Gadis itu beristighfar pula seketika kemudian. Sesalan keterlanjuran lidah menutur kata sedikit menggunung. Tangan meraup wajah. Menekup seketika. Sayup kedengaran esak yang tertahan.

‘Memang. Memang awak ada buat salah. Salah awak mulakan perkenalan dengan saya. Salah awak terlalu baik dengan saya. Salah awak bermulut manis dengan saya. Salah awak menuai impian dan mimpi indah selama lima tahun kita berkawan. Salah awak mengkhianati kepercayaan saya. Salah awak... Semuanya salah awak dari mula.’

Wahyuna kembali teresak. Skrin telefon bimbit direnung kosong. Dia beristighfar perlahan.

‘Tapi hakikatnya silap saya biarkan hati saya tewas dengan permainan kata-kata awak. Silap saya membiarkan hati berzina dengan perasaan tak enak ni. Memang silap saya...’

Wahyuna mengetap bibir. Penat dia melayang perang mindanya. Dia beristighfar lagi. Ketukan di muka pintu membuatkan gadis itu tersentak. Sisa air mata dikesat pantas. Nafasnya dihela laju. Daun pintu terkuak perlahan. Wajah Nadirah terjengul di situ.

“Na, I’m going back to Pura Cendana tomorrow morning.. Before dawn. Is it okay with you?”

“Ya, insyaAllah. Kenapa balik awal bulan, Dira?”

Nadirah tersipu-sipu di muka pintu.

“Family abang Nuar nak tetapkan tarikh pernikahan kami. Lagipun dah dekat setahun kami bertunang,”

Bersahaja Nadirah membalas seketika kemudian. Jantung Wahyuna seakan direnggut. Dia hanya mampu mengangguk sebelum membalas salam Nadirah. Pintu biliknya kembali tertutup rapat.

“Sampai hati awak Wahyun.......”

Wahyuna kembali berendam air mata. Tersengguk-sengguk dia menahan tangis. Umpama empangan yang pecah, mutiara jernih itu terus mengalir deras bersama sendu yang panjang. Tidak sampai sesaat, telefon bimbit dalam genggaman gadis itu bergetar dan berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tanpa berfikir panjang, Wahyuna menekan butang hijau dan dilekapkan telefon bimbit itu ke telinga kiri. Hanya tangisannya yang berlagu panjang menyambut si pemanggil.

***********

Hakimi tersentak. Telefon bimbit di telinga kiri ditarik sedikit. Skrin telefon bimbitnya dipandang sekilas sebelum dia kembali melekapkan Samsung Wave itu ke telinga kirinya. Suara tangisan kembali kedengaran. Tanpa sepatah kata dia hanya mendengar dan melayan tangisan itu. Hampir lima minit berlalu. Suara tangisan yang tadinya kedengaran rancak sudah bertukar rentak sehingga ia hampir tak kedengaran. Hakimi berdehem perlahan.

“Wahyuna,”

Sebaris nama Wahyuna dipanggil Hakimi. Perlahan. Lembut.

“Kimi?”

Hanya sepatah itu balasan yang diterimanya sebelum panggilan dimatikan. Hakimi tersentak. Tersengih kemudiannya memikirkan gadis itu masih lagi mengenali suaranya biarpun hampir lima tahun mereka tidak bersua. Hanya mesej menjadi bentuk komunikasi mereka. Itu pun hampir setahun sejak kali terakhir mereka bertanya khabar.

“I’m sorry,”

Perlahan Hakimi bersuara sendiri. Pantas jarinya bermain di papan pemuka.

assalamualaikum wahyuna.. maaf ganggu awk n maaf call awk tba2. entahla... sy pn xtau knp. really sorry,

Butang send ditekan pantas. Hakimi menghela nafas. Bimbang dimarahi Wahyuna. Faham pantang gadis itu mendapat panggilan daripada mana-mana lelaki tanpa ada urusan penting. Seketika kemudian, telefon bimbitnya bergetar perlahan.

its ok.. n sorry too..

Ringkas balasan itu.

are u okay?

Hakimi pantas mengirim balasan sebelum mereka berbalas mesej kemudiannya.

its nothing.. not 2 worry.. shat? lama x dgr kaba.

alhamdulillah.. sht mcm slalu. em hm i’m waiting 4 u actually.

em sorry..

sy mtk maaf klu ggu awk xkna msnya. if there’s smething bothering u, i can lend my eyes..

haha. thanks!

sure?

em hm

awk still mcm dulu.. xprnah nk rply my txt in better way. that’s wat i like about u n will alwys do. erm  i’ll b waiting 4 yr answr no matter wat.. i.Allah.em sy dah buat istikharah. sy yakin dgn pilihan sy. sy dah cuba utk knl dgn awk, fhm awk.. n in fact i’ve accdntally met yr parents dkt kem bina insan last time. almost 5 years sy knl parents awk. i love them da way i like u. sy hrp awk pn cuba buat istkharah.. plz..

Seminit berlalu. Tiada balasan daripada Wahyuna. Dua minit membawa ke tiga minit. Sudahnya, hampir sepuluh minit berlalu... dan lima belas minit berlalu. Masih lagi tiada balasan daripada gadis itu. Setengah jam menanti, Hakimi meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kopi di hadapannya sebelum dia bersandar malas di sisi sofa.

Lelaki itu menghela nafas dan menghembusnya perlahan. Berat. Mindanya menerawang mengingatkan detik pertemuan antara dia dan Wahyuna tujuh tahun yang lalu ketika mereka sama-sama mengikuti program bakti siswa. Entah kenapa, pertemuan tanpa suara itu membuatkan hatinya terpaut pada Wahyuna. Usai program bakti siswa, masing-masing membawa haluan sehinggalah mereka dipertemukan sekali lagi di sebuah kem bina insan dua tahun selepas itu. Sewaktu itulah mereka berkenalan secara rasminya saat masing-masing ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama.

Getaran telefon bimbit di atas meja kaca membuatkan Hakimi tersentak. Ada panggilan masuk. Pantas dia menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum, Kimi,”

“Waalaikumussalam warahmatullah. Pakcik? Sihat?”

“Alhamdulillah sihat. Kimi?”

“Sihat, alhamdulillah. Makcik pun sihat jugak?”

“Alhamdulillah semua baik-baik je Kimi. Em pakcik call Kimi ni ada hajat sikit,”

“Hajat apa tu pakcik?”

Penuh debaran Hakimi menanti sambungan bicara Encik Yazid, bapa kepada Wahyuna.

“Boleh pakcik dapatkan alamat rumah Hakimi di kampung?”

“Alamat rumah saya, pakcik?”

Hakimi bertanya pelik.

“Ah ya, alamat rumah dekat kampung. Walid dengan umi Kimi masih tinggal dekat kampung, kan?”

“Ya, pakcik. Sekejap lagi saya mesej alamat rumah saya dekat pakcik. Boleh saya tahu tujuannya pakcik—”

“Ahaa saja kami nak berkenalan dengan walid dan umi Kimi. Biasa kami terima ucapan salam daripada Haji Yusuf dengan Hajjah Hasnah... Teringin jugak nak berjumpa dengan empunya namanya,”

“Ohh,”

Hakimi ketawa perlahan. Menarik nafas lega.

***********

“Na, are you sure about this?”

Wahyuna mengangguk laju.

“Istikharah?”

“Aku dah pernah buat sebelum ni, Am.. Gerak hati aku memang pada dia cuma aku terlalu degil. Kelabu mata dengan Wahyun Anuar Suhaimi..”

Amni ketawa lepas. Dia mengekek pula seketika kemudian sebelum tawanya mati dek tamparan kuat di pahanya.

“Gelak la lagi. Tak senonoh tau anak dara ni. Gelak lebih harakat. Nabi gelak nampak gusi je tau. Senyum. Tak keluar suara.”

“Baiklah cik yang berhormat. Saya menurut nasihat,”

Amni menyengih tanpa suara. Tangannya menepuk lembut bahu Wahyuna.

“Aku doakan yang terbaik untuk kau, Na..”

“InsyaAllah.. Aku berserah, Am. Aku akan cuba mengenali dia sebagaimana dia cuba mengenali aku dan sabar memahami aku,”

“InsyaAllah he’s the one. Your soulmate.”

“Hope so, insyaAllah,”

Wahyuna termenung seketika, memikirkan masa hadapannya. Moga jalan yang dipilih ini terbaik buatnya. Jauh di sudut hati dia berdoa agar pilihan ini berlandaskan hati dan akal yang waras. Pilihan yang tidak dibayangi sesalan..

4 comments: