Sang mentari sudah menghilang di balik awan. Senja mula melabuhkan tirainya membuatkan suasana sekitar menjadi kelam, sesuram seraut wajah yang sedang termenung di atas buaian indah berwarna keemasan. Sesekali buaian itu berayun ke depan dan ke belakang mengikut rentak kaki yang mengayun.
Deruman enjin mematikan lamunan Dinie. Panjang lehernya menjenguk ke beranda, memerhatikan insan-insan yang baru sahaja keluar dari Proton Satria GTi Azran. Tersenyum dia melihatkan Adhan dan Adhana yang sedang bergaduh sesama mereka.
Entah apa yang digaduhkan mereka sehingga Adhana mencubit geram lengan Adhan. Mencanak Adhan lari masuk ke dalam rumah, mengejar Azran yang sudah pun melangkah masuk ke dalam. Lambat-lambat Dinie berjalan menghampiri Adhana yang sedang mengambil beg sandangnya dari dalam kereta.
"Penat?" Tanya Dinie lembut.
"Hm... Next week lagi penat, ngah.."
"Training satu hari ke?"
"Lebih kurang la. Next week kena pergi Sekolah Bukit Jalil pulak.."
"Bukit Jalil? Sekolah sukan tu? Training dekat sana ke?"
"Hmm.. Seminggu dekat sana, ngah.. Boringla nanti.."
"Takpelah.. Ad kan ada sekali.." Lembut suara Dinie memujuk. Dia berjalan mengikut langkah Adhana ke arah buaian yang menjadi tempat pertapaannya sejak balik dari office tadi.
"Huh.. Ad tu.. Menyampahlah Hana... Mengacau aje kerja dia. Sehari tak usik Hana, tak senang agaknya dia.." Adhana mencebik geram.
Dinie ketawa lepas. Kelakar memikirkan gaduh si kembar yang umpama air pasang surut. Dia menepuk perlahan paha Adhana beberapa kali.
"Ala ngah, tak ada Ad pun tak apa... Hana dah ada kawan baru, cute macam anak orang putih..." Adhana ketawa senang hati. "Angah nak tengok gambar dia? Hana bawak kamera masa training tadi.."
"Nantilah angah tengok.. Dah lama kenal ke? Laki ke perempuan?"
"Mestilah girl..." Pantas Adhana bersuara, memilih untuk menjawab soalan yang terakhir dahulu. "Baru je kenal.. Dia wakil sekolah dia, Hana wakil sekolah Hana..."
"Ohh.. Sama-sama dalam team netball lah ni ye.."
"Yup.. Nak harapkan Ad, tak boleh harap. Dia selalu lepak dengan budak-budak yang masuk olahraga. Mana dia nak dekat dengan kitorang yang main netball ni. Pemalu konon.. Mengada Ad."
"Ewah.. Ewah.. Cik adik sayang ni, sedap dia mengutuk kita ye.." Adhan yang tiba-tiba muncul entah dari mana mencuit geram pipi Adhana. "Kita jaga mata lah.. Bukan pemalu..." Sambung Adhan lagi sambil tersengih. Dia mengenyitkan matanya pada Adhana yang menjelirkan lidah padanya.
"Sibuklah Ad.. Pergilah masuk dalam.. Busuk!!"
Adhana menolak geram Adhan yang mengendeng di sebelahnya. Adhan menjungkitkan hidungnya sedikit. Sempat dia mencuit pipi Adhana yang sudah memuncung sebelum berlari laju masuk ke dalam melalui pintu di bahagian dapur yang terbuka luas.
"Angah.. angah nak tau tak..."
"Hmm?"
"Hana rasa macam nak bawak balik aje kawan Hana tu, tinggal dekat rumah kita beberapa hari.."
"Hah?" Dinie mengerutkan dahinya memandang Adhana.
"Kesian kawan Hana tu, yatim piatu.."
"Dia tinggal dekat rumah anak-anak yatim ke Hana?" Pantas Dinie bertanya, turut dapat merasakan kesedihan yang dirasakan Hana.
"Eh, taklah.. Dia tinggal dengan abang dia..." Hana menjawab sambil tersenyum mesra. "Nasib baik ada lagi ahli keluarga yang lain.." Sambung Adhana lagi.
"Hmm.. Bila-bila free, ajaklah dia datang rumah. Mama mesti suka."
"Boleh jugak. Dia tinggal dekat Bangi je.."
"Ohh. Tak jauh dah.." Terangguk-angguk Dinie seketika. "Ap..."
Tak sempat Dinie menghabiskan kata-katanya, telefon bimbitnya berlagu perlahan. Pantas tangan Dinie menyeluk beg telekungnya yang masih lagi tersangkut di bahu kirinya. Bulat matanya memerhatikan nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya saat itu.
Hishh! Apa yang dia nak lagi ni.. Tak paham ke dengan apa yang aku cakap pagi tadi. Tak reti bahasa betul mamat ni. Buat sakit hati orang je. Dinie merenung seketika skrin telefon bimbit itu sebelum menekan butang merah.
"Siapa, angah" Pantas Adhana bertanya melihatkan kelakuan Dinie yang agak pelik saat itu.
"Wrong number." Selamba Dinie menjawab dengan sengihan yang panjang. Sesaat kemudian, telefon bimbitnya itu bergetar pula tanda ada mesej yang baru masuk. Dinie tersenyum pada Adhana yang menjungkitkan kening padanya. Pantas tangannya menekan butang hijau untuk membaca mesej itu.
love me without fear
trust me without questioning
need me without demanding
want me without restrictions
accept me without change
desire me without inhibitions
for a truly love, will never fly away
Gila! Mamat ni memang dah gila! Memang tak reti bahasa betul. Agaknya aku kena cakap Bahasa Arab kot dekat dia. Tak pun Bahasa Urdu. Baru masuk sikit dalam kepala dia tu.
Kala itu tetingkap memori Dinie terbuka luas, membawanya menyingkap kisah antaranya dengan Naqib pada awal pagi tadi, pagi Jumaat yang mulia..
"Encik Naqib jangan ikut boleh tak?" Dinie bersuara geram sebaik sahaja kakinya memijak anak tangga yang terakhir.
"Tak boleh.." Naqib menjawab selamba sambil mengerdipkan matanya pada Dinie. Dinie menjeling geram. Naqib ketawa perlahan. "Awak jeling macam tu, lagi saya rasa nak ikut.." Naqib ketawa nakal.
"Jangan nak menggatallah." Keras suara Dinie berbicara. Baginya, tidak perlu dia berlembut dengan orang seperti Naqib yang masih mencari keseronokan di luar walaupun sudah mempunyai tanggungjawab di rumah.
"Awak!" Pantas tangan Naqib menarik lengan Dinie yang melangkah laju tanpa menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas.
Penunggang motosikal merah yang hampir-hampir merempuh Dinie tadi memusingkan kepalanya ke kanan sedikit dan menoleh ke belakang. Dia mengangkat jari hantunya dan menunjukkannya pada Naqib yang sedang memandang tepat ke arahnya.
Naqib mengecilkan matanya untuk melihat nombor pendaftaran motosikal itu yang sudah memecut laju. Malangnya dia tidak dapat melihat dengan jelas nombor pendaftaran motosikal merah itu.
"Kurang ajar!" Naqib bersuara kuat. Marah dengan kelakuan penunggang itu tadi.
"Apa?"
"Bukan awaklah sayang," Naqib tersengih pada Dinie yang masih lagi terkejut dengan insiden tadi.
"Apa sayang, sayang. Geli saya dengar.."
Naqib tersengih lagi. "Lain kali, nak lintas jalan tu pandanglah kiri kanan dulu.. Nasib baik saya ada tau."
"Sebab Encik Naqib ada la saya hampir-hampir nak kena langgar tadi. Nasib baiklah sangat." Selamba Dinie menjawab. "Eh, lepaslah.." Pantas Dinie menarik lengannya yang masih berada dalam genggaman Naqib.
Naqib tersenyum lagi. Segera dia melepaskan pegangannya dan berjalan laju mengejar Dinie yang melangkah pantas meninggalkannya.
"Lajunya.. Awak lari dari saya ke?"
Dinie menjeling Naqib. Malas hendak menjawab pertanyaan itu. Pantas dia meloloskan diri menghampiri Acik Jah yang sedang membungkus nasi lemak. Riuh mulutnya meninggalkan pesan pada makcik separuh abad itu. Melihatkan pelanggan yang agak ramai, Dinie terus melangkah ke arah meja yang kosong. Dilabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang menghadap jalan raya.
"Lagi laju awak lari, lagi seronok saya nak dekat dengan awak."
Bulat mata Dinie memerhatikan Naqib yang sudah duduk bertentangannya. Melihatkan mata Naqib yang terarah tepat padanya, Dinie segera mengalihkan pandangannya.
"Marah ke?"
Dinie menjeling Naqib lagi. Mendengarkan suara Naqib yang sedang ketawa nakal, Dinie mencebik geram.
"Kenapa marah sangat ni? Saya tak buat apa pun lagi. Cakap apa pun tak.." Lembut suara Naqib seakan mahu memujuk Dinie.
Baik tak payah cakap apa pun. Buat menyakitkan hati orang je. Eh, tapi dia ni bukannya tahu pun aku marah sebab apa.. Macam mana agaknya kalau dia tahu tembelangnya dah pecah.. Eh, yang aku nak emosional sangat ni apehal pulak?!
Dinie mengerutkan dahi, berusaha mendalami jiwanya yang mudah tersentuh dengan hal yang berkaitan Naqib. Entah kenapa dia teramat sedih memikirkan Naqib yang sudah berkahwin, juga sudah punya cahaya mata mungkin.. Hatinya seakan-akan dicincang lumat.. Nyata sebabnya kini, hati kecilnya yang satu itu telah dibawa lari pria yang berada di depan matanya saat itu. Dinie mengeluh perlahan.
"Kenapa ni?"
Suara Naqib mengejutkan Dinie yang sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Dinie mengalihkan pandangannya ke arah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang bertali-arus. Sebolehnya dia cuba untuk mengelak daripada bertembung mata dengan Naqib yang mempunyai sepasang mata yang memikat.
"Awak.. Saya sayang awak.." Lancar Naqib berkata dengan yakinnya tanpa teragak-agak.
Dinie menundukkan kepalanya mendengarkan kata-kata Naqib.
"Saya sayang awak.." Ulang Naqib sekali lagi. Dia menatap dalam-dalam wajah Dinie yang sedang menunduk di hadapannya. "Saya sayang awak.. Teramat sayang.." Lembut suara Naqib berbicara seakan cuba menggoda Dinie yang tidak berkutik langsung.
Tersenyum Naqib melihatkan Dinie yang sepi tanpa bahasa. "Saya tahu awak pun sama, kan?" Naqib tersengih memandang Dinie yang mendongakkan kepalanya tiba-tiba. Berkerut dahi gadis itu.
"Jangan nak perasanlah!" Dinie menjeling Naqib lagi. Naqib ketawa nakal. Jarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja, mencari ayat yang sesuai untuk gadis kecil di hadapannya itu.
"Jom..."
Dinie memandang pelik pada Naqib yang sedang tersengih-sengih di hadapannya. "Apehal?" Tanya Dinie kasar. Naqib tersenyum nakal.
"Jom kita kawin!"
Bulat mata Dinie memandang Naqib yang selamba bersuara. Naqib tersenyum nakal. Matanya dikerdipkan pada Dinie.
"Jangan nak mengada! Jangan ganggu saya lagi Encik Naqib! Jangan nak mencuri ketenangan saya!" Keras suara Dinie seakan memberikan amaran pada Naqib.
"Saya cuma nak curi hati awak je, bukan ketenangan awak." Perlahan suara Naqib tapi jelas di pendengaran Dinie. Dinie menjegilkan matanya pada Naqib yang ketawa lepas.
"Encik Naqib jangan nak main-main. Saya serius ni."
"Jom lah awak.."
"Saya tak nak, tak nak lah.."
"Tak nak sudah.. Biar makcik tu bagi nasi lemak dengan air yang awak order tadi dekat orang lain..." Selamba Naqib bersuara sambil mulutnya dimuncungkan sedikit ke arah Acik Jah yang sedang melambai-lambai ke arah mereka.
Hiiiiiii.. Geramnyaaaa!! Dinie menjerit dalam hati. Sempat dia menjeling Naqib sebelum berlalu pergi meninggalkan Naqib yang sedang ketawa nakal. Puas hati Naqib dapat mengusik gadis kesayangannya itu.
"Dinie!!" Tersentak Dinie dengan laungan yang kuat itu. Dia menoleh ke arah Puan Dahlia yang sedang memanggilnya dari pintu dapur. Matanya mencari-cari Adhana yang duduk di sebelahnya sebentar tadi.
"Masuklah.. Dah nak dekat maghrib ni, Dinie.."
"Hana mana, ma?" Cemas Dinie bertanya, bimbang Hana dibawa lari makhluk halus.
"Hana dah siap mandi pun.. Tengah makan dekat dalam ni. Masuklah cepat.."
Dinie tersengih lebar. Merapu je pikir Hana dah kena bawak lari dengan makhluk halus.. Dinie mengetuk kepalanya sekali. Lamanya dia mengelamun sehinggakan ketiadaan Adhana pun tidak disedarinya. Dinie menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Dia bingkas bangun dari buaian dan melangkah laju ke dalam rumah.

No comments:
Post a Comment