"Ohhh.. Pandai ye Hana, masuk dalam senyap-senyap. Tak panggil angah pun.."
Dinie menghampiri Adhana yang sedang mencuci pinggan di sinki. Laju sahaja jarinya menggeletek pinggang Adhana.
Terjerit kecil Adhana dengan serangan yang tidak disangkanya itu. Pantas dia merenjiskan air sabun yang bersisa di tangannya pada Dinie. Tanpa menunggu lebih lama, Dinie segera membalas dengan memercikkan air paip yang sedang mengalir laju pada Adhana. Seketika mereka berbalas serangan berselang-seli dengan gelak tawa mereka berdua.
"Eh, eh.. Apa ni?" Tegur Puan Dahlia kuat. "Ya Allah.. Habis dapur mama. Siapa nak lap air dekat lantai ni? Air sabun pulak tu!"
Bulat mata Puan Dahlia memerhatikan dua orang anak daranya yang sedang tersengih-sengih.
"Ya Rabbi.. Dinie.. Dah besar pun main macam budak lima tahun.. Baru mama keluar angkat baju sekejap, dah jadi macam-macam dekat dalam.." Panjang bebelan Puan Dahlia.
Tersengih Adhana mendengarkan nama Dinie disebut oleh Puan Dahlia. Sempat dia menunjukkan isyarat ibu jari kepada Dinie. Dinie pula membalas dengan menjelirkan lidahnya sedikit, geram dengan adiknya yang merasakan dirinya terlepas daripada dimarahi mama mereka.
"Ha, sudah.. sudah.. Mama nak Hana dengan Dinie lap balik lantai ni. Kalau ada sesiapa yang terjatuh sebab lantai ni licin, tahulah mama nak cari siapa.." Tegas Puan Dahlia memberikan arahan. Sempat juga dia mengugut anak dara berdua itu sebelum berlalu ke ruang tamu.
"Jom ngah.. Kita main lagi sebelum cuci lantai ni.." Adhana bersuara riang sambil tersengih panjang.
"Nak main lagi?" Pertanyaan Dinie dibalas dengan percikkan air dari Adhana.
Dinie menjegilkan matanya pada Adhana yang sedang tergelak riang. Lambat-lambat Dinie tersenyum memandang Adhana. Teringat dia pada aktivitinya semasa kecil dahulu..
Setiap kali pulang dari sekolah agama pada waktu petang, Adhan dan Adhana yang baru berumur enam tahun waktu itu pasti sedang menunggunya di hadapan pagar rumah. Selepas dia menukar baju sekolahnya, mereka bertiga akan berendam di dalam kolam kapal gergasi mereka. Azranlah yang menjadi mangsa untuk mengepam angin pada kolam yang berbentuk kapal itu. Sesekali Azran turut serta bermain dengan mereka dan semestinya Azran jugalah yang menjadi mangsa untuk membawakan watak lanun yang mengganggu pelayaran mereka.
Dinie tergelak kecil. Kenangan waktu kecil sememangnya kenangan yang paling manis untuk dikenang kerana waktu itu mereka hanya memikirkan keseronokan. Tiada ruang di kepala mereka untuk memikirkan masalah-masalah yang menyesakkan otak. Wajahnya berubah mendung tiba-tiba mengenangkan seraut wajah yang melintasi kotak memorinya.
"Apesal ni ngah.. Tadi seronok, seronok aje. Sekarang masam pulak.." Rungut Adhana. Dia menarik perlahan tangan Dinie dan bersuara lagi, "Angah marah ke? Okay, okay.. Hana tak main lagi,"
Dinie tersenyum simpul. Pantas tangannya mencuit pipi Adhana yang sudah memuncung. "Mana ada angah marah. Tak nampak ni tengah senyum." Dinie tersenyum sedikit sebelum tergelak kecil.
Adhana menjungkitkan hidungnya sedikit dan mengecilkan matanya. "Hmm.. Baru la comel.." Dia menarik hidung Dinie sedikit. "Dah, jom kita kemas."
"Kita?"
"Yess.. K I T A." Ucap Adhana laju. Diejanya perkataan 'kita' seperti budak tadika baru diajar mengeja dan membaca.
"Bukan mama suruh Hana sorang, ke?"
"Aipp.. Aipp.. Nak lari pulak ye,"
Dinie tersengih panjang. Dia mengenyitkan matanya pada Adhana. Pantas Adhana menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan, melihatkan reaksi Dinie tadi. Sengaja Dinie menujukkan raut wajah yang kasihan di hadapan Adhana. Seronok dia dapat mengusik adiknya itu.
"Hana pergi duduk depanlah.. Biar angah yang buat."
"Hah?"
"Hana nak buat sorang ke Hana nak bagi angah..."
"Hah?" Sekali lagi Adhana bertanya, pelik dengan cadangan Dinie.
"Hana kan dah mandi.. Angah belum mandi lagi. So, biar angah buat semua ni. Sikit je ni.."
"Serius? Tak ada plan lain?" Tanya Adhana ragu-ragu. Bimbang Dinie ada plan hendak mengenakan dirinya pula.
Dinie tersenyum lebar. Pantas tangannya mencuit kedua belah pipi Adhana dan berkata, "Kalau Hana tak nak percaya, angah tinggal Hana buat semua ni sorang-sorang.. Dah, dah.. Pergi depan. Basah lagi baju Hana karang. Tak pasal-pasal nanti kena mandi lagi sekali.."
Tersengih Adhana mendengar kata-kata Dinie. Pantas dia menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda mempercayai kata-kata Dinie. Sempat dia mencium pipi kanan Dinie sebelum berlari laju ke ruang tamu.
my heart to you is given..dear,do give yours to me..
we'll lock them up together,and throw away the key..
Dinie mendengus lembut selepas membaca mesej yang dihantar oleh Naqib kepadanya lewat malam itu. Berbakul-bakul kutukan Dinie terhadap Naqib di dalam hatinya. Geram dia dengan Naqib yang seakan tidak reti bahasa.
Disebabkan rasa geram yang tidak tertahan itu, pantas jarinya menekan butang-butang di papan kekunci. Dia mula menyusun ayat untuk menyerang Naqib. Setelah menaip beberapa ayat, Dinie pantas menekan butang hijau. Tertera perkataan message sent di skrin telefon bimbitnya itu.
Dinie tersenyum sedikit, berharap tiada lagi mesej daripada Naqib selepas itu walaupun dia menaip dengan separuh hati..
tolong jangan kacau saya lagi boleh tak! saya rimas tahu tak! tak suka! apa lagi yang tak cukup dalam hidup encik?!
Berkerut dahi Naqib membaca mesej yang baru diterimanya sebentar tadi. Lambat-lambat dia tersenyum, gembira menerima balasan daripada Dinie. Pertama kali Dinie membalas mesejnya. Biarpun dibalas dalam keadaan yang agak marah, Naqib tetap puas hati. Dia tidak peduli pada mesej Dinie itu. Malah jarinya semakin pantas menaip. Sesekali matanya memerhatikan skrin telefon bimbitnya itu.
love grows by giving.. the love we give away is the only love we keep.. the only way to retain love is to give it away..
Ya Allah! Mamat ni memang tak reti bahasa!
"Heh." Dinie mendengus geram. Kali ni telefon bimbitnya dimatikan terus.
Dinie bingkas bangun dari katil. Dia berjalan perlahan menuju ke balkoni. Pintu kaca ditolak dan dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi bulat yang diletakkan di balkoni biliknya. Kepalanya disandarkan ke dinding. Matanya dipejamkan rapat, biarpun mata itu tidak mahu lelap.
"Buat apa ni angah?"
Dinie beristighfar panjang. Terkejut dia dengan teguran Adhana yang tiba-tiba itu. Perlahan-lahan dia mengurut dadanya yang berombak kuat. Adhana tersengih melihat keadaan Dinie.
"Itulah... Berangan lagi..." Adhana bersuara manja. Dia memeluk mesra bahu Dinie.
"Hana.. Terkejut angah tau.." Dinie mencuit geram pipi Adhana. "Bukan Hana dah nyenyak tidur ke tadi?"
"Tak sempat nak nyenyak, telefon angah tu dah bunyi.."
"Aii. tipu la tu.. angah dah silentkan tau. Ha.. Pura-pura tidur ye.."
"Tidur-tidur ayam la ngah.."
Pecah tawa Adhana. Dia menyandar di sebelah dinding, memeluk tubuhnya.
"Macam mana nak tidur.. Angah dok pusing kiri kanan, gerak sana sini. Hana nak tidur pun tak senang. Lepas tu, dapat mesej je terus bawak diri kat luar.. Pintu tak tutup pulak tu.. Sejuk angin malam masuk, macam mana Hana nak tidur..."
Panjang Adhana membebel. Tangannya tergawang ke sana dan ke sini. Tidak ubah seperti seorang penglipur lara. Dinie yang melihat tertawa perlahan.
"Eh, Hana.. Mana gambar kawan baru Hana tu? Alang-alang angah tak ngantuk ni, bagilah angah tengok,"
Segera Dinie mengubah topik perbualan mereka, bimbang bermacam persoalan yang akan keluar dari mulut adiknya itu nanti.
"A'ahh ye. Betul jugak.. Hana pun dah tak ngantuk. Jom masuk. Kita tengok dekat dalam. Sejuklah kat luar ni ngah."
Dinie tergelak lagi. Lega rasa hatinya saat Hana menyatakan persetujuannya. Pantas langkah kakinya diatur mengejar langkah Adhana yang panjang. Dia kemudiaannya duduk di birai katil, menunggu Adhana yang sedang mengambil kamera digital di dalam beg sandangnya.
"Haa, nilah dia.. Comel tak?" Adhana menayangkan gambar kawan barunya pada Dinie.
"Hah?"
Dinie tergamam. Laju sahaja tangannya mengambil kamera digital di tangan Adhana. Matanya menatap tajam pada wajah seorang gadis yang bergambar bersama adiknya itu. Dia menekan-nekan butang di kamera digital itu untuk melihat gambar-gambar yang lain.
"Kawan Hana? Berapa umur dia ni?" Tanya Dinie pantas, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat itu.
"Sama dengan Hana la. Sweet seven teen.." Adhana menjawab riang.
"Nama, nama?"
"Dia suruh panggil Nuha. Nama penuh, Huda Nuha. Berminat nak kenal ke ngah?" Adhana berlelucon tanpa menyedari kelainan pada suara Dinie yang bertanya, pada seraut wajah yang jelas berubah.
"Angah nak jumpa dia, Hana." Pantas Dinie menyuarakan hasrat hatinya. Matanya memandang tepat pada Hana.

*******************

No comments:
Post a Comment