"Haa... Kak Mai. Nasib baik akak dah sampai. Kalau tak jadi guard la Dinie pagi ni," Dinie bingkas bangun dari tangga dan mengibas-ngibas punggungnya.
Sudah lima belas minit dia menanti kehadiran mereka yang mempunyai kunci firma ini. Penat berdiri, dia duduk di tangga berhampiran pintu masuk pejabat.
Humaira tersengih-sengih melihat Dinie. Pantas tangannya memasukkan anak kunci ke dalam lubang gril dan kemudiannya memulas tombol pintu kayu.
"Jom, jom.. masuk. Akak tak sarapan lagi ni. Saje akak beli nasi lemak lebih hari ni, nak belanja Dinie.." Humaira memberikan laluan kepada Dinie. Dia mengunci semula gril dan menyendal pintu kayu dengan penyendal pintu.
"Kalau tak ada lebih pun, akak tetap kena bagi kat Dinie nasi lemak jugak. Ganti Dinie tunggu lama tadi," Dinie menjeling Humaira dengan senyuman tak lekang dari bibirnya.
"Aikk.. orang kalau tunggu lama-lama selalunya muncung dah sedepa, tapi Dinie senyum sampai telinga pulak. Mimpi best ke semalam?"
"Mana ada senyum sampai telinga. Dinie kan pakai tudung, mana nampak telinga Dinie.. Akak ni tipu aje tau.." Sengaja Dinie mengusik Humaira. Langkah kakinya diatur ke bilik yang didudukinya semalam. Seperti semalam, dia menyendal pintu serta menekan suis lampu dan penghawa dingin. Selepas meletakkan barang-barangnya ke dalam laci, dia bergegas keluar menghampiri Humaira yang baru sahaja melangkah keluar dari pantry.
"Kak Mai, kenapa kunci jugak gril walaupun kita dah ada kat dalam?" Dinie bertanya pada Humaira, pelik dengan perbuatan Humaira yang dilihatnya tadi.
Humaira tersenyum mendengar soalan Dinie. Dia kemudiannya menjawab, "Kalau tak kunci, nanti salesman main masuk je, terjah macam abang rambut ketak kat dalam Melodi tu..."
Humaira memandang ke arah Dinie yang sudah duduk di hadapannya. "Lagipun, bahaya kalau tak kunci. Office depan kita ni tak ada orang lagi, so kalau kita-kita yang perempuan aje yang ada.. bahaya tau. Sebab.. kat atas ni sunyi, jadi apa-apa orang tak tahu." Sambung Humaira panjang lebar. Dinie yang tekun mendengar menganggukkan kepalanya.
"Thanks.." Sepatah ucapan terima kasih Dinie buat Humaira yang menghulurkan sebungkus nasi lemak kepadanya. Tangannya menyambut huluran nasi lemak itu. "Lagi satu tu?" Tanya Dinie saat matanya ternampak sebungkus lagi nasi lemak di dalam beg plastik.
"Ohh.. yang lagi satu ni untuk kak Aina. Semalam dia call akak, suruh belikan nasi lemak.." Jawab Humaira sambil tangannya lincah membuka bungkusan nasi lemak. "Makanlah.. Akak belanja Dinie," pelawa Humaira.
Dinie tersenyum. Sekali lagi dia mengucapkan terima kasih pada Humaira. Belum sempat tangannya menyuap nasi lemak ke dalam mulut, loceng pintu berbunyi. Humaira dan Dinie saling berpandangan. Dinie tersengih melihat Humaira yang sedang enak mengunyah. Dia bergegas ke pantry, membasuh tangan dan kemudiannya mengambil anak kunci yang tersangkut di penghadang antara meja Humaira dan Aina.
Seorang pemuda yang kelihatan segak dengan t-shirt berkolar V warna biru gelap berbelang putih yang dipadankan dengan cargo pants warna putih berdiri tegak di hadapan pintu masuk pejabat.
Salam diberi dan Dinie menjawabnya perlahan. Mereka berdua berbalas senyuman seketika sebelum Dinie bertanya, "Encik nak jumpa siapa?"
Pemuda itu lantas menjawab dengan pertanyaan juga, "Iqlima ada?"
Iqlima? Puan Ima tak masuk lagi... Siapa dia ni? Client ke? Kawan ke?
Dinie berteka-teki sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tangannya menolak gril yang berkunci tadi. Dia mempelawa pemuda itu masuk dan berkata, "Saya tak pasti pukul berapa Puan Iqlima masuk office, tapi Encik boleh tunggu dulu dekat dalam,"
Dinie dan pemuda tadi berjalan beriringan masuk ke dalam pejabat tetapi sesaat kemudian pemuda itu mendahului Dinie dan berjalan terus ke bilik Puan Iqlima. Saat itu laju sahaja mulut Dinie menghalang pemuda itu dari terus masuk ke dalam bilik Puan Iqlima.
"Eh, Encik.. Itu bilik Puan Iqlima."
"Iya, saya tahu."
"En... Encik tak boleh masuk dalam bilik tu se... sebab Puan Iqlima tak... tak ada," tergagap-gagap Dinie menghabiskan ayatnya.
Pemuda itu tergelak melihat Dinie yang kelihatan agak kalut. Hishh... Kak Mai ni pergi mana pulak.. Takkan dah habis makan..? Rungut Dinie dalam hati.
"Eh.. Encik Idraki. Buat apa dekat sini?" Seperti tahu-tahu aje, Humaira tiba-tiba muncul sebalik pintu pantry. Tangannya menatang dulang berisi tiga cawan air milo.
"Bila Encik bertolak dari Ipoh? Puan Ima tahu Encik ada dekat sini? Lama ke balik sini?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Humaira. Dulang yang ditatangnya tadi telah selamat berada di atas meja.
"Ei Mai ni, macam polis pencen pulak. Mana satu saya nak jawab dulu ni?" Sengaja Idraki membesarkan matanya melihat Humaira. Tawa mereka bersatu memenuhi ruang pejabat. Berkerut dahi Dinie memandang mereka berdua.
"Ini Dinie Sophea, right?" Tiba-tiba Idraki mengajukan soalan dengan matanya terarah pada Dinie. Tersenyum dia melihat mata Dinie yang bulat memandangnya.
Segera Dinie menganggukkan kepalanya saat matanya bertembung dengan mata Idraki.
Hishh.. buat terkejut orang aje. Mana pulak pakcik ni tahu nama aku. Baru aje masuk kerja satu hari semalam, dah famous.. tersengih Dinie dengan membayangkan dirinya seperti sedang berjalan di karpet merah dalam majlis yang gilang-gemilang.
"Weh, Dinie.. berangan!!" Sergah Humaira. Tangannya menyiku tangan Dinie yang berdiri di sebelahnya. Terkial-kial Dinie dengan sergahan itu. Malu dia seketika memikirkan dirinya yang khayal sebentar tadi. Kepalanya ditundukkan memandang lantai.
"Kuat berangan ye, awak.."
"Eh, tak.. tak adalah," Spontan Dinie menyanggah kenyataan Idraki tadi. Sepantas kilat kepalanya diangkat memandang Idraki. Mata Idraki masih memandang tepat padanya dengan kedua belah keningnya terangkat seperti meragui sanggahan Dinie.
"Hmm.. Saya Idraki, abang Iqlima. Selamat berkenalan." Idraki memperkenalkan dirinya pada Dinie dengan senyuman terukir di bibirnya. Tangannya dihulur pada Dinie. Matanya memandang tepat ke dalam mata Dinie.
"Hmm.. selamat berkenalan.." Dinie tersenyum memandang Idraki. Dibiarkan huluran salam Idraki tidak bersambut. Malah kedua belah tangannya dialihkan ke belakang. Kali ini dia rasakan dirinya begitu tenang di hadapan Idraki.
Idraki menganggukkan kepalanya sekali memandang Dinie, faham dengan situasi itu. "Oh, ya Humaira. Saya bertolak dari Ipoh subuh tadi, subuh atas jalan.. Ini semua Puan Ima awaklah punya pasal. Soalan awak yang lain tu Puan Ima yang akan jawab nanti, okay?" Sebelah kening Idraki terangkat memandang Humaira. "Hmm.. awak berdua sambunglah sarapan. Mengganggu pulak saya.." Sambung Idraki dengan tawa yang perlahan.
"Makan, Encik Idraki.." Pelawa Humaira. Dia sudah duduk di tempatnya semula.
Dinie pula berjalan ke arah pintu masuk utama untuk mengunci semula gril yang dibukanya tadi. Sesudah itu kakinya melangkah semula ke dalam pejabat. Terkejut dia melihat Idraki yang sudah menarik kerusi dan duduk di sebelah tempat duduknya tadi, berhadapan dengan Humaira.
Ishh.. macam mana la dia ni boleh join sekaki pulak.. Siap minum air lagi. Entah-entah dia minum air yang Kak Mai buat untuk Kak Aina.. Dinie melangkah perlahan ke meja Humaira.
"Eh, Dinie. Ada bos baru la nanti." Humaira berkata laju tanpa sempat Dinie duduk di tempatnya semula.
"Haa?" Sepatah soalan tanpa ayat dari Dinie tanda ingin mengetahui cerita yang selanjutnya.
"Tapi akak tak tahulah siapa. Encik Idraki ni yang bagitahu tapi cerita sekerat je, suruh kita tunggu Puan Ima datang dulu." Humaira mencebik memandang Idraki.
"Lawyer dari mana?" Dinie masih lagi bertanya, ingin tahu. Dia sudah duduk semula di tempatnya tadi, berhadapan dengan Humaira tetapi dia menjarakkan sedikit kerusinya dari Idraki yang agak rapat ke sebelah kirinya.
"Ni ha, Dinie tanyalah pembawa berita ni. Puas dah akak risik-risik tadi, tapi jawapannya still sama. Suruh tunggu Puan Ima datang dulu."
"Hm.. Kalau macam tu malas Dinie nak tanya, kak." Balas Dinie sambil memandang sekilas ke arah Idraki. Dilihatnya Idraki tersengih-sengih memandang Humaira.
"Baguslah. Saya pun malas nak cerita dekat awak." Idraki bersuara beberapa detik kemudian. Tangannya meletakkan semula cawan yang telah kosong ke atas dulang.
"Tolong basuhkan ye, Dinie." Sambung Idraki lagi. Dia mengenyitkan matanya memandang Dinie.
Terbantut lagi hasrat Dinie untuk merasa nasi lemak yang diberi oleh Humaira tadi. Pergerakan tangannya yang hampir menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut terhenti. Dia menoleh ke arah Idraki dan bersuara, "Makan dulu Encik Idraki,"
"Sila-sila.. Nak sikit boleh?"
Bulat mata Dinie memandang Idraki. Hiii... Saja je dia ni. Hmm..... Dinie mengetapkan giginya, geram dengan Idraki yang bersahaja.
"Meh la join saya. Bau macam sedap aje nasi lemak ni,"
Tersengih Idraki mendengar jawapan Dinie. "Tak apalah. Saya tengok awak macam lapar betul, sambunglah makan..."
Aiii.. orang dah bagi, tak nak pulak.. Dinie tersenyum memandang Idraki.
"Habis makan nanti saya basuhkan cawan tu ye.." Dinie bersuara sinis, melepaskan geram pada Idraki. Humaira di hadapannya sudah pun menghabiskan sebungkus nasi lemak yang dibelinya tadi. Air milonya yang masih bersisa tadi segera dihabiskan. Kemudian laju sahaja tangannya mencapai kedua-dua cawan yang telah kosong dan meletakkannya ke dalam dulang. Dia bergegas bangun untuk ke pantry.
"Eh, eh.. tak apalah Mai. Cawan saya tu." Idraki menegur Humaira tiba-tiba melihatkan Humaira yang hendak bergerak ke pantry.
"Hmm? Saya basuhkan sekalilah Encik Idraki." Humaira menjawab perlahan sambil matanya memandang ke arah Dinie yang tunduk mengunyah.
Idraki tersengih memandang Humaira. "Tak apa Mai. I prefer Dinie tolong basuhkan," Dia bersuara memandang Dinie.
Tersedak Dinie mendengar kata-kata Idraki. Eh, eh dia ni... Kak Mai dah offer nak tolong, pandai-pandai aje ikut suka dia. Basuh sendirilah habis cerita. Dalam pada mengomel dalam hati, tangan Dinie mencapai air botol mineral di sebelahnya. Dibuka penutup botol dan dia meneguk sekali air mineral itu. Dia kemudiannya meneguk sekali lagi sebelum meletakkan semula botol mineral itu. Melihatkan Humaira yang melangkah ke pantry tanpa membawa cawan yang digunakan Idraki tadi, Dinie meneruskan suapannya semula tanpa mempedulikan Idraki di sebelahnya.
"Awak tak minum milo tu ke?" Tanya Idraki perlahan. "Saya minum ye."
Ya Allah pakcik seorang ni. Tak malunya dia! Bulat mata Dinie melihat tangan Idraki yang mencapai cawan di hadapannya dan menghirup milo perlahan. Dinie menjeling Idraki.
Idraki yang sedar dengan jelingan itu bersuara, "What?" Tangannya meletakkan semula cawan yang telah kosong di hadapan Dinie. "One more, ye.." Idraki senyum memandang Dinie.
Oiii.. pandai minum, pandailah basuh!!! Dinie menjerit dalam hati. Sukar baginya untuk meluahkan kegeraman yang berbuku di hati. Tangannya pantas merenyukkan bungkusan nasi lemak yang telah licin. Dia mencapai botol mineral dan meneguknya sekali lagi. Segera dia bangun dan mencapai cawan-cawan serta meletakkannya ke dalam dulang. Hiii.. lagi lama duduk sebelah pakcik ni, lagi sakit jiwa! Dia bergegas menuju ke pantry.
"Habis dah?" Tanya Humaira pada Dinie yang berjalan menuju ke sinki.
"Kak Mai, milo tadi ada lagi?" Tanya Dinie perlahan. Tangannya lincah membasuh cawan.
"Kenapa? Encik Idraki nak lagi ke?"
"Bukan Encik Idraki.. Cik Dinie."
Tergelak Humaira mendengar suara Dinie yang sinis menjawab. "Pelik akak.. Kuat pulak dia mengusik hari ni,"
Dinie memandang sekilas pada Humaira yang berdiri tegak di sebelahnya. "Siapa? Encik Idraki?" Melihatkan Humaira yang mengangguk Dinie bersuara, "Itu bukan mengusik lagi kak. Akak nak tahu tak, dia minum milo saya.."
"Alaa.. kesian Dinie. Sedih ni sebab tak dapat minum milo akak yang sedap tu la ye," Humaira mencapai cawan yang telah dibasuh tadi dan menuangkan air milo dari dalam teko yang ditinggalkannya di dalam pantry tadi. "Nah, minum ni.."
Humaira mengunjukkan cawan itu pada Dinie yang sedang mengelap tangannya pada tuala kecil yang tergantung di sebelah kabinet. "Nasib baik akak tergerak nak buat milo satu teko hari ni. Selalunya buat cukup-cukup je," sambung Humaira lagi dengan senyuman terukir di bibirnya.
"Thanks.." Sepatah ucapan terima kasih buat Humaira.
Dinie tersenyum memandang Humaira. Tangannya menyambut cawan berisi milo yang dihulurkan Humaira. "Mujur Dinie tak sempat minum lagi milo tu tadi. Laju aje Encik Idraki ambil air Dinie. Tak malu betul. Agaknya bila dia nampak Dinie minum air mineral tu dia fikir Dinie tak nak minum milo lah kot.." Dinie merungut perlahan.
Gadis itu kemudiannya bergerak ke arah bangku di sebelah kabinet, duduk di atas bangku itu dan menghirup air milo perlahan. "Hmm.. lagi sedap minum panas-panas macam ni. Rasa-rasanya yang tadi tu dah suam," Dinie tersenyum lagi memandang Humaira yang tergelak mendengar kata-katanya.
"Kiranya ada hikmah la ni bila Encik Idraki minum milo Dinie tadi," Humaira bersuara separuh berbisik. Dikenyitkan mata kirinya pada Dinie. Tergelak Dinie mendengar gurauan Humaira.
"Kak Mai, kalau ada bos baru nanti, maknanya ada tiga orang lawyerlah nanti kat sini?" Tiba-tiba Dinie bertanya teringatkan perihal bos baru yang dikatakan Humaira tadi.
"Hmm.. Entahlah. Akak pun tak sure."
"Encik Idraki tu abang Puan Ima?"
"Ha'ah.. Kalau ikut dalam Islam, baby kembar yang keluar dulu adik kan?"
"Hmm.. Kenapa tanya?"
"Encik Idraki tu kembar Puan Ima.."
"Ohhh.. Selalu ke dia datang sini, kak?"
"Jarang dia balik sini kalau tak ada hal yang penting. Selalunya kalau ada apa-apa hal dia lagi suka hantar budak pejabat dia je. Kalau Dinie nak tahu, firma ni dulu Puan Ima yang bukak dengan Encik Idraki. Lepas tu Encik Idraki berhenti. Dia further study, ambil master pulak." Humaira membuka cerita. Dinie khusyuk mendengar, teruja untuk mengetahui cerita selanjutnya. "Bila Encik Idraki dah berhenti, Puan Ima ajak kawan-kawan dia masa belajar dulu join dia,"
"Itu sebab nama Encik Idraki tak ada ye?" Dinie bertanya, memotong cerita Humaira.
"Hm.. Sebab tu lah firm ni jadi Adri Najmi Iqlima dari Iqlima & Idraki, nama asalnya dulu. Lepas habis belajar, Encik Idraki nak join balik firm ni tapi dia nak bukak branch dekat Ipoh. Bincang punya bincang, at last dia orang bukak branch baru dekat Ipoh. Encik Idraki bawak Encik Adri dengan Encik Najmi sekali dekat sana. So dekat sini tinggal Puan Ima seorang aje lah masa tu. Tak lama lepas tu dapat lagi seorang lawyer baru untuk branch Kajang ni. Itu pun lepas Encik Idraki kenalkan Encik Marwan, kawan dia dekat Puan Ima. Puan Ima ni susah sikit nak percaya dekat orang. Tapi kalau dah Encik Idraki yang convincekan dia, mesti dia pun setuju jugak.."
Terangguk-angguk Dinie mendengar cerita Humaira. Dia bangun menghampiri sinki untuk mencuci cawan yang digunakannya tadi. "Untunglah abang adik jadi lawyer.." Dinie bersuara perlahan sambil tangannya mencuci cawan.
"Ya?" Humaira yang menghampiri pintu berpatah balik menghadap Dinie apabila mendengar Dinie seperti sedang berkata-kata dengannya.
"Tak adalah.. Dinie saje kata tadi, untunglah dua-dua jadi lawyer. Nama pun kembar." Dinie tersengih memandang Humaira.
"A'ahlaa.. Baru akak terfikir sesuatu ni. Entah-entah.." Kata-kata Humaira terhenti di situ, meninggalkan tanda tanya pada Dinie.
"Entah-entah?" Tanya Dinie pada Humaira. Dia sudah berada di sebelah Humaira saat itu. Berkerut dahinya memandang Humaira.
Humaira menoleh pada Dinie. Dia berkata, "Jom kita keluar. Akak rasa entah-entah bos baru kita tu Encik Idraki. Kalau tak masakan dia nak turun Kajang tiba-tiba. Datang office awal-awal pagi pulak tu." Humaira menarik tangan Dinie perlahan dan mereka keluar beriringan dari pantry.

No comments:
Post a Comment