August 29, 2011

☺ Perutusan 2 dalam 1 ☺ [PART 2]


Usai solat sunat aidilfitri...


“Assalamualaikum Tok Ma, Tok Abah,”


Suara si kecil Fathiya kedengaran paling kuat mengatasi suara abang-abangnya. Fathiya tersengih memandang Falah yang mengusap kepalanya. Salam yang diberi pantas dijawab seisi rumah. Ammar sekeluarga melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat itu. Mereka bersalam-salaman sebelum berkumpul di ruang tamu. ‘Imaduddin sekeluarga yang sudah tiba lebih awal menyambut gembira kedatangan mereka.


“Tok Dah mana ma?”


Nurin Ain tidak terus membalas soalan Falah. Dia menjungkitkan keningnya sekali pada Datin Suhaili. Mereka berbalas senyum seketika sebelum suara memberi salam kedengaran dari luar. Salam dijawab penuh. Masing-masing berpandangan di ruang tamu itu.


“Falah, pergi la tengok siapa datang tu,”


Memuncung Falah seketika mendengar arahan papanya. Tersengih pula saat melihat jegilan papanya. Gadis itu menayang senyum sebelum bingkas. Ditarik lembut tangan comel Fathiya mengikutinya ke ruang hadapan.


“Ma—”


Terhenti suara Falah di situ. Bulat matanya memandang susuk tubuh yang terpacak di hadapan pintu itu sebelum dia melarikan pandangannya.


“Abang Yas~~”


Fathiya menjerit riang. Tubuh kecilnya dilontar ke dalam dakapan Firas. Firas menunduk sedikit mencium ubun kepala si kecil itu.


“Tok Dah, masuk jom, semua ada dekat dalam tu,” pelawa Falah pada Puan Faridah sambil bersalaman dengan nenek kesayangan tanpa menoleh ke arah Firas. Tidak dikerling walau sekilas. Geramnya yang sudah memuncak mungkin hanya menanti muntahan lahar. Firas menelan liur sebelum dia tersenyum.


“Jom masuk Abang Yas. Tiya nak makan ayam. Jom,”


“Jom, jom,”


Firas melangkah masuk sambil memimpin si kecil Fathiya, mendahului Puan Faridah dan Falah yang hanya beberapa langkah di belakangnya. Mereka bersalam-salaman sebelum turut serta dalam keriuhan di ruang tamu pada pagi raya itu.


“Masam je anak dara belakang tu. Kenapa bu?”


Puan Faridah menjungkitkan bahu mendengarkan soalan Ain. Dia tersenyum. “Anak-anak muda ni, tak faham ibu nak buat apa,”


Ain berpandangan dengan Ammar. Dia menjungkitkan keningnya sekali.


“Jom la kita makan dulu,”


Suara Dato’ Saifullah kedengaran tiba-tiba. Mereka yang rancak berbual bingkas menuju ke meja makan. Anak-anak yang ralit bermain dan menonton televisyen turut serta mengambil hidangan masing-masing. Falah melangkah perlahan, mencapai pinggan di atas meja sebelum bergerak ke deretan makanan yang dihadangkan ala buffet itu. Langkahnya mati tiba-tiba. Ada suara yang memanggil namanya beberapa langkah di belakang.


“Falah marah Firas lagi?”


“Tak,”


“Masam je pandang Firas pun tak,”


“Mana boleh pandang banyak-banyak kali. Dosa. Sekali je cukup.”


“Firas tak boleh pandang Falah jugak la kalau gitu,”


“Tak boleh. Dosa.”


“Tapi kalau Firas nak pandang jugak macam mana?”


“Nak pandang kena bayar dulu,”


“Nak bayar dekat siapa? Banyak mana?”


“Bayar dekat Falah la. Mahar.”


“Firas bayar tahun depan, boleh?”


Falah terdiam. Lama. Firas kembali bersuara.


“Cantik baju raya Falah.. Padan tak Firas dengan Falah hari ni?”


Falah terdiam lagi. Dia mengerling Firas di belakangnya sekilas. Baru dia sedar lelaki itu berbaju Melayu krim sepasang siap bersampin. Segak. Falah mencebik. Pasti ada kosnpirasi!


“Sesuai tak?”


“Tak ada makna pun kalau sesuai,”


“Ada la. Surprise Firas untuk Falah.”


“Apa kes main surprise ni. Ingat budak-budak lagi ke?”


“Eh siapa kata budak-budak je main surprise. Papa pun selalu buat kejutan dekat mama, kan..”


“Itu papa dengan mama. Lain la cerita.”


“Tahun depan cerita Firas dengan Falah pun macam tu la jugak,”


Berkerut dahi Falah memandang Firas. Tubuhnya sudah dipalingkan menghadap lelaki itu yang berdiri beberapa langkah di belakangnya.


“Firas nak kata apa ni? Herm? Cuba straight to the point. Falah tak suka la,”


“Falah tak suka?”


“Mama..” Falah tersenyum malu mendengar suara Ain. Tubuhnya yang dipeluk tiba-tiba membuatkan wajahnya membahang. Tahu mamanya sudah mendengar perbualan mereka seketika tadi. Lupa mereka berada di khalayak ramai.


“Herm sayang? Tak suka apa ni?”


Ain bertanya lembut. Pinggan di tangan anak daranya itu diambil dan diletakkan di atas meja.


“Itulah, papa pun nak tahu sangat. Apa yang anak dara papa tak suka ni,”


“Eh papa,” makin terkejut Falah mendengar suara papanya yang berbisik di telinga.


“Bukan papa je, kami semua nak tahu apa yang Falah tak suka,”


“Haaaa Kenapa semua orang tiba-tiba ni,”


Falah Dayana mengetap bibir. Tangan sudah menekup muka. Rapat. Tidak betah dia memandang wajah-wajah mereka yang sudah berkumpul di sekelilingnya. Firas menghilang, rapat, menyandar ke dinding. Tersenyum dia memerhatikan keceriaan keluarga itu. Ketawa kecil dia mengingatkan wajah kemerahan Falah, malu diusik ahli keluarganya.


“Falah sayang,”


“Erm,” hampir tak kedengaran sahutan Falah pada panggilan Ain. Wajahnya masih lagi ditekup dengan tangan.


“Niat Firas baik tau. Firas balik ni pun emergency. Bukan sebab nak sakitkan hati Falah. Firas nak tengok Falah senyum tau,”


Falah diam tak membalas kata-kata Ain. Tangan masih lagi menekup wajah yang diraskan semakin kemerahan. Dia malu. Sangat malu. Tapi hatinya berbunga mekar. Kalimah hamdalah bergetar di bibir.


Seminggu kemudian di KLIA...


“Tak puas belek lagi ke?”


Falah mengusap dada laju. Dia beristighfar dalam hati. Pantas menoleh ke kiri. Wajah Ain yang tersengih mengundang muncung di bibir Dayana Falah.


“Mama... Main sergah pulak. Terkejut tau Falah,” manja Falah menarik lengan Ain.


“Siapa suruh ralit sangat tengok cincin tu,”


Falah tersengih. Mata meliar tiba-tiba.


“Mama je kan? Yang lain tak nampak kan Falah buat apa?”


Ain tersenyum.


“Hmm mama je la. Nak panggil princess ni. Yang lain semua dah ke departure hall. Falah je berangan sorang-sorang dekat sini. Papa pun entah ke mana pusing cari Falah tau,”


“Ala bukan boleh masuk pun ma,”


“Tak masuk pun, boleh babai-babai, tata-tata,” usik Ain. Falah tersenyum malu. "Dia orang tunggu kat luar lagi Falah,"


“Ma.. Comel kan ma cincin Firas bagi ni. Pandai pulak dia pilih,”


“Sama la macam baju raya Falah. Firas jugak yang pilih. Mama pun suka jugak. Jealous mama tau.”


“Ala sama je papa dengan Firas. Macam kembar. Cuma Firas tak garang macam papa,”


Ain mengangguk laju sebelum ketawa lepas. Falah turut sama mengekek sesaat sebelum masing-masing menekup mulut.


“Tak baik tau mengata papa. Kena minta maaf nanti,” ucap Ain semangat sambil mengangguk sekali.


“Papa dengar dah pun. Kecik hati dah pun,”


Ain dan Falah pantas berpaling. Papa! Baik Ain mahu pun Falah, kedua-duanya tersengih lebar. Wajah tak bersalah ditayangkan sebelum mereka menghampiri Ammar Ghazi.


“Papa marah ke?”


Ammar menggeleng dengan pertanyaan anak daranya.


“Pa kecik hati?”


“Hem,” Soalan Ain dibalas Ammar mendatar.


“Ala abang memang garang pun kan. Tapi tak boleh lawan garang Ain lagi,”


Ceria Ain cuba memujuk. Dirangkul lengan Ammar. Lelaki itu tersenyum.


“Hmm. Tengok ni sayang, kena belajar dengan mama tau bab pujuk memujuk ni nanti,”


Tawa Falah kembali berbunyi mendengarkan kata-kata mamanya.


“Abang pun kena ajar Firas jugak la. Ajar merajuk lama sikit,”


Ammar ketawa menyudahkan kata. Hidung Ain dicuit sedikit. Ain tersenyum senang.


“Anak-anak mana, bang?”


“Anak-anak dengan bakal abang ipar,”


Ammar melirikkan mata pada anak gadisnya. Falah tersipu.


“Hurmm. Sudah-sudah la pa usik Falah,” memuncung Falah. Perut papanya dicubit perlahan. Ammar ketawa lepas. Mati tawa lelaki itu saat sang isteri mengetip lengannya.


“Aduhaai. Harus papa ajar Firas ilmu menangkis serangan ni. Bahaya. Karang mama turunkan ilmu yang bukan-bukan. Kesian menantu papa kena buli,”


Tawa tiga beranak itu bergabung sesaat.


“Dah jom kita pergi dekat anak-anak,”


“Hm,” sahut Ain lembut. Falah mengangguk. Ketiga-tiganya pantas menyusun langkah.


Melebar senyum Falah melihatkan kelibat insan-insan kesayangannya.  Amir dan Aiman ralit berbual entah apa butir bicara mereka. Firas yang sedang duduk mendukung Fathiya bingkas saat terlihatkan mereka bertiga. Si kecil Fathiyah menyandarkan kepala di dada Firas. Sudah mengantuk agaknya.


“Falah ni lari ke mana sampai papa dengan mama kena pergi cari,”


Falah diam tak membalas ujaran Firas. Dia menayang sengih.


“Firas, take care okay. Balik sana jangan lupa solat jangan lewat-lewatkan. Jaga makan minum. Ada apa-apa nanti Firas call rumah ya, sayang,”


Firas mengangguk mendengarkan pesanan Ain saat panggilan terakhir untuk penerbangannya berkumandang. Dia tersenyum.


“Firas, kalau nak sambung kerja part time, make sure pelajaran tak terganggu. Papa tunggu menantu papa balik next year, insyaAllah,”


“Takkan next year baru jumpa Firas balik, bang?”


“Abang kata tunggu menantu balik, kan sayang. Sekarang ni anak, next year baru menantu. So next year tu bila dah jadi menantu la Nurin Ain sayang,”


Tenang Ammar membalas. Dia tersenyum. Ain ikut sama tersenyum. Firas tersengih. Dayana Falah tayang wajah selamba. Bimbang diusik lagi sekiranya dia memberikan reaksi.


“Falah? Tak ada pesan apa-apa untuk encik tunang?”


Falah pantas menggeleng dengan soalan Ammar.


“Okay then,” Ammar menepuk bahu Firas sekali. “Take care. Jaga diri dan yang penting jaga solat,”


“InsyaAllah,” Firas membalas dengan senyuman.


Tubuh kecil Fathiya yang sudah terlelap beralih ke dalam dukungan Ain. Firas bersalaman dengan Ammar, Amir dan Aiman. Sempat dia meninggalkan pesan buat kembar berdua itu sebelum beg galasnya disangkut ke bahu. Salam diucapkan seketika kemudian. Dia menyusun langkah kemas.


Beberapa tapak melangkah, lelaki itu berpaling. Wajah-wajah kesayangannya ditatap sekali lalu. Dia tersenyum lagi. Tangan diangkat sedikit sebelum langkah kakinya diatur tenang ke arah dituju.


Falah yang hanya menjadi pemerhati mengetap bibir. Kata tak terluah tapi hati tetap merasakan perpisahan sementara itu.


Telefon bimbit dalam Sembonia coklat gelapnya digagau. Pantas jarinya bermain di papan kekunci. Langkah diatur mengikut jejak keluarganya menuju ke tempat parkir kereta. Namun, tumpuannya lebih kepada telefon bimbit di dalam genggaman. Lincah jari jemari menari di papan kekunci.


Assalamualaikum. Thanks a lot Firas. Thanks for the surprises. Thanks for everything. Alhamdulillah. Baju raya + baju tunang and our engagement. I love both! Perutusan 2 dalam 1 ya? Hurm. I’ll be waiting for the day, insyaAllah. I’m not going to say the words which u-know-better for they are the most precious that I’ve kept for so long. Masa mungkin boleh merubah manusia tapi hati takkan terusik selagi iman sebati dalam dada. Falah minta maaf andai ada perlakuan Falah yg membuatkan Firas susah hati. But u know me better, right. And u better do. (“,) ok, take care. Assalamualaikum. Till we meet again, insyaAllah.


Falah membaca teks yang ditaip. Nafasnya dihela perlahan. Dia tersenyum. Butang send ditekan. Dia menghela nafas sekali lagi. Bibir menguntum senyum dalam tak sedar. Telefon bimbit kembali disumbat ke dalam beg. Dia tersenyum lagi.



:. the end .:

9 comments:

  1. alhamdulillah..
    akhirnya falah n firas gak..
    tamau wat part 2 ke..

    slmt hari raya aidilfitri sis

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    itulah yang sebaiknya, memaknakan perasaan dengan ikatan yang sah.
    usia tidak menjadi masalah..

    salam aidilfitri cik penulis...taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal minna ya kareem:)

    ReplyDelete
  3. May_Lin - boleh difikirkan part 2.. one fine day maybe.. haha. selamat hari raya aidilfitri jgk, sis..

    Nadzipah - alhamdulillah. harap sampai mesejnya. salam aidilfitri~


    cactaceous opuntia - tQ, (",)

    ReplyDelete
  4. harap ada SE lepas ni. hehehe...
    thanks kak jat.

    ReplyDelete
  5. betul tu harap ada SE lepas ni...
    terima kasih atas cereta2 yang berunsur kebaikan....
    Jat....

    ReplyDelete
  6. tatau baper kali ulang baca dah ni.. sangat2 sweet :)

    ReplyDelete
  7. sambung la lg cerita nie..
    waktu majlis perkahwinan faris dan falah..
    ^_^

    ReplyDelete