“Piya..” Hajjah Sufiah memanggil lembut anak gadis tunggalnya yang sedang berdiri di beranda rumah.
Pantas Dinie berpaling. Piya! Panggilan itu mengingatkannya pada Naqib. Hanya ummi seorang yang memanggilnya seperti itu sebelum kehadiran Naqib dalam hidupnya. Tersenyum dia pada ummi yang semakin menghampiri.
“Kenapa tak tidur lagi ni, ummi..” Dinie bertanya perlahan sambil tangannnya melingkari lengan Hajjah Sufiah yang telah pun berada di sebelahnya.
“Tanya ummi pulak.. Piya tu, kenapa tak tidur lagi? Teringatkan orang kat Bangi tu ke?” Giat ummi bersahaja.
“Ish.. Ada pulak.. Tak terpikir langsung tau ummi..” Dinie tersengih lebar, menutup rasa hatinya tika itu.
“Dah tu kenapa tak tidur lagi.. Hana dengan Nuha tu dah seronok mimpi tah sampai ke mana.. Angah diorang ni ha, dok melamun seorang diri pulak..”
“Piya takleh tidur la ummi.. Tak ngantuk..”
Dinie melentokkan kepalanya ke bahu umminya.
“Ummi...” Panggil Dinie perlahan.
“Hmm..” Balas ummi lembut.
“Ummi, boleh tak nanti lepas kahwin, Piya tinggal dengan ummi dekat sini?” Lambat-lambat Dinie bertanya.
“Kenapa tak nak tinggal dengan babah je?”
“Piya nak duduk dengan ummi pulak.. Dah lama Piya tak tinggal sama-sama dengan ummi..”
“Ummi tak kisah pun kalau Piya nak duduk sekali dengan ummi. Ummi lagi suka. Lagi pulak, bukan ada sesiapa pun dekat sini. Tapi kalau dah kahwin, suami Piya lagi berhak tentukan apa yang terbaik untuk Piya. Naqib tu kan kerja dekat sana.. Takkan dia nak biarkan Piya duduk dekat sini dengan ummi tapi dia tinggal seorang diri pulak..”
“Apa pulak sorang-sorang.. Nuha kan ada..” Pantas Dinie mencelah. Tepukan perlahan di bahunya membuatkan Dinie tersengih lebar.
“Apa gunanya kahwin kalau tinggal asing-asing..”
“Ummi tak sunyi ke tinggal sorang-sorang? Kalau Piya ada, taklah sunyi sangat nanti..”
“Ishh.. Banyaklah alasan dia.. Sejak bila pulak Piya pikirkan ummi yang dah lama tinggal sorang-sorang ni..” Hajjah Sufiah tergelak perlahan.
“Ummi..” Panggil Dinie lagi. “Ummi.. Piya takutlah..”
Dua patah kata yang bermain di fikirannya sejak beberapa hari ini akhirnya terkeluar juga. Dinie mengeratkan pelukan pada lengan umminya.
“Piya takut apa ni.. Cuba cerita dekat ummi..” Lembut suara Hajjah Sufiah memujuk Dinie berkongsi rasa.
“Entahla ummi.. Piya pun tak tau nak kata Piya takut apa.. Macam-macam yang Piya dok pikirkan sekarang ni.. Risau pulak tiba-tiba..”
Dinie menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Lambat-lambat dia melonggarkan pelukannya dan melabuhkan punggungnya di atas tikar getah yang terpasang.
“Piya dah buat istikharah?” Tanya Puan Hajjah Sufiah lembut. Dia sudah pun duduk selesa di sebelah anak gadisnya itu. Tangannya menarik lengan Dinie perlahan. Diusap lembut lengan itu.
Dinie mengalihkan pandangannya ke arah Hajjah Sufiah dan menganggukkan kepalanya sekali.
“Solat Hajat pun jangan lupa..” Nasihat Hajjah Sufiah tenang.
“Insya Allah tak..” Perlahan Dinie membalas. Lambat-lambat dia merendahkan badannya dan merehatkan kepalanya di riba Hajjah Sufiah.
Hajjah Sufiah tersenyum lebar. Dielus lembut rambut anaknya yang bertocang satu itu.
“Nanti dah kahwin, tak boleh la Piya nak manja-manja dengan ummi macam ni lagi..” Usik Hajjah Sufiah dengan senyum yang tidak lekang dari bibirnya.
“Siapa kata tak boleh.. Suka hati Piya la nak manja-manja dengan ummi ke, mama ke.. Tak ada siapa yang boleh halang Piya tau..” Pantas Dinie membalas usikan umminya itu.
Hajjah Sufiah ketawa perlahan. Kepala Dinie diusapnya lembut, mencurahkan kerinduan yang tak terhingga buat anak gadis yang jarang-jarang sekali ditemuinya.
“Bila ummi nak turun Kajang?” Tanya Dinie lembut selepas kedua-duanya terdiam seketika.
“Ummi datang sana pagi Jumaat nanti, insyaAllah..”
“Hah? Lambatnya mi.. Kenapa tak balik sekali dengan Piya je nanti..” Dinie bingkas bangun mendengarkan jawapan selamba daripada umminya itu.
Hajjah Sufiah ketawa kecil. “Memanglah ummi ikut sekali dengan Piya esok. Tapi ummi tak turun Kajang...”
“Dah tu ummi nak tidur dekat mana? Kita bukan ada sedara mara lain dekat sana pun..” Pantas Dinie memintas kata-kata Hajjah Sufiah saat dia terasa seperti ada sesuatu yang dirahsiakan daripadanya.
Hajjah Sufiah kembali menyambung tawanya yang telah terhenti tadi. Tidak dihiraukan Dinie yang memandangnya dengan penuh rasa curiga. Berkerut dahi Dinie memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang menjadi tanda tanya di mindanya saat itu. Beberapa saat kemudian Dinie memetik jarinya sekali dan kembali memusatkan pandangannya pada Hajjah Sufiah.
“Ummi, jangan kata ummi dah komplot dengan Encik Naqib?” Pantas Dinie menyuarakan rasa hatinya.
Hajjah Sufiah tersenyum lebar. Jawapan tanpa kata itu cukup untuk membuatkan Dinie terjerit kecil.
“Ummi.. Kenapa pulak ummi nak duduk dekat sana? Ummi baliklah Kajang, sekali dengan Piya nanti..”
“Tak bolehlah sayang.. Ummi dengan babah bukan muhrim lagi. Lagi.......”
“Sama la jugak dengan Encik Naqib, mi..” Pantas Dinie mencelah. Matanya memandang Hajah Sufiah dengan penuh harapan.
“Piya.. Ummi tak habis cakap lagi..” Tegur Hajjah Sufiah lembut. Dinie tersengih lebar. Dia menarik lengan Hajjah Sufiah dan mengelus perlahan.
“Piya geramlah ummi. Encik Naqib selalu je one step depan dari Piya.."
"Kan bagus macam tu.." Balas Hajjah Sufiah lembut.
"Iyelah.. Memanglah bagus ummi.. Tapi semua orang yang Piya sayang, mesti side dia.. Macam ummi sekarang ni pun, lagi suka duduk dengan dia daripada dengan Piya.. Dia dah jadi anak emas semua orang sekarang ni.. Piya ni pulak macam anak angkat je rasa..”
Pecah tawa Hajjah Sufiah mendengarkan rungutan Dinie. “Piya, Piya..” Hajah Sufiah menggelengkan kepalanya dengan senyuman lebar yang terukir di bibirnya.
“Kenapa? Tak betul ke apa yang Piya cakap?” Tanya Dinie perlahan, lagak seperti seorang yang lurus bendul.
“Itulah.. Banyak kali dah ummi bagitahu, jangan menyampuk cakap orang. Dengar dulu sampai habis baru boleh bagi komen..”
Hajjah Sufiah menepuk perlahan peha Dinie. Segaris senyuman masih lagi terukir di wajah itu.
“Ummi setuju nak ikut Naqib balik rumah dia, sebab dia tak tidur dekat sana dalam waktu tu nanti. Apa salahnya ummi terima pelawaan dia, kan..”
“Hah? Tak tidur kat rumah tu? Kenapa pulak? Dah tu nak tidur dekat mana pulak dalam masa tu?”
Bertalu-talu soalan yang diluahkan Dinie, pelik dengan kenyataan yang disuarakan umminya sebentar tadi.
“Naqib ada kerja luar. Lepas hantar kita semua petang esok, dia kena pergi JB pulak..” Hajjah Sufiah berhenti bersuara tiba-tiba. Berkerut dahinya memandang Dinie. “Eh, takkan Naqib tak bagitahu dekat Piya?” Tanya Hajjah Sufiah pelik.
Dinie menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tertunduk dia mendengarkan pertanyaan itu.
Kerja luar? Kenapa dia tak bagitahu? Kerja apa? Kat mana? Hmm.. bukan main suruh orang ambil cuti. Tapi dia sendiri ada kerja dalam masa yang dah suntuk itu..
Dinie merungut panjang dalam hati. Lambat-lambat dia mendongakkan kembali kepalanya. Tersenyum dia pada umminya yang sedang memerhatikannya.
“Ummi.. Encik Naqib ada kerja apa? Berapa lama?” Tanya Dinie perlahan.
Hajjah Sufiah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Bibirnya menguntum senyum tiba-tiba. “Kenapa Piya tak tanya je terus dekat Naqib?” Hajjah Sufiah menjungkitkan keningnya sekali.
Dinie menelan liurnya. Tersengih dia pada Hajjah Sufiah. “Seganlah Piya, mi..”
“Apa pulak yang nak segannya.. Bukan ummi suruh Piya call pun. Hantar mesej kan boleh..”
Dinie tersengih lagi menampakkan barisan giginya. “Ummi.. Bagitahulah dekat Piya, apa yang Encik Naqib dah bagitahu dekat ummi...” Rengek Dinie manja. Lengan Hajjah Sufiah kembali dielusnya lembut.
“Naqib tu kena attend mesyuarat awal pagi Khamis nanti. Lepas tu nak kena pergi tengok tapak projek pulak..” Hajjah Sufiah segera menjawab dengan tepukan perlahan di peha Dinie sekali.
“Kenapa tak hantar orang lain je?” Pantas Dinie bertanya, tidak puas hati mendengarkan kata-kata itu.
“Dah Naqib yang handle projek tu, sayang.. Takkan sebab dia seorang yang nak cuti, semua agenda nak kena tunda. Kerja dia ni kan melibatkan banyak pihak. Piya kena faham tugas Naqib..” Seakan memahami, Hajjah Sufiah menjawab tenang. Dia mengusap perlahan kepala Dinie yang terlentok di bahunya.
“Hmm..” Dinie menganggukkan kepalanya beberapa kali. “Ummi tak ngantuk lagi?” Tanya Dinie lembut. Dia sudah menegakkan duduknya dan berpaling menghadap Hajjah Sufiah.
“Piya nak tidur dah?” Hajjah Sufiah berbalas tanya.
“Piya nak solat dulu, mi..”
“Hmm.. Jomlah masuk.. Ummi pun nak simpan baju yang dah berlipat petang tadi tu dulu sebelum nak tidur ni.” Hajjah Sufiah menepuk lembut lengan Dinie. Mereka berpandangan seketika dan berbalas senyum.
assalamualaikum.. awk sehat? Entah knp saya terrr..rindu dekat awk.. heh!
ermm.. dh lewat ni.. sleep well ya my dear.. jgn lupa baca doa tido.. c u soon..
Dinie menghembuskan nafasnya perlahan. Telefon bimbit yang berada dalam genggamannya diletakkan di meja sisi katil. Seketika matanya tertumpu pada Adhana dan Nuha yang sedang nyenyak di atas katil bersaiz king itu.
Tersenyum dia teringatkan gelagat mereka berdua yang berebut hendak tidur bersamanya. Mujur katil itu luas, muat untuk mereka bertiga. Namun sesaat kemudian mati senyumannya tatkala bebola matanya terhenti pada telefon bimbit di atas meja sisi katil itu.
Lambat-lambat tangannya mencapai telefon bimbit itu. Ditekan-tekan papan kekunci untuk membaca mesej Naqib tadi. 11.30. Tajam matanya memerhatikan waktu mesej itu dihantar. Matanya mengerling sekilas pada jam Seiko yang tergantung di dinding.
Erm.. dah tidur agaknya dia.. Dinie kembali menumpukan perhatiannya pada Nokia 6030 yang berada dalam genggamannya. Pantas jari jemarinya menekan papan kekunci untuk menyusun ayat, melepaskan geramnya pada Naqib.
“Aikk..” Naqib bersuara perlahan. Terkejut melihat nama pengirim mesej seawal jam 2.30 pagi itu.
kenapa tak inform pasal meeting dekat JB lusa nanti? bila nak balik?
Naqib ketawa perlahan. Laju jarinya menekan papan kekunci dengan senyuman yang lebar.
aii.. awk rindu sgt kat sy ke smpai lupa nak bg salam.. ;P assalamualaikum.. knp tak tidur lg ni..
Butang send pantas ditekan dengan ibu jari kanannya. Naqib meletakkan semula telefon bimbitnya di sisi dan kembali memusatkan pandangannya pada pelan di atas meja.
"Adoii mak.. Ada la pulak cik abang sorang ni.. Ingat dah sedap diulit mimpi.." Dinie menggumam perlahan saat telefon bimbitnya bergetar sekali, menandakan ada mesej yang baru masuk.
Bulat mata Dinie membaca mesej yang dibalas oleh Naqib. Banyaklah dia punya rindu. Geram ada lah..
Dinie mengetapkan bibirnya. Tidak menunggu lama, segera dia membalas mesej itu. Sempat dia menjawab salam Naqib dalam hatinya sebelum mesej itu dihantar.
answer plz..
Ringkas balasannya pada Naqib.
Naqib tergelak perlahan. Kepalanya digelengkan beberapa kali dengan segaris senyuman yang terukir di wajahnya.
sy pergi tak lama.. ada meeting utk projek baru.. lepas tu nak p tgk site sekali.. pg jumaat sy dah ada kat rumah.. i.Allah.. no need to worry much..
Macam tahu-tahu je orang risau kat dia..
tapi knp tak bagitau?
Siapa yang tak risau, kan.. Dinie mengetapkan bibirnya lembut.
sy igt awk tak nak tau..
Naqib membaca sekali lagi mesej yang baru ditaip, yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Laju sahaja jarinya memadam mesej itu dan menaip mesej yang baru.
sy taknak awk susah hati..
“Hmm.. Dah susah hati pun sekarang ni awak..” Dinie bersuara perlahan.
siapa yg tak susah hati.. bkn main suruh org ambik cuti awal..
Naqib tergelak perlahan. Terasa seperti Dinie makin dekat dengannya saat itu.
sekejap je wak.. alaa.. lepas tu hari-hari sy kat depan mata awk tau..
Tersengih Dinie membaca mesej yang baru sahaja dihantar oleh Naqib. Lambat-lambat dia meletakkan telefon bimbitnya kembali ke atas meja di sisi katil. Langkahnya diatur kemas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Sudah menjadi tabiatnya beberapa hari ini untuk bersolat sunat hajat dan istikharah sebelum masuk tidur. Bunyi getaran telefon bimbit di atas meja mematikan langkah Dinie. Dia kembali berpusing ke arah meja sisi itu, mencapai telefon bimbit yang masih menyala lampunya.
Awk knp tak tidur lg ni.. anak dara takleh tidur lambat tau.. nanti takde org nak.. ;P
dah2, p tidur.. jgn lupa baca doa tidur.. karang ngigau panggil sy plk.. heheh.. k, assalamualaikum...
Ishh.. mana punya teori tah yang dia pakai ni.. Sempat lagi nak mengusik.. Dinie tergelak perlahan. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Salam Naqib dijawabnya perlahan dengan senyuman lebar terukir di wajahnya dan dia kembali mengatur langkah ke bilik air di hujung bilik.
Beberapa minit kemudian Dinie keluar dari bilik air dengan rasa yang lebih segar. Segar selepas berwudhuk. Terasa seperti air wudhuk yang diambilnya sebentar tadi menyerap ke dalam badan dan memberikan tenaga yang baru.
Telekung yang tergantung di penyidai ditarik perlahan. Sejadah dibentangkan di hadapannya dengan berhati-hati. Segera dia menyarungkan kain telekung setelah kakinya mencecah tikar sejadah.
Terasa tenang hatinya saat hendak menghadap tuhan dalam keadaan yang hening seawal pagi itu. Terngiang-ngiang nasihat Ustaz Irwan semasa kursus tempoh hari. Berkali-kali ustaz itu mengingatkan supaya dilakukan solat sunat hajat dan istikharah untuk ketetapan hati dan mencari keredhaan-NYA dalam setiap keputusan yang dibuat.
Berpandukan kata-kata itu dia cuba mengaplikasikan apa yang telah disampaikan padanya. Sesungguhnya ketenangan yang hadir itu seakan memberikan semangat yang baru dalam dirinya setiap kali dia tersedar pada subuh keesokan harinya.
Dan saat itu, tidak lupa dia bersyukur kerana masih lagi berupaya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, bersyukur kerana masih lagi di bawah naungan-NYA..

*******************

jgn le tgh senyum2 nie ade cite sedih lak
ReplyDeleteberdebar2 je rasa
Thanks ffor posting this
ReplyDelete