“Air.. Air..” Yusra berlari anak menghampiri Atia yang sedang duduk menyandar pada pokok ru di hujung padang. Atia tergelak perlahan. Pantas dia menghulurkan botol air 100 plus pada Yusra yang sudah bersandar elok di sebelahnya.
“Hishh.. Sekarang bukan masa untuk membacalah!” Yusra menarik Deception Point karya Dan Brown dari tangan Atia. Perlahan-lahan dia mencampakkan novel itu ke atas beg sandang Atia di hadapan mereka.
“Eh, mahal tu.. Main campak-campak pulak dia..” Atia menjegilkan matanya pada Yusra yang tersengih-sengih. Dia mencapai kembali novel tadi dan meletakkannya di riba.
“Berangan nak jadi Rachel la tu petang-petang ni..”
Atia tergelak kecil. Dia menjungkitkan hidungnya sekali pada Yusra yang mencebik.
“Kalau Tia, Rachel… Siapa pulak Michael Tolland?” Tanya Yusra dengan keningnya dijungkitkan beberapa kali tanda mengusik. “Hurmm? Siapa Tia?” Giat Yusra lagi melihatkan Atia yang tidak bertindak balas.
“Siapa apa?” Atia berbalas tanya.
“Siapa Tolland kalau Tia jadi Rachel?”
“Mike la..” Laju Atia mencelah.
“Ah.. Mike ke Tolland ke, sama jugak orangnya, Michael Tolland!” Yusra mencubit geram pipi Atia. Atia ketawa perlahan.
“Yus, masuk padangla.. Dah nak start balik training tu..” Atia memuncungkan mulutnya pada rakan-rakan mereka yang memanggil nama Yusra sambil menayangkan kayu hoki masing-masing. Siapa sangka penyertaan suka-suka Yusra dalam pemilihan pemain hoki sekolah benar-benar menjadikannya sebahagian daripada pasukan itu.
Yusra memalingkan semula wajahnya pada Atia. Dia bingkas bangun. Satu senyuman nakal terukir di bibirnya. Atia mengerutkan dahinya tanda pelik. Keningnya dijungkitkan sekali, isyarat bertanya kenapa.
“Tu... Mike Tia kat tepi padang sana tu tengah nak buat slam dunk!” Yusra menuding jarinya pada suatu arah. Dia ketawa lepas sambil berlari ke kumpulanya.
Mata Atia beralih pandang pada arah yang ditunjukkan Yusra tadi. Bulat matanya melihatkan Aliff Izwan yang sedang menjaringkan bola. Hanya dengan sekali cubaan, Aliff Izwan berjaya mendapatkan mata bagi kumpulannya. Dengan ketinggiannya itu, memang sesuailah dia mewakili sekolah mereka dalam sukan bola keranjang. Padanlah mamat seorang ni boleh berbahasa Mandarin.. Kawan-kawan dia dalam team basketball tu semua Chinese.. Atia menjungkitkan keningnya sekali. Dia mengalihkan pandangannya saat terlihatkan kepala Aliff Izwan terarah padanya. Dari ekor matanya dia melihat kumpulan pelajar yang sedang rancak bermain bola keranjang tadi sudah pun mula bersurai. Deception Point di ribanya segera dicapai. Dia meneruskan bacaannya yang terhenti tadi.
Tidak sampai lima minit, tumpuan pada pembacaannya terganggu lagi. Motorolanya berlagu perlahan dari dalam beg. Pantas tangan Atia menggagau beg sandangnya, mengenangkan mungkin itu panggilan daripada umminya. Skrin yang memaparkan ID pemanggil dipandang pelik. Kepalanya yang menunduk didongakkan pantas. Meliar matanya mencari bayang pemanggil itu. Stay the Same masih lagi berlagu perlahan saat matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang bertenggek di atas RXZ hitam di pintu masuk padang. Beberapa ketika kemudian dia terdengar namanya dilaung kuat. Atia mengetap bibirnya, geram dengan tingkah Aliff Izwan. Lelaki itu mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan isyarat telefon padanya.
Atia mengalihkan tumpuannya pada Motorola hitam yang masih lagi berlagu buat sekian kalinya. Dia melepaskan nafasnya perlahan dan membuka flip telefon itu. Tidak sampai sesaat flip telefonnya itu ditutup semula. Sekali lagi Atia mendengar namanya dilaung kuat. Pandangan diarahkan pada Aliff Izwan yang sudah bergerak ke luar padang. Lelaki itu menunjukkan tanda peace, sebelum menghilang di pintu utama sekolah. Atia menggeleng laju. Dia tergelak perlahan. Aliff Izwan unik! Aliff Izwan pelik! Aliff Izwan cool! Entah siapa lelaki ini sebenarnya.. Kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang menghiburkan.. Atia menggelengkan kepalanya lagi dengan senyuman yang meleret.
*****************
Getaran telefon bimbit dalam genggaman tangan Atia menandakan ada mesej yang masuk. Tersenyum Atia menyangka Yusra menghantar mesej kepadanya setelah dia menamatkan perbualan mereka tadi. Pantas flip Motorolanya dibuka.
weh.. knp x jwb call aku ptg tadi??
Erk? Siapa ni? Skrin Motorola hitam itu dipandang dengan kerutan di dahi. Pantas dia membaca sehingga ke akhir mesej.
Sender :
aliff
+60193231955
Sebuah senyuman terukir di bibir gadis itu. Lincah jari-jemarinya bergerak di atas papan kekunci.
assalamualaikum! sape suruh call?
Ringkas balasannya itu. Sempat dia menyindir Aliff Izwan yang terus menerjah tanpa ucapan salam. Beberapa ketika kemudian telefon bimbitnya bergetar lagi.
ngeee.. ;P wsalamm.. ha! knp tak answer my call?
y should i.. kan dah bagitahu dulu, jangan call..
alah.. ko ni.. kedekutla..
sorry ye.. org nak tolong save kredit dia dunia+akhirat.. dia panggil kedekut plk.. o_O
alah ko ni Tia.. x sporting la.. heheh ;P
org dah reply msg ni kira nasib baikla..
yela2.. iyelaaahh.. x call dah pasni..
msg ni ada apehal?
rindula... heh!
nice try.. aliff ni, semua org dia rindu.. =)
hahah! pandai ko ea..
ok la aliff.. nak turun makan ni..
take your time...
meaning?
sambungla lagi pasni..
no.. no.. no.. tak mau!
heh! ko ni mmg........... kedekut! +_+
whatever~ assalamualaikumm.. =)
Atia tersenyum lagi. Senyumannya bertukar tawa perlahan saat mindanya terlayar peristiwa yang membina persahabatannya dengan Aliff Izwan.
“Yus, sorry sangat Tia balik macam tu je tengah hari tadi.. emosi upside down la.. hormon tak betul.. Tengah red flag! Tu yang emo semacam je tadi.. Sorry Yus...”
“Err.. Ermm.. Assalamualaikum.”
What?? Siapa lelaki ni?? Takkan Yusra dah tukar suara??
Pantas Atia menutup flip telefon bimbitnya. Seketika kemudian dia membuka semula flip telefon bimbitnya dan mencari nombor panggilan terakhir.
+60193231955
Hah! Siapa ni?? Menyesal tak sudah dirasakannya waktu itu. Menyesal kerana tak melihat ID pemanggil sebelum menjawab panggilan itu. Malu pun ada! Disangkanya Yusra yang berada di hujung talian kerana sejak dia menghidupkan semula telefon bimbitnya itu, terdapat berbelas missed called daripada kawannya itu.
Getaran di telefon bimbitnya membuatkan Atia pantas membuka flip, dan membaca mesej yang baru sampai.
aku aliff izwan bukan yusra. aku dapat nombor ko dpd yus. ko jgn marah dia plk sbb aku yg paksa+ugut dia bagi nombor ko ni. aku nak mintak maaf.. i’m truly sorry.. friends?

alamak!
ReplyDeletedirg penah kwn rupenyer...
wah~ smkn best~