“Okay, that’s all for today..”
Suasana hingar mula kedengaran serentak dengan kata-kata yang keluar dari seulas bibir pensyarah tinggi lampai itu.
“Aha. One more thing, class. I’ve set you in pairs for your final assignment. Do check who’s your partner at the notice board outside my room after this, okay.”
Tersenyum pensyarah itu melihatkan pelbagai riak wajah yang ditunjukkan para pelajarnya. Masing-masing mula sibuk berbual memberikan reaksi terhadap kata-kata pensyarah itu sebentar tadi.
“Okay class, dismiss.”
Penuh gaya pensyarah bagi subjek Pengantar Linguistik itu melangkah keluar meninggalkan para pelajar yang sudah mula mengemaskan barang masing-masing.
“Dinie! Wait!”
Dinie Sophea menoleh pantas, mendengarkan namanya dipanggil. Segaris senyuman dihadiahkan pada Ashley.
“You nak pergi bilik Miss Sheena ke sekarang?”
“No la.. I rasa mesti ramai yang tengah busy checking their partner sekarang. I nak singgah kafe dulu. Wanna join?”
Tanpa menunggu lama, Ashley menyatakan persetujuannya. Dinie tersenyum lebar. Beriringan mereka menuju ke kafeteria.
“Kenapa I tengok you selalu sorang-sorang ea?”
Ashley mengelap bibirnya dengan tisu sebelum mula bersuara. Dinie menjungkitkan keningnya pada Ashley, mendengarkan soalan itu. Dua pinggan nasi lemak di hadapan mereka sudah licin. Kucing bulat tompok yang tunggu dekat bawah meja ni pun dah kenyang dengan ikan bilis.
“Bukan you selalu ada dengan I ke Ash?” Balas Dinie seketika kemudian.
Ashley ketawa lepas, menggelengkan kepalanya. “No I mean, selain I.. Kenapa I tak nampak pun you keluar dengan mana-mana kawan Melayu. Biasakan Melayu geng dengan Melayu. India dengan India and Chinese as well..”
“How bout you?” Pantas Dinie memotong.
Ashley tersengih sedikit, menjungkitkan keningnya seraya membalas, “Hey, I kan bangsa lain-lain..” Gadis manis itu ketawa lepas, menampakkan lesung pipitnya di pipi kiri. Dinie turut tertawa perlahan. Macam ala-ala Preity Zinta pulak Ashley ni. Cute!
“I bukan tak nak kawan. Maksud I, bukannya I tak kawan dengan Malay girls. Tapi I tak reti nak campur dengan orang lain. I mean, they all ada geng masing-masing. Takkan I nak mencelah tiba-tiba, right? So jalan paling selamat, I kawan dengan semua waktu dalam class. Luar kelas, everything is my business and only me..”
“Then, who am I?”
“You tu pak sebok!”
Selamba Dinie membalas sambil menepuk perlahan lengan Ashley. Mereka berdua tertawa seketika.
“Sampai hati you kata I pak sebok..” Ashley bersuara dalam tawa yang masih bersisa. Tisu di dalam beg dikeluarkan dan pantas dia mengelap air mata yang bertakung di birai matanya. “Sampai nangis I dengar tau..” Ashley menyambung tawanya.
“Dah, dah.. Layan you ngarut sampai ke malam kita dekat kafe ni tau Ash..” Dinie menepuk perlahan lengan Ashley di atas meja. Gadis itu ketawa lagi menganggukkan kepala. Sesaat kemudian Vico ais dalam gelas disedut sehingga ke titisan terakhir.
“Enough.. Nanti malam I belanja you Vico lagi,” usik Dinie. Tersengih lebar dia saat Ashley menjegilkan mata.
“Vico abang Man the best tau! Tak boleh nak cari kat tempat lain. Kak Pah, bibik kat rumah my mom tu pun kalah..” Ashley menganggukkan kepalanya beberapa kali membayangkan kesungguhan kata-katanya.
“Kak Pah? Bibik you orang Melayu ke?” Dinie yang sudah berdiri sebentar tadi kembali terduduk di bangku bulat itu.
“Mm hmm.. Why? Is it sounds weird?”
“No, but erm you know... janggal sikit.”
Dinie tersengih. Ashley tersenyum. Gadis itu mengelap bibirnya sekali lagi sebelum mengemas barang di atas meja.
“Dah lama dah Kak Pah dengan kitorang. We don’t eat that ‘thing’... and we don’t drink,”
“Aha,” sepatah respon yang membawa makna supaya Ashley dapat menyambung lagi ceritanya.
“Kak Pah dok kat rumah kami jugak. Tapi dekat bahagian luar. My dad memang dah siapkan rumah untuk maid. Setakat ni kak Pah okay je dengan kitorang. Two days off, you know.” Ashley menjungkitkan keningnya sekali. Dinie ketawa perlahan.
“Senang hati la Kak Pah dok kat rumah you..”
“Mmm.. In fact masa wedding dia dulu pun buat dekat rumah tu,”
“Really?”
Ashley mengangguk pantas. Kali ni memang Dinie terkejut beruk. Tak tersangka sangat rapat hubungan majikan dan pekerja itu. Tapi macam mana dengan ahli keluarga Kak Pah yang lain? Berkerut dahi Dinie seakan memikirkan masalah negara pula.
“So how was her family?”
Makin rancak perbualan Ashley dan Dinie. Masing-masing terlupa pada tujuan asal mereka.
“Ohh.. Your family memang dah biasa dengan orang Melayu. No wonder la life style pun macam Malay.. Cuma hair style je macam Mat Salih..” Usik Dinie sebelum tertawa perlahan. Ashley tersengih. “Memang patut pun family you tolong Kak Pah tu, Ash.. Kesian anak yatim piatu. Family pun dah tak tahu nak cari kat mana..” Sambung Dinie lagi. Ashley tersenyum
“End of my story..”
“Ya.. let’s start our journey!”
Pecah tawa kedua-duanya. Mereka bingkas bangun, beriringan menuju ke fakulti semula.
“Ei, orang lain dah busy cari bahan agaknya. Kita dua ni partner pun tak tahu lagi—”
“Too bad siapa yang jadi partner kita, right?” Celah Ashley laju. Tersengih dia pada Dinie yang tersenyum lebar.
Penat mendaki tangga, masing-masing melajukan langkah saat bilik Miss Sheena semakin dihampiri.
“What?!”
Ashley terjerit kuat. Bulat matanya memandang Dinie yang baru mematikan langkah di hadapan bilik pensyarah mereka. Pantas Dinie memandang notice board yang penuh bertampal itu. Juling matanya mencari nama. Seketika kemudian bola matanya berlari mengikut telunjuk kanan Ashley dan...
“Yeiiihhh?!!”
Ashley dan Dinie berpandangan tanpa suara sesaat. Masing-masing dengan riak terkejut.
“Too bad!”
Tanpa di duga dua patah kata itu terkeluar serentak. Pecah tawa kedua-duanya.
19- Ashley Nereina Geike / Dinie Sophea Adli
-------------------
Dari ketawa, masing-masing tak henti menyengih. Semakin mereka menghampiri Kolej Kediaman Kesembilan itu semakin lebar sengihan yang terukir.
“So when can we start our journey?”
Soalan Dinie mematikan senyuman lebar Ashley. Gadis itu menjungkitkan keningnya sekali sebelum membalas, “Journey to the center of the earth?”
Dinie tersenyum. “Mati la I dapat partner macam you,” selamba dia mengusik gadis manis itu. Ashley ketawa lagi. Tak sampai sesaat tawanya mati. Lengan Dinie dipaut tiba-tiba.
“Eh tu bukan kereta hubby you ke?”
Sepantas kilat kepala Dinie dipalingkan ke arah yang ditunjukkan Ashley. Dia mengangguk laju.
“Mm hmm.. Anything to celebrate together?”
Dinie menjegilkan matanya sekali. “No la.. Tapi kenapa tiba-tiba datang? Hari Rabu pulak tu..”
“You better ask him. Faster la..”
Ashley menolak Dinie lembut. Sempat mereka berbalas lambaian sebelum Dinie melajukan langkahnya menghampiri Honda Jazz suaminya.
“Bang..”
Cermin kereta diketuk tiga kali beserta salam. Perlahan-lahan cermin separuh gelap itu terbuka sedikit. Naqib sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Entah apa yang dibualkan. Nampak serius... dan suaminya kelihatan kusut.
“Piya,”
Pintu kereta terbuka dan Naqib meloloskan diri. Tangan isterinya diraih seakan mencari kekuatan.
Berhabis sy ingat baby tu baby dorang..
ReplyDeleteRupanya adik Naqib.. Haha..
Ingat2 lupa dah cite ni..
Kena refer previous chapter baru ingat..
Uhuhuuu~
Tapi... Baby hilang?
Kena culik ke?
h0h0,,,
ReplyDeletesambung2~