June 9, 2009

Forever Yours 12


“Pa.. How do I look?” Dayana Falah bersuara manja sambil memusingkan tubuh kecilnya di hadapan Ammar. Beralun gown coklat gelap yang dipakai si comel itu. Ammar mengusap kepala puterinya sekali.

“Perfect! You look great, sayang..” Ammar memusatkan pandangannya pada Ain yang sedang berjalan ke arah mereka. Senyum nakal terukir di bibirnya melihatkan Ain memakai baju kurung Pahang warna hitam berbunga tabur kecil warna merah jambu. Tudung merah jambu lembut yang dipakai gadis itu digayakan ringkas dengan brooch bunga ros comel di sisi bahu kiri gadis itu.

“Pa...” Rengek si kecil Falah sambil membulatkan matanya memandang papanya yang tak berkelip melihat mama In nya. Pantas jari telunjuk comel itu digerakkan ke depan dan ke belakang beberapa kali. Tangan kiri Falah menarik hujung baju papanya sedikit. Ammar pantas menunduk dan tersengih. Malu pada puteri kesayangannya yang seakan dapat membaca isi hatinya saat itu. Pipi gebu Falah dicuit geram sebaik sahaja si kecil itu mengerdipkan matanya. Sekejapan si kecil itu sudah berada dalam dukungan papanya. Dua beranak itu menayangkan senyum lebar pada Ain yang sudah tegak berdiri di sisi mereka.

“Ma.. You are soooo beautiful! Right pa?”

“Always..” Selamba Ammar membalas.

Ain tertunduk malu. Apetah lagi saat dia menyedari sepasang mata milik tuannya itu yang tak lepas dari merenungnya.

“Pa.. Can I walk..” Pinta Falah manja dengan senyuman manis terukir di wajah comel itu.

“Sure you can.. Sayang papa ni dah besar pun.. Patut dapat adik dah pun..” Ammar ketawa nakal sambil mengerdipkan matanya pada Ain yang memandangnya dengan kerutan di dahi. Dalam makna kata-katanya itu yang diharapkan sampai maksudnya pada gadis di hadapannya itu. Namun, seperti biasa, Ain hanya menayangkan reaksi yang sukar ditebak. Mungkin gadis itu faham, mungkin gadis itu masih blur atau mungkin dia sengaja tidak mahu memahami.. “Let’s go.. Almost nine ni.. Karang tak dapat tempat duduk yang best pulak..” Ammar menarik lengan Falah, memimpin si kecil itu beriringan dengannya. Hendak memimpin Ain, mahu mengamuk gadis itu pula. Ain yang masih belum melangkah menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

“Tempat duduk yang best? Macam budak kecik pulak.. Zaman sekolah dulu boleh la berebut datang cepat sebab nak duduk tempat yang best, yang boleh nampak whole stage.. Tak sangka pulak Encik Ammar ni macam sebaya Falah je...” Ain bersuara perlahan.

“Mama buat apa lagi tu.. Berangan ye..” Teguran lembut Ammar membuatkan Ain tersentak. Pantas langkahnya diatur ke kereta yang terparkir di hadapan pagar utama. Majlis sambutan Hari Keluarga Tadika Q-Dees menjadi destinasi mereka di awal pagi itu.


______________________________________________________________________



“Abang, Ain nak keluar kejap..” Ain bersuara agak perlahan sambil menggenggam erat telefon bimbit di tangan kanannya. Sedari tadi telefon bimbitnya bergetar. Sudahlah dia terlupa hendak menukar ke silent mode sebelum ini. Segan bertamu saat telefon bimbitnya itu berlagu kuat, memenuhi seisi ruang dewan. Pantas dia menukar silent mode tanpa melihat siapakah gerangannya yang menghubunginya tika itu. Anggukan Ammar membuatkan Ain melangkah pantas ke luar dewan. Punat hijau ditekan pantas.

“Nurin..”

Tanpa salam, kedengaran satu suara yang tidak asing lagi menyapa dirinya. Ain terdiam seketika.

“Nu.....”

“Assalamualaikum,” Pantas Ain memotong.

“Abang nak jumpa Nurin.. Nurin dekat mana, sayang?”

Sayang! Sudah lama panggilan itu tak kedengaran dari insan yang berjaya mencuri tumpuannya suatu ketika dahulu. Ain terkedu. Hatinya berbelah bahagi.

“Nurin, please.. Answer me..”

Ain masih lagi diam membisu. Hanya desah nafas yang kedengaran di hujung talian.

“Answer me, sayang.. I know you are there.. Sayang, abang dah tak sanggup nak pura-pura macam tak ada apa-apa yang berlaku, sedangkan deep down my heart, I missed you so much! Damn much!”

Sebak menguasai dirinya saat ini. Tiada sepatah kata yang mampu keluar dari seulas bibir itu saat otaknya mula mencerna kata-kata yang menerjah ke gegendang telinganya.

“Nurin, are you still at the hall?”

Ain mengetap bibirnya kuat. Tanpa sebarang isyarat, dia teresak sedikit kuat tiba-tiba. Puas ditahan tangis itu. Namun pipinya terus dinodai mutiara jernih. Untuk apa tangisan itu, dia pun kurang pasti.

“Nurin.. Jangan menangis, sayang.. I’m on my way..”

Teresak-esak Ain tanpa sempat dia membalas kata-kata ‘Imaduddin.Talian yang sudah dimatikan dipandang sepi. Lambat-lambat dia menyandar pada tembok di belakangnya. Semakin deras air matanya yang mengalir umpama empangan yang tak berbenteng. Lima minit berlalu. Ain terus-terusan menghamburkan air mata, melepaskan segala yang ditahan selama ini, selama dia berjauhan dengan ‘Imaduddin. Segala rahsia di hatinya tersimpan kemas sehingga dia sudah terbiasa hidup menahan rasa, menyimpan perasaan di hati, mengunci duka di jiwa. Kenapa saat dia ingin melepaskan sayangnya, dia menjadi lebih terikat.. Kenapa saat dia berjaya mengawal perasaannya, dia dihadiahi memori silam.. Ain beristighfar perlahan. Sedar diri perlu bersyukur tanpa mempersoalkan qada’ dan qadar-NYA. Tangisannya semakin reda. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum dia menghelanya perlahan. Sesaat kemudian, kepalanya didongakkan sedikit. Ain tergamam.

“Malu kalau Falah nampak mama In dia menangis..” Lembut suara Ammar sambil menghulurkan sapu tangannya pada gadis itu yang jelas terkejut dengan kehadirannya. Sungguh dia cemburu pada abangnya yang terlebih dahulu mengenali gadis itu. Sebentar tadi dia menerima panggilan daripada ‘Imaduddin, bertanyakan lokasi mereka. Sepantas itu otaknya dapat mentafsir segalanya. Segera dia keluar dari dewan, mencari Ain yang masih belum muncul. Ditegakkan ibu jari kanannya tanda bagus, pada Falah yang sedang menyanyikan lagu My Mother di atas pentas. Sayang mama In nya tidak sempat mendengar..

“Toilet dekat hujung sana tu..” Tangan Ammar mengunjuk pada sebelah kirinya. “Basuh la muka Ain dulu. Sekejap lagi Abang ‘Imad datang.. Ain ikutlah ‘Imad. Abang izinkan..” Ammar terdiam seketika. “Meaning, Ain off hari ni..” Tenang lelaki itu menutur kata.

Seperti dipukau, Ain hanya mengangguk. Sungguh dia rasa bersalah pada Ammar biarpun lelaki itu sangat tenang tika ini. Langkahnya diatur lemah ke bilik air di hujung dewan.

“Jangan lupa esok, majlis dekat rumah abah.. Abang dah bagitahu dekat Mak Dah..” Sempat Ammar meninggalkan pesan pada Ain yang sedang melangkah perlahan. Dapat ditangkap anggukan di kepala gadis itu.

“When there is no hope there can be no endeavour...” Ammar bersuara perlahan saat matanya tidak lagi pada susuk tubuh Ain yang sudah pun hilang di balik pintu bilik air. “Apa salahnya berusaha, Ammar!” Sekali lagi Ammar bersuara dalam nada seperti membalas kata-katanya sebelum ini.

“Am!” Tepukan lembut di bahunya membuatkan Ammar berpaling ke belakang. Wajah ‘Imaduddin yang terbias di matanya menimbulkan satu rasa di hatinya. Serasa ingin dia berkata, “The best man wins!” Tapi dia tidak boleh bertindak sedemikian. Dia sedar kedudukannya di mana. Dialah yang terlambat dan menjadi insan ketiga andai digembar-gemburkan rasa hatinya pada gadis istimewa itu.

“She’s in the rest room.. Am bagi Ain off hari ni.. Pandai-pandailah ‘Im nak settle.. Best of luck!” Dalam kepayahan Ammar mengukir senyum sambil menepuk bahu kembarnya beberapa kali. ‘Imaduddin membalas senyuman itu. “I’ve to go back in.. Do take good care of her.. She’s not in good emotion..” Ammar meninggalkan amanat sebelum mengatur langkah kemas ke pintu masuk dewan yang dihiasi dengan belon pelbagai warna. Dia kembali ke tempt duduknya, melihat Falah yang sedang bersuka ria dengan rakan-rakan sekelasnya, mempersembahkan choral speaking di atas pentas. Nafasnya dihela perlahan.

“When we do the best that we can, we never know what miracle is wrought in our life...” Ammar meraup wajahnya sekali. Bibir merah itu terukir senyum jua akhirnya..

No comments:

Post a Comment