"Gelak."
Adhana menekup mulut. Laju.
"Gelak la, gelak.."
Pecah tawa Adhana. Kakinya melangkah setapak ke hadapan.
"Berangan je kerjanya. Dah sampai mana, ngah? Abang ngah kat bawah tau. Bukan dalam bilik Hana ni,"
"Haish," Pantas Dinie menepuk bahu Adhana. Matanya dijegilkan sedikit. Adhana hanya tersenyum meleret. Sesaat kemudian wajahnya bertukar riak.
"Any good news?"
Mata Dinie bercahaya girang. Adhana dipeluk erat. Pipi adiknya itu dicium sekali.
"Alhamdulillah. Ya Allah, Hana.. Alhamdulillah. Nuha tak ke mana pun Hana. She went back to Ipoh,"
"Really??"
Dinie Sophea mengangguk laju. Ada mutiara jernih di kolam matanya. Tanda gembira dan syukur tak terhingga.
"Ya Allah.. Alhamdulillah.." Adhana membalas lembut beberapa ketika kemudian. Pelukan Dinie dibalas lebih erat. "So how?" Adhana kembali bersuara, memandang wajah Dinie tanpa kelip.
"We're going to Ipoh tomorrow. Care to join us?"
"Sure.. Lepas subuh?"
"Alamak, angah lupa nak tanya big boss pulak.." Dinie tersengih lebar. Keningnya dijungkitkan sekali pada Adhana yang tersipu-sipu.
"Lepas subuh la sayang.."
Bisikan lembut itu umpama renjatan elektrik. Bulat mata Dinie. Tahu suaminya rapat di sisi sedang dia tidak menoleh walau sesaat.
"Okay then.." Adhana mengangguk laju dan tersengih lebar.
"Mm hm.."
"That's all?"
Pantas Dinie berpaling ke kanan, mendengarkan balasan Naqib. Ada senyum nakal yang bergayut di bibir suaminya. Berkerut dahi Dinie memandang. Cuba mentafsirkan makna yang tersirat.
"Just mm hm?"
Makin berkerut dahi Dinie. Keningnya dijungkitkan sekali.
"Hilang dah suara Piya? Tadi abang dengar macam rancak je siap peluk-peluk sakan,"
Dinie menjegilkan matanya sedikit. Pinggang Naqib disiku perlahan. Lelaki itu hanya ketawa tidak membalas.
"Get ready ye Hana. Esok, lepas subuh kita keluar, insyaAllah. Nanti angah bagitahu mama dengan babah,"
Adhana mangangguk lagi. Gadis itu masih lagi seperti tadi. Tersengih-sengih melihat abang iparnya galak mengusik.
"Hana masuk tidur dulu la,"
"Em," serentak Naqib dan Dinie membalas. Kedua-duanya berpandangan seketika sebelum masing-masing berbalas senyum.
"Assalamualaikum,"
Pasangan suami isteri itu mengangguk sekali dan membalas salam Adhana mesra.
-------------------
"Bang,"
"Em?"
"Papa.. Em.. Papa dah tahu?"
Naqib yang tenang memandu berpaling sekilas pada isterinya di sisi. Dia tersenyum sedikit dan mengangguk.
"Papa macam mana?"
"Macam biasa. Mata, mulut, hidung, telinga semua elok terletak lagi
—"
Naqib mengaduh kuat tiba-tiba. Dia tersengih pula seketika kemudian, menoleh sekilas pada seraut wajah yang memandang tanpa kelip. Pantas tangan menggosok bekas cubitan sang isteri di lengan kiri.
"Main-main lagi. Sakit?"
Naqib mengangguk laju. Kepala sudah tegak memandang jalan raya yang masih lagi sunyi dan .
"Sorry,"
Hampir tak kedengaran suara halus itu. Terkebil-kebil Dinie Sophea memandang suaminya. Naqib di sisi menayangkan wajah serius.
"Bang,"
"Em,"
"Sorry.."
"Dah dera orang baru nak minta maaf,"
Naqib mengerling sekilas pada Dinie yang sudah menundukkan kepala lagak pesalah menanti dijatuhi hukuman. Pandangannya beralih ke cermin pandang belakang. Tersengih dia pada Adhana yang tersenyum simpul, menahan tawa.
"Sorry je tak lut. Tak hilang pun kesan dia.."
Tak menunggu lama, Dinie menyingsing lengan t-shirt merah berbelang putih yang dipakai suaminya. Dia mencebik sedikit.
"Tak ada kesan pun.. Piya cubit perlahan je tau. Abang yang manja tak pernah kena cubit.."
Naqib tersengih juga setelah puas dia menayangkan wajah serius pada isterinya itu. Sempat dicuit pipi isterinya sebelum dia ketawa nakal.
"Tak boleh tau abang nak serius dengan Piya. You know why?"
Dinie menggeleng laju.
"You are so, so and so lovable."
"And you're such a lovable rascal!" Dinie membalas perlahan.
Naqib ketawa lagi. Tangan kirinya di atas gear diangkat sedikit, mengusap lembut wajah isterinya.
"Tak sabar abang nak jumpa baby. Rindu.. and I feel guilty all the time."
"Dah tersurat perjalanan hidup kita ni bang. No need to feel guilty. You act so as you want the best for her. Lambat-laun baby mesti faham, bang."
Lambat-lambat Naqib menganggukkan perlahan. Dia mengerling cermin pandang belakang. Adhana di tempat duduk belakang sudah terlelap sambil memeluk tubuh dengan kepalanya bersandar di tepi tingkap. Lelaki itu tersenyum. Pendingin hawa diperlahankan sedikit.
"Sampai dekat Rawang nanti abang nak berhenti sekejap,"
"Nak beli bahulu nenas?"
"Yup,"
"Favourite baby kan bahulu tu,"
Dinie mengukir senyum, membuang pandang pada suaminya yang membalas senyuman itu.
"Untung baby,"
"Piya pun untung jugak," balas Naqib laju. Dia tersenyum lagi, menampakkan lekuk di pipinya.
"Macam mana boleh jadi macam ni? Mana abang? Baby nak jumpa abang,"
Dinie Sophea memeluk erat tubuh Huda Nuha yang terkulai di pangkuannya. Gadis itu teresak-esak. Terhinggut-hinggut bahunya dek tangisan yang tiada tanda untuk berhenti. Perlahan-lahan Dinie mengusap lembut kepala adik iparnya.
"Sabar sayang. Baby sedih, angah pun sedih. Semua orang sedih, sayang. Menangis tak jadi apa. Kita kena banyak berdoa.. Emm?"
Tangisan Nuha semakin perlahan. Dia mengangguk lambat-lambat.
"Tapi semuanya salah baby, ngah. Kalau baby tak lari dari rumah.. Kalau baby tak lari sampai ke Ipoh.. Kalau baby tak buat keputusan melulu.. Semua ni takkan jadi, ngah.." Nuha merintih sayu. Setitis air mata jatuh menuruni lekuk pipi Dinie. Tangannya setia mengusap kepala Nuha.
"Semua yang jadi ada sebabnya. Kita kena redha sayang. Terima qada dan qadar-NYA. Itulah yang sebaik-baiknya buat mereka yang bertakwa. Abang pun mesti tak suka tengok baby lemah macam ni, herm sayang?"
Sekali lagi Nuha mengangguk lambat-lambat. Kali ini hanya sedunya yang masih bersisa. Adhana yang berdiri bersandar lemah di dinding. Gadis itu menngesat air mata yang berkolam jernih di matanya. Hajjah Sufiah di sebelah kiri Dinie mengusap lembut bahu anaknya, mengalirkan sedikit kekuatan buat Dinie menghadapi dugaan yang mendatang.
Di hujung ruang menunggu kelihatan Puan Dahlia bersama Azran sedang khusyuk membaca surah yaasin. Kelibat Hilman, Adli, Ihsan dan Idraki sudah lama menghilang. Masing-masing meminta diri untuk ke surau. Dinie mengangkat kepala, memandang ahli keluarga yang berada di sisinya. Semua tampak resah. Gelisah menantikan perkhabaran dari balik pintu bilik pembedahan kecemasan di bahagian zon merah. Zon yang sangat ditakuti kerana ianya zon kritikal yang melibatkan keadaan yang mengancam nyawa.
Dinie menghela nafas. Lemah. Air mata yang mengalir panas di pipi disapunya perlahan. Sebuah senyuman hambar terukir buat Hajjah Sufiah sebelum dia bingkas meminta diri, mahu beruzlah, memohon kepada Yang Maha Kuasa agar masih ada sinar yang bersisa buat dirinya..

TQ jat...
ReplyDeletedah lama dah tgu citer nih..
naqib kena apa??
sambung lagi yer...
uhhuhuhuh
ReplyDeletenaqib accident ke?
hope x jd pape..
sob2
moga2 naqib slmt.. sian piyah
ReplyDeleteAreba!!! Ade n3 baru...best...tp naqib nape? Huhuhu...next pls...
ReplyDeletehihihi..
ReplyDelete2hr marathon habis bc..
lupe jalan cite..
tu yg bc blik dr awal..
ulang baca balik??
ReplyDeletehuhuuu serabut la bc balik..
jat baca balik mmg rs serabut abis.. huhuu
dorang eksiden ke? huhuhu
ReplyDelete