September 6, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


“Mahal tau makan dekat sini.. Sirap bandung ni je RM4.50..”

“Macam baru first time datang sini..”

“Memang la bukan first time.. Sebab dah banyak kali tu la rasa geram sangat..”

“Takat Iklil rasa geram je, tak ubah pun harga tu sayang..”

Iklil mencebik. Laju langkahnya diatur meninggalkan Idin beberapa tapak di belakang. Makin bertambah geram dengan balasan yang tak memihak padanya. Idin tersengih lebar sambil menatang dulang yang hanya berisi segelas sirap bandung. Suka melihat wajah isterinya yang berkerut-kerut menahan geram.

“Iklil beli sirap bandung satu ni je ke? Sayang tak nak makan?”

Iklil menggeleng laju.

“Sirap bandung segelas je tapi bawak dalam tray..”

Iklil tersengih. Dia berkalih ke belakang, mengerling sekilas pada suaminya.

“Macam waiter la, bang.. Sesuai..”

Ahahah! Gadis itu ketawa lepas. Idin hanya tersenyum. Langkahnya bertukar arah.

“Eh abang nak pergi mana pulak?”

“Nak beli soto—”

“Soto?” Iklil memintas laju. Idin menjungkitkan keningnya sekali. “Datang sini makan soto, rugi je tau bang. Dah la harga pun mahal. RM6.50 isn’t worthed dengan soto yang togel je tu..”

“Togel?”

Berkerut dahi Idin memandang isterinya. Iklil mengangguk laju. Kedua-duanya mula berdebat di tengah laluan.

“Kenapa togel pulak.. Kan ada isi dalam tu..”

Iklil menggeleng laju dengan kerutan di dahi. Idin menahan senyum. Nampak comel wajah itu di matanya.

“Mahal bang.. Lebih baik abang beli laksa je. Boleh Iklil tumpang semulut dua..” Iklil tersengih, menjungkitkan keningnya sedikit. Pecah tawa Idin.

“Pandai la dia.. Nak makan jugak rupanya..”

Iklil tersengih lebar. “Tak pandai takdela orang nak kahwin dengan kita..” Usik Iklil manja, mengerdipkan matanya sekali pada Idin yang sudah menyambung tawa.

“Sayang pi dok dengan Nini dulu, jap lagi abang datang..” Idin menyusun kata sesudah tawanya bernoktah. Gelengan Iklil membuatkan dia tersengih lebar.

“Tak nak pulak? Tadi jalan laju je, gaya macam tak sempat-sempat nak sampai..”

“Ala sekejap je,”

“Sebab sekejap tu la abang suruh Iklil pergi dulu. Kesian Nini sorang-sorang tu. Lama dia tunggu sebab ada orang tu dok berangan pulak tadi..”

Pecah tawa Iklil. Pantas dia menekup mulutnya dengan telapak tangan kanannya.

“Teruk tau.. Perli orang pulak..”

Idin tersengih. “Dah, dah.. Jalan dulu. Jap lagi abang datang balik sana,”

Iklil mengangguk sekali. Tangannya dihulurkan pada Idin. Dulang coklat bertukar tangan. Mereka berbalas senyum seketika sebelum langkah Iklil dihantar dengan pandangan mata Idin.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Eish.. Malu la orang tengok..”

“Nak buat apa malu.. Halal tau ni..”

Makin erat rangkulan Idin di pinggang Iklil. Iklil di sisi masih lagi berusaha menepis tangan suaminya.

“Malu la abang sayang ey..”

“Haluuurr.. Sini bukan Paris tau. Rome pun bukan..”

Suara sindiran manja Nini kedengaran di sebelah kiri Iklil. Pantas Idin meleraikan rangkulannya. Tersengih dia pada Nini yang beriringan dengan Lutfi. Lelaki itu yang sedang menolak troli ketawa perlahan.

“Beg besar-besar, barang banyak-banyak, lari dari rumah ke Lut?”

Lutfi ketawa lepas, mendengarkan kata-kata Idin. Dia memandang sekilas pada isterinya dan barang-barang di dalam troli sebelum berkalih pandang pada pasangan suami isteri itu.

“Rasanya aku dengan Nini yang patut ada priority guna travellator tu tapi korang pulak yang sedap langkah bendul, ya..” Balas Lutfi tanpa menjawab usikan Idin sebentar tadi. Idin dan Iklil ketawa lepas, tak sedar mereka sudah pun melangkah ke situ.

“Jalan belakang aku sudah.. Bukan ada orang pun,” Idin ketawa lagi. Dia dan isterinya berjalan beriringan, meninggalkan Lutfi dan Nini yang sudah menyambung perbualan. Agak jauh mereka meninggalkan pasangan itu. Masing-masing faham terlalu banyak yang hendak dikongsi bakal ibu bapa itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Eih? Tak sampai-sampai lagi ni. Pelik. Sesat ke apa Lutfi dengan Nini..”

Berkerut dahi Iklil sambil matanya meliar ke serata lot tempat letak kenderaan itu. Idin di sebelahnya menyandar ke sisi kereta. Dari menunggu di dalam kereta, masing-masing menapak ke luar pula.

“Takdenya nak sesat.. Nini kan tahu kita parking dekat sini, tadi..”

Lambat-lambat Idin membalas. Tangannya menarik perlahan lengan Iklil, mengarahkan isterinya itu turut bersandar di situ.

“Iklil,” panggil Idin lembut.

“Mmm hmm..?” Iklil membalas perlahan. Mata masih lagi tercari-cari susuk tubuh kawan-kawan baiknya.

“Iklil..”

“Emm..”

Iklil berpaling ke sisinya. Wajah suaminya menjamah mata. Keningnya dijungkitkan sekali.

“Meh sini,”

Dari bersandar, Iklil beralih posisi ke hadapan Idin. Bertentangan mereka tika ini. Lengan Iklil yang ditarik perlahan membuatkan gadis itu berdiri tegak, mematung di hadapan suaminya.

“Iklil..”

“Mm hmm..”

“Esok kita pergi rumah abang Amin.. Mm?”

Idin mengangguk sedikit mengharapkan persetujuan isterinya. Mata beradu mata seketika. Iklil diam, memikir.

“Emm?”

Idin menggoyangkan tangan Iklil dalam genggamannya perlahan. Lambat-lambat gadis itu mengukir senyum.

“InsyaAllah..” Sepatah jawapannya disertai senyuman yang nampak jujur dari hati.

“Alhamdulillah..” Balas Idin.

“Apa?”

“Hamdan lillah, Syukran lillah..”

Idin menarik laju tangan isterinya, mengarahkan tubuh langsing itu rapat padanya. Pantas Iklil menghadang. Tangannya merentangi dada bidang Idin.

“Call abang Amin, sayang..”

Idin tersenyum nakal. Telefon bimbitnya diunjukkan pada Iklil. Iklil diam, memandang Idin tanpa kelip. Lelaki itu tersenyum, mengerdipkan mata sekali. Iklil menghela nafas, perlahan. Lambat-lambat tangannya mencapai huluran Idin.

Laju jari jemari Iklil bermain di papan kekunci sebelum dia melekapkan telefon bimbit merah itu ke telinga yang dilitupi tudung merah bercorak abstrak hitam.

“Assalamualaikum,” Iklil diam seketika selepas memberi salam. Mata memandang Idin yang sedang memerhati tanpa kelip.

“Abang, adik ni..”

Sebelah tangan Iklil menekap telefon bimbit di telinga manakala sebelah lagi sudah berada dalam genggaman suaminya, seperti ada kuasa yang mengalir dari genggaman erat itu. Iklil menghela nafas perlahan sebelum menyambung kata.

“Abang, esok ada plan nak pergi mana-mana tak?” Iklil tekun mendengar suara Amin sebelum dia membalas, “Herm okay.. Esok, insyaAllah adik dengan abang Idin datang rumah.. Abil dengan A’a ada kat rumah kan bang?”

Iklil tersenyum sedikit melihat senyuman yang terukir di bibir suaminya. Seakan ada kekuatan pada senyuman menawan itu.

“Ohh.. Nurun pun ada jugak.. Hermm..” Iklil menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum menyambung lagi, “Eh, takyah bang, takyah masak.. Tak payah susah-susah bu—”

“Tak payah susah-susah, Amin.. Takat ayam percik sekor dua ke laksa Johor seperiuk ke... okay jugak.. Sekali dengan fruit cocktail tau..” Idin pantas bersuara. Dia yang menarik telefon bimbit dari telinga Iklil tanpa sebarang isyarat, ketawa kuat mendengarkan balasan Amin. Iklil di sisinya sudah memuncung, geram bila perbualannya dipotong.

Geram? Eh? Sejak bila pulak dia ada rasa geram tak dapat borak panjang dengan abang Amin..? Tapi macam mana dia boleh memulakan perbualan dengan abangnya..? Sejak bila dia dengan Amin boleh berbual mesra..?

Iklil diam memeluk tubuh. Persoalan demi persoalan yang terlontar di benaknya tak dapat dijawab tika itu. Sudahnya dia hanya menyandar di sisi kereta, mendengarkan butir bicara suaminya. Gelak tawa yang amat dikenali membuatkan Iklil mendongakkan kepala. Bulat matanya memerhatikan sepasang suami isteri yang tersenyum lebar, menghampiri kereta.

“Amboi-amboi.. Sesat dekat kedai aiskrim rupanya..” Iklil menjegilkan matanya sedikit. Nini dan Lutfi meleretkan senyum. Di tangan masing-masing ada Cornetto Strawberry.

“Nini singgah toilet dulu sebelum keluar tadi. Tak sempat nak bagitahu you all. Laju sangat menonong ke depan. Macam tak sempat-sempat nak balik je..”

Usikan Nini membuatkan mata Iklil semakin bulat memandang sahabat baiknya itu.

“Pandai la cakap kat orang tau,” memuncung Iklil seketika. Pecah tawa Idin dan Lutfi melihatkan tingkah isteri masing-masing.

“Dah habis borak?”

“Ha?” Idin menjungkitkan keningnya sedikit. Soalan mendatar Iklil membuatkan dia ingin tertawa.

“Dah habis borak dengan abang Amin? Kacau je potong line orang..”

“Pulak dah..” Idin tersengih menahan tawa. Tangannya merangkul bahu Iklil. Tanpa isyarat, jarinya mencuit hujung hidung isterinya. “Bukan takat mulut je, hidung sekali muncung.. Sedih tak dapat cerita panjang dengan abang Amin ke sayang? Esok subuh-subuh kita pergi sana eah..”

Iklil mencebik. Nini dan Lutfi, masing-masing ketawa melihat pasangan yang sukar dijangka itu. Tawa nakal Idin bergabung dengan pasangan suami isteri itu seketika kemudian. Masing-masing melangkah masuk ke dalam kereta tanpa menyedari senyuman yang terukir di bibir Iklil. Jauh di sudut hati, gadis itu bahagia dengan kehidupannya kini..

No comments:

Post a Comment