June 9, 2009

Forever Yours 11


“Uncle ‘Imad!!!” Nyaring suara si kecil Falah, kedengaran hingga ke dapur.

Terhenti pergerakan Ain yang sedang lincah membasuh pinggan mangkuk di dapur. Berkerut dahinya memikirkan laungan Falah sebentar tadi. Sesaat kemudian tangannya pantas mencapai tudung yang disangkut di hujung kerusi. Segera disarungkan tudung krim berbunga coklat ke kepalanya yang terdedah.

“Assalamualaikum, Nurin...”

Ain tergamam. Mujur tudung krim itu sudah tersarung elok di kepalanya. Dia menjeling ‘Imaduddin sekali lalu sebelum kembali meneruskan tugasnya. Hiii... Pakcik sorang ni buat apa pulak dekat sini.. Adik dia bukannya ada pun.. Ucapan salam daripada ‘Imaduddin dijawabnya dalam hati biarpun ada rasa geram yang bertamu.

“Nurin..”

Panggilan ‘Imaduddin dibiarkan sepi. Ain masih lagi menumpukan perhatian pada pinggan mangkuk yang sedang dibilasnya.

“Nurin..”

Sekali lagi ‘Imaduddin mencuba. Pergerakan Ain terhenti seketika sebelum tangannnya lincah bekerja semula.

“Nurin..”

Suara yang kedengaran begitu hampir di telinga kanannya membuatkan Ain melangkah setapak ke kiri. Kepalanya dipalingkan ke kanan, menjeling sekilas ‘Imaduddin yang sedang tersenyum memandangnya.

“Falah, jawab call tu sayang..” Ain bersuara sedikit kuat, mendengarkan deringan telefon talian tetap di ruang tamu. Deringan itu berhenti seketika kemudian. Ain menganggukkan kepalanya sekali, beranggapan Falah sedang menjawab panggilan itu.

“Nak apa?” Tanya Ain malas sebaik sahaja pandangannya terhenti pada ‘Imaduddin yang sedang bersandar di peti ais.

“Nak Nurinlah..” ‘Imaduddin membalas selamba.

Ain mendengus perlahan. Pili air dipulas dan dia kembali membilas sebiji pinggan yang masih bersabun.

“Sejak abang balik, Nurin tak pernah nak cakap dengan abang..” Suara ‘Imaduddin terhenti seketika. Lelaki itu merenung gadis di sisinya. “Nurin marah abang lagi?” Tanya ‘Imaduddin lembut.

Ain menggeleng pantas. Tangannya yang sedikit basah dilapkan pada tuala yang tersangkut di bahunya. Langkahnya diatur ke peti ais, mengeluarkan jus oren dan meletakkannya di atas meja bulat di hujung dapur. Gelas di dalam kabinet diambil Ain sebelum dia menuangkan jus oren tadi ke dalamnya.

“Minumlah dulu.. Sekejap lagi saya hidang makan tengah hari..” Ain menghulurkan gelas berkaki bulat itu pada ‘Imaduddin. Lelaki itu hanya memandang sepi, langsung tak menyambut. Ain masih lagi menghulur.

“Uncle ‘Im.. I’m done..” Tiba-tiba kedengaran suara comel Falah. Dua pasang mata beralih pada Falah yang sedang tersengih lebar di muka pintu dapur. Jigsaw puzzle bersaiz A4 ditayangkan si kecil itu.

Pandai dia umpan Falah dengan jigsaw puzzle tu.. Padanlah tak dengar langsung suara si kecil yang suka menempel di sisi uncle kesayangannya itu. ‘Imaduddin berjalan menghampiri Falah. Kepala si kecil itu diusap lembut.

“Good girl.. Where’s another one?”

Falah tersengih lebar.. “Not done yet..” Si kecil itu menjawab manja.

“Falah siapkan yang lagi satu tu dulu ye sayang.. Uncle nak borak-borak dengan mama In..”

Falah mengangguk laju. Dia memandang Ain dengan senyuman lebar di wajahnya. “Ma.. Just now papa called. Papa will be back at 12.45, ma..” Ain menganggukkan kepalanya sekali. Falah tersenyum manja sambil berlalu pergi. Tersenyum Ain mengenangkan keletah si kecil itu.

“Really missed your smile..”

Mati senyuman Ain. Dia menjeling ‘Imaduddin dan berlalu ke kabinet. Pinggan mangkuk dikeluarkannya dengan berhati-hati. Matanya mengerling sekilas Seiko yang tergantung di dinding. Fikiran Ain kini tertumpu pada tuannya yang akan pulang beberapa minit lagi. Bingung dia memikirkan Ammar yang kerap pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini untuk makan tengah hari bersama. Setiap kali itulah dia berasa tidak selesa dengan layanan Ammar terhadapnya. Sangat berbeza dari sebelum ini. Dia risau. Dia bimbang. Dia takut. Risau, bimbang dan takut hatinya akan terpaut. Sebolehnya dia tidak mahu dirinya dilambung mimpi-mimpi indah yang pasti akan tercantas andai dia terjaga kelak.


“Nurin..”

Ain diam tak membalas. Tangannya lincah bekerja. ‘Imaduddin menggeleng kepalanya sekali. Matanya tak lepas dari merenung susuk tubuh yang berada di hadapannya. Lambat-lambat dia bergerak ke meja bulat dan menarik bangku kayu berkaki panjang di sisi meja itu. Jus oren yang dituang Ain diteguk rakus sebaik sahaja dia menyelesakan dirinya di atas bangku. Sepasang mata miliknya masih lagi setia mengikuti pergerakan Ain yang sedang menyediakan makan tengah hari.

“Nurin, Nurin marah abang lagi, kan? Nurin tak suka abang balik? Nurin tak rindu abang ke? Nurin tak fikirkan langsung pasal abang? Nurin...” ‘Imaduddin menghentikan bicaranya dengan keluhan panjang. Dalam tak sedar, tangannya mencapai lengan Nurin yang kebetulan sedang berjalan di belakangnya sambil menatang pinggan kosong untuk diletakkan di ruang makan. Berderai jatuh tiga biji pinggan itu saat Ain dalam terkejut yang amat. Mencerun pandangan gadis itu pada ‘Imaduddin yang masih lagi memegang erat lengan kanannya.

“Nak bagi tangan Nurin kena bakar ke?” Penuh sarkastik ayat gadis itu yang sedang diselubungi kemarahan. Pantas dia menarik lengannya kasar.

“Mama, are you okay?” Serentak kedengaran suara comel Falah yang sarat dengan kerisauan. Berkerut dahi si kecil itu melihatkan suasana yang agak tegang di situ. “Uncle ‘Imad buat apa dekat mama?” Falah pantas berlari memeluk Ain. Mujur si kecil itu tidak memijak kaca yang bertaburan di lantai.

“Sayang, baik-baik.. Kaca ni..” Pantas Ain mendukung si kecil itu. Sepantas itu juga ‘Imaduddin menarik Falah ke dakapannya.

“Falah, can I bring your mama to my house?”

Bulat mata Ain memandang ‘Imaduddin. Falah dalam dakapan ‘Imaduddin terkebil-kebil. Si comel itu menggeleng laju.

“Why do you want to take mama?” Falah bertanya lurus.

’Imaduddin senyum nakal. Tidak dihiraukan pandangan membunuh Ain terhadapnya. Dia menjungkitkan keningnya sekali dan membalas pertanyaan si kecil itu dengan persoalan juga. “Do you love your mama?” Falah mengangguk laju. “So do I.. That’s why I want to take her away..”

Ain yang tidak suka dirinya dijadikan topik perbualan segera bergerak ke hujung dapur. Penyapu yang tersimpan di dalam stor dikeluarkannya. Tidak dihiraukan ‘Imaduddin yang sedang mendukung Falah ke luar dapur. Masih kedengaran sayup-sayup suara si kecil itu berbalas dengan suara pakciknya. Pantas Ain mengutip serpihan kaca yang besar sebelum menyapu baki-baki kaca yang bersepah di lantai.

Sementara itu di ruang hadapan...

“Uncle, you cannot take mama from me!” Marah si kecil itu.

“Yes I can.. Nobody can stop me even your papa..” ‘Bersungguh ‘Imaduddin membulatkan tekadnya. Falah sudah memuncung. Dia meronta-ronta untuk turun dari dukungan pakciknya. Pantas ‘Imaduddin menurunkan Falah. Sekejapan susuk tubuh si kecil itu sudah hilang di balik pintu kaca menuju ke taman di sayap kanan rumah. Falah menghempaskan tubuhnya di atas buaian kecil yang menjadi tempatnya mengasingkan diri andai dimarahi papanya. Masam wajahnya mengenangkan kata-kata ‘Imaduddin. Ngauman enjin di halaman rumah tidak dihiraukan si kecil itu. Falah masih lagi dengan raut wajah yang sama. Tangan comel Falah menarik-narik daun pokok bunga melur di tepi buaian itu.

“Hei sayang.. Papa balik pun dia tak sedar..” Ammar yang sedang melipat lengan baju kemejanya menyusun langkah kemas, menghampiri puteri kesayangannya. Wajah masam si comel itu yang terlukis di matanya membuatkan Ammar mengukir senyum nipis. Dia mencangkung di sisi Falah. Tangannya mencuit pipi si kecil itu sebelum menarik muncung Falah yang sedang mencebik.

“Papa...” Rengek Falah, melontarkan tubuhnya ke dalam dakapan Ammar. Ammar merangkul Falah kemas dan mengusap kepala si kecil itu beberapa kali.

“Kenapa ni sayang? Siapa usik princess papa ni?” Lembut Ammar bersuara. Dari mencangkung, dia sudah terduduk di atas Philippine grass di halaman itu.

“Papa.. I hate uncle ‘Imad..” Falah mengadu ketidakpuasan hatinya.

“Uncle ‘Imad buat apa dekat sayang papa ni?”

“Papa...” Falah merengek lagi.

“Iya sayang.. Papa here with you.. Uncle ‘Imad cannot do anything to you..”

“Pa, uncle ‘Im wants to take mama away from Falah..”

Ammar terdiam. Akalnya mula mencerna kata-kata itu. Berasak-asak persoalan di mindanya kini.

“Falah hates uncle ‘Im..”

Ammar mencium pipi gebu Falah sekali. “We cannot hate people, sayang.. Uncle ‘Im is your uncle, after all..” Lembut tutur kata Ammar, mengharapkan pemahaman puteri kesayangannya. Falah mencebik. Pantas Ammar mencuit hujung bibir si kecil itu. “Why that look..?” Ammar merapatkan wajahnya ke wajah Falah. Diciumnya pipi si kecil itu bertalu-talu. Falah terjerit-jerit kegelian.

“Abang, makan tengah hari dah siap..” Laju Ain menyusun kata dalam suara yang perlahan. Ammar mengalihkan pandangannya pada Ain yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Dia menganggukkan kepalanya sekali dan bibirnya menguntum senyum mesra. Ain pantas berlalu, tidak betah untuk berdiri lama di hadapan Ammar apetah lagi semenjak dia dipaksa untuk mengubah panggilannya terhadap tuannya itu. Berhari-hari dia mencuba. Tergagap-gagap dia hendak menutur kata. Akhirnya panggilan itu semakin biasa meniti di bibirnya biarpun dalam hatinya berdetik satu rasa yang kurang pasti.

“Come, sayang.. Lets have our lunch.. Papa nak discuss something dengan Uncle ‘Im lepas lunch nanti..” Ammar bingkas bangun, teringatkan agenda utamanya menjemput ‘Imaduddin ke rumahnya tengah hari itu. Hari ulang tahun perkahwinan mama dan abah mereka yang ke-35 hampir kunjung tiba. Dia berhajat untuk mengadakan satu majlis untuk mereka sementelah ‘Imaduddin sudah pulang dan menetap dengan mereka. Ammar mencium pipi gebu Falah sekali sebelum mengatur langkah kemas ke dalam rumah sambil mendukung puterinya itu.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


“Did you manage to get that thing?”

“Everything is done. Don’t worry, Tengku.”

“Make sure everything is settle the day before. I don’t want anyhthing to ruin my plan.” Penuh ketegasan dalam nada ayat yang dituturkan.

“Not to worry, Tengku. Everything is well prepared.” Sangat yakin suara itu membalas. “You have my words..”

“Okay then.. We shall meet up this weekend. I’ll see you at the same place on Saturday morning. At 10.00 a.m. Sharp!”

“Okay, Tengku.”

Nashreen tersenyum puas saat menamatkan panggilan itu. Berita sambutan ulang tahun perkahwinan bekas mertuanya yang sampai ke telinganya merupakan satu khabar gembira buat dirinya. Lebih-lebih lagi, dia memang sentiasa menantikan peluang untuk mendekati Ammar. Nashreen mengajar dirinya menjadi helang, memburu dalam keadaan mangsanya yang tidak sedar akan ancaman yang bakal dihadapi. Bibir mongel itu mengukir senyum sinis sebelum tawa yang sarat dengan rasa puas hati memenuhi segenap ruang pejabatnya. Dalam akal penuh muslihat itu tersimpan kemas harapan agar rancangan jahatnya berjaya. Nashreen ketawa lagi, menyimpan angan untuk kembali menakluki Ammar..

1 comment: