“Pa? Kenapa tak naik atas?”
Hilman berpaling sedikit. Senyuman dilemparkan pada menantu kesayangan. Dia bingkas, mara setapak. Dinie Sophea yang sudah di hadapan Hilman menyambut huluran salam bapa mentuanya. Bakal ibu itu menundukkan kepalanya sedikit, mencium belakang tangan Hilman penuh hormat.
“Dinie baru sampai?”
“Em tak. Dinie dari surau, pa. Kenapa papa tak naik terus?”
Hilman tersenyum lagi. Dia kembali ke tempat duduknya di ruang menunggu. Matanya dikerdipkan sekali, mengisyaratkan kepada Dinie untuk mengisi ruang di sisinya.
“Papa tunggu Nuha,”
“Nuha datang sekali dengan papa?”
Hilman mengangguk. Kegembiraan terpancar di wajahnya.
“Alhamdulillah,” Dinie tersenyum senang. Mujur Huda Nuha seorang yang bersih hatinya. Tidak sedikit pun dia menyimpan dendam selepas Idraki menjelaskan kisah yang tersirat di sebalik apa yang sudah berlaku sebelum ini. Terhurai sudah kisah lama yang tersimpan kemas selama ini. Dinie tersenyum lagi.
“Angah!”
“Ya Allah, astaghfirullah...” Dinie mengucap panjang saat Nuha menjerit kecil di telinganya. Dia mengurut dada sekali.
“Huda Nuha,”
Teguran lembut Hilman membuatkan Nuha meleretkan senyum sebelum tersengih lebar.
“Sorry, pa. Sorry, ngah. Emm rindunya baby dengan angaahh..” Nuha melabuhkan punggung di sisi Dinie dan memeluk erat bahu Dinie. Sempat dia mencium pipi kakak iparnya sebelum ketawa perlahan. Dinie tersenyum, menggelengkan kepala perlahan.
“Macam setahun tak jumpa,”
Nuha ketawa lagi mendengar usikan Dinie.
“Dua minggu ni pun kira macam setahun tau, ngah..”
Senyuman Nuha segera dibalas Dinie. Pelukan di bahu dilepaskan dan lengan Nuha memeluk erat lengan kakak iparnya pula.
“So how’s your preparation?”
“Alhamdulillah, siap dah semua latihan yang cikgu bagi sebelum cuti. Kelas tambahan dekat sekolah pun baby tak pernah miss lagi... plus extra class dekat rumah. Sifu yang garang ajar add maths and physics, nak pejam mata pun tak sempat.” Huda Nuha berlelucon sambil meleretkan pandangan pada Hilman yang sudah ketawa perlahan.
“Papa ajar Nuha?”
Hilman mengangguk perlahan. Dinie ketawa menggelengkan kepala. Peha Nuha ditepuk perlahan.
“Ada pulak kata dekat papa gitu.. Hmm so bila first paper baby?”
Nuha tersengih lebar sebelum menjawab, “Next week start dah, angah. Hmm lusa ni la. Seram tau,”
“You can do it, insyaAllah.. Baby dah prepare kan?”
Nuha mengangguk.
“Em hm. Not to worry then. InsyaAllah you can do it. Lepas ni doa banyak-banyak. Solat hajat, bangun malam buat tahajud, insyaAllah dipermudahkan nanti,”
Nuha mengangguk lagi dan tersenyum. Berbicara dengan kakak iparnya itu benar-benar membuatkan hati menjadi tenang. Nuha mengeratkan pelukan di lengan Dinie.
“Dinie dah lama dekat sini?”
Suara Hilman memecahkan sepi antara mereka. Dinie mengalihkan pandangan. Tersenyum dia pada Hilman sambil mengangguk. Hilman membalas anggukan itu sekali.
“Doktor ada cakap apa-apa?”
“Em hari ni tak pulak, pa. Doktor check macam biasa pagi tadi,”
Hilman mengangguk-angguk. Nafas dihela perlahan.
“Dinie amalkan doa yang papa bagi?”
Dinie mengangguk sekali.
“Kita usaha, apa-apa pun semua bergantung pada-Nya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita, Dinie. Jangan putus doa, jangan putus usaha,”
Dinie mengangguk lagi. Dia tersenyum sedikit.
Sejak Naqib dipindahkan ke bilik Anggerik atas permintaan Hilman, dia sering datang awal pagi sesudah subuh dan pulang selepas asar. Adakalanya dia akan bermalam di situ. Bilik itu hanya menempatkan satu katil pesakit berbanding bilik lain yang menempatkan sekurang-kurangnya dua katil pesakit. Selain itu terdapat satu sofa berangkai dua dan set televisyen di bilik itu. Sudah lebih dua bulan Naqib koma. Belum ada sebarang tindak balas daripada lelaki itu setakat ini. Namun, Dinie tetap bersyukur kerana pembedahan kedua yang baru dijalankan dua minggu lepas sudah berjaya.
Kini dia mengerti punca suaminya itu sering sakit kepala. Rupanya Naqib pernah mengalami kemalangan sewaktu tahun akhir di UIA dan berlaku pendarahan bahagian dalam otak akibat hentakan kuat di kepalanya. Pembedahan awal yang dilakukan pada ketika itu berkemungkinan tidak merawat sepenuhnya kerana masih ada sisa darah beku yang tertinggal. Menurut kata doktor yang merawat suaminya di sini, Naqib bernasib baik kerana kebiasaannya bagi kes kecederaan kepala yang teruk melibatkan pendarahan bahagian dalam otak boleh mengakibatkan ketidakupayaan kekal. Lebih bahaya lagi, boleh menyebabkan kematian. Lelaki itu semangatnya sangat luar biasa.
Dinie menghela nafas. Perlahan.
“Dinie, Nuha, papa naik dulu ya,”
“Em-em,” serentak Dinie dan Nuha membalas. Mereka tersenyum pada Hilman yang sudah berdiri tegak.
“Nuha, ajak angah makan dulu ya. Tengahari dah ni. Angah tak boleh skip lunch,”
“Em betul pa,” Nuha pantas membalas, mengiyakan kata-kata Hilman. “Jom, ngah. Baby lapar dah tu..” Usik Nuha sambil mengusap perut kakak iparnya sekali.
Dinie menggeleng dan tertawa perlahan. “Papa nak pesan apa-apa?”
“Ha! Nuha tau papa suka makan apa.. Nanti Nuha beli and bawak naik, okay. Papa pun kena makan jugak,”
“Okay then. You two take care,” Hilman membalas dengan wajah yang tersenyum.
Dinie Sophea dan Huda Nuha mengangguk beberapa kali. Mata masing-masing mengiringi langkah Hilman sebelum mereka bingkas, menuju ke kafeteria.
***********
“Okay, mula-mula baca Al-Fatihah sekali, lepas tu selawat syifa’ tujuh kali. Then, selawat tafrijiyyah tujuh kali jugak and finally baca doa tujuh kali,”
“Hm yep, you got it. Senang kan?”
Nuha mengangguk. Dia tersenyum sedikit sebelum dahinya terhias garisan halus.
“Eh jap, ngah, doa tu doa apa? Doa biasa sendiri ke macam mana?”
"O ya Allah, angah lupa nak bagitahu pulak," Dinie menepuk dahi perlahan. Dia tersenyum sebelum menyambung, “Em doanya dalam Bahasa Arab, nanti angah tuliskan untuk baby. Terjemahannya, Maha suci Tuhan yang urusan-Nya antara “kaf” dan “nun”. Maha suci Tuhan yang urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Ia berkata “Jadilah,” maka jadilah. Aku bermohon kepada Allah yang maha agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Dia menyembuhkan dikau.”
Nuha terangguk-angguk cuba mengingat semula baris-baris terjemahan doa yang disampaikan Dinie.
“Dapat?”
Nuha menggeleng. Dinie tersenyum.
“Tak apa, baby baru first time dengar. Nanti dekat atas angah tuliskan untuk baby. Boleh baby amalkan lepas tu. Abang Id pun ada ajar dekat angah bacaan Yaasin untuk rawatan koma. Lepas habis makan ni, kita naik, angah ajar baby pulak,”
“Em,” Nuha mengangguk beberapa kali. “Em tapi kan ngah, kenapa tak ada sesiapa pun yang ajar baby sebelum ni?”
“Ni angah nak ajar la ni,” Dinie mencuit lembut pipi Nuha
Gadis itu tersengih lebar. Dia meneguk air putih di dalam gelas sekali sebelum menghabiskan baki nasi berlauk di dalam pinggannya.
“Apa-apa pun, ingat pesan papa tadi, kita usaha, apa-apa pun semua bergantung pada-Nya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan putus doa, jangan putus usaha,” sambung Dinie perlahan.
Nuha mengangguk lagi. Dinie mengukir senyum. Hatinya semakin tenang kini. Percaya qada’ dan qadar buat setiap insan, mengukuhkan lagi keimanannya pada rukun iman yang enam.
:. to be continued .:
Mari beramal dan berpesan-pesan..
Selawat Tafrijiyyah |
Terjemahan: "Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kamii Nabi Muhammad, yang dengan berselawat ke atasnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi-Mu."
Ada banyak kelebihan selawat tafrijiyyah ini. Mari amalkan selawat ini sebagai wirid selepas solat. InsyaAllah ada ganjarannya buat kita nanti.. (",)
Sumber : Tn Guru Haron Din (2008). Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab. Bandar Baru Bangi: Darussyifa'
citer best....dan banyak ilmu yg boleh diambil dr citer ni......
ReplyDeleteakhirnya timbul semula n3 yg ditunggu
ReplyDeletetunggu. lamanya sehingga ingat dh
x ada n3 baru. apapun tk kerana sambung
semula tapi tolonglh jgn lama sgt sbb
citer best mesti buat pembaca ternanti
-nanti nk bacakan...
sambung ayat akhir = birrah matikay ya ar hammar raa himiin.
ReplyDeletesori tulisan jawi arab aku tak dak.
uhu..
ReplyDeletetabahnye mereka ni..
thanks jat 4 sharing da ayat tu
alhamdulillah....giler lme tggu en3 cite ni..
ReplyDeletethanks a lot dear writer...
^^
ReplyDeletechaiyok for more... ^^
kami memang tamak...
thanks sis..
ReplyDeletenak lagi.. tak cukup..
ada sesiapa tahu tak ni surah apa, & ayat berapa?
ReplyDelete