June 9, 2009

Forever Yours 3


“Pa..” Rengekan Falah kedengaran manja, melihatkan Ammar sedang melangkahkan kakinya ke arah si kecil itu yang sudah berselimut di atas katil. Falah seakan tahu papanya akan datang menjenguknya waktu itu.

“Ya, sayang.. Kenapa tak tidur lagi ni..” Lembut Ammar bersuara setelah dia duduk selesa di birai katil.

“Papa, sleep with Falah...” Manja suara si kecil sambil menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya. Ammar ketawa kecil. Dia merapati puterinya itu dan mencium dahi Falah penuh kasih. Falah mengiringkan badannya memeluk erat lengan papanya. Ammar ketawa lagi.

“Manja tau baby papa ni..” Dia mencuit pipi anak kesayangannya itu.

“Pa,”

“Hmm?”

“Siapa aunty dekat McD tadi? Kenapa dia pegang-pegang papa? Kenapa dia splash water dekat mama In?”

Gulp! Ammar terdiam mendengarkan soalan yang bertalu-talu keluar dari seulas bibir comel itu. Nashreen! Mama Falah.. Cuma atas nama sahaja.. Ammar mengeluh perlahan.

“Pa...”

“Iya sayang.. Come, sleep.. Papa have works to do..” Ammar menegakkan badannya. Comforter dengan illustrasi Little Mermaid itu ditarik rapat ke dada Falah. Sebuah ciuman hinggap di dahi anaknya sebelum beralih ke dua-dua belah pipi gebu itu.

“Good night, papa..”

“Baca doa, sayang..”

Pantas si kecil menadah tangan. Terkumat-kamit mulutnya membaca doa. Tersenyum Ammar melihat tangan comel itu meraup wajahnya saat doa tidur selesai dibaca.

“Okay, sweet dream..”

Falah tersengih lebar. Beberapa saat kemudian dia bersuara manja, “I love you, papa..”

“Love you too..” Ammar mencium dahi Falah sekali lagi sebelum membetulkan comforter yang menyelubungi puteri kecilnya itu. “Assalamualaikum sayang..” Suis lampu di sisi katil dipulas sedikit sebaik sahaja Falah membalas salamnya. Suram bilik itu dengan lampu oren yang samar-samar. Pintu bilik ditutup perlahan dan Ammar mengatur langkah lemah ke biliknya di sebelah.

________________________________________________________________________


“I knew it..” Nashreen melangkah laju menghampiri Ammar dan Falah dengan senyuman menggoda. “Love you too, babe..” Nashreen berbisik manja di telinga Ammar. Tangannya memeluk lengan lelaki itu.

“Jangan nak perasan! Behave yourself, Reen!” Keras suara Ammar dalam marah yang cuba dikawal. Pelukan Nashreen pada lengannya dirungkai pantas. Dia bingkas bangun setelah meletakkan Falah ke tempat duduk kosong di sebelahnya. Terkebil-kebil si kecil itu memandang papanya.

“Busiest man find the most time..” Nashreen bersuara menggoda dan merapati Ammar, memainkan jari-jemarinya di dada lelaki itu.

Ammar mendengus geram. Tangan Nashreen ditolaknya kasar. “Ain.. Tolong jaga Falah sekejap..” Ammar kembali bersuara melihatkan Ain yang sudah berada di hadapannya. Gadis itu mengerutkan dahinya memandang tuannya itu dan juga seorang wanita berwajah kacukan yang tampak ‘elegan’ dengan bajunya yang menampakkan lurah di dada dan skirt paras lututnya yang terbelah hingga ke peha.

“Who is she? Budak kampung mana yang you usung ni, Am. Tak sedar diri!” Nashreen menjerit nyaring. Bekas berisi air Sprite di atas meja dicapainya dan pantas disimbah ke muka Ain. Tergamam gadis itu seketika. Falah sudah tercebik-cebik menahan tangis melihatkan wanita itu yang terjerit-jerit.

“Reen! Behave yourself!” Ammar menarik tangan Nashreen, keluar dari restoran makanan segera itu. Sempat dia mengucapkan kata maaf pada Ain yang terduduk malu di atas kerusi. Falah pula memeluk erat mama In nya. Tangan Nashreen ditarik kasar, mengikut langkahnya ke lorong berhampiran.

“Are you out of your mind?”

“Who is that kampung girl?”

“Isteri I. Mama anak I. Puas hati you?” Jawab Ammar geram.

“No way!” Nashreen menjeling tajam. “That girl is my baby!”

“That girl? Which girl are you talking about? You don’t even know her name, Reen!” Ammar membalas keras.

“I... I...” Nashreen teragak-agak hendak menjawab.

“A fault confessed is half redressed, Reen.” Sinis suara Ammar. Berdesing telinga Nashreen mendengarkannya. “Baru tadi you nak mengaku you ada anak. Kenapa tak sebelum ni? Kenapa selama ni you tak pernah pun nak ambil tahu pasal my baby tu? Our baby! You tak nak anak itu, kan?” Ammar menyambung kata-katanya, melepaskan geram yang terkepung di hatinya.

“Am.. Please.. There is no garden without its weeds..” Nashreen kembali memeluk lengan Ammar. Lelaki itu merentap tangannya kasar.

“Don’t you dare to touch me again.. I’m no longer your husband!” Ammar menghela nafasnya perlahan sebelum menyusun kata. “So Reen, sekarang ni you nak kata you menyesal, you insaf.. Macam tu?”

Nashreen senyum menggoda. Tangannya membetulkan kedudukan Prada hitam di bahunya yang terdedah. Dia mengigit bibirnya sedikit, berjalan perlahan menghampiri Ammar.

“Stop it!” Ammar mengundur setapak saat wanita di hadapannya itu mengangkat tangan mahu memeluknya. “I know you, Reen. You’re still the same Nashreen. Nashreen yang I baru kenal her true colours, almost five years ago. You won’t change!” Ammar memeluk tubuh, memandang Nashreen. Sinis. “I don’t have time for you. So please, jangan ganggu hidup I lagi. As the father to our baby, I’ll give you one more chance. You can come and see your daughter only if you have the motherly feelings. Okay?”

Nashreen mendengus marah. “Jauhkan anak you dari I!” Angkuh Reen membalas. Ammar menjegilkan matanya. Sakit hatinya mendengarkan jawapan bekas isterinya itu.

“Untuk apa you cari I lagi kalau you tak nak anak you? Apa salah Falah sampai you benci sangat dekat dia!”

“Falah.. Oh.. Cantik nama yang you bagi..” Nashreen menjawab sinis. “I just want you, babe.. I don’t need others..”

“Bullshit! You.. You..... Argghh!!” Ammar menghentakkan tangannya ke dinding, melepaskan marah saat hatinya terbakar mendengarkan jawapan tanpa perasaan itu. Tidak dipedulikan mata-mata manusia yang lalu-lalang, memandang mereka dengan pandangan yang mengejek.

“I don’t care. I’ll do everything to have you back!”

“Hey! You tak malu ke Reen?” Nashreen ketawa lepas.

Ammar meraup wajahnya sekali. Matanya dipejamkan seketika. Berbuku penyesalan yang terbit di hatinya saat itu. Kerana cinta, dia buta.. Kerana cinta, dia gagal.. Gagal menilai ketelusan kasih seorang wanita. Wanita yang pernah menduduki tangga teratas dalam hidupnya setelah mama dan abahnya. Wanita yang pernah membuatkan dia kagum suatu masa dahulu. Kecurangan Nashreen yang selama ini dikhabarkan padanya tak pernah sekalipun dihiraukannya... semuanya kerana cinta. Kerana cinta dia memekakkan telinganya. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Di hadapannya Nashreen terperangkap, memadu kasih sehangat asmara. Tanpa rasa bersalah, wanita itu mengulangi perbuatannya lagi. Tidak cukup dengan seorang lelaki, dia bertukar-tukar pasangan. Jijik sungguh dirasakan saat itu. Paling dikesalkan, saat itu Reen sedang membawa benihnya! Ammar mengusap wajahnya sekali lagi seakan membuang ingatan pahit yang membelenggu dirinya. Usapan di pipinya membuatkan Ammar membuka matanya pantas.

“Back off!” Ammar menolak Nashreen kasar.

“I thought you like it..” Nashreen membalas manja. Beberapa ketika tadi, dia rasakan kemenangan berada di pihaknya apabila Ammar mendiamkan diri saat dia membelai lelaki itu. Namun, melihatkan lelaki itu yang kembali menyinga membuatkan Nashreen sedikit tercabar.

“Don’t talk rubbish!”

Nashreen menatap tajam wajah Ammar di hadapannya. “Kalau sebab budak kampung tu, you tolak I, you akan menyesal, Am. You akan menyesal!”

“You berhenti mengarut boleh tak. Masalah kita ni tak ada kena mengena dengan dia. Semuanya berpunca dari you. Can’t you realize?!”

Nashreen ketawa lepas sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “I don’t care..”

“Huh! Wasting my time..” Ammar mendengus marah dan mula mengatur langkah.

“Aha! Not so fast..” Nashreen menarik tangan Ammar pantas.

“Apa lagi ni?” Ammar bersuara malas. Direntap tangannya dari pegangan Nashreen.

“You dengar ni, kalau I tak dapat you, you jangan mimpi nak hidup senang.”

“You ni gila ke? You ingat I apa? Robot?”

“Dengarlah dulu sayang...” Nashreen mengusap pipi Ammar. “Ooopss.. Lupa.. Haram..” Nashreen menarik pantas jarinya sebelum Ammar sempat bersuara dan menepis. “You’re mine.. Forever! Bear in your mind, babe..” Nashreen melangkah pantas meninggalkan Ammar dengan tawa yang menyakitkan hati. Sempat dia melayangkan ‘flying kiss’ pada bekas suaminya itu.

Ammar yang memandang lenggok tubuh Nashreen melepaskan tumbukan kuat ke dinding. Sekali lagi dia menjadi tumpuan orang ramai di sekelilingnya.

________________________________________________________________________


“Pa,” Suara comel Falah membuatkan Ammar tersentak. Berpeluh dia dalam suasana bilik yang dingin itu. Ammar meraup wajahnya sekali. Wajah comel Falah yang sedang memeluk teddy bear sebesar tubuh kecil itu menerpa kornea matanya.

“Pa..” Sekali lagi Falah bersuara manja, melihatkan papanya yang diam seribu bahasa. Ammar tersenyum sedikit, menarik Falah ke dalam dakapannya.

Manja Falah tak ubah seperti Nashreen. Jauh di sudut hati Ammar berdoa agar sifat negatif bekas isterinya itu tak jatuh pada puteri kesayangannya ini. Kepala si kecil itu diusap perlahan.

“Kenapa sayang tak tidur lagi ni, hmm..”

“Can I sleep with you, papa?”

Ammar ketawa perlahan. Dia bingkas bangun dari sofa di hujung biliknya sambil mendukung Falah. “Come, sleep with papa..” Ammar membaringkan Falah di atas katilnya. Remote penghawa dingin di sisi katil dicapai dan dia meninggikan sedikit suhu penghawa dingin itu. Comforter ditarik rapat ke dada selepas dia membaringkan tubuhnya di sisi Falah. Lampu tidur di sisi katil dimatikan. Serentak dengan itu, Falah menjerit kecil.

“Falah scared..”

Ammar ketawa perlahan memeluk puteri kesayangannya itu. “Papa kan ada ni..” Lembut Ammar bersuara sambil mengucup dahi Falah. Falah memeluk papanya erat dengan sebelah lagi tangan comel itu memeluk teddy bear kesayangannya.

Ammar tersenyum senang. Tangannya menepuk Falah perlahan-lahan seakan mendodoikan puterinya itu sebaik sahaja dia selesai membacakan doa tidur. Matanya dipejam rapat cuba mengusir bayangan yang menjadi igauannya sebentar tadi, mengharapkan tidurnya lena hingga ke pagi..

2 comments:

  1. euwwwwwww
    hate that girl. that reen.

    ReplyDelete
  2. eee...
    jahatnyer...
    naper la si reen tu sibuk sgt nk ganggu idup ammar ngn falah...
    huhuhu

    ReplyDelete