May 5, 2011

:. Keterlaluankah Aku 2 .:





Welcome to the Family of Z’s


Whooaaa! Canggih jugak kan headline blog aku?


Haha :LOL:


Okay, kita sambung cerita last entry..


Aku... Memang tak boleh kalau dengan adik aku, Zaim. Aku selalu bagi muka dekat dia.


In English, spoilt.


Mungkin sebab Zaim satu-satunya adik lelaki yang aku ada dekat muka bumi ni...


Oh ya! Dekat rumah, nama glamour aku, Kak Dik. Singkatan daripada Kakak Adik.


Sebelum Zaim wujud dalam rahim mama, semua orang panggil aku adik. Tapi konflik mula timbul bila Zaim sudah pandai berkata-kata.


Kesudahannya, panggilan adik bertukar jadi, Kak Dik..


Kenapa headline blog aku Welcome to the Family of Z’s?


Sebab parents aku big fan of the last alphabet in ABC. Pangkal nama abah bermula dengan huruf Z. Kebetulan, nama jodoh abah which is mama, juga bermula dengan huruf Z.


Indahkan percaturan DIA? Rahsia jodoh, DIA yang Maha Mengetahui.


Okay.. Mari lihat nama ahli keluarga aku, the Family of Z’s..



Zainuddin Bin Sulaiman
Zahrah Binti Musa
Zulfah Zahirah
Zulfah Zahidah
Zulfah Zahilah
Zulfah Zayanah
Zaim Zaidan



Alhamdulillah, nama kami semua mempunyai makna yang baik di dalam Islam.


Aku? Darjat/Kedudukan Yang Cantik.


Penting nama ni tau. Nanti dekat akhirat, nama yang tiada makna akan jadi lebih kurang macam kena keep in view (KIV) la juga. Sebabnya, nanti dekat akhirat, nama yang mempunyai makna yang baik akan dipanggil dahulu dan kemudiannya barulah dipanggil nama umat Islam yang tiada makna.


Bercakap perihal nama yang tiada makna, aku memang pelik bila ada ibu bapa yang beri nama anak yang bukan-bukan.


Sesuai ke bagi nama Merah dekat anak? Mujur bukan Jingga.


Tak lupa juga, ada yang letak nama anak yang panjang-panjang. Contoh terdekat, nama kami adik beradik. Tapi I tell you what, abah memang panggil nama penuh kami adik beradik.


Believe it or not?! You have to.


Sepanjang hidup aku, belum pernah lagi aku dengar abah panggil kami dengan apa-apa nama panggilan. Bunyi macam skema bukan? Tapi itulah abah.. (“,)


Itu family aku. Kamu-kamu macam mana?


Aku percaya setiap family pasti ada kisah hidup masing-masing. Pastilah kan? Nama pun hidup, mesti ada kisah di sebalik kehidupan seharian. Ya tidak?


Wuuuppss! Dengar tu???


Laptop aku dah azan!


Jom-Jom-Jom! Solat + mengaji satu-dua muka.


Sekejap lagi satu taman ni akan bergema dengan laungan azan Zaim. Rasa aku, hari ni giliran Zaim azan dekat surau Al-Falah, belakang rumah kami ni.


Bercakap perihal azan, tahu tak kelebihan muazzin? Haaa... for this upcoming entry, aku akan mulakan dengan kelebihan yang Allah hadiahkan dekat muazzin..



:.  to be continued, insyaAllah  .:


p/s: million thanks to all. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana meluangkan masa. I'll try my best to post n3 asap.. InsyaAllah. Mengintai ruang dan mencari peluang untuk keep on typing.. (",) Keterlaluankah Aku? takkan berjela n3 nya. Saya akan cuba sehabis baik untuk tak membiarkan n3 pending terlalu lama, insyaAllah. Thanks again.. (",)



4 comments:

  1. c0mam2~
    mesti heppy family niex...
    =)

    ReplyDelete
  2. huhuhu..
    suke fa,ily cam ni..
    famili impian gitu

    ReplyDelete
  3. waaahh.
    ttbe teringat lagu keluarga bahagia.
    =D

    ReplyDelete
  4. menarik!!! sy pun dr family 'Z' jgak....zubaidah, zaiton, zulkifli, zawiah, zaleha, zaidi...bla2..... sampai 8 orang, tp anak ke9 hingga ke 13, dh xde 'Z' dh.....mak cakap x mau dah 'Z', nnt dlm kelas/exam...nama dok last sekali....huhu

    ReplyDelete