"Dinie, dah call belum?"
Tersentak Dinie dengan pertanyaan Aina yang tiba-tiba itu. Dia mengangkat kepalanya dan tersengih pada Aina.
"Make it fast, Dinie.."
Aina membulatkan matanya sedikit sambil bercakap mengikut gaya Idraki. Tergelak keduanya seketika.
"Eh, okaylah.. Akak nak masuk dalam balik ni.. Cepat-cepat call. Bos kata tak elok simpan duit orang lama-lama.." Sambung Aina sambil melangkah laju ke dalam conference room.
Terangguk-angguk Dinie mendengar kata-kata Aina. Dia mencebik seketika. Matanya beralih pada cebisan kertas yang sudah lumat. Direnung kertas itu dalam-dalam seakan ternampak raut wajah Naqib yang sedang tersenyum padanya. Pantas cebisan kertas itu menjadi habuan bakul sampah yang berwarna hijau lumut di bawah meja Aina.
Dinie tersenyum puas. Serasa macam puas hatinya dapat membuang 'Naqib' ke dalam bakul sampah. Kelibat Aina yang menghampiri muka pintu bilik conference membuatkan tangan Dinie pantas mencapai gagang telefon. Laju sahaja jarinya menekan nombor telefon Naqib yang sudah tertanam dalam memorinya. Tersenyum Dinie pada Aina yang sedang membuat salinan di mesin fotostat.
"Assalamualaikum.." Pantas Dinie memberikan salam saat terdengar deheman Naqib.
"Waalaikumussalam.." Perlahan suara Naqib menjawab salam. Dia berdehem lagi membetulkan suaranya.
"Encik Naqib?" Tanya Dinie meminta kepastian. Musykil dia mendengar suara Naqib yang agak lain dari biasa.
"Ya, saya.. Piya kan ni?" Suara serak Naqib bertanya seakan terkejut mendengar suara Dinie yang menampar telinganya waktu itu.
Dinie mencebik. Tanya pulak. Panggil Piya pulak tu. Bencinya dengar!! Hati Dinie menjerit. Dia mendiamkan dirinya seketika.
"Maaf.. Anak saya sakit.." Naqib berdehem lagi. Kali ni lebih kuat sedikit dari tadi.
Anak sakit? Hishh dia ni.. Buat sakit hati aku je. Anak sakit bawaklah pergi klinik. Buat apa nak bagitahu dekat aku pulak. Malasnya nak cakap dengan mamat sorang ni. Dinie mencebik lagi. Tiba-tiba telinganya menangkap suara Naqib yang tergelak nakal. Aii.. Gelak okay pulak..
"Sorry.. Anak tekak sakit.. Ada apa Dinie?" Naqib berdehem lagi untuk kesekian kalinya.
Eleh.. Orang lelaki memang pandai bagi alasan. Akal kan ada sembilan.. Dinie mencebik geram.
"Encik Idraki suruh Encik Naqib ambil cek company Encik cepat-cepat.. Dia kata tak elok simpan duit orang lama-lama. So make sure Encik datang ambil cek ni dalam minggu ni jugak ya." Laju Dinie menyampaikan pesanan.
"Hmm.. I'll be there this Friday morning, InsyaAllah. Piya,"
"Okay, itu saja. Assalamualaikum.." Pantas Dinie memotong ayat Naqib, tidak mahu memberikan peluang kepada Naqib untuk meneruskan kata-katanya. Gagang telefon diletakkan kembali ke tempatnya.
Dinie mengetap bibirnya perlahan. Dia dapat merasakan gigilan di tangannya. Getaran telefon bimbitnya membuatkan Dinie tersentak. Pantas tangannya menekan butang di papan kekunci untuk membaca mesej yang baru masuk sebentar tadi.
"Huh, dah agak dah.." Dinie mendengus lembut. Pun begitu hatinya masih lagi tertarik-tarik untuk membaca mesej yang dihantar oleh Naqib. Kalau dulu pemberi mesej itu digelar 'antu', kali ini Dinie sudah merancang untuk menukar nama itu.
is it possible..
that someone like you,
could complete me?
you're the only one I want..
the only one I think about..
the only one I truly love..
be with me for the rest of time..
i'll give you my trust..
and you give me your heart..
Hiii... Apehal ni! Dalam tak sedar Dinie mencampakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Kalau dulu dia merasa senang dengan setiap mesej yang dihantar, kali ini dia betul-betul sakit hati. Pantas Dinie mengambil semula telefon bimbitnya itu.
"Dia punya pasal, habis telefon aku yang tercampak. Geramnya.." Dinie merungut perlahan. Dia merenung dalam telefon bimbit yang sudah berada di genggamannya. Lambat-lambat dia tersenyum sedikit. Laju sahaja tangannya menekan-nekan butang telefon bimbitnya. Sesaat kemudian Dinie tersenyum puas.
"Wah.. Awal datang office hari ni, Dinie.."
Dinie tersenyum pada Humaira yang sedang membuka gril. Awal sebab nak bertapa dalam bilik tu, kak.. Kan Naqib nak datang hari ni.. Kalau datang lambat sikit kang, terserempak pulak dengan mamat tu. Menyakitkan hati aje.
Dalam hati Dinie merungut panjang. Mana mungkin dia hendak memberitahu pada Humaira berkenaan masalah yang benar-benar mengganggu hidupnya saat ini.
"Jom, masuk.." Panggil Humaira perlahan.
Dinie tersengih memandang Humaira. Pantas langkah kakinya diatur ke biliknya untuk menyiapkan kerja-kerjanya. Sengaja dia tidak menghabiskan kerja-kerjanya semalam untuk menyibukkan dirinya pagi ini. Lebih tepat lagi untuk mengelakkan daripada terjumpa dengan Naqib.
Lain pula halnya dengan Naqib, awal-awal lagi anak muda itu sudah menapak ke bangunan yang menempatkan Adri Najmi Iqlima, firma guaman yang menjadi milik Idraki kini. Honda Jazz birunya sengaja diparkirkan agak jauh dari tangga untuk melihat Dinie. Memang itulah rutinnya setiap pagi seandainya dia tidak dapat datang pada sebelah petang. Namun pada hari itu, kehadirannya di situ bukanlah sebab dia tidak dapat datang pada waktu petang. Tetapi dia perlu mengambil cek yang ditulis atas nama syarikat tempatnya bekerja. Cek yang telah berada di sana lebih dua minggu yang lalu.
Naqib tersenyum lebar saat matanya menangkap kelibat Dinie yang berjalan laju menuju ke tangga. Sempat dia melihat Dinie bersalaman dengan alongnya dan alongnya itu mengusap kepala buah hatinya perlahan. Suka dia melihat kemesraan mereka dua beradik.
Teringat dia pada Nuha seketika. Permata hatinya yang seorang itu memang manja. Rajuknya juga boleh tahan lebih-lebih lagi bila dia terlupa pada aktiviti adiknya itu.
Naqib menggeleng perlahan sambil tersenyum. Mujur ada Idraki yang membela dirinya saat dia terlupa tentang aktiviti perkhemahan Nuha beberapa minggu lalu. Selain dirinya, Nuha juga sangat rapat dengan Idraki biarpun sepupunya itu lebih gemar mengusik Nuha. Naqib tersenyum lagi. Matanya menjeling jam di tangan.
"Ah, lambat lagi.." Naqib menggumam. "Eh, awal dia masuk.." Perlahan Naqib bersuara. Ada orang tak dekat atas? Hishh.. Kalau dia sorang-sorang, jadi apa-apa karang naya je..
Naqib mencapai akhbar The Sun di atas briefcasenya di tempat duduk penumpang. Pantas tangannya membuka pintu dan keluar dari kereta. Sempat dia mengunci kereta sebelum bergegas naik ke tingkat atas. Tersengih Naqib melihatkan pintu kayu yang telah terbuka dan gril yang terkunci.
"Eh, Encik Naqib dah sampai?"
Suara Humaira mengejutkan Naqib yang berkira-kira hendak turun ke bawah. Naqib berpaling ke belakang menghadap Humaira yang sedang membuka gril. Tersenyum dia pada Humaira.
"Masuklah.. Dinie ada dekat dalam.." Humaira bersuara perlahan, separuh berbisik. Dia mengenyitkan matanya pada Naqib yang tersengih.
"Kak Mai.."
Suara Dinie yang kedengaran tiba-tiba membuatkan dua pasang mata beralih pada muka pintu pejabat. Humaira tersengih pada Dinie. Keningnya dijungkitkan sedikit.
"Akak, Dinie nak tukarlah.. Tak nak teh. Nak tukar milo ais sama dengan akak.. Boleh?" Dinie yang tidak menyedari kehadiran Naqib bersuara manja.
"Okay sayang.." Humaira mengenyitkan matanya pada Dinie yang menjelirkan lidahnya sedikit tatkala mendengar Humaira memanggilnya sayang.
Dinie mengangguk pantas. Dia berpaling ke belakang untuk masuk ke dalam. Namun langkahnya mati saat dia terdengar kata-kata Humaira.
"Encik Naqib masuklah dulu. Aina tak sampai lagi.."
Hah!! Bala apakah pagi-pagi ni.. Bulat mata Dinie seketika. Dia berpaling semula menghadap Humaira yang masih lagi setia di hadapan gril. Pantas dia memanggil Humaira.
"Kak Mai, biar Dinie pergi beli lah.." Hiii.. Tak nak aku duduk lama-lama dengan dia.
"Dinie tau tak gerai yang mana satu?" Tanya Humaira.
Pantas Dinie mengangguk. Dia menghulurkan tangannya pada Humaira untuk mengambil wang yang diberikan tadi. Sebaik sahaja wang kertas berwarna hijau berada di tangannya, laju Dinie mengatur langkah mengira anak tangga.
"Saya ikut.." Suara Naqib menerjah telinga Dinie. Berkerut dahinya mendengar kata-kata Naqib.
Ya Allah.. Tak habis-habis nak menyusahkan hati aku je. Sibuknya dia ni!!! Dinie menjerit geram dalam hatinya. Dia terus berlalu meninggalkan Naqib yang berjalan di belakangnya.
Sesekali Dinie menoleh ke belakang untuk melihat sama ada Naqib masih berada di belakangnya lagi atau tidak. Serasa ingin menjerit sahaja saat matanya melihat senyuman yang terukir di wajah lelaki itu. Senyuman yang bisa menggugat ketenangan hatinya..

*******************

No comments:
Post a Comment